Alhamdulillah.ya Allah. happy 52 bday bah! Orang doakan babah supaya panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baek and dikurniakan anak anak yang soleh, solehah termasuklah orang ini. People said muka orang macam ke arah babah, ada yang cakap mama,orang pun konfius tapi yang pasti warna kulit ikut babah. Itu tak payah sangsi. Bagus jugaklah tak ikut mak sangat. Orang kata ikut mak muka, nanti panas. Tak masuk. Orang so far alhamdulillah. Masuklah dengan mama babah, macam member.
Comparelah sendiri muke aku macam siapa.August 2009
Anyway, thanks to Allah, aku dikurniakan seorang ayah yangg strict tapi otai juga. Otai yang macam kelakar and sporting ah. Ayah aku ini kelakar gak suka nak buat suara comel-comel kalau aku call. Konon menyamar orang lainlah apalah. Menyamar macam mana pun aku kenal. Dah nama ayah sendiri. Ini gambar ayah aku masa muda. Ayah aku tinggi. Mak aku tinggi. Itu anak-anak semua tinggi. Aku jelah yang ketot among dia orang. 171cm. Naqib 184cm. Lagilah. Padahal baru form3. =_=.Oh ni gambar 22 tahun yang lalu :)
June 1989
Anyway babah, di sini orang nak ambik kesempatan nak minta ampun maaf atas segale kesalahan yang orang buat sejak orang lahir sampai dah umur 22 tahun ini. Orang pun nak cakap terima kasih yangg tak terhingga atas segale galenya sebab atas didikan babah and mama dengan izin Allah telah menjadikan orang yang hari ini. Orang tahu kadang-kadang orang degil tapi kalau selalu, sorylah orang tak bermaksud. Orang nampak je degil, tak nak dengar, tak bagi tumpuan tapi sebenarnya, orang dengar apa semua babah cakap. Orang ingat elok elok. Orang ingat lagi pesan babah mama sampai sekarang.
"Babah and mama dah didik elok-elok, bagi ajaran agama semua, kalau dekat Malaysia, selagi depan mata babah mama dah try sedaya upaya jaga elok-elok, berambik berantar, bagi nasihat. Nanti kat oversea, pandai-pandailah you jaga diri eh."
InsyaAllah babah mama. Orang akan sedaya upaya jaga diri orang sebagaimana mama babah jaga orang dekat Malaysia. Babah kalau nak tahu, orang dekat sini jalan-jalan tak pakai high heels pun. Kalau pergi mana-mana pakai kasut senang nak lari. Pakai bag pun bila perlu. Sedaya upaya tak khayal or excited sangat kalau apa-apa. berlaku. Kalau nak buat apa-apa, orang akan call babah mama mintak izin dulu. Apa babah and mama tak bagi, orang selagi itu cuba untuk tak buat. Kalau terpaksa, orang call bagitahu. Babah mama selalu pesan zikirkan. Orang rasa happy sebab bukan semua mak ayah pesan macam itu. Tapi babah and mama selalu pesan macam itu. Suruh selawat juga. Orang sangat bersyukur dekat Allah dikurniakan mak ayah yang dapat berbincang kalau ada apa-apa hal, share opinions. Mak ayah yang tegur straight away kalau orang buat salah. Sesi tegur menegur selalu berlaku dalam kereta. Dekat sini, tak ada sapa nak tegur. Itu kalau boleh, orang sedaya upaya ingat balik apa babah and mama pesan dekat orang. InsyaAllah, orang akan cuba sedaya upaya menjadi anak yang lebih baik dari semasa ke semasa. Kalau gagal, orang akan cuba lagi. Tak boleh putus asa.
Orang mendoakan yang terbaek dunia akhirat untuk mama babah, keluarga kita and sesiapa sahaja bersama kita. Semoge anak-anak mama babah ini mampu menjadi anak soleh solehah ye ma and bah. doakan tau and kitaorang akan berusaha fighting! :))
1 comment:
ak tgah bygkan kalau ak jd mak ko, ko ni anak aku. menangis kot. lol.
Post a Comment