Nik Jasmine suggested me to watch Tentang Dhia. OH NO! Adi Putra. Haha. Kalau nak tahu Nik Jasmine ini my best friend, we were deskmate for 4 years. Personality sangat berbeda but her taste is my taste, kitaorang complementary. Bila dia cakap best so definitely best juga for me.
Adi Putra nak kata hot kedebam boooom tak adalah kan. Hot sikit kot. Maybe aku tak adalah suka sangat dekat Adi Putra, suka sikit je tapi sebenarnya, hati aku kena curi dengan watak Zikir yang dia bawa. Suara dia cakap dekat isteri dia, alahai lah weh lemah lembutnya. Cairlahkan. Tapi apakan daya, berlakon adalah berlakon kan. Semata-mata rekaan. Aku pula yang macam isteri dia dalam cerita itu excited lebih bila dengar dia cakap. Puk karang berangan nak lebih.Tapi pun Adi Putra, lakonan dia berkesan. Aku rasa bukan aku saja cair, perempuan yang lain tengok itu rasa macam ini. Tapi papepun,suami yang terbaik di dunia ever adalah Nabi Muhammad SAW kan. :)
Bercakap soal Tentang Dhia, aku rasa kelainan drama ini dalam usaha pendekatan untuk menyampaikan mesej-mesej berunsur keagamaan memang mantaplah. Banyak unsur yang diketengahkan. Agama bukanlah sesuatu yang diasingkan from kehidupan kita, tapi dia adalah asas kehidupan kita, meliputi segalaa aspek. Antara persoalan-persoalan yang dirungkaikan dalam drama ini:
a) Keyakinan dan keredhaan terhadap ketentuan Allah dalam rezeki termasuklah jodoh. But still kena bubuh effort juga.
b) Kematian. Ramai orang mati. Talqin turut diperdengarkan.
c) Unsur fitnah, tak tahu kesahihan something duk sibuk nak cerita-cerita.
d) Tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap mak berbanding isteri walaupun mak jenis hu ha hu ha.
e) Kebergantungan kepada Allah semata-mata dalam memohon perlindungan from gangguan makhluk halus, saka etc. Bukan takal or anything else sewaktu dengannya. Syirik. Khurafat.
*Pasal saka, bomoh segale, nak pula aku tengah tengok seorang seorang tengah-tengah malam, memang aku skiplahkan. Kalau dekat rumah, aku still okay lagi *
f)Masalah sosial yang membimbangkan.
g)Dan lain lain.
f)Masalah sosial yang membimbangkan.
g)Dan lain lain.
Ottuhke? Aku macam dah buat karangan jawap exam paper sastera Melayu; tema dan persoalan IB. Cuma perbandingan antara drama tak adalah and aku tak bagi contohlah kan and bahasa aku macam kentang sikit. Abaikanlah. Aku tak bagi contoh sebab aku tak nak jadi spoiler. Nak pergi tengok sendiri online. Adalah kurang tang sini sana dalam drama ini. Tak apalah. Yang baik kita ambik, yang tak elok, kita tinggalkan. Dengar kata, episodes cerita sampai 27. Aku dah tengok sampai 21. Siapa teringin nak layan, layanlah. Tapi sorry lah kalau korang rasa tak best. Aku rasa menariklah.
No comments:
Post a Comment