Oh haa.Ingat tak ada cakap nak sambung pasal episode alhamdulillah. Btw,sekarang ini macam terasa macam letih. Mata pedih tak tahulah tak cukup tidur ke apa. Maybe sebab agak memikirkan presentation tadi. So macam tidur tidur tapi asyik tersedar sebab tak lena. Sampai macam tu sekali? Mak aihkan. Haha. Entahlah lately 2 malam tidur tak proper. Lampu tak tutup elok-elok.Badan tak masuk duvet. Tengah malam tersedar. Tidur tapi tak nyenyak. Dah dah cukup najah tak payah membebel.
Oh ha ini. Yang hari itu kan. Dah present itu yang boleh terus terang saje dekat sini. Alhamdulillah sebenarnye I got a prize my oral presentation masa second year. Sekarang kan baru masuk third year. So, my SSC coordinator gave an email, inviting me to give presentation again on William Harvey Day. Hari apa itu? Ini description dia;
Seriouslylahkan, memang macam apa yang stated dekat dalam ayat seribu dinar itu. Rezeki kalau Allah nak bagi dari arah yang tak disangka sangka. Memang kalau Allah cakap kun fayakun memang nak jadi benda itu jadilah. Masa buat preparation ini fikir; just nak buat terbaik sajelah tak pernah terfikir apa-apa. Apa-apa langsung. Nak dapat prize ke nak bagi talk masa William Harvey Day ke. Even taktahu pun kewujudan William Harvery Day ini. Kalau kawan-kawan rasa macam kagum, tak perlulah eh. Kagum kepada Dia. Allah yang bagi. Saya serious tak buat apa-apa yang extra. Saya serius buat benda ini macam biasa macam kerja-kerja saya selalu buat.
Saya bagi talk pasal apa? Pasal treatments of childhood obesity. Thanks to Farah Asyikin. She recorded my presentation. Nanti dia upload kat fb die kata but die nak edit -edit dulu apa yang patut. Nanti kalau dah upload kalau nak tengok pergilah click. Sekarang die tak upload lagi. Oh ha ni ada dalam buku iterinary.
*Cari-cari nama saya.hehe
Saja buat posting ini. Nanti suatu masa boleh tengok balik. Ingat nikmat-nikmat Allah yang sememangnya banyak setiap hari dan yang ini salah satu nikmat yang extra sikit. Ingat, Najah. Ingat Ingat. Dapat sesuatu yang baik janganlah ingat ini adalah hasil usaha kita sendiri. Usaha awak itu berapa lah sangat. Allah yang bagi bukan sebab awak usaha. Dapat benda macam ini means kena sentiasa bersyukur sentiase bersyukur kepada Allah. Tapi kalau dapat kesusahan kena bersabar. Bukan setakat type and cakap cakap dekat sini. Amalan itu yang penting.
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”- (2,3-Surah At-Talaq) *Ayat seribu dinar.
Nanti lain kali saya cuba sedaya upaya buat reflection yang lagi baik and lebih organised yeah? Cerita masa nak present semua. Adalah episode serabut.Sekarang dah malam, esok ada PBL, tak revise lagi.
No comments:
Post a Comment