Showing posts with label catatan peribadi. Show all posts
Showing posts with label catatan peribadi. Show all posts

Thursday, October 18, 2012

Doakan please.

Assalamualaikum! 


Oh hi siapa yang membaca ini. How are you? Alhamdulillah, I am all good  ^_^. Sekarang ini, saya berada di Chelmsford, Essex. It 's like +/- 1 hour away from London by bus and train. Saya ada rotation Health Care of Elderly at Broomfield Hospital which so far alhamdulillah good.

My previous rotation was really good. Met nice people and will hardly forget them insyaAllah. Boleh tak tulis something sebab tak nak lupa. The feelings was so nice at that time and if possible, sekiranya dipanjangkan umur, tak mahu lupa.

#I have told some people about this, my close friends and I tweeted too. I am sorry kalau korang macam terpaksa dengar sekali lagi kalau korang terbace post ini. Bagi orang yang dah pernah dengar, sebelum korang sambung, better stop sampai sini.


I have always like this one lecturer ini. Dia pernah ajar sekali dua masa second year and also in 4th year too. Although, he looks serious but I kinda like attending his lecture cause dalam lecture, he would explain properly about what he has stated in the lecture notes.

Some things he did that impressed me a lot are:  
1.  He as a Rheumatology Consultant,  made a tea and pass it  to his Senior House Officer. So far, tak pernah langsung jumpa Consultant buat tea untuk orang bawahan dia.Memang masa itu rasa like, "Wow! His values."

2. He developed a very good rapport with the patients. Dia siap tahu few words in Urdu sebab mostly patient sini from Pakistan, India, Benggoli. I was like, waa, he bothered to know some words in that language.

3. In clinic, he insisted to walk and call up the patients names by himself where else I do not mind at all doing that for him. Dia cakap, "You sit and let me do it". Some other doctors lagi happy if I m doing all those things but with him, no. Dia tak mahu susahkan orang.

4. He was drinking a tea in front of me and felt so bad without making me one. So he went to the kitchen to make me one. Time itu rasa masyaAllah. 

Akhlak dia sangat baik tapi sayang dia bukan Islam, dia tak lakukan kerana Allah. And time itu rasa macam, mat saleh belajar good manners from ethics, kita orang Islam, punya Rasulullah, contoh tauladan terbaik and punya akhlak Al-Quran, siap belajar dari sekolah agama pun kita gagal nak punya akhlak yang baik. :(

Anyway, then after my very last clinic, he said to me that he wants to make me as his mentee  to make sure I will do well in medical school. Time itu rasa macam yeay alhamdulillah. hehe. Sukelah kann bila your favourite consultant cakap macam itu.

Then, yesterday, Emy texted me telling that this Consultant asked Emy if she knows me.*Emy is on her rheumatology rotation under him. He also said to Emy that I reminded him to his child and dia rasa nak adopt me jadi daughter dia je. Bila Emy told me that, terjawaplah segalanya. Patutlah.

No wonder he treated me so well, I seriously feel like being treated as his own daughter. Haha! Sorry. I  am just being excited. 

Saya berdoa and sangat berharap sekiranya dikurniakan kudrat, kekuatan dan kesempatan, I want to get to know him better and berharap sangat sekiranya Allah memberikan saya peluang untuk mengenalkan dirinya kepada Islam. InsyaAllah. Doakan semua please?. Amin ya Rabbal Alammen.

Tapi insyaAllah apa apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. insyaAllah. :) Yakin Najah. Allah Maha Mengetahui.
Also, marilah kita sama sama mempertingkatkan Akhlak masing masing kerana Allah.insyaAllah! :)

Monday, April 16, 2012

InsyaAllah

Sekiranya diizinkan Allah, ada banyak benda nak cerita tapi kelas saya start hari ini. Sekejap lagi nak bertolak pergi Southend. Oh ha. Yes. Dulu rotation dekat Colchester, now insyaAllah dekat Southend. So please doakan semua berjalan lancar! take care babai! wassalam

Sunday, March 25, 2012

The black box?

Baru lepas lecture, aku pun duduk di atas kerusi yang disediakan di kawasan dataran area Hospital Barts dengan tiga kawan yang lain. 2 orang dari Sri Lanka dan seorang lagi Russian. Lecture seterusnya 2 jam lagi.  Aku rapat dengan one of them. Itu yang melepak dengan diaorang. Mula-mula rasa awkward. Aku mengaku. Aku tak tahu nak cakap apa. Mereka berborak isu seorang kawan yang tertipu dengan house agent sebanyak 1400pound. Aku taktahu nak comment apa, aku senyap sambil bermonolog, 'ya Allah, tolonglah aku, permudahkan segala urusan, aku yakin pasti ada sesuatu ditakdirkan untuk aku berada di sini.'

Alang-alang ada berjanji dengan seorang rakan Pakistan untuk jumpa di cafeteria, aku pun memberikan alasan untuk pergi ke toilet sekejap untuk menjenguk rakan Pakistan aku.Untuk tidak menipu, aku pun pergi ke toilet sekejap untuk betulkan tudung. Nampak rakan-rakan muslim yang lepak di cafeteria, aku pun macam rasa nak stay dekat situ, tak mahu pergi balik dataran tadi. Tak mau awkward. Tapi fikir balik, oh nanti mungkir janji. Maka, aku pun gagah langkahkan kaki aku ke kerusi di dataran tadi.
Ini dataran st bartholomews hospital square. 2 kerusi itu yang kitaorang duduk.

Aku pun tak pasti macam mana, tapi kami semua end up borak pasal cuti easter. Then, tup tup beralih kepada soal umrah. Mereka bertanya apa beza umrah dan haji. Sebab telah mendapat soalan sebegitu rupa dahulu, aku pun menjawap dengan confidentnya dengan harapan tiada soalan yang akan diajukan selepas itu.,           

"Oh, it's just a smaller version of hajj, thats all."

Sekalikan, nak tahu apa? Aku mendapat soalan yang bertalu talu macam peluru berpandu daripada 3 orang rakan aku tadi. 
Antaranya. 
- Mecca? U mean the place with the black box is it?
- What is the significant of the black box?
- What is inside the black box?
- Why u have pray towards to the black box?
- Why people go around the black box?
- Why they want to do Umrah?
- What people do when they are going for Umrah? 

File:Kabaa.jpg 
The 'black box'

Nak tahu apa perasaan aku? Aku macam ya Allah. Allah jawap terus doa aku tadi. Ini rupanya. Ini rupanya takdir Allah tetapkan untuk berada di sini. Aku macam ya Allah. Perasaan aku macam berbaur. Aku tak tahu nak jawap macam mana. Ada yang aku tahu, ada yang aku tak tahu. Tetapi aku cuba sedaya upaya untuk jawap. Dalam masa yang sama, aku mengaku aku agak risau dan  tertekan dalam mengeluarkan kata kata dengan penuh hati hati kerana setiap kata kata aku luahkan ini akan dipegang oleh mereka dan secara tak langsung memberi gambaran Islam terhadap mereka. Aku yang membawa imej Islam dengan perbuatan dan perkataan perkataan aku. Aku bertanggungjawab.

Mereka nak tahu apa rukun rukun dia dan significant setiap rukun. MasyaAllah.Macam mana nak terangkan pasal ihram, tawaf, saei, cukur and tertib? Macam mana nak cari perkataan english nak terangkan? Macam mana? Kau bayangkan, soalan bertalu talu dan semua mata memandang kau, menunggu jawapan daripada kau dengan penuh sabar. Aku speechless. Then, ... Alamak, aku dah mengantuk. Mata pedih.hehe. Sorry sangat. Tak boleh nak sambung. Esok subuh siapa nak kejut kalau tidur lambat sangat. Good night. Babai. Wassalam

Friday, March 2, 2012

Surgeryyyy

Dugaan buat module Cardiorespiratory ini adalah learning objectives yang banyak. Management setiap diseases banyak nak kena hafal. Berapa kali dah diri sendiri memanggil nama penuh diri sendiri untuk focus belajar. Wan Najah Maryam Mohd Daud, exam 19th March. Nasib baik flat aku tak ada orang. Cakap kuat mana tak ada siapa kisah =D. Tangan gatal tekan fb and twitter. Najah puk karang!

Anyway, aku ada lawak kentangg yang nak cite. Lawak lah bagi aku , taktahulah bagi orang lain. Aku scrub in masa surgery hari selasa yang lepas. Duduk sebelah surgeon, pegang pisau gunting segala. Ala macam dalam tv tuh, grey's ke ape ape medical series. Aku macam rasa pening kepala sikit waktu surgery itu. Darah patient banyak keluar. Biol kepala aku. Lepas itu, aku pun tak tahan, aku cakaplah, "Mr. X, boleh tak saya benti , saya pening."

*scrub in pakai macam inilahh.

Dalam sekelip mata, aku dah berada dekat atas lantai! Bukan aku pengsan. Tapi anaesthetist terus pegang aku suruh aku baring atas lantai. Aku macam dalam hati monolog, " Oh no, aku pening biasa biasa saje kenapa nak kena baring atas lantai, jammed ah camni." Nak taknak, baring jugak. Nurse nurse lain, duk tarik attire scrub aku. anaesthetist terus elevate due2 kaki aku. Then, check radial pulse aku sambil bertanya soalan soalan seperti ada hypoglycaemia ke diabetes ke apa apa sakit ke. Last sekali, dia macam whisper dekat aku,                                              " Are you expecting a baby?"

Memang danglah kan! Aku macam nak burst into laugh tapi macam control sebab maintain professionalism. Aku faham saja nape die tanye soalan itu untuk memastikan aku okay, exclude other causes of dizziness. Anaesthetist tu manalah tahu aku ini dah kahwin ke belum ke apekan. Reasonable lah dia tanya soalan macam itu. Tapi bila dapat soalan itu, aku rasa macam haha! Bila fikir fikir balik, patut aku jawap dengan tenang, insyaAllah, soon once I get married but not now. 

Itulah saja cerita aku. Hari itu aku agak seganlah dengan apa yang berlaku tapi tak apalah kan. Things do happen. Post ini tak ada pengisianlah. Sorry.Buang masa korang saje. Before aku end post ini, ada pesanan from satu ustazah, kepada diri sendiri and siapa siapa yang bace, pagi pagi kalau ingat kita doa dekat Allah, " ya Allah, peliharalah kami sepertimana Kau memelihara para orang soleh." Allah jaga kita nanti. InsyaAllah. Yakinlah.Nanti bila bila diizinkan Nya. I'll post something useful. insyaAllah. :) Wassalam.

Tuesday, January 24, 2012

Nawfal!


Sengih kak jah tengok gambar adik kak jah seorang ini. Dah pandai vain eh?haha. Budak form 1. Biaselahkan.Tak dapat nak bayangkan Awfal sekarang lagi tinggi from kak jah. Lepas itu, mesti lagi kurus kan? Name masuk asrama dah. Bukan asmara okay?hehe Serious, tak dapat nak bayangkan. Kak jah balik summer inikan insyaAllah.Sure macam tengok orang lain.Hopefully, hensemlah eh! hehe. Anyway, sorylah kak jah tak wish birthday properly. Malam itu je kak jah call. Takpe yang penting doa kan. Doa paling penting. Kak jah doakan yang terbaik untuk baby. Dah besar dah dia. Belajar rajin rajin. Mesti Awfal rindu Kak jah suruh bace bukukan? Muke sure nak cuak bila kak jah tanya mana buku? Dah baca mane? Dah buat latihan belum? Meh kak jah cek. Oh my. Kenapa aku strict sangat. InsyaAllah bila nawfal asrama, kak jah dah tak bising sangat. Sebab insyaAllah, kak jah tahu awfal leh buat dengan yang terbaikkan.Kak jah bising bukan apa, sebab kak jah nak awfal buat yang terbaik regardless apa result dia. Itu je. :).

Okay fine.Najah stop bebel. Sorry, kalau kak jah dekat Malaysia insyaAllah kak jah buatkan kek. Tapi ottuhke?Kak jah stuck dekat hospital dekat sini. Esok, birthday babah. Nanti Jumaat ini birthday mama,abang and nenek ohor pulakkan. 31 jan ni birthday Naqib. Keluarga aku semua birthday nak Januari. Aku dengan Najib yang sesat. Anyway, Nawfal, dekat asrama, academic performance penting, but sebenarnye the whole process being there itself is far more important. Being there will absolutely build up ur identity and personality later on. Belajar agama elok-elok. Ceramah/kuliah agama and usrah dengar baik-baik. Hafaz surah-surah semua dengan baik. Pick good friends. Kawan gila-gila pun boleh asalkan tak terpengaruh benda yang tak elok. Have fun. Sekolah best sangat. Sila hargai ye baby?hehe. Take care Nawfal.Love you always. Semoge panjang umur, murah rezki and dirahmati Allah sentiasa. :))

Friday, January 6, 2012

Asramaa

4 January. Nawfal masuk asrama. Mama call pukul 1.49 am sebab aku dah pesan, kalau nak on the way nak pergi asrama, kalau boleh call orang dekat sini sebab nak cakap dengan Nawfal dulu.  Dengar suara adik bongsu aku, dengan suara yang lalok terus pesan, jangan nangis banyak sangat and kalau malam tak boleh tidur, baca doa, zikir banyak banyak. Tak dapat aku nak bayangkan adik bongsu aku masuk asrama. Dia ni dimanjakan kot. Name pun anak bongsu. Masa kecik dulu, tiap-tiap malam nak tidur ngan kakak dia. Memang dimanjekan kaw kaw lah. Tapi makin besar, macam tak boleh sebab die makin besar and tinggi. Tak muat. 

Teringat 10 tahun yang dulu, akulah orang paling semangat nak masuk asrama sebab tengok life abang macam best je duduk asrama. Tup tup, dapatlah sekolah menengah sains kuala selangor. Aku 2nd intake. Masa masuk 18th Februari 2002. Time itu, Nawfal baru 3 tahun. Haha. Keciknya! Anyway, aku tak boleh lupa. Aku paling susah nak tidur malam-malam. Nangis sikitlah. Macam mata berair sebab ingat rumah. Nak nak pulak lepas baru balik bermalam. Tu yang pesan dekat Nawfal takut dia tak boleh tidur malam macam kakak dia. Tapi bila naik form 5, amik kau. Letak je kepala atas bantal. Terus tidur. Tak sempat nak nangis ke apa.

On hari Nawfal pergi asrama saje, aku mesti nak cari ruang masa call mama. Kelas dahlah 9am-4.35pm. Memang comellah. Aku tahu mama mesti sedih. Sebab aku yang dekat sini pun sedih. Call call je. Ha! suara mama suara lepas nangis. Yerlah tak ada sapa dekat rumah dah.Abang and babah je. Abang busy keja kot. Tak adalah budak yang men game, tengok tv, gelak seorangseorang tengok running man. Ottuhke? Sedih je aku tengok status mama dekat facebook. 

"Hari ni Anakanda Wan Muhammad Nawfal first day di Sekolah Sultan Alam Shah,Putrajaya...sedih la pulak rasanya..selalunya dia yg senantiasa ada kat umah..terasa rumahku bertambah sunyi.. kalu dia kat rumah waktu cuti sekolah....sebok gan tvlah..gan game lah..facebooklah..dengan ketawa sorang2 bila tengok Running Man...apapun rindu/sedih rasa lega..bila teringatkan Wan Muhammad Naqib pun berada di sekolah yg sama..dan boleh tengok2kan Nawfal..ok. Mama/Babah dan abang2.. kakak..doakan semuga ALLAH SWT permudahkan segala urusan..belajar rajin2 Naqib and Nawfal..amin."

#Apa-apa pun. Respectlah mama and babah. Walaupun sangat payah, tapi mama babah tabahkan hati untuk lepaskan kitaorang umur muda-muda, 13 tahun untuk masuk asrama. Mama sendiri cakap, mama tahu umur muda, tapi mama and babah nak yang terbaik untuk anak-anak mama and babah. Siapa nak anak jauh dari mata. Nak nak pula umur sedang meningkat dewasa. Masuk asrama, bina personaliti, belajar agama, belajar berdikari. Kitaorang kalau demam je. Mama and babah terus ada dekat gate sekolah. Nak bawa balik. Hehe. Punye risaulah mak ayah aku. Apa apaaaa pun. 

Alhamdulillah ya Allah. Kau bagi peluang adik beradik aku semua masuk asrama. Mak ayah akulah yang paling gembira.Kau berikan lah kami semua kejayaan dunia and akhirat, and dapat jadi anak yang soleh dan solehah.amin ya rabbal alameen. :)

Saturday, December 3, 2011

Skyping

Winter officially said hi last two days. So degree celcius sekarang satu digit saja bila malam. I am so restless now. Tapi ada dalam 3 lecture notes tak baca. Sekype dengan Najib tadi. Lama. Alhamdulillah, I felt so happy. Lame sangat tak cakap dengan dia. Nak masuk 3 bulan. Rindu melampau. Try call abang lepas itu dia tak angkat, tidur agaknya. Tak silap mama cakap dia keje weekend. Gitulah gamaknya kalau start keja dekat hospital. Lame sangat tak borak. Kalau dulu masa dia dekat Moscow, dia rajin tegur tanya kabar. Lepas itu dia akan pass movie yang best best. Takpun cam suruh aku lepak sikit study, tak payah stress sangat. Sekejap je masa berlalu. Teringat masa abang dengan Najib datang sini February yang lepas. Best bila abang dengan adik ada sama sama dekat sini. Ingat nak lepaskan dia orang balik. Menangis kot walaupun dah control. Time Najib balik jordan lagilah, sebab dia duduk lama dalam bilik, 2 minggu. Abang tinggalkan sleeping bag dia kot sebab dia tahu, lepas ini untuk dia rayau-rayau overseas macam payah since dah start keja. 

I miss home. Rindu mama, babah, Naqib and Nawfal. Tahun lepas, time skang ini tengah gila gila belajar nak exam. Tahun lepas happy sebab  balik Malaysia 18th december since cousin kawin. Sekarang, rasa macam tak sesemangat dulu. Tapi dah nak winter break, I should be excited cause I am going somewhere! insyaAllah. Tapi tak ada perasaan sebab exam 12 hb ini. Tak ada perasaan. Wan Najah, dah badan nak hak dia. Dah tak larat. Penat. Semalam tak dapat tidur. Some people know why. Dapat sekype dengan Najib sebab cerita pasal semalamlah. Thanks Jib layan kakak kau ni. Doakan tak da pape malam ini. InsyaAllah. Allah Maha Melindungi. InsyaAllah. Babai wassalam.

Thursday, November 24, 2011

Badan keletihan sedikit

Alhamdulillah. Hari ini macam best sedikitlah. Dapat dengar murmurs, mitral regurgitation. Aku rasa semalam aku dah banyak tidur dah. Tapi still, rase penat sekarang ini. Pergi hospital siang tadi pukul 8.15am gerak. Sampai dalam 8.45am. Ingat ada teaching pukul 9am, sekali registrar tangguh pukul 1-2pm. Dia text bagitahu pukul 8.30am. Memang tak boleh nak buat apalah kan. Dah sampai hospital baru perasan message, kalau tak boleh pergi lambat sikit. Then, jumpa Keerthi, kawan local aku originally from Sri Lanka, dia cantik and manis. Haha tibe tibe je puji. Random. Anyway, stay hospital sampai pukul 3pm macam itulah. Ada teaching respiratory examination tapi Keerthi macam malas nak pergi, aku macam malas juga sebab plan nak balik awal, buka puasa pukul 4.03pm. Sampai-sampai rumah lupa lauk yang aku masak aku bubuh dalam freezer. Dang! Tak keluarkan pagi tadi. So, makan lah aku roti paratha and cheese sikit 3 keping. Ni baru makan 2 limau and 2 keping biskut oreo. Ada orang cakap muka aku dah cengkung. Happy jugaklah. Weh aku kenaa tidur awal esok ada clinical skills session all day long. Agak peliklah aku buat post macam ini. Aku padahal penat habis kot ini, badan cam lenguh sini sana, mata dah nak tutup.Badan mula bising nak hak diaaaa. Faham faham. Nak tidurlah ini. Hak untuk exam macam mana, Banyak tak habis baca. Tak apa tak payah fikir. Cukuplah apa Allah dah plan kan untuk awak hari ini. Syukur Alhamdulillah. Semoga esok lagi baik from hari ini. Esok hari Jumaat kasi semangat sikit.  Oh baca artikel ini best suka. ketenangan hati 

Wednesday, October 19, 2011

Yo.Assalam.

Oh haa.Ingat tak ada cakap nak sambung pasal episode alhamdulillah. Btw,sekarang ini macam terasa macam letih. Mata pedih tak tahulah tak cukup tidur ke apa. Maybe sebab agak memikirkan presentation tadi. So macam tidur tidur tapi asyik tersedar sebab tak lena. Sampai macam tu sekali? Mak aihkan. Haha. Entahlah lately 2 malam tidur tak proper. Lampu tak tutup elok-elok.Badan tak masuk duvet. Tengah malam tersedar. Tidur tapi tak nyenyak. Dah dah cukup najah tak payah membebel.

        Oh ha ini. Yang hari itu kan. Dah present itu yang boleh terus terang saje dekat sini. Alhamdulillah sebenarnye I got a prize my oral presentation masa second year. Sekarang kan baru masuk third year. So, my SSC coordinator gave an email, inviting me to give presentation again on William Harvey Day. Hari apa itu? Ini description dia;


Seriouslylahkan, memang macam apa yang stated dekat dalam ayat seribu dinar itu. Rezeki kalau Allah nak bagi dari arah yang tak disangka sangka. Memang kalau Allah cakap kun fayakun memang nak jadi benda itu jadilah. Masa buat preparation ini fikir; just nak buat terbaik sajelah tak pernah terfikir apa-apa. Apa-apa langsung. Nak dapat prize ke nak bagi talk masa William Harvey Day ke. Even taktahu pun kewujudan William Harvery Day ini. Kalau kawan-kawan rasa macam kagum, tak perlulah eh. Kagum kepada Dia. Allah yang bagi. Saya serious tak buat apa-apa yang extra. Saya serius buat benda ini macam biasa macam kerja-kerja saya selalu buat.
             
              Saya bagi talk pasal apa? Pasal treatments of childhood obesity. Thanks to Farah Asyikin. She recorded my presentation. Nanti dia upload kat fb die kata but die nak edit -edit dulu apa yang patut. Nanti kalau dah upload kalau nak tengok pergilah click. Sekarang die tak upload lagi. Oh ha ni ada dalam buku iterinary.

*Cari-cari nama saya.hehe

Saja buat posting ini. Nanti suatu masa boleh tengok balik. Ingat nikmat-nikmat Allah yang sememangnya banyak setiap hari dan yang ini salah satu nikmat yang extra sikit. Ingat, Najah. Ingat Ingat. Dapat sesuatu yang baik janganlah ingat ini adalah hasil usaha kita sendiri. Usaha awak itu berapa lah sangat. Allah yang bagi bukan sebab awak usaha. Dapat benda macam ini means kena sentiasa bersyukur sentiase bersyukur kepada Allah. Tapi kalau dapat kesusahan kena bersabar. Bukan setakat type and cakap cakap dekat sini. Amalan itu yang penting.


“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”- (2,3-Surah At-Talaq) *Ayat seribu dinar.

Nanti lain kali saya cuba sedaya upaya buat reflection yang lagi baik and lebih organised yeah? Cerita masa nak present semua. Adalah episode serabut.Sekarang dah malam, esok ada PBL, tak revise lagi.

Wednesday, September 28, 2011

Alhamdulillah.

Siri pertama.
Ya Allah, terima kasih banyak banyak banyak. Rezeki itu sememangnya milikNya. Bila Allah nak bagi, memang tiada apa pun yang mampu menghalangnya, dan bila Allah menarik nikmat itu, tiada siapapun mampu memberikannya. 

Beberapa hari lepas, Allah bagi aku suatu nikmat yang menggembirakan. So, macam news ini nak sharelah dengan kawan kawan aku dan aku coretkan dekat sini dengan harapan, in the future, aku boleh baca balik sebagai kenangan, tersenyum, memanjatkan banyak banyak sangat kesyukuran kepada Allah. Also, ingat apa yang aku selitkan dalam hati aku bila dapat nikmat ini. Apa aku cakap dekat Allah.Selama ini, tiap-tiap hari memang Allah kurniakan nikmat yang tak terkira banyaknya. But, hari itu extra sikit. Aku dapat email, it was an invitation to give a talk about childhood obesity which I presented ages ago, masa second year. Haha. Tak adalah ages mana. Tapi March kalau tak silap.

 (Fyi, masa second year, SSC (Student selected component) module mewajibkan semua 2nd year medical students buat individual presentation yang theme berdasarkan current and future treatment of any disease. Lantas, selepas dibantu dan disokong oleh tutor aku, aku pun decide buat on childhood obesity. )

Sambung balik cerita. Rasa ages ago tuh sebab masa awal awal tahun balik sini, script untuk oral presentation itu dah kena buang sebab tangan menggatal selagi tak mahu mengemas bilik.  Jadi, nak ingat balik apa yang aku cakap untuk setiap slide itu rasa macam dah lamanyaa last aku present menda itu. Tapi alhamdulillah lah, ingatlah juga sikit sikit and draft slideshows itu still aku simpan. So adalah ayat ayat yang aku still aku boleh guna pakai sebagai script aku on 19th October ini. Tapi macam dah takdir ALLAH kan. Bayangkan email invitation sebenarnya sampai on 7th September which aku tak perasan langsung. Aku dapat tahu pun sebab SSC tutor lead tu bagi 2nd email sekali lagi nak confirmkan aku boleh bagi talk ke tak.Kalau nak tahu, selang beberapa hari after 1st email yang aku tak sedar itu , elok je aku pergi humban kertas kertas SSC aku tuh. (termasuklah script oral presentation). Tak apalah, kita kena bersangka baik dengan Allah. Maybe dengan hilangnya script tuh, aku mampu hasilkan script lagi baik kan and haruslah aku bubuh effort extra sikit nak buatreading pasal topic aku itu.

Aaa.dah mengantuk. Nanti bila free sambung boleh?

Sunday, September 25, 2011

Berlalunya csp.

Alhamdulillah syukur tak terhingga terhadap Ilahi di atas limpah kurniaNya aku berjaya pergi ke lectures CSP yang rata-ratanya 9am-5pm. Before that, asyik merungutnya lama nye kelas tak dapat nak bayangkan mampu hadapi atau tak. Alhamdulillah berjaya jugak.

Masa hari Khamis dan Jumaat. After lunch, aku seorang saja Malaysian yang tinggal dalam lecture hall. Fathul dekat dalam lecture hall lain since batch kitaorang terlalu ramai, ada 3 lecture halls provided. Speaker uni pasanglah kat tiga tiga hall tuh. Balik rumah after last lecture sampailahhh sekarang tak revise lagi.Ottuhke? HAri jumaat keluar. Sabtu keluar siang jap teman juniors tour London.

Apa yang aku buat kalau tak belajar dekat bilik?
1. Kemas bilik.Lap sini sana. Punggah baju lipat balik. Tolak katil segala.
2. Layan movie or drama.
3. Telefon mak ayah tapi tak delah bergayut lama sangat sebab aku selalu call.
4. Masak dan makan. Masak benda yang teringin sangat.
5. Borak. Tapi kalau borak aku biasa aku lipat baju tudung or kemas sini sana. Tanya idzni, kalau dia lepak bilik aku tak sah kalau aku tak lipat baju.
6. Blogging. Tapi tak lama pun. Jap jer.
7. Sekyping or chatting dengan family members atau close friends tapi serius jarang sangat. Tapi kalau sekali sekype lenguh mulut sebab tak berhenti bercakap.
8. Dancing kalau mengantuk time belajar dekat bilik.

Itulah sajalah yang aku buat. Ni sekarang pukul 12. Aku macam ada azam nak study tapi tak sentuh lagi.Uwaaaa. Macam mana ini. Nak chill relaks relaks lagi boleh tak. Rasa kurang rajinnnnn

Monday, September 19, 2011

naik dan turun

Pernah suatu hari rasa semangat naikk and happy untuk hari itu and berharap kan bagus kalau tiap tiap hari rasa macam ini. Tak mahu rasa moody atau semangat turun. Hari ini perasaan bercampur baur. Happy sebab cousin and kawan masing masing selamat melahirkan baby masing masing. Yeay. Best kot ada baby. Jangan berangan dulu. Sabar Najah. Habiskan sekolah dulu. Diaorang dah habis sekolah. Your time will come. Soon. Oh ha hari ini happy juga sebab alhamdulillah berjaya menempuh lecture dari pukul 9 am sampai 5pm. Lagi 4 hari nak kene hidup macam ini. Tak apa lepak je. Layan je. Eh lama dah tak sebut layan je. Rindu. So saya ada 7 lectures nak kena baca ni. Mak aih sehari dah 7 lecture notes memang awesomelah. Boleh pula nak blogging padahal pancit kot baru balek kelas. 

Wahidah datang semalam. Lepak punya lepak layan something borrowed dengan hindustan die pun tidur kat bilik aku. Bestlah ada orang kat bilik. Jap lagi ni dia pergi Portugal holiday dengan Ayu walhal baru balik from eurotrip.

Rase berbaur sebab ada minat artis ni. Dia datang london. Kan best kalau terjumpa ke apa leh tangkap gambar.Macam entah apa-apa je nak rasa down pasal itu. Esok menempoh hari yang sama. Doakan lebih baik from hari ini. Oh ha Najib dah balik Jordan. Walaupun aku tak ada kat rumah tapi still rasa sedih kot. Mama, babah abang nawfal je yang tinggal sekarang. Semua dah kembali seperti dulu. Life goes on. Umur semakin tua. Metabolism rate makin turun. Badan semakin gemok. Sorylah merapu. Bosan. Nak kena mandi ni. Post ini hanya membuang masa orang yang membacanya. Sorylah eh tak ada pengisian. Bye2. Wassalam.

Tuesday, September 13, 2011

Westfield Stratford Opening.






Yeay hari ini kelas satu saje sebab semalam pergi masuk group orang lain untuk buat practical.naughty girl kan.malas nak stay sampai petang ini. Practical belajar macam mana nak masukkan catheter. Budak lelaki semua senyap saje.Segan agaknya.Haha. Anyways, hari ini pergi westfield dekat stratford. Baru punyaaa.Besarr and sukaaa. Lepas ini tak payah terhegeh-hegeh nak kena travel pergi Shepherd Bush atau Oxford Street. Naik bus sekejappp saja dah sampai. Ramai habis orangg. 






Overall bestlah dapat jalan jalan.starting next week dah mula busy insyaAllah. Also dapat free make up tadi. Terasa lah diri cantik sekejap. Hurm tiba tiba terasa letih lah.Oklah, Malas nak type lagi. Cukup lah sampai sini. Good Night and selamat tidur. Jangan lupaaa baca doa and 3 kul before tidur. Wassalam.

Monday, June 27, 2011

jadikan hidup anda lebih bermakna!

bila sehari demi sehari, perkara yang sama dilakukan, benda akan jadi routine dan kita jadi kurang bersemangat untuk menjadi kan hari hari yang dilalui lebih menarik. Makanya, perkara seperti makan minum tidur tengok tv akan menjadi perkara yang diulang ulang tanpa henti.Oleh itu, bermula hari ini insyaAllah, saya akan mula membuat checklist apa yang perlu dilakukan.Mari kita bersama buat!

-Nak lipat kain serius nak lipat. Semalam tak lipat, so keje jadi 2x.Tak apa asalkan kita letakkan seluruh tumpuan, boleh punye! insyaAllah.macam belajar jugak kan wan najah?
-lepas itu, nak make sure mate elok. Tak mau pakai lens dlu.Esok nak pergi date ngan elly. Tak mau ah mate merah kan.
-nak kuar ramai orang hari rabu.so tindakan sama aje macam kat atas.
-ulang satu muka,make sure ingat pelis.pelis.
-nak masak spaghetti tapi tau bukan ari ni.lauk pauk sume dah ade.
-mandi.hehe belum mandi ni.
-get ready semayang zohor.Arasso! nak gerak mandi dah nie then g solat zohor.

Okay.tuh jelah.babai.

Friday, May 20, 2011

Leher saya sakit

Salam............

Haha.Lama tak type macam itu.Type banyak noktah kalau texting.
Contoh: Okay......
Hahaha.Rasa kelakarkan type macam itu sebab gaya macam cakap meleret leret. Aku ada kawan dengan seorang ni after spm.So agak selalulah texting dengan dia. Lepas itu, cara dia type lagilah. Takda noktah. Lagi setyle. Gaya macam tegas kan. Aku memang terpengaruh betullah dengan setyle dia. Tapi at least aku ada satu noktah between ayat. Kalau tak nanti orang tak faham kan baca.

Aku tengah sakit leher. Nak tidur tak boleh sebab lepas asar and nak masuk magrib dah. Perut asyik lapar and kepala pening tapi takleh nak complain sebab kalau time sihat tak adalah nak cakap "Asyik sehat dan kenyang je".

Aku tadi secara random aku pun tak faham pun kenapa. Aku teringat dekat seorang kawan lelaki aku ini. Aku tak pernah terfikir apa-apa masa berkawan dengan dia.  Fikir dia macam member biasa. Member lepak lepak gitu. Sekali suatu hari, kawan aku kepada kawan lelaki aku ini tunjuk wallet laki ni  tanpa pengetahuan dia  dekat aku; aku macam tengoklah ada apa. Sekali ada gambar aku. HAHAHA. Aku takkan lupa sampai bila-bila lah weyh. Wah, time tuh my heart fluttered a bit. A bit je. Tak sangka nyeee aku cakap dalam hati aku.

Surat mamat itu still dalam simpanan aku.Lawak lawak lawak.Tapi time itu bestlah kan rasa. Aku sengih je teringat. Old times. Rindu nak usha usha segala. Hey, dah makin tua dah aku. Cepatnya masa berlalu. Dah pergi rest jap and get ready nak solat magrib. Take care people and selamat bersolat!

Thursday, May 19, 2011

Balek Malaysia Soon!

Saya insyaAllah balik Malaysia kurang dari sebulan.Saya semangat nak balik. Saya rindu Malaysia. Nanti dekat rumah insyaAllah nak belajar masak dan masak di rumah. Lepas itu, nak drive sebanyak yang boleh. Practise makes perfect. Alamak, lecture notes dah jerit. Katil pun panggil jugak. Laptop cakap bye bye.Arasso. Paham. Nak babai lah ni. Later lah update elok elok. Take care semua orang. Siapa siapa balik Malaysia, manfaatkan masa bersama keluarga. Masa dah makin suntuk.Ingat Allah dan Nabi dan istiqamah jangan lupa! Anyeong!Wassalam!

Saturday, May 14, 2011

Ssssayaa Nak Exam dah!

Salam!.Ottuhke?Tinggal 3 minggu lagi nak final exam.

Alhamdulillah habis dah exam module semalam. Dengan izinNya, dah buat yang terbaik dah. Apa-apa result nanti kena redha eh Wan Najah Maryam.

Dengan rasminya nak cakap honeymoon day awak dah habis.Semalam habis exam module tak buat apa apa pun. Hari ini alhamdulillah ada belaja OSCE dengan Islamic society. Lepas itu, baju dah basuh dah lipat, nota Locomotor and Public Health (Module2 yang exam semalam) dah kemas, nota osce dah kemas, bilik dah kemas,benda yang nak tengok dah tengok dan tidur pun dah terlebih cukup.

Lepas ini, jangan nak ada alasan nak rehat lah apalah. 3 minggu tak cukup. Kena manfaatkan elok elok. Buat yang terbaik. Cari makna dalam setiap benda yang awak buat bukan sekadar mengejar cita cita. Luruskan niat buat semata-mata kerana Dia.

Okay ingat benda ni.Loving Allah and Muhammd is like breathing. How can we stop?
Dah jangan nak mengada, sila mengadap lecture notess. Pronto!

Wednesday, May 4, 2011

Assalamualaikum!

Hihi. Baru lepas baca entry tahun lepas, wishing list untuk diri sendiri.Ada yang tercapai ada yang tak.Ada yang even dah terlupa dah nak buat. Okay tahun ini, saya adalah Wan Najah Maryam Mohd Daud yang dah berumur 22 tahun. Ottuhke? Saya dah tua! Saya tahu itu. Tak ape memang semua orang akan tua dan mati pun.

So, what's the plan, Cik Najah?
Plannya nak cakaplah dekat sini, ada module exam 13th May ini. Lepas itu final, saya 6 sampai 10 June. Nak cakap saya tak tahu saya tengah berusaha sebaik mungkin atau tidak. ya Allah tolonglah aku ya Allah. InsyaAllah. Kita tak payah fikir pasal hasil tapi kita fikir pasal effort.doa and tawakkal kita kepada Nya. ^_^. Najah come on Najah you still have the time. Jangan sia-siakan. Jangan pernah rasa jemu jangan pernah rasa dah cukup jangan pernah penat berdoa kepada Allah. insyaAllah.

Nak sangat update blog ni dari sehari ke sehari lepas itu tak terbuat sebab duk sibuk benda lain.Okay nak catat apa yang berlaku masa birthday. Semalam ramai orang dah start wish sebab ikut Malaysia. Lepas itu, malam obviously lagi ramai. Tak kisah lah melalui ke FB apa.The thoughts that count ^_^. Aku mengaku sampai saat ini, aku ada certain orang yang aku tengah tunggu untuk wish. Certain-certain orang itu adalah orang yang rapat dengan aku. Tak ada hadiah tak apa. Yang penting ingat and tolong doakan aku.

Siapa yang dah wish itu terima kasih banyak-banyak. Lepas itu semalam tidur awal jugalah dalam sebelas lebih sebab memang tak ada expectation apa apa pun sebab tahun lepas memang tak ada apa-apa berlaku. But tahun ini makan kek coffee walnut. Thanks to Allah aku dikurniakan flatmates yang sangat baik; Afiqah and Ashwinni. and juniors2 yang baik; Idzni, Farah, Wawa, Raihan, Madihah. Oh tidak lupa juga Emy yang ada semalam. Flatmates aku penat kot sebab spend mase the whole day dekat lab but setil buatkan kek.sweet gilekan?Best!.Junior2 aku lagilah nak exam but sanggup spend masa. Walaupun tak ada lah grand pun, tapi the fact of having you guys next to me is more than enough.HAHA.

Cheesy eh?Tapi itu apa yang aku rasa.Hari ini, balek kelas pukul 11am.mengantok gila adoi.Tidur. Ni tadi bangun solat zohor. Ni conteng blog.Lepas itu kena baca buku balik.Memanglah sambutan tak hebat mana but cukuplah Allah bagiku dan Rasullulah utusanNya. Muhasabah diri Wan Najah apa tujuan awak diwujudkan dalam dunia ini. You'll die soon. Perbanyakkanlah amalan mu.

Tuesday, April 5, 2011

Mood berayunnn.

Okay.Lately tak tahu kenapa. Moody semacam. Badan sakit-sakit, tengkuk bahu segala gaya macam pulun nak exam @_@ maybe kekurangan exercise. Entah. Saya pun tak tahu. Tapi seriouslah, sekarang macam letih dia lain macam tak tahu kenapa. Moody yang semalam, bangun minum air, balik tengah hari makan maggi ayam, then makan coklat.

Pukul, 5 petang, baru nak hegeh-hegeh masak ayam sos tiram masak madu.Barulah bersemangat sikit nak hidup.Ada tenaga.Maybe sebab poyo saje asyik fikir-fikir. Berdasarkan apa yang dipelajari dalam psychology of pain, kalau kita focus dekat pain, nanti gate open, so nanti lagi bertambah-tambah sakit. So, tak payah bagi otak fikir dengan cara menyibukkan diri.

Nak tahu apa lagi point penting yang menyumbang ke arah keemoan ini adalah, apabila, malam tidur lambat daripada biasa, subuh saya tak on time,solat subuh, then tidur balik. Saya memang tak suka sangatlah tidur lepas subuh. Kalau tidur rasa macam" aaaaa, kenapa aku tidur". 'Make sense lah tidur balek sebab tidur awak mana cukup, malam dah tidur lambat, dah itu siang tak tidur pulak.' (' ...')<-- monolog dalaman.

Ini still letih lagi, tapi yang tak boleh tahannya, pagi-pagi sarapan terus makan nasi. Sekejap lagi EPC-Extended Patient Contact dekat Hackney. Jalan kaki setengah jam. Okaylah eh. Later borak lagi.

Ni hadis ini best,

Nabi Muhammad SAW bersabda, " Ada tiga perkara yang menghantar mayat ke kubur. Dua antaranya akan kembali manakala satu akan tetap bersamanya. Dua perkara itu adalah harta dan keluarga. Satu perkara itu adalah amal."                                                                                  -Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-

Okay serious nak pergi dah. Remaja-remaja juga, tapi mati itu pasti, mesti berlaku punya. Jangan lupa.

Monday, March 28, 2011

Lalalaaa

Salam blog. Hari ini, semalam, kelmarin, saya busy sikit.Eh, bukan sikit tapi banyak sebab saya sampai skip kelas tadi even PBL pun tak pergi. Cousin saya yang study dekat Dublin Business School buat ACCA datang sebab ada interviews untuk UKEC career fair itu. Saya punya nota mengakulah tunggang terbalik tapi tak apalah kan.Kelas hari-hari, cousin mana ada datang hari-hari.Kan kan kan?

Bestlah jumpa ramai orang. Saya jumpa kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan kolej. Macam reunion dah pula dah. Teman orang pergi interview, teringat zaman zaman nak masuk medical school dulu. Masa nak interview ya Allah cuak segala rasa ada time nak interview. Alhamdulillah syukur sampai juga sini.

Saya bahasakan diri dengan cousin guna nama, tak pakai aku kau. Kelakarlah pula rasa, memang tak pernahlah kan nak pakai nama cakap dengan orang pakai nama , selalu aku kau je except dengan parents and relatives.Okay sila abaikan entry ini sebab tak ada pengisian pun ni sekadar mengisi masa lapang.

Mengantuk dah. Esok ada medsoc. Takut. Consultant garang. Doakan semua okay. ya Allah, berilah kami pape yang Kau redhai ^_^