Friday, August 16, 2019

Transplant Job

Salam semua.

Harini kita borak borak sket pasal transplant.

So transplant ni super specialised. Addenbrooke's Hospital ni tertiary centre and one of the leading transplant centre kat UK.

So dia buat transplant
- Liver
- Kidney
- Multivisceral (including pancreas)

So boleh jadi penderma organ itu
1) masih hidup (living donor) or
2) from orang yang sudah mati -DCD (Donation after Circulatory Death) or DBD ( Donation after Brain Death)

Ada doktor kat sini datang from India cam internlah sebab katanya dekat India, semua transplant memang from living donor. Takde yang from orang yang sudah mati.

Dulu masa kerja Neuro ICU, ada few times aku yang kena withdraw care from patient sebab patient macam dah takde harapan. Like patient tu bergantung sepenuhnya dekat mesin. All this withdrawal care and agreement for organ donation tu memang dah ada thorough discussion dengan family semua. 

Macam contoh ada satu patient tu, perempuan umur muda, 27 tahun. Tengah susukan anak 3 bulan, tiba tiba rebah and tak sedar diri. Suami dia buat CPR. Tahu tahu rupanya ada bleeding dalam otak and sebab teruk sangat, she was certified as brainstem death. Kira dah meninggal, tapi jantung, paru paru semua still working sebab machine tolong. Kalau remove machine, jantung berhenti. Sedih weh hari yang die kena withdrawal of care and organ donation, family amik rambut and cam replika bentuk tapak tangan dia sebagai kenangan untuk anak lelaki dia yang 3 bulan. Dia kan breastfeed so susu masih banyak time tu. Sobs.

Sambung balik cerita pasal withdraw care. So masa withdraw, apa aku buat aku matikan ubat yang support blood pressure dia, tarik tube pernafasan keluar dan tunggu blood pressure and nadi turun..sampaila line straight (macam kat drama drama tv) -this can take few mins, few hours..so far time aku memang 20 mins gitu- then certify patient's death dalam masa 5 min. Lepas aku certify, aku and nurse terus tolak jenazah tu ke dewan bedah.

Dalam dewan bedah, surgeon surgeon dah prepare dah nak operate straight way to ambik organ organ for donation. So aku kene announce kuat kuat "Ye saya dah sahkan kematian si polan ni". Terus diaorang potong. So kira time NCCU dulu aku side tolong mendermakan orang punya organ. Ada orang kata kalau tengok diorang amik organ2 tu cam rakuslah gak. Aku tak pernah tengok lagi.

So fast forward, sekarang aku side yang nakkan organ tu. 

How it works here, bila ada kematian yang di plan cam aku cerita atas tu and patient is for organ donation, transplant surgical team akan pergi ke hospital tu untuk retrieve organ. Tup tup after few hours, transplant coordinator akan alertkan patient dalam waiting list for organ tu untuk datang hospital untuk organ tu. So kerja aku adalah bila pesakit sampai aku akan ambil darah mereka untuk pelbagai test and jalan ke 4 labs untuk personally hand delivered darah darah tu. Lepas buat ambil history, examine macam biasa.

    Ini blood blood dia. 

Ini handbook for us to refer kalau lost

Bila organ dah sampai hospital ni, macam macam testing diaorang buat dekat organ tu untuk make sure organ still okay. Bile semua okay- terus masuk theatre. Aku takdelah join theatre sebab sis bukan surgeon. hehe. Tapi boleh je kalau nak tengok. Macam night shift semalam, tak sempat nak blogging ke apa, tiba tiba 2 new patients admission pukul 4 pagi sebab ada 2 buah pinggang (from satu jenazah) dapat pukul 1pagi semalam. Kira satu patient dapat satu. Memang al kelam kabut la sis.

Aku teringin nak tengok organ retrieval punya proses just untuk experience, maybe one day before aku habis rotation ni. Macam menarik je nak tengok.

Baru dapat call from transplant coordinator cakap, ada satu new patient admission untuk liver transplant hari ini tapi bukan sekarang, patient tu datang pukul 8.30pagi. (yeay aku habis pukul 8pagi) Haha. Ada one day tu, ade liver tu pernah datang from Manchester, melampaukan? Manchester ke Cambridge 3 jam kot.

So anyhow tu jelah karangan kita pada hari ini. Bahasa dia and ejaan dia macam sis type text. Maybe boleh next time sis boleh skemakan sket.

Okay, 4th night oncall habis dalam 2 jam lagi insyaAllah. Weekend cuti, Isnin kerja day shift insyaAllah.

Sampai ketemu lagi kawan kawan. Have a good day. May Allah ease everything for you guys, ameen ya Rabb.

Najah Daud
0545Hr 16/08/2019









.


No comments: