Tuesday, March 16, 2010

Close tab.Blah ahhhhh.

Aku buh apa je aku suka dalam blog aku. Kalau kau tak suka jangan baca. Kau nak judge-judge aku, blah arrr. Aku tak suka. Tak suka. Tak suka.Faham tak awak? jgn la nak sibuk jaga tepi kain org.

Aku : " Mama, nape kan ma ajah tak wat orang cmtuh, nape dierang wat ajah cmtuh?". Ajah tak cakap pun pasal orang tu. Kenapa dia cakap pasal ajah?. Ajah tak fikir pun die macam tuh. Nape die fikir ajah macam tuh?"

Mama: "Tuh name dia manusia Najah. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Dalam sedar tak sedar kadang-kadang, kita pun buat benda yang sama. Apa yang penting, kita buat bodoh jer. Lantak dialah nak cakap apa. Asalkan kita tahu apa kita buat. Paling penting, Allah tahu apa dalam hati kita."

Manusia. Ada saje tak kena. Itu tak kena. Ini tak kena. Aku wat blog tulis apa yang aku nak. Suka hati aku ngan mak bapak akulah. Ada aku suruh kau fikirkan untuk aku. Ada? Eh tolong fikirkan nak tulis apa ni. Ada aku tulis bagi hidup kau susah? Tak adakan?
So senyaplah.
Kalau tak rasa aku ni itu inilah. Close tab. Tak payah baca blog aku. Senang. Habis cerita!

Tak apalah. Aku maafkan. Malas nak fikir. Ingat setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan. Mungkin aku lemah bab yang kau cakap itu, tapi ingat kau pun ade lemah kau bab lain. Biar sama-sama jaga mulut.

Saturday, March 13, 2010

Correction.

Eh, previous post aku bagi orang salah faham. Bukan aku clash weh. Kawan aku.

Aku buat post khas untuk dia. Tak ada kaitan dengan aku. Yang perasaan clash itu aku macam dengar orang lain cerita. So, aku type jerlah.

Dengar macam ramai je break up lately ini. Sabar jelah eh. Kumbang bukan seekor. Bunga bukan sekuntum.

Cheers. =D

Sunday, March 7, 2010

Hate this part right here.

Apa perasaan putus cinta?
Sangat sedih. Hati remuk.

Kita sayang sangat-sangat-sangat dekat seseorang itu tapi kena lepaskan dia pergi. Bukan saja-saja nak lepaskan tapi terpaksa. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa payahnya nak lepaskan seseorang itu pergi tapi kena lepas juga. KENA.

Membayangkan macam mana nak lalui hidup seterusnya tanpa orang itu. Kalau dulu, apa-apa nak cerita, cerita dekat dia. Phone nanti dah tak ada orang hantar message dah. Tak ada orang nak call kita dah. Dalam otak fikir, tak tahu nak gambarkan perasaan bila orang yang kita sayang itu, pernah sayang kita tiba-tiba akan sayang dekat orang lain dah. Kenapa boleh macam itu? Kenapa dia tak sayang dekat kita saja? Kenapa boleh tukar-tukar?

Semua benda yang pernah plan sama-sama. Nak pergi sana, sini semualah. Kalau jalan-jalan pergi mana-mana, tiba-tiba terpandang satu benda yang closely related dengan si dia. Rasa sedih, sebab teringat semua benda yang best-best masa inlove dengan dia. Kenangan-kenangan yang sweet yang dia dengan kita pernah sama-sama rasa.

_________________________________________________________________________________________

Dah-dah-dah-dah. STOP IT. Tak payah nak larut sangat dengan perasaan sedih. Saya tak marah kalau awak nak nangis. Sebab saya pernah rasa. Nangis-nangis kalau teringat. Beriya pulak tuh. Saya pernah tengok kawan-kawan saya nangis. Boleh nangis. Tapi jangan lama sangat, hidup kita kena teruskan.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau boleh, elakkanlah menunding jari, memikirkan soal siapa yang salah dalam sesuatu hubungan itu. Cinta mati macam mana pun kita dekat seseorang, kalau Allah kata putus, putus juga akhirnya. Soal jodoh semua dekat lauh Mahfuz. Kita sangat-sangat clueless.

Hidup kita bukanlah semata-mata menagih cinta daripada seseorang lelaki yang masih tak pasti lagi menjadi suami kita nanti. Umur 20, nak masuk 21 tahun, kata nak jadi doctor, nak kerja kumpul duit banyak-banyak, balas balik jasa mak ayah. Paling penting, hidup kita di dunia sementara sahaja sebab kita akan mati. Maksudnya, kalau sedih-sedih sangat dan fikir-fikir lama sangat kenapalah boleh putus, buat penat saja nak fikir lebih-lebih sebab dia tak masuk timbangan amal kebaikan dekat akhirat nanti.

Btw, we're running out of time. Tak sempat nak fikir-fikir benda dah berlaku. Kita kena pandang ke depan, hargai apa yang kita ada, untuk kejar kejayaan dunia dan akhirat. Plus, cari bakal suami lain.=p

Allah tidak tidak pernah mencabut sesuatu daripada kita kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. Yakinlah dengan sepenuh hati dan seluruh jiwa raga tanpa sekelumit pun rasa ragu ; pilihan Allah adalah pilihan terbaik untuk kita.

P/S:to You-know-who-u-are, sorry kalau aku tak dapat bagi kata-kata yang mampu sedapkan hati kau sebab aku tak rasa apa yang kau rasa. Jadi, aku tak mampu cakap lebih-lebih. =D