Bismillah.
Apakah kabar? Aku alhamdulillah, sihat. Bosan study. Tahu banyak lagi tak ingat. Tapi bawa bersabar ye Wan Najah. Repetition is the mother of knowledge. Anyway, topic hari ini peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang membaca ini adalah makanan rohani. Semua orang awarekan badan kita terdiri daripada dua unsur iaitu unsur fizikal; badan dan unsur rohani, iaitu roh kita. Badan kita tak makan, macam mana? Ya Allah, hypoglycaemic (tak cukup gula) which leads to lethargic and tiredness. Kita perlukan something at least chocolate ke apa kan. Nak pula kalau berdiri dekat hospital jalan sini sana. Kalau tak makan, masyaAllah, memang rasa pancit sangat. Nak menangis pun ada.
Interestingly, solat itu sebenarnya adalah memenuhi perjanjian roh kita sebelum kita dilahirkan ke dunia ini, yang telah bersaksikan bahawa Allah adalah Tuhan kita.Memetik kata Ustaz Ustaz Pahrol; Tapi kalau ada orang cakap." Ye ke? Tak ingat pun." Haha. Memanglah tak ingat. Kita benda tahun lepas dah lupa apetah lagi alam roh. Solat sebenarnya makanan ruji untuk makanan rohani kita. Tapi, sebagai insan biasa lagi hina, masa solat kadang-kadang fikiran melayang ke mana. Astaghfirullahhalazim. Tapi apekan daya, selagi kita berusaha keras, Allah Maha Mengetahui :).
Kalau makan nasi saje mana cukup kan, kena balance. Kena ada sayur, buah, air and segala vitamin lain. Penting kot fibre segala. Kalau tak nanti sakit colon cancer camana? Jadi, nak tak nak, walaupun aku tak suka, aku tabahkan diri untuk makan sayur. Alhamdulillah, aku dah boleh makan!. Macam itulah jugakan dengan rohani kitakan. Selain solat, kita perlu benda-benda lain. Ceramah, kuliah agama or ceramah motivasi. Kadang rasa malas, lebih prefer layan movie or lagu.Tak adalah kata, tak boleh langsung layan movie or dengar lagu. Aku pun layan juga. Hakikatnya iman kita naik turun. Lepas usrah, rasa macam insaf, lepas itu tak berapa lama, insaf pergi mana sampailahh the next usrahkan. Maka diri sendirilah memainkan peranan paling penting untuk mengekalkan keinsafan diri itu.
Sebab apa?Sebagai manusia, kita sememangnya lalai. Lalai teramat. Lantas, Rasulullah meninggalkan hadis dan Al Quran sebagai panduan supaya kita tak kekal dalam kesesatan.Maka, atas effort kitalah nak berjuang untuk bagi suapan rohani dekat roh kita. Baca dan memahami Al-Quran. Tapi ini perlu kepada gurukan. Baca macam itu ja kadang-kadang sekadar baca tanpa penghayatan. Ottuhke? Kadang busy sangat belajar buat itu ini, tak sempat nak dengar kuliah ke ape kan. Kadang-kadang lama sangat, terus macam kata; nantilah nantilah. Terus tak dengar-dengar. Sian roh kita kurus kering, tak cukup makan. Semakin lalai diri jadinya. Lupa dekat kematian, lupa akhirat, paling teruk lagi sembahyang menjadi routine biasa, kurang penghayatan. Aku tak menunding jari kepada sesiapa, sebab aku sendiri mengaku, aku turut mengalami keadaan macam itu.
Nak jadikan cerita, tahun lepas kawan aku post link ikim dekat fb pasal kuliah tafsir Al-Quran oleh Ustaz Zahazan every weekdays. Aku happy bukan kepalang. Alhamdulillah. Aku selalu fikir, duduk London sini macam mana nak menuntut Ilmu Al-Quran from guru properly. Sekali Allah bagi jalan. Memang happylah. Bagi aku, macam hu ha hu ha pun hidup, Islam memang top priority. Kita pasti mati. Macam mana sekalipun taknak alim ke usrah ke ape, Allah tetap Tuhan kita, Islam agama kita. Tapi kayuh pelan pelan tak yah laju-laju. Even Imam Ghazali pun pesan; cara nak kurangkan makan biar sikit-sikit. If biasa makan 100 suapan, kurangkan kepada 99 suapan, kekallah kamu sampai suatu ketika yang lama, baru leh reduce pergi 98. Bukan 100 terus reduce 10. Melampau. Extreme sangat tuh.Macam itu juga dengan kita, nak berubah ke arah kebaikan. Pelan pelan. Allah will guide us. *Peringatan diri kepada diri sendiri*
Makanya, saya dengan rendah dirinya, nak share satu benda dengan orang yang baca ini, jomlah layan tafsir Al-Quran oleh Ustaz Zahazan dekat ikim, pukul 10.30malam waktu UK.Every weekdays. 15 minit saja. Biar sikit tapi berterusan kan. Ada recorded version punye try klik sini . Title tafsir Al-Quran. Saya mengingatkan diri saya juga. Siapalah diri ini. Banyak lagi kekurangan. Semoga Allah sentiase memelihara kita untuk berpegang kepada taliNya. Kita bukanlah baik sangatkan tapi sekurang-kurangnya kita try jadi baik. Apa salahnyakan? :)
2 comments:
Salam Najah, waah blog baru ke ni..ingat akak lagi? Ok good luck! TC.
Kak Shasha BH.
ws wbt kak shasha.haha takdelah blog baru.lamelah juge.2009.cume arituh privatekan.ingatingat.kite jumpe kat airportkan :)
Post a Comment