Saturday, August 24, 2019

Peri arrest

Assalam semua.

Apa khabar?

Alhamdulillah saya sihat. Kembali buat nights. Sobs. Yes first night out of four.

So started my shift 8pm- with many jobs. Banyak banyak jobs dalam transplant ni pun tak sebanyak oncall covering Acute Medicine / Care for Elderly Wards- 10 wards x 30 patients. Currently I am covering 30 patients on my own at transplant ward. 300 vs 30. So sis wont complain.

Anyhow.

Sis start my shift as usual.

Nurse datang cakap, "Doctor, boleh tak prescribe ubat tahan muntah yang lain,  patient ini muntah. Muntah dia macam coffee ground vomiting campur darah."

To those who wonder how it looks like; cenggini


Me monolog. (Argh sudah). "Muntah darah ni new issue ke lama, blood pressure semua okay tak?"

Nurse; "Baru..blood pressure semua okay..Hb(darah merah) x drop pun."

Me:"Okay, jap lagi aku pi tengok, amik lubricant sekali; aku nak buat examination dekat back passage."

So I went to see his muntah; nampaklah satu mangkuk separuh penuh dark blood. Then I went to see this patient. This patient baru je had 3 hari lepas;  transplant untuk buah pinggang, pancreas, usus kecil and usus besar ( Banyak organ kan so we called it as multivisceral transplant)

Patient ni masih OK- blood pressure still normal (127/74)but patient a bit sweaty and clammy. Examination semua OK. Nampak cam penat lepas muntah and sis nampak tissue kesan darah dia lap mulut. Tak buat back passage exam sebab dia ade stoma bag. Apparently, stoma output akan jadi malaena post op and that is normal. Patient cakap surgeon ada cakap kat dia yang dia ni ade risk of bleeding.

Anyway, bab bab bleeding- sis jadi over the top sikit nak pula patient just had his surgery- walaupun blood pressure semua masih OK, sis order 4 units blood (special blood sebab patient transplant ni tak boleh receive sebarangan blood) incase patient keep on losing blood. Bagi some drip fluids- untuk cover darah dia hilang from muntah. Cakap kat Surgical Registrar - alkisahnya sekian sekian so that they are aware kalau kalau patient tiba tiba crash. So we are waiting bloods from lab nak check darah merah punya count lepas muntah darah.

Sekali tengah deal dengan one new patient due for renal transplant tonight; tiba tiba cardiac arrest call bunyi.

Berlari sis pecut- sekali rupanya call itu from  si pakcik muntah darah tadi.

Die dah hampir arrested dah, kira hampir nazak. Mata dah naik atas. Bed pulak tak boleh nak diflatkan(geram aku), patient tengah position duduk covered with blood. Hampir hampir nak buat CPR-but I could feel the pulse and pt started coughing. So I did not start. We called cardiac arrest team.

Luckily another doctor was around, registar in renal who happened to be at the ward, I heard he said Igel. Aku cam sedar diri; eh, I am the only airway trained doctor there- kelam kabut start protect his airway dia sebab he is still vomiting blood! So I suctioned his vomit ( he is already on recovery position). Baru nak perform jaw thrust- anaesthetist mai! (yeay)

Surgical registar aku suruh aku undurkan diri and pergi deal dengan renal transplant patient yang due for theatre, kena request urgent blood products prior operation.

By that time, cardiac arrest team sampai and they took over the patient.

Drama drama.

My surgical registrar made me ended up talking to Endoscopy Consultant (specific for transplant patients) on the phone for an urgent endoscopy for this actively bleeding patient.

Patient itu ended up pergi theatre terus for exploratory laparotomy (cari source bleeding) lepas endoscopy was clear. Rupa rupanyanya sambungan blood vessels untuk organ usus kecil dia actively bleeding.

Sekarang patient di ICU. Alhamdulillah. Ribut ribut sis malam tadi, patient still OK. Lepas dok lari lari sini sana; still dapat rasa kaki still bergetar getar kesan terkezut patient hampir arrested tadi.

Itulah al kisah penuh drama di malam pertama kita buat nights. Biasanya it will take only one super sick patient can delay semua benda. But somehow, bila dah pukul 2am, things mula calm down.

Renal transplant patient lagi satu tu tak jadi sebab quality kidney yang didonate tu tak bagus. So sis mula siapkan kerja kerja yang di handover awal shift tadi.

Sembahyang maghrib dekat medical student seminar room, sebab nak jalan pergi Chapel jauh sikit. Nasib baik sempat solat- coz I went straight to solat after assessed patient masa mula mula dia muntah darah. Ada Qiblat Google- so korang boleh pakai ni je nak tahu qiblat mana, takpayah download mana mana app.

Sampai di sini sahaja coretan kali ini. Nanti insyaAllah ketemu lagi.


Najah Daud 
0730 24/8/19

Friday, August 16, 2019

Transplant Job

Salam semua.

Harini kita borak borak sket pasal transplant.

So transplant ni super specialised. Addenbrooke's Hospital ni tertiary centre and one of the leading transplant centre kat UK.

So dia buat transplant
- Liver
- Kidney
- Multivisceral (including pancreas)

So boleh jadi penderma organ itu
1) masih hidup (living donor) or
2) from orang yang sudah mati -DCD (Donation after Circulatory Death) or DBD ( Donation after Brain Death)

Ada doktor kat sini datang from India cam internlah sebab katanya dekat India, semua transplant memang from living donor. Takde yang from orang yang sudah mati.

Dulu masa kerja Neuro ICU, ada few times aku yang kena withdraw care from patient sebab patient macam dah takde harapan. Like patient tu bergantung sepenuhnya dekat mesin. All this withdrawal care and agreement for organ donation tu memang dah ada thorough discussion dengan family semua. 

Macam contoh ada satu patient tu, perempuan umur muda, 27 tahun. Tengah susukan anak 3 bulan, tiba tiba rebah and tak sedar diri. Suami dia buat CPR. Tahu tahu rupanya ada bleeding dalam otak and sebab teruk sangat, she was certified as brainstem death. Kira dah meninggal, tapi jantung, paru paru semua still working sebab machine tolong. Kalau remove machine, jantung berhenti. Sedih weh hari yang die kena withdrawal of care and organ donation, family amik rambut and cam replika bentuk tapak tangan dia sebagai kenangan untuk anak lelaki dia yang 3 bulan. Dia kan breastfeed so susu masih banyak time tu. Sobs.

Sambung balik cerita pasal withdraw care. So masa withdraw, apa aku buat aku matikan ubat yang support blood pressure dia, tarik tube pernafasan keluar dan tunggu blood pressure and nadi turun..sampaila line straight (macam kat drama drama tv) -this can take few mins, few hours..so far time aku memang 20 mins gitu- then certify patient's death dalam masa 5 min. Lepas aku certify, aku and nurse terus tolak jenazah tu ke dewan bedah.

Dalam dewan bedah, surgeon surgeon dah prepare dah nak operate straight way to ambik organ organ for donation. So aku kene announce kuat kuat "Ye saya dah sahkan kematian si polan ni". Terus diaorang potong. So kira time NCCU dulu aku side tolong mendermakan orang punya organ. Ada orang kata kalau tengok diorang amik organ2 tu cam rakuslah gak. Aku tak pernah tengok lagi.

So fast forward, sekarang aku side yang nakkan organ tu. 

How it works here, bila ada kematian yang di plan cam aku cerita atas tu and patient is for organ donation, transplant surgical team akan pergi ke hospital tu untuk retrieve organ. Tup tup after few hours, transplant coordinator akan alertkan patient dalam waiting list for organ tu untuk datang hospital untuk organ tu. So kerja aku adalah bila pesakit sampai aku akan ambil darah mereka untuk pelbagai test and jalan ke 4 labs untuk personally hand delivered darah darah tu. Lepas buat ambil history, examine macam biasa.

    Ini blood blood dia. 

Ini handbook for us to refer kalau lost

Bila organ dah sampai hospital ni, macam macam testing diaorang buat dekat organ tu untuk make sure organ still okay. Bile semua okay- terus masuk theatre. Aku takdelah join theatre sebab sis bukan surgeon. hehe. Tapi boleh je kalau nak tengok. Macam night shift semalam, tak sempat nak blogging ke apa, tiba tiba 2 new patients admission pukul 4 pagi sebab ada 2 buah pinggang (from satu jenazah) dapat pukul 1pagi semalam. Kira satu patient dapat satu. Memang al kelam kabut la sis.

Aku teringin nak tengok organ retrieval punya proses just untuk experience, maybe one day before aku habis rotation ni. Macam menarik je nak tengok.

Baru dapat call from transplant coordinator cakap, ada satu new patient admission untuk liver transplant hari ini tapi bukan sekarang, patient tu datang pukul 8.30pagi. (yeay aku habis pukul 8pagi) Haha. Ada one day tu, ade liver tu pernah datang from Manchester, melampaukan? Manchester ke Cambridge 3 jam kot.

So anyhow tu jelah karangan kita pada hari ini. Bahasa dia and ejaan dia macam sis type text. Maybe boleh next time sis boleh skemakan sket.

Okay, 4th night oncall habis dalam 2 jam lagi insyaAllah. Weekend cuti, Isnin kerja day shift insyaAllah.

Sampai ketemu lagi kawan kawan. Have a good day. May Allah ease everything for you guys, ameen ya Rabb.

Najah Daud
0545Hr 16/08/2019









.


Wednesday, August 14, 2019

MashaAllah! 4 years last update.

Assalamualaikum WBT.

Ape khabar semua?

Ya Allah, lama sangat tak update blog ni. Last update Oct 2015. Lepas tu, I dont know what happened.

Alhamdulillah, still dapat access account ni.

So, lets flashback what has happened in the last 4 years ( Really ?!?)

Nov 2015

Sis bertunang hahaha. Probably sebab tu blog jadi senyap. From tulis blog jadi tulis asyik karang message dekat tunang (gitu).



Sebenarnya dalam pada bertunang, I was busy applying for jobs(training post). Sebab Aug 2016 nak kena masuk dalam training. So apply job, busy with portfolios, interviews.

Time ni tak sure nak stay UK or not.

January 2016
Sat for my MRCP part 1 - alhamdulillah passed

May 2016 
Sat for my MRCP part 2 (written)- alhamdulillah passed

Aug 2016
Alhamdulillah dapat kerja dekat Cambridge University Hospital. Therefore hasrat nak balik ke Malaysia setelah habis  HO tapi hasrat ditangguhkan dulu since dapat offer training post dekat hospital sini. I thought that it would be good for it to be in my CV.

Sept 2016
Wedding day! MashaAllah sistur bernikah dengan pujaan hati kanda.  It went so fast tup tup kawen. Nnt kita story bab kita berkenalan dengan hubby tercinta okay?

Nov 2016
Alhamdulillah dapat tahu pregnant. Masa tu macam tak percayaaaa. Syukur sangat. I had a very bad morning sickness. 4 bulan sistur pegang gayung dalam rumah. Rasa xnak kerja doctor dah.

Dec 2016
My bestfriend; Nik Idzni Dalila passed away due to renal cancer. (Al fatihah)

May 2017
Went home for maternity leave, balik awal sebab takut tak boleh travel naik flight bile da sarat sangat.
Najib & Farah wedding reception

Aug 2017
Sis nak tambah berat 30kg. Happy sangat makan Malaysian food (adoi)
My lil princess Fatema was born on 28/8/2017. MashaAllah, nak branak sakit sisturrr.

Feb 2018
Maternity leave came to an end. Back to UK- sambung balik training.
Naqib is already here sambung degree in Accounting at City Uni London

June 2018
Sat for MRCP Part 2 (PACES) failed. Nangis nangis sis. Jangan buat main.

Nov 2018
Took a break from study. Then start study and stay late at hospital for practise once dah tahu bile exam date. Sat again for MRCP Part 2 (PACES) - alhamdulillah passed

Dec 2018
Went for Umrah with hubby Fatema babah mama abang naqib nawfal , alhamdulillah teramat.

June 2019
Mak abah datang UK





July 2019
Naqib graduated
Mama babah semua datang for naqib's graduation and my RCP membership ceremony



Aug 2019
Me writing these updates during my night shift as senior house officer (SHO) in transplant.

Nnt sistur nak cerita camana sis kenal ngan husband sis. Sebab kalau boleh, nak anak cucu boleh baca (gitu).

This is my 4th day kerja dekat transplant - my second night oncall out of 4. Everything is just so new because transplant ni super specialised- ade multivisceral, liver, kidney, pancreas transplant.

Kalau sistur cover acute medical wards and care of elderly wards- semuanya dalam 10 wards- satu ward 30 patients. Tak sempatlah jari jari sis nak menari atas keyboard ni. Setiap 5 mins mesti kene bleep.

Doakan oncall sis berjalan lancar. Sampai ketemu lagi ye insyaAllah.



Husband sistur pesan kalau baca ni 4444kali in one go, hasrat kita akan dimakbulkan. Kalau tak dapat 4444 kali, kita buat sikit sikit. Orang kalau biar sikit lama lama jadi bukit. Gituu. Jom hafal.

Okay guys, I need to eat something. Doakan sis tengah apply job lagi.

Wassalam

Najah Daud
0438 14/8/19
Ward G5 (Transplant)