Monday, July 27, 2009

sekali sekala jiwang.heh

Ada masa saya sayangkan seseorang itu lebih daripada seorang kawan dan secara tiba-tiba, pada suatu masa yang lain, saya memutuskan untuk tidak menyayanginya selebih itu. Sebab saya tahu cinta itu menyakitkan.

Pelikkan? Tapi susah sangat apabila kita bercakap soal perasaan. Saya bukan boleh halang orang lain daripada curi hati saya. Saya nak sangat halang dan kalau boleh nak kunci hati saya kuat-kuat dalam peti, campak tengah laut biar tenggelam, biar tiada siapa yang jumpa dan curi pun.

Malangnya, saya tak mampu pun. Ada orang dah curi sebenarnya, tapi saya jerit-jerit, suruh dia pulangkan. Alhamdulillah, nasib baik dia dah mula pulangkan sedikit demi sedikit. Siapalah pencuri itu. Entah. Saya pun tak tahu.

Bergaul dengan cikgu-cikgu yang rata-ratanya sudah berkahwin menyebabkan saya terdedah dengan banyak kisah rumahtangga, anak-anak dan pesan Kak As pagi tadi,

" Najah, nanti jangan kahwin awal-awal, enjoy puas-puas dulu."

Aku hanya senyum dan mengangguk.
Dalam hati,

'kalau dah jodoh dah awal, takkanlah saya nak tolak Kak As oi.'

Hehe.Afterall, kahwin awal ke lambat ke, saya tak tahu sebab jodoh semua dekat tangan Allah S.W.T.

Tuesday, July 21, 2009

comel!

Aku : "Haziq, meh duk sebelah cikgu ni."
Haziq :"xmo2.xnak.cikgu pergi jauh2.cikgu muda sangat."

Aku hanyu mampu tersenyum melihat telatah anak murid lelaki aku yang seorang ini. Umur 15 tahun badan dan perut dia berisi. COMEL sangat!.Malangnya, dia tak benarkan aku mendekati dia. Patutlah semasa hari pertama aku puji tulisan dia cantik sangat tapi muka masam mencuka. Rupanya pemalu dengan perempuan, sebab dia hanya ada adik perempuan yang berumur 2 tahun.

Aku : "Cikgu ni boleh jadi emak kamu tahu tak, cikgu dah umur 30 tahun dan dah kahwin pun."
Haziq : "Cikgu tipu.cikgu muda lagi, beza umur cikgu dengan saya 5 tahun jek..jarak umur dekat.cikgu jangan datang dekat dengan saya."

Muka merah dah, tahan malu.Budak-budak macam inilah yang aku suka. Makin dia jauh makin aku suka dekat. Tapi kelakarlah, budak-budak macam ini pun rase nervous sangat kalau duduk sebelah perempuan. Alahai sayang, saya tak mengorat awaklah. ;)

Friday, July 17, 2009

Say or Shout it loud.Seriously.

Bismillahirahmanirahim.
Allahlah satu-satunya penolongku
Aku harus yakin walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izinnya.
Tidak ada apa yang dapat menghalangku jika Dia menolong hambaNya.
Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolongan-Nya.
Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekati-Nya denganmengamalkan segala yang disukai-Nya dan
MELEPASKAN HATI DARI KEBERGANTUNGAN KEPADA SELAIN-NYA,
kerana selain Dia hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dari Nya.
Amin.

Ingatlah selalu janji-Nya;
"Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri REZEKI(pertolongan) yang TIDAK TERDUGA. Dan sesiapa yang betawakkal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupo segala keperluannya."
(65 [at-Thalaq] :2-3)

Untuk kawan-kawan tiada placement lagi atau tidak lepas untuk fly, mungkin kamu berasa sangat sedih.Saya minta maaf sekiranya saya gagal memujuk dengan baik. Namun demikian, sebanyak mana ayat-ayat terima daripada kawan-kawan yang lain ataupun saya untuk menyedapkan dan menenangkan hati kamu yang resah gelisah,
KEMBALILAH kepada Allah kerana Allah MAHA Memahami.MAHA.MAHA MAHA memahami.

Wednesday, July 15, 2009

IB results.

alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya dapat juga aku bernafas sehingga hari ini. Episode IB; kehidupan dan keputusannya telah berlalu. Siapa pernah sangka orang ini mendapat ini dan orang itu mendapat itu. Orang ini berjaya melepasi requirements untuk sponsor dan universiti manakala orang itu sebaliknya.

23 June 2007
Itulah tanggal bersejarah di mana perkara ghaib mengenai segala-gala berkaitan dengan IB yang telah kita ketahui pada hari ini, tidak diketahui langsung pada tanggal itu. Walhal, dalam Lauh Mahfuz segala telah tercatat dengan sempurna.

Yang berjaya, aku ucapkan tahniah, manakala yang tidak, tahniah juga aku ucapkan. Memetik kata seorang rakan ku:
"IB tidak sama seperti lumba lari"
Yang penting di sini adalah prosesnya bukan keputusannya. Proses di mana, kita berusaha tanpa rasa jemu walaupun kita tidak mendapat apa yang kita nak. Proses di mana, kita lari, kita jatuh, kita menangis, kita lap luka dan air mata, kita lari balik. Proses memperoleh kekuatan di mana kita perlu yakin dengan kekuasaan Allah tanpa sekelumit rasa ragu dan juga proses di mana kita sanggup redha dan terima sahaja ketentuan Allah dengan hati yang sangat terbuka. Sebab suka saya nak ingatkan diri saya dan kawan-kawan.
"Allah sangat malu kalau Allah tidak makbulkan doa hamba-hambaNya yang menadah tangan kepadaNya ketika berdoa"
Betapa Allah nak makbulkan nak doa kita, tapi Allah terpaksa tahan sebab Dia tahu ape yang terbaik untuk diri kita.
Wallauhualam.
*tbe2 rasa cm nangis masa type ni.hehe.kenangan2

Sunday, July 12, 2009

gatal!~

Sementara menanti ibuku pulang membawa barangan keperluan untuk membuat chocolate cake, aku yang dilanda kebosanan lantas menghadap laptop. Aku ingin menyambung kes kedua yang berlaku di kelas pendidikan khas.

Kes kedua:
Aku sungguh simpati dengan pelajar down syndrome. Rupa mereka hampir serupa dan rata-rata mereka terdiri daripada lelaki yang berumur 16-18 tahun. Walaubagaimanapun, aku pasti akan mencuba sedaya upaya untuk menjauhi mereka. Sebenarnya, berat hati hendak melakukan sedemikian rupa, namun apakan daya, aku tidak rela diri aku disentuh dan dipegang lama-lama oleh mereka.>.<.Mereka sentiasa mencari peluang untuh duduk dan berdiri berhampiran dengan cikgu-cikgu perempuan. Sambil itu, tangan mereka akan menjalar dan merayap mencari tangan untuk disentuh malah mereka akan menyelak lengan sampai ke siku.Mungkin cikgu yang sudah berkahwin tidak kisah, tapi aku kisah sangat lebih-lebih lagi mereka adalah lelaki dan sudah besar panjang.+_+.

Namun demikian, aku sedar dalam keadaan mereka itu, mereka tidak mampu membezakan antara baik dan buruk.dan aku yang mampu berfikir inilah perlu berjaga-jaga. Yerla, kalau apa-apa terjadi pun, mereka sama sekali tidak boleh dipersalahkan.

Thursday, July 9, 2009

mentally challenged

atas nasihat seorang kawan, hari ini merupakan permulaan aku untuk belajar 'berblogging' dengan sedikit formal. Hal ini sedikit sebanyak mungkin dapat memartabatkan bahasa melayu kita sendiri selain cuba mengurangkan "communication barrier".jadi, kejanggalan aku menggunakan bahasa baku menjadikan tangan aku menjadi sedikit perlahan dalam proses menaip.

peluang menjadi cikgu pendidikan khas telah berjaya menyedarkan aku bahawa dalam setiap orang sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik dan indah dalam hidup. contohnya; anak-anak yang pandai, bijak, comel, soleh dan solehah.

Siapa yang mahu anaknya dilahirkan dalam keadaan berpenyakit; autisme dan mentally challenged. Tapi, apabila Allah menetapkan dan menjadikan sesuatu, tiada apa pun mampu menahan dan mengubahnya.

Kes pertama:
Pelajar perempuan berumur 15 tahun yang mengalami masalah mentally challenged. Dia mengabaikan keadaan sekeliling dan hidup untuk hanya melakukan dua perkara iaitu; makan dan tidur.Segala urusan buang air besar, air kecil , malah menstruasi dia turut diuruskan dan dicuci oleh pembantu rumahnya. Pabila dia naik marah, dia akan mengigit tangan sebelah kiri dan tangan kanannya akan menampar orang yang memarahinya. Kasihan sangatkan? Betapa besarnya dugaan Allah kepada dirinya dan keluarganya. Tapi, aku yakin syurga pasti bakal menanti bakal penghuninya ini. =)

berbeza dengan cas di kmb, pengalaman duduk berjam2 lamanya setiap hari bersama pelajar sebegini sememangnya menguji kesabaran. Tapi insyaAllah rasanya berbaloi. Menginsafkan diri sendiri agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.*reaaaaaly mean it.

ya rabbal alamin, jadikan lah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur.

Tuesday, July 7, 2009

"cikgu najah, cikgu najahh.."

....cikgu najah da kawen x?ade bape anak?"

okayyyy.kawenla sgt.hahaha.lawak gile budak2 nie.dalam byk2 soklan.soklan kawen gak die pilih.=_=.br jek dpt result.haish.takkan kene pk pasal kawen dah.ish.segan aa plak rase...x nak aa ckp pasal nie.....................hahaa.

haa.skang ni aku keje sbg cikgu sbg cikgu ganti kat sek men kebangsaan seksyen 9.ade kelas khas.so.budak2 ni cm budak2 kat pdk, skk(sek khas klang) cume kat sini cm anak org kayelaa kebanyakkannyee.dierunk cm okay cume ramai yg perkembangan lambat.cm lambat catch up aa.dierunk gile cute aaa.xleh thn sorunk bdak laki sindrom down tuh tgk gamba sexy pompuan kat komik.sebot phewwwwit kuat2.tekejut badak aku.aku terunderestimate die aa.haha.die phm gak rupenye sexy2 nie.haishhhhh =_=.ade minah tuh aku usik.ade pakwe x.siap jawap.

"belambak2 laa cikgu..."

aish.lambak2 tuh aku x tahan.kalah aku.>.<..xleh jadik nie.huhu nnt sok nak aja dierunk math pasal wang malaysia.tunjuk duet sume.td ajar pertanian.aja cmne nak siram pokok.alih anak pokok masuk lam polybeg.dierunk cm klaka n comel2 belake. mmg besh aaa.cume stat keje kol 7.00 pg abes kol 1.20 ptg.susah sket aa aku nak rayap g kmb n kusess.kene aaa mntak mc.padahal br stat kejee

paling penting aku bangun lambat pg td.tdo kol 3pg smlm.jadi kene marah ngan mak sbb aku cm wat x kesah jek.aku cm teringat kat kusess dlu.bangun 6.15 pg gerak gie skola 6.30pg. ingatkan leh implyy mend tuh.ngamok mak aku. mak ku kate aku perlu bertanggungjawab. n jgn pakai selebet2 nak g kerja.aku cm malas aa nak lawa2.dah aaa bangun lambat.lagi satu.budak skola jek ponnnn.+_+.haish.niat najah niattt.betolkan =ppp