Wednesday, July 15, 2009

IB results.

alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurniaNya dapat juga aku bernafas sehingga hari ini. Episode IB; kehidupan dan keputusannya telah berlalu. Siapa pernah sangka orang ini mendapat ini dan orang itu mendapat itu. Orang ini berjaya melepasi requirements untuk sponsor dan universiti manakala orang itu sebaliknya.

23 June 2007
Itulah tanggal bersejarah di mana perkara ghaib mengenai segala-gala berkaitan dengan IB yang telah kita ketahui pada hari ini, tidak diketahui langsung pada tanggal itu. Walhal, dalam Lauh Mahfuz segala telah tercatat dengan sempurna.

Yang berjaya, aku ucapkan tahniah, manakala yang tidak, tahniah juga aku ucapkan. Memetik kata seorang rakan ku:
"IB tidak sama seperti lumba lari"
Yang penting di sini adalah prosesnya bukan keputusannya. Proses di mana, kita berusaha tanpa rasa jemu walaupun kita tidak mendapat apa yang kita nak. Proses di mana, kita lari, kita jatuh, kita menangis, kita lap luka dan air mata, kita lari balik. Proses memperoleh kekuatan di mana kita perlu yakin dengan kekuasaan Allah tanpa sekelumit rasa ragu dan juga proses di mana kita sanggup redha dan terima sahaja ketentuan Allah dengan hati yang sangat terbuka. Sebab suka saya nak ingatkan diri saya dan kawan-kawan.
"Allah sangat malu kalau Allah tidak makbulkan doa hamba-hambaNya yang menadah tangan kepadaNya ketika berdoa"
Betapa Allah nak makbulkan nak doa kita, tapi Allah terpaksa tahan sebab Dia tahu ape yang terbaik untuk diri kita.
Wallauhualam.
*tbe2 rasa cm nangis masa type ni.hehe.kenangan2

9 comments:

Anonymous said...

slm.
moga pelarian istimewa kita ini tidak terus berhenti di situ.

najah nye ib result mcm mn?
=)

NajahMa. said...

ws.
alhamdulillah 39
pelarian istimewa?
hehe.comel aa

qilah said...

nice, najah

NajahMa. said...

tq qilah
=)

adlan wafi said...

najah!

i like this post...kalau mcm kt fb tu, nak click je "LIKE"

soooo many memories in KMB...;)

Anonymous said...

najah, post ni bwt aq menangis

NajahMa. said...

adlan,
hehe.tq
aah.manyak sgt kan.windu2!

emey mok,
nah tisu sayang
we;re going to be together for another 5 years!

Nur Farah Najwa Binti Ahmad Faizal said...

cayang ko najah!

NajahMa. said...

sayang kamu juge XoXo