Saturday, December 31, 2011

Cuti yang dah nak habis.

Assalam, yo, what's up?

Aku alhamdulillah. Cuma kurang sihat sikit but its okay since sakit penebus dosa kan. So, insyaALLAH tak lama lagi sihatlah. Amin! Aku pergi Italy 19-24 December. Malam 19 itu tak tidur, sebab gerak airport pukul 1.30pagi. Balik sampai sini 24 malam.25hb pagi itu bawa my very good friend and her sister bawa jalan kaki around London, Tower Bridge and London Bridge.  Nak pergi jauh-jauh, nanti tak balik karang, tak ada transport on christmas day. The next day, pergi oxford street from pukul 8am sampai 8pm. Sekali ada orang kena stabbed, 2 cases pula itu. Cuak cap ayamlah kan.Anyway, alhamdulillah, setelah beberapa hari, 27hb malam, sending off my friend and her sister at london euston station, leaving for Dublin, Ireland. 

Banyak sangat aku dah belajar sepanjang cuti ini. Banyak sangat. Aku rasa yang paling memberi kesan kepada aku adalah, kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang kawan. 
Nak cakap,
 "Oh, we are best friend."
"Let us be friend forever."
"Aku sayang dekat kau. Kau bestlah."

Benda nak loving-loving semua, best-best time waktu senang memang senang nak cakap. Tapi cuba bila dalam keadaan susah, sanggupkah kita melepaskan masa yang kita ada untuk sesuatu perkara yang tak berkaitan dengan kita pun? Fikirkan masalah itu juga. Ha, jawap-jawap. Sanggupkah? Fikir banyak kali kan?

Tahu tak aku menuntut ilmu persahabatan dengan siapa, dengan girls yang gambar dia orang banyak dekat bawah ini. 15 buddies aku. Aku takkan lupa zaman sekolah dulu. Masa nak assembley, seorang member mengadu tertinggal nametag dekat asrama. Seorang lagi tanpa hesitation langsung. Langsung. Offer; "Kau nak aku teman?Jom." Padahal, yang seorang yang offer itu aware kot apa risks kalau balik asrama bukan pada waktunya. Nanti warden terjumpe, nayaa kot. Tak pasal nama naik. Aku yang menyaksikan dekat situ, "Dalam hati, like wow!".Awesome sangat friendship yang terbina ini.

Lagi satu aku takkan lupa. Masa sekolah, seorang member aku mengadu tak ada duit. Tahu tak apa jadi, 2/3 orang offer; "Kau nak pinjam duit aku?". Berlumba lumba masing masing nak kasi pinjamkan duit. Padahal masa sekolah dulu, duit mak ayah bagi sebulan sekali and tak adalah banyak sangat. Paling kurang RM50. See? Gilakan. It touched my heart kot. Like seriously. Keadaan ini mengajar aku untuk tidak mementingkan diri. Kawan susah, selagi mampu tolong. Kalau tak mampu, cakap. Jangan bagi harapan palsu, kata boleh boleh, dalam hati dah tahu dah, tak nak tolong. Niatkan kerana Dia, insyaALLAH susah macam mana pun, Allah akan permudahkan. Yakinlah wahai Wan Najah Maryam Mohd Daud dan siapa yang baca ini.

Cakap pasal persahabatan, nanti ada kawan cakap dekat kita, "Kau sombonglah sekarang." Lepas itu, dihimpit rasa bersalah, sebab dalam hati tak berniat langsung untuk sombong. Cuma busy, masa laju jalan, nak pula clinical year. Tak sempat nak catch up. Tapi kan kadang-kadang fikirkan balik, dalam persahabatan. ini, tepuk sebelah tangan tak berbunyi.  Dia tak boleh seorang saja berusaha nak jaga persahabatan itu, Dia saja yang kene contact lagi satu. Pihak satu lagi, tak buat apa-apa. Hanya tunggu untuk dicontact. Kalau tak dicontact, cakap kawan lagi satu sombong. Effort kena dua-dua pihak. Bukan satu saje  Wan Najah. Mak pesan, umur dah besar ini, masing-masing ada hal sendiri, kalau terasa diri diabaikan oleh member, jangan cepat melatah. Tak payah emo, nak kecik, amik hati. Dia tak approach, kita approach dia.Betul. ya ALLAH, berikan kami kekuatan untuk berlapang dada and tak bersangka buruk.

Okaylah itu saja. Ulasan untuk mengingatkan diri yang lalai ini for today. Semoge Allah permudahkan segala urusan kita pada hari ini and have a nice day. Amin ya rabbal alameen.

5 comments:

Anonymous said...

Selamat sihat!sejuk sangat italy tu sampai sakit ke? :p selamat kembali menjadi student! ;)

NajahMa. said...

insyaAllah.doakan cepat sembuhh.aah sok kelas. :(

Anonymous said...

ahahahahaha sepatutnya muka kena :) bila nak mula class sebab lagi cepat class mula lagi cepat lah masa nak habis utk awak jadi student. lagi cepat la masa nak balik kat Malaysia ni :)

NajahMa. said...

Dah :) dah.insyaAllah semoge Allah permudahkan!

Anonymous said...

boleh kasi email ke?easier that way la i guess :D