ya Allah, berhabuk ha blog. Lama tak sentuh. Tapi ni sentuh sekejap saja. Sebab dah penat. Cuti tinggal 5 hari. insyaAllah, kalau ada masa nanti orang update elok-elok. Sekarang a bit busy. Byee!
Gelombang di lautan beralun dengan hebatnya tetapi apabila sampai ke pantai ia berpatah semula. Itu berlaku berulang-ulang dan menunjukkan bahawa air laut batasannya ialah pantai. Hikmah kepada manusia bahawa apa pun perbuatan kita, kehendak kita, keinginan kita dan kemampuan kita, tetap ada batasnya. Allah mengingatkan kita jangan melampaui batas.
Past and future does not exist. So, don't ever bother about it.
Kita bina hidup bukan untuk hidup terus tapi untuk hidup seterusnya.
Akal umpama kipas yang ligat berpusing yang perlu melekat di siling. Siling itu adalah agama kita iaitu Islam.
Jangan menafikan penciptaan kedua, apabila penciptaan pertama di depan mata.
Sebaik-baik amalan, adalah yang sedikit tetapi berterusan.
Ya Allah, jadikan kami hambaMu yang dicintai orang yang beriman dan mencintai orang yang beriman. Amin.
Dosa kita adalah apabila kita rasa tidak berdosa.
Jangan sesekali menduga keikhlasan orang lain sebab kita pun takkan pernah dapat menduga tahap keikhlasan kita sendiri.
In order to deliver a message, be the message.
Dikotomy cinta: Jangan pinggirkan cinta manusia dalam merebut cinta Allah.
Orang yang tak menegur orang yang jahat adalah orang jahat.
Mohonlah pertolongan kepada Allah walau tali kasut kita tercabut.-Riwayat Imam Termidhi
Allah takkan pernah menolak sesuatu dengan sia-sia.
Bila diilhamkan untuk berdoa, berdoalah kerana ketika itu pintu rahmat Allah terbuka luas.
0 comments:
Post a Comment