Memiliki adik-beradik yang semuanya lelaki memang best. Tipulah, kadang teringin nak adik beradik perempuan, tapi ini yang apa Allah kurniakan, jadi aku menerima dengan hati yang terbuka. insyaAllah. Kalau ada match bola, berebut tv, menangis macam mana pun still tak dapat. Remote dekat tangan abang. Yang lain semua duduk menghadap. Dengan ayah sekali. Macam mana? Nak taknak. Layan jugak bola tu. Perempuan kalau tengok sure macam emo. Like cam "OH NOOOO!lagi sikitt!" Tutup muka dengan bantal mengharapkan goal. Lepas itu, Najib pandang,
Najib: "Kau boleh relaks tak Kak Jah?"
Abang: "Kau ni bising ah "
Naqib: "Ish, gelabah ah kak jah ni."
Nawfal: " Leklaah kak jah."
Lepas itu, aku macam. Okay fine aku senyap. Terbaik kan kena pangkah dengan diaorang semua. Tapi aku tak kisah pun. Tak amik hati sebab aku cool. Eceh. Haha. Ala budak laki, seboleh-boleh nak focus, ingat bila diaorang focus, team diaorang sokong tu boleh menanglah?
Menjadi anak yang kedua, aku sememangnya protective terhadap adik-adik aku. Tapi kelemahan aku terbesar adalah aku kuat bercakap. Jadi, aku insyaAllah nak berusaha keras untuk tidak menasihati adik-adik aku secara berlebihan aka membebel. InsyaAllah. Boleh Najah boleh! Go Go Go. Cakap sekali je dah cukup, itulah mak aku pesan dekat aku. Okay, mak saya faham! Boleh dikatakan apa-apa adik beradik aku nak, aku sememangnya try sehabis boleh bagi walaupun terpaksa mengorbankan kehendak aku sendiri. Eceh. Ayat nak dramatik. Aku rasa, aku memang macam itu. Ikut mak aku kot. Mak aku jenis, apa kitaorang nak, kalau ok, as long as benda itu bukan benda tak elok, if tak dapat sekarang, mesti akan dapat juga later.
Ada adik beradik lelaki menyebabkan aku kurang mengekspresikan rasa sayang aku, face to face. Aku lebih kepada perbuatan bukan kata-kata. Tanda aku sayang, aku sanggup buat walaupun susah payah macam manaa pun. Tapi aku macam jaranglah nak cakap, ohh kak jah sayang nawfal. HAHAHA. Kalau aku cakap, aku cakap gelak-gelak, gedik gedik, cakap i lap you. Adoi mak. Jadi, kalau aku rasa nak bagitahu someone, aku sayang dekat dia, aku lebih ke arah, bagi kad. Tapi ucapan panjang lebar bukan ucapan cliche yang boleh dapat dekat internet. Luahan isi hati aku. Yang orang itu boleh menangis. Tapi nak cakap. Takkanlah. Malu.
Jadi, sekarang ini, aku nak belajar supaya lebih menjadi orang yang tak malu sangat bagitahu orang lain, kita sayang dia. Macam adik-beradik aku and kawan kawan aku yang sejenislah. Lain jenis, bahaya sikit, kalau sayang pendam jerlah.Haha. Mak ayah aku biasa cakap i lap you time habis call.So, macam itu lain ceritalah. Aku tiba-tiba nak jadi macam ini sebab Rasulullah SAW menyuruh kita untuk menyampaikan rasa cinta yang kita punya kepada orang yang kita cintai kerana Allah.
So, what are you waiting for? Jom bagitahu. Takut takut tak sempat. So better, kita bagitahu sekarang kita sayang. Although there is nothing much be done kerana jarak and masa but at least, diaorang tahu diaorang disayangi dan dirindui. Sorrylah lepas ini aku cam terPDA dekat facebook ke apa.
P/S: Kepada Abang, Najib, Naqib, Nawfal, aku sayang korang. Harap-harap korang sayang dekat aku gak :P. Kalau sayang, so lepas ini, kalau kakjah cakap banyak layan. Kalau tak layann, siap.
2 comments:
comel la kak jah ni :)
:) tah kite same same comel tah :P
Post a Comment