Saturday, December 31, 2011

Cuti yang dah nak habis.

Assalam, yo, what's up?

Aku alhamdulillah. Cuma kurang sihat sikit but its okay since sakit penebus dosa kan. So, insyaALLAH tak lama lagi sihatlah. Amin! Aku pergi Italy 19-24 December. Malam 19 itu tak tidur, sebab gerak airport pukul 1.30pagi. Balik sampai sini 24 malam.25hb pagi itu bawa my very good friend and her sister bawa jalan kaki around London, Tower Bridge and London Bridge.  Nak pergi jauh-jauh, nanti tak balik karang, tak ada transport on christmas day. The next day, pergi oxford street from pukul 8am sampai 8pm. Sekali ada orang kena stabbed, 2 cases pula itu. Cuak cap ayamlah kan.Anyway, alhamdulillah, setelah beberapa hari, 27hb malam, sending off my friend and her sister at london euston station, leaving for Dublin, Ireland. 

Banyak sangat aku dah belajar sepanjang cuti ini. Banyak sangat. Aku rasa yang paling memberi kesan kepada aku adalah, kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang kawan. 
Nak cakap,
 "Oh, we are best friend."
"Let us be friend forever."
"Aku sayang dekat kau. Kau bestlah."

Benda nak loving-loving semua, best-best time waktu senang memang senang nak cakap. Tapi cuba bila dalam keadaan susah, sanggupkah kita melepaskan masa yang kita ada untuk sesuatu perkara yang tak berkaitan dengan kita pun? Fikirkan masalah itu juga. Ha, jawap-jawap. Sanggupkah? Fikir banyak kali kan?

Tahu tak aku menuntut ilmu persahabatan dengan siapa, dengan girls yang gambar dia orang banyak dekat bawah ini. 15 buddies aku. Aku takkan lupa zaman sekolah dulu. Masa nak assembley, seorang member mengadu tertinggal nametag dekat asrama. Seorang lagi tanpa hesitation langsung. Langsung. Offer; "Kau nak aku teman?Jom." Padahal, yang seorang yang offer itu aware kot apa risks kalau balik asrama bukan pada waktunya. Nanti warden terjumpe, nayaa kot. Tak pasal nama naik. Aku yang menyaksikan dekat situ, "Dalam hati, like wow!".Awesome sangat friendship yang terbina ini.

Lagi satu aku takkan lupa. Masa sekolah, seorang member aku mengadu tak ada duit. Tahu tak apa jadi, 2/3 orang offer; "Kau nak pinjam duit aku?". Berlumba lumba masing masing nak kasi pinjamkan duit. Padahal masa sekolah dulu, duit mak ayah bagi sebulan sekali and tak adalah banyak sangat. Paling kurang RM50. See? Gilakan. It touched my heart kot. Like seriously. Keadaan ini mengajar aku untuk tidak mementingkan diri. Kawan susah, selagi mampu tolong. Kalau tak mampu, cakap. Jangan bagi harapan palsu, kata boleh boleh, dalam hati dah tahu dah, tak nak tolong. Niatkan kerana Dia, insyaALLAH susah macam mana pun, Allah akan permudahkan. Yakinlah wahai Wan Najah Maryam Mohd Daud dan siapa yang baca ini.

Cakap pasal persahabatan, nanti ada kawan cakap dekat kita, "Kau sombonglah sekarang." Lepas itu, dihimpit rasa bersalah, sebab dalam hati tak berniat langsung untuk sombong. Cuma busy, masa laju jalan, nak pula clinical year. Tak sempat nak catch up. Tapi kan kadang-kadang fikirkan balik, dalam persahabatan. ini, tepuk sebelah tangan tak berbunyi.  Dia tak boleh seorang saja berusaha nak jaga persahabatan itu, Dia saja yang kene contact lagi satu. Pihak satu lagi, tak buat apa-apa. Hanya tunggu untuk dicontact. Kalau tak dicontact, cakap kawan lagi satu sombong. Effort kena dua-dua pihak. Bukan satu saje  Wan Najah. Mak pesan, umur dah besar ini, masing-masing ada hal sendiri, kalau terasa diri diabaikan oleh member, jangan cepat melatah. Tak payah emo, nak kecik, amik hati. Dia tak approach, kita approach dia.Betul. ya ALLAH, berikan kami kekuatan untuk berlapang dada and tak bersangka buruk.

Okaylah itu saja. Ulasan untuk mengingatkan diri yang lalai ini for today. Semoge Allah permudahkan segala urusan kita pada hari ini and have a nice day. Amin ya rabbal alameen.

Thursday, December 29, 2011

Bentar.

ya Allah, berhabuk ha blog. Lama tak sentuh. Tapi ni sentuh sekejap saja. Sebab dah penat. Cuti tinggal 5 hari. insyaAllah, kalau ada masa nanti orang update elok-elok. Sekarang a bit busy. Byee!

Sunday, December 18, 2011

Abouji, it's your bday!

Alhamdulillah.ya Allah. happy 52 bday bah! Orang doakan babah supaya panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baek and dikurniakan anak anak yang soleh, solehah termasuklah orang ini. People said muka orang macam ke arah babah, ada yang cakap mama,orang pun konfius tapi yang pasti warna kulit ikut babah. Itu tak payah sangsi. Bagus jugaklah tak ikut mak sangat. Orang kata ikut mak muka, nanti panas. Tak masuk. Orang so far alhamdulillah. Masuklah dengan mama babah, macam member. 

Comparelah sendiri muke aku macam siapa.August 2009

Anyway, thanks to Allah, aku dikurniakan seorang ayah yangg strict tapi otai juga. Otai yang macam kelakar and sporting ah. Ayah aku ini kelakar gak suka nak buat suara comel-comel kalau aku call. Konon menyamar orang lainlah apalah. Menyamar macam mana pun aku kenal. Dah nama ayah sendiri. Ini gambar ayah aku masa muda. Ayah aku tinggi. Mak aku tinggi. Itu anak-anak semua tinggi. Aku jelah yang ketot among dia orang. 171cm. Naqib 184cm. Lagilah. Padahal baru form3. =_=.Oh ni gambar 22 tahun yang lalu :)

                                                                         June 1989

Anyway babah, di sini orang nak ambik kesempatan nak minta ampun maaf atas segale kesalahan yang orang buat sejak orang lahir sampai dah umur 22 tahun ini. Orang pun nak cakap terima kasih yangg tak terhingga atas segale galenya sebab atas didikan babah and mama dengan izin Allah telah menjadikan orang yang hari ini. Orang tahu kadang-kadang orang degil tapi kalau selalu, sorylah orang tak bermaksud. Orang nampak je degil, tak nak dengar, tak bagi tumpuan tapi sebenarnya, orang dengar apa semua babah cakap. Orang ingat elok elok. Orang ingat lagi pesan babah mama sampai sekarang. 

"Babah and mama dah didik elok-elok, bagi ajaran agama semua, kalau dekat Malaysia, selagi depan mata babah mama dah try sedaya upaya jaga elok-elok, berambik berantar, bagi nasihat. Nanti kat oversea, pandai-pandailah  you jaga diri eh."

InsyaAllah babah mama. Orang akan sedaya upaya jaga diri orang sebagaimana mama babah jaga orang dekat Malaysia. Babah kalau nak tahu, orang dekat sini jalan-jalan tak pakai high heels pun. Kalau pergi mana-mana pakai kasut senang nak lari. Pakai bag pun bila perlu. Sedaya upaya tak khayal or excited sangat kalau apa-apa. berlaku. Kalau nak buat apa-apa, orang akan call babah mama mintak izin dulu. Apa babah and mama tak bagi, orang selagi itu cuba untuk tak buat. Kalau  terpaksa, orang call bagitahu. Babah  mama selalu pesan zikirkan. Orang rasa happy sebab bukan semua mak ayah pesan macam itu. Tapi babah and mama selalu pesan macam itu. Suruh selawat juga. Orang sangat bersyukur dekat Allah dikurniakan mak ayah yang dapat berbincang kalau ada apa-apa hal, share opinions. Mak ayah yang tegur straight away kalau orang buat salah. Sesi tegur menegur selalu berlaku dalam kereta. Dekat sini, tak ada sapa nak tegur. Itu kalau boleh, orang sedaya upaya ingat balik apa babah and mama pesan dekat orang. InsyaAllah, orang akan cuba sedaya upaya menjadi anak yang lebih baik dari semasa ke semasa. Kalau gagal, orang akan cuba lagi. Tak boleh putus asa.

Orang mendoakan yang terbaek dunia akhirat untuk mama babah, keluarga kita and sesiapa sahaja bersama kita. Semoge anak-anak mama babah ini mampu menjadi anak soleh solehah ye ma and bah. doakan tau and kitaorang akan berusaha fighting! :))

Friday, December 16, 2011

Sayangss

Alhamdulillah. Skyping straight for 2 hours. World record for me. Thanks Allah for giving me them. This reminded me how we actually sat together in a circle, discussing seriously serious, solutions for anyone of us who was having difficulties no matter how messed up the situation was. Masalah seorang adalah masalah semua. Wiping each other tears, crying and laughing together.Up till now. I love the fact we still do that although we are all over the world. Malaysia, Egypt, US, UK.Thanks Allah I could not ask for more. I want to love them because of You. Maka permudahkan dan berkatilah persahabatan kami dunia akhirat. amin.

* Tahu aku buat apa?Aku browse semua gambar kita semua dekat fb, aku letak dekat sini, supaya panjang umur, dah tua, boleh cari and tengok balik. Ingat balik perasaan sayang kita semua terhadap masing-masing. Kita lepas ini, tak mungkin dapat selalu catch up and jumpa, masing-masing ada komitmen dan kerjaya masing-masing. Apa-apa jua pun berlaku, semoge kita tak pernah lupa untuk mendoakan masing-masing, walaupun kita tak ada dekat sisi masing-masing, tapi ingatlah Allah sentiasa ada dekat sisi kita.  :)













Thursday, December 15, 2011

Tentang Dhia

Nik Jasmine suggested me to watch Tentang Dhia. OH NO! Adi Putra. Haha. Kalau nak tahu Nik Jasmine ini my best friend, we were deskmate for 4 years. Personality sangat berbeda but her taste is my taste, kitaorang complementary. Bila dia cakap best so definitely best juga for me.


Adi Putra nak kata hot kedebam boooom tak adalah kan. Hot sikit kot. Maybe aku tak adalah suka sangat dekat Adi Putra, suka sikit je tapi sebenarnya, hati aku kena curi dengan watak Zikir yang dia bawa. Suara dia cakap dekat isteri dia, alahai lah weh lemah lembutnya. Cairlahkan. Tapi apakan daya, berlakon adalah berlakon kan. Semata-mata rekaan. Aku pula yang macam isteri dia dalam cerita itu excited lebih bila dengar dia cakap. Puk karang berangan nak lebih.Tapi pun Adi Putra, lakonan dia berkesan. Aku rasa bukan aku saja cair, perempuan yang lain tengok itu rasa macam ini. Tapi papepun,suami yang terbaik di dunia ever adalah Nabi Muhammad SAW kan. :)

Bercakap soal Tentang Dhia, aku rasa kelainan drama ini dalam usaha pendekatan untuk menyampaikan mesej-mesej berunsur keagamaan memang mantaplah. Banyak unsur yang diketengahkan.  Agama bukanlah sesuatu yang diasingkan from kehidupan kita, tapi dia adalah asas kehidupan kita, meliputi segalaa aspek. Antara persoalan-persoalan yang dirungkaikan dalam drama ini:

a) Keyakinan dan keredhaan terhadap ketentuan Allah dalam rezeki termasuklah jodoh. But still kena bubuh effort juga.
b) Kematian. Ramai orang mati. Talqin turut diperdengarkan.
c) Unsur fitnah, tak tahu kesahihan something duk sibuk nak cerita-cerita.
d) Tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap mak berbanding isteri walaupun mak jenis hu ha hu ha.
e) Kebergantungan kepada Allah semata-mata dalam memohon perlindungan from gangguan makhluk halus, saka etc. Bukan takal or anything else sewaktu dengannya. Syirik. Khurafat.
*Pasal saka, bomoh segale, nak pula aku tengah tengok seorang seorang tengah-tengah malam, memang aku skiplahkan. Kalau dekat rumah, aku still okay lagi *
f)Masalah sosial yang membimbangkan.
g)Dan lain lain.

Ottuhke? Aku  macam dah buat karangan jawap exam paper sastera Melayu; tema dan persoalan IB. Cuma perbandingan antara drama tak adalah and aku tak bagi contohlah kan and bahasa aku macam kentang sikit. Abaikanlah. Aku tak bagi contoh sebab aku tak nak jadi spoiler. Nak pergi tengok sendiri online. Adalah kurang tang sini sana dalam drama ini. Tak apalah. Yang baik kita ambik, yang tak elok, kita tinggalkan. Dengar kata, episodes cerita sampai 27. Aku dah tengok sampai 21. Siapa teringin nak layan, layanlah. Tapi sorry lah kalau korang rasa tak best. Aku rasa menariklah.

Tuesday, December 13, 2011

Sayang -menyayangi.


Memiliki adik-beradik yang semuanya lelaki memang best. Tipulah, kadang teringin nak adik beradik perempuan, tapi ini yang apa Allah kurniakan, jadi aku menerima dengan hati yang terbuka. insyaAllah. Kalau ada match bola, berebut tv, menangis macam mana pun still tak dapat. Remote dekat tangan abang. Yang lain semua duduk menghadap. Dengan ayah sekali. Macam mana? Nak taknak. Layan jugak bola tu. Perempuan kalau tengok sure macam emo. Like cam "OH NOOOO!lagi sikitt!" Tutup muka dengan bantal mengharapkan goal. Lepas itu, Najib pandang, 

Najib: "Kau boleh relaks tak Kak Jah?"
Abang: "Kau ni bising ah "
Naqib:  "Ish, gelabah ah kak jah ni."
Nawfal: " Leklaah kak jah."

Lepas itu, aku macam. Okay fine aku senyap. Terbaik kan kena pangkah dengan diaorang semua. Tapi aku tak kisah pun. Tak amik hati sebab aku cool. Eceh. Haha. Ala budak laki, seboleh-boleh nak focus, ingat bila diaorang focus, team diaorang sokong tu boleh menanglah? 

Menjadi anak yang kedua, aku sememangnya protective terhadap adik-adik aku. Tapi kelemahan aku terbesar adalah aku kuat bercakap. Jadi, aku insyaAllah nak berusaha keras untuk tidak menasihati adik-adik aku secara berlebihan aka membebel. InsyaAllah. Boleh Najah boleh! Go Go Go. Cakap sekali je dah cukup, itulah mak aku pesan dekat aku. Okay, mak saya faham! Boleh dikatakan apa-apa adik beradik aku nak, aku sememangnya try sehabis boleh bagi walaupun terpaksa mengorbankan kehendak aku sendiri. Eceh. Ayat nak dramatik. Aku rasa, aku memang macam itu. Ikut mak aku kot. Mak aku jenis, apa kitaorang nak, kalau ok, as long as benda itu bukan benda tak elok, if tak dapat sekarang, mesti akan dapat juga later. 

Ada adik beradik lelaki menyebabkan aku kurang mengekspresikan rasa sayang aku, face to face. Aku lebih kepada perbuatan bukan kata-kata. Tanda aku sayang, aku sanggup buat walaupun susah payah macam manaa pun. Tapi aku macam jaranglah nak cakap, ohh kak jah sayang nawfal. HAHAHA. Kalau aku cakap, aku cakap gelak-gelak, gedik gedik, cakap i lap you. Adoi mak. Jadi, kalau aku rasa nak bagitahu someone, aku sayang dekat dia, aku lebih ke arah, bagi kad. Tapi ucapan panjang lebar bukan ucapan cliche yang boleh dapat dekat internet. Luahan isi hati aku. Yang orang itu boleh menangis. Tapi nak cakap. Takkanlah. Malu.

Jadi, sekarang ini, aku nak belajar supaya lebih menjadi orang yang tak malu sangat bagitahu orang lain, kita sayang dia. Macam adik-beradik aku and kawan kawan aku yang sejenislah. Lain jenis, bahaya sikit, kalau sayang pendam jerlah.Haha. Mak ayah aku biasa cakap i lap you time habis call.So, macam itu lain ceritalah. Aku tiba-tiba nak jadi macam ini sebab Rasulullah SAW menyuruh kita untuk menyampaikan rasa cinta yang kita punya kepada orang yang kita cintai kerana Allah.

So, what are you waiting for? Jom bagitahu. Takut takut tak sempat. So better, kita bagitahu sekarang kita sayang. Although there is nothing much be done kerana jarak and masa but at least, diaorang tahu diaorang disayangi dan dirindui. Sorrylah lepas ini aku cam terPDA dekat facebook ke apa.

P/S: Kepada Abang, Najib, Naqib, Nawfal, aku sayang korang. Harap-harap korang sayang dekat aku gak :P. Kalau sayang, so lepas ini, kalau kakjah cakap banyak layan. Kalau tak layann, siap.

Wednesday, December 7, 2011

Bukanlah baik sangat but at least try to be one.

Bismillah.

Apakah kabar? Aku alhamdulillah, sihat. Bosan study. Tahu banyak lagi tak ingat. Tapi bawa bersabar ye Wan Najah. Repetition is the mother of knowledge. Anyway, topic hari ini peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca ini adalah makanan rohani. Semua orang awarekan badan kita terdiri daripada dua unsur iaitu unsur fizikal; badan dan unsur rohani, iaitu roh kita. Badan kita tak makan, macam mana? Ya Allah, hypoglycaemic (tak cukup gula) which leads to lethargic and tiredness. Kita perlukan something at least chocolate ke apa kan. Nak pula kalau berdiri dekat hospital jalan sini sana. Kalau tak makan, masyaAllah, memang rasa pancit sangat. Nak menangis pun ada.

Interestingly, solat itu sebenarnya adalah memenuhi perjanjian roh kita sebelum kita dilahirkan ke dunia ini,  yang telah bersaksikan bahawa Allah adalah Tuhan kita.Memetik kata Ustaz Ustaz Pahrol;  Tapi kalau ada orang cakap." Ye ke? Tak ingat pun." Haha. Memanglah tak ingat. Kita benda tahun lepas dah lupa apetah lagi alam roh. Solat sebenarnya makanan ruji untuk makanan rohani kita. Tapi, sebagai insan biasa lagi hina, masa solat kadang-kadang fikiran melayang ke mana. Astaghfirullahhalazim. Tapi apekan daya, selagi kita berusaha keras, Allah Maha Mengetahui :).

Kalau makan nasi saje mana cukup kan, kena balance. Kena ada sayur, buah, air and segala vitamin lain. Penting kot fibre segala. Kalau tak nanti sakit colon cancer camana? Jadi, nak tak nak, walaupun aku tak suka, aku tabahkan diri untuk makan sayur. Alhamdulillah, aku dah boleh makan!. Macam itulah jugakan dengan rohani kitakan. Selain solat, kita perlu benda-benda lain. Ceramah, kuliah agama or ceramah motivasi. Kadang rasa malas, lebih prefer layan movie or lagu.Tak adalah kata, tak boleh langsung layan movie or dengar lagu. Aku pun layan juga. Hakikatnya iman kita naik turun. Lepas usrah, rasa macam insaf, lepas itu tak berapa lama, insaf pergi mana sampailahh the next usrahkan. Maka diri sendirilah memainkan peranan paling penting untuk mengekalkan keinsafan diri itu.



Sebab apa?Sebagai manusia, kita sememangnya lalai. Lalai teramat. Lantas, Rasulullah meninggalkan hadis dan Al Quran sebagai panduan supaya kita tak kekal dalam kesesatan.Maka, atas effort kitalah nak berjuang untuk bagi suapan rohani dekat roh kita. Baca dan memahami Al-Quran. Tapi ini perlu kepada gurukan. Baca macam itu ja kadang-kadang sekadar baca tanpa penghayatan. Ottuhke? Kadang busy sangat belajar buat itu ini, tak sempat nak dengar kuliah ke ape kan. Kadang-kadang lama sangat, terus macam kata; nantilah nantilah. Terus tak dengar-dengar. Sian roh kita kurus kering, tak cukup makan. Semakin lalai diri jadinya. Lupa dekat kematian, lupa akhirat, paling teruk lagi sembahyang menjadi routine biasa, kurang penghayatan. Aku tak menunding jari kepada sesiapa, sebab aku sendiri mengaku, aku turut mengalami keadaan macam itu.

Nak jadikan cerita, tahun lepas kawan aku post link ikim dekat fb pasal kuliah tafsir Al-Quran oleh Ustaz Zahazan every weekdays. Aku happy bukan kepalang. Alhamdulillah. Aku selalu fikir, duduk London sini macam mana nak menuntut Ilmu Al-Quran from guru properly. Sekali Allah bagi jalan. Memang happylah. Bagi aku, macam hu ha hu ha pun hidup, Islam memang top priority. Kita pasti mati. Macam mana sekalipun taknak alim ke usrah ke ape, Allah tetap Tuhan kita, Islam agama kita. Tapi kayuh pelan pelan tak yah laju-laju. Even Imam Ghazali pun pesan; cara nak kurangkan makan biar sikit-sikit. If biasa makan 100 suapan, kurangkan kepada 99 suapan, kekallah kamu sampai suatu ketika yang lama, baru leh reduce pergi 98. Bukan 100 terus reduce 10. Melampau. Extreme sangat tuh.Macam itu juga dengan kita, nak berubah ke arah kebaikan. Pelan pelan. Allah will guide us. *Peringatan diri kepada diri sendiri*

Makanya, saya dengan rendah dirinya, nak share satu benda dengan orang yang baca ini, jomlah layan tafsir Al-Quran oleh Ustaz Zahazan dekat ikim, pukul 10.30malam waktu UK.Every weekdays. 15 minit saja. Biar sikit tapi berterusan kan. Ada recorded version punye try klik sini . Title tafsir Al-Quran. Saya mengingatkan diri saya juga. Siapalah diri ini. Banyak lagi kekurangan. Semoga Allah sentiase memelihara kita untuk berpegang kepada taliNya. Kita bukanlah baik sangatkan tapi sekurang-kurangnya kita try jadi baik. Apa salahnyakan? :)

Monday, December 5, 2011

Hey apa ni senyumlah.

Aku tahu kau sangat sedih. Aku tahu. Tapi bersabarlah. Pasti ada hikmahnya. Esok periksa kan? Ingat tak masa sekolah dulu, masa nak SPM, aku nak tidur sekejap after subuh ke waktu malam entah. Aku pesan dekat kau suruh cakap dekat aku masa kejut itu. "Najah, bangun, bangun, baca buku, ini untuk masa depan kau, demi mak ayah kau." Kau ingat tak?Aku ingat lagi. Sebab kau tidur sebelah aku. Aku rindu zaman sekolah dulu. Masa form2, sebab katil aku tak kena kipas, kau ajak aku tidur dengan kau. Sepanjang tahun itulah, aku tidur everynight dengan kau. Setiap malam aku cakap good night ikut nada yang kau suka itu *sekarang aku dah lupa dah nada itu macam mana hehe*. Aku rasa since F2 lah aku start rapat dengan kau. Siap bagi surat layang lagi. Lawak. Haha. Nampak tak betapa sayangnyaaaa aku dekat kau. 

Lepas itu, kita selalu gaduh-gaduh kan. Pelik sangat? Tak faham kenapa. Ada salah faham, tak bercakap. Lepas itu, pas-pas surat.Ingat lagi masa anjal, kau tertidur, lepas itu aku suruh Shereen kejutkan kau. Suatu masa itu, kau teringat benda itu kau tanya aku kenapa aku sendiri tak kejut kau kenapa suruh orang lain. Sebab aku entah. Aku pun tak tahu. Sebab aku jeles kot tengok kau rapat dengan orang lain, tak rapat dah dengan aku. Ya Allah, childish melampau kan. Aku memang macam itu dulu. Sekarang berapa lama dah kita berkawan, nak masuk 10 tahun. Janji kita apa? Nak jumpa nanti suatu masa bawa anak anak kita. Janji kita tak menahan terlalu futuristic. Tapi aku selalu sengih sendiri, bila teringat, ayah taktahu lagi siapa, dah sibuk dah angkut anak jumpa. Funny times. Sekarang dah besar kan kita. Masa cepat sangat. Dah suruh masa stop, dia taknak. Aku dekat sini kau dekat sana. 

Ill make this karangan general. Bersabarlah eh sayang, aku taktahu nak pujuk macam mana, I wish I could be with you like pujuk, happykan kau, bagi kau semangat belajar. Buat lawak kentang yang tak lawak sangat bagi kau gelak. Belajar sama-sama. Ini apa kes makcik Najah nak drama sangat ini. Tapi kan kau, walaupun pahit mana, sedih mana, kecewa mana kau dengan keadaan sekarang, yakinlah bahawa benda-benda yang telah berlaku, tak kisah lah apa tindakan-tindakan kau dulu, perasaan kau yang macam layan tak layan, let them go. Syaitan yang hasut, oh ni sebab kau buat macam itu macam ini dulu. Lepas itu, kau terfikir,"Cuba kalau, aku tak buat macam itu, mesti..." Bila ada thoughts macam itu, stop terus. Itu syaitan hasut. Jangan layan. Fikir macam ini, apa Allah dah tetapkan pasti akan terjadi regardless apa kuasa pun cuba menghalangnya. Kita sebagai hamba tak layak langsung mempersoalkan ketentuan Allah. Apalah daya kita. Hanya mampu, usaha, doa dan tawakkal. Kita tak ada kuasa nak control situations. Langsung.

Knowing you for almost 10 years, I believe that you can handle this very well, insyaAllah. Maybe apa kau nampak waktu sekarang ini akan berubah sekelip mata. Mana tahu Allah tiba-tiba tukar jalan cerita. Maybe kau kate, tak mungkin. Tapi, mana kita tahu. Wehhh.sory if post aku tak mampu nak happykan kau. Tapikan, kalau betul "benda" itu ditaqdirkan dengan kau, pergilahh utara selatan timur barat, balik juga dekat kau nanti. Haha. Perumpamaan macam tak best eh? Tak apalah next time aku cuba lagi. Good luck exam! Baca doaaa, lupakan duka laraa yang bersifat sementara. Aku maybe tak bersama kau, tapi Allah sentiasa bersama kau. He''ll guide you all the way.insyaAllah No worries okay. Nah hug. :)

Saturday, December 3, 2011

Skyping

Winter officially said hi last two days. So degree celcius sekarang satu digit saja bila malam. I am so restless now. Tapi ada dalam 3 lecture notes tak baca. Sekype dengan Najib tadi. Lama. Alhamdulillah, I felt so happy. Lame sangat tak cakap dengan dia. Nak masuk 3 bulan. Rindu melampau. Try call abang lepas itu dia tak angkat, tidur agaknya. Tak silap mama cakap dia keje weekend. Gitulah gamaknya kalau start keja dekat hospital. Lame sangat tak borak. Kalau dulu masa dia dekat Moscow, dia rajin tegur tanya kabar. Lepas itu dia akan pass movie yang best best. Takpun cam suruh aku lepak sikit study, tak payah stress sangat. Sekejap je masa berlalu. Teringat masa abang dengan Najib datang sini February yang lepas. Best bila abang dengan adik ada sama sama dekat sini. Ingat nak lepaskan dia orang balik. Menangis kot walaupun dah control. Time Najib balik jordan lagilah, sebab dia duduk lama dalam bilik, 2 minggu. Abang tinggalkan sleeping bag dia kot sebab dia tahu, lepas ini untuk dia rayau-rayau overseas macam payah since dah start keja. 

I miss home. Rindu mama, babah, Naqib and Nawfal. Tahun lepas, time skang ini tengah gila gila belajar nak exam. Tahun lepas happy sebab  balik Malaysia 18th december since cousin kawin. Sekarang, rasa macam tak sesemangat dulu. Tapi dah nak winter break, I should be excited cause I am going somewhere! insyaAllah. Tapi tak ada perasaan sebab exam 12 hb ini. Tak ada perasaan. Wan Najah, dah badan nak hak dia. Dah tak larat. Penat. Semalam tak dapat tidur. Some people know why. Dapat sekype dengan Najib sebab cerita pasal semalamlah. Thanks Jib layan kakak kau ni. Doakan tak da pape malam ini. InsyaAllah. Allah Maha Melindungi. InsyaAllah. Babai wassalam.