Monday, December 5, 2011

Hey apa ni senyumlah.

Aku tahu kau sangat sedih. Aku tahu. Tapi bersabarlah. Pasti ada hikmahnya. Esok periksa kan? Ingat tak masa sekolah dulu, masa nak SPM, aku nak tidur sekejap after subuh ke waktu malam entah. Aku pesan dekat kau suruh cakap dekat aku masa kejut itu. "Najah, bangun, bangun, baca buku, ini untuk masa depan kau, demi mak ayah kau." Kau ingat tak?Aku ingat lagi. Sebab kau tidur sebelah aku. Aku rindu zaman sekolah dulu. Masa form2, sebab katil aku tak kena kipas, kau ajak aku tidur dengan kau. Sepanjang tahun itulah, aku tidur everynight dengan kau. Setiap malam aku cakap good night ikut nada yang kau suka itu *sekarang aku dah lupa dah nada itu macam mana hehe*. Aku rasa since F2 lah aku start rapat dengan kau. Siap bagi surat layang lagi. Lawak. Haha. Nampak tak betapa sayangnyaaaa aku dekat kau. 

Lepas itu, kita selalu gaduh-gaduh kan. Pelik sangat? Tak faham kenapa. Ada salah faham, tak bercakap. Lepas itu, pas-pas surat.Ingat lagi masa anjal, kau tertidur, lepas itu aku suruh Shereen kejutkan kau. Suatu masa itu, kau teringat benda itu kau tanya aku kenapa aku sendiri tak kejut kau kenapa suruh orang lain. Sebab aku entah. Aku pun tak tahu. Sebab aku jeles kot tengok kau rapat dengan orang lain, tak rapat dah dengan aku. Ya Allah, childish melampau kan. Aku memang macam itu dulu. Sekarang berapa lama dah kita berkawan, nak masuk 10 tahun. Janji kita apa? Nak jumpa nanti suatu masa bawa anak anak kita. Janji kita tak menahan terlalu futuristic. Tapi aku selalu sengih sendiri, bila teringat, ayah taktahu lagi siapa, dah sibuk dah angkut anak jumpa. Funny times. Sekarang dah besar kan kita. Masa cepat sangat. Dah suruh masa stop, dia taknak. Aku dekat sini kau dekat sana. 

Ill make this karangan general. Bersabarlah eh sayang, aku taktahu nak pujuk macam mana, I wish I could be with you like pujuk, happykan kau, bagi kau semangat belajar. Buat lawak kentang yang tak lawak sangat bagi kau gelak. Belajar sama-sama. Ini apa kes makcik Najah nak drama sangat ini. Tapi kan kau, walaupun pahit mana, sedih mana, kecewa mana kau dengan keadaan sekarang, yakinlah bahawa benda-benda yang telah berlaku, tak kisah lah apa tindakan-tindakan kau dulu, perasaan kau yang macam layan tak layan, let them go. Syaitan yang hasut, oh ni sebab kau buat macam itu macam ini dulu. Lepas itu, kau terfikir,"Cuba kalau, aku tak buat macam itu, mesti..." Bila ada thoughts macam itu, stop terus. Itu syaitan hasut. Jangan layan. Fikir macam ini, apa Allah dah tetapkan pasti akan terjadi regardless apa kuasa pun cuba menghalangnya. Kita sebagai hamba tak layak langsung mempersoalkan ketentuan Allah. Apalah daya kita. Hanya mampu, usaha, doa dan tawakkal. Kita tak ada kuasa nak control situations. Langsung.

Knowing you for almost 10 years, I believe that you can handle this very well, insyaAllah. Maybe apa kau nampak waktu sekarang ini akan berubah sekelip mata. Mana tahu Allah tiba-tiba tukar jalan cerita. Maybe kau kate, tak mungkin. Tapi, mana kita tahu. Wehhh.sory if post aku tak mampu nak happykan kau. Tapikan, kalau betul "benda" itu ditaqdirkan dengan kau, pergilahh utara selatan timur barat, balik juga dekat kau nanti. Haha. Perumpamaan macam tak best eh? Tak apalah next time aku cuba lagi. Good luck exam! Baca doaaa, lupakan duka laraa yang bersifat sementara. Aku maybe tak bersama kau, tapi Allah sentiasa bersama kau. He''ll guide you all the way.insyaAllah No worries okay. Nah hug. :)

No comments: