Thursday, July 9, 2009

mentally challenged

atas nasihat seorang kawan, hari ini merupakan permulaan aku untuk belajar 'berblogging' dengan sedikit formal. Hal ini sedikit sebanyak mungkin dapat memartabatkan bahasa melayu kita sendiri selain cuba mengurangkan "communication barrier".jadi, kejanggalan aku menggunakan bahasa baku menjadikan tangan aku menjadi sedikit perlahan dalam proses menaip.

peluang menjadi cikgu pendidikan khas telah berjaya menyedarkan aku bahawa dalam setiap orang sentiasa inginkan sesuatu yang terbaik dan indah dalam hidup. contohnya; anak-anak yang pandai, bijak, comel, soleh dan solehah.

Siapa yang mahu anaknya dilahirkan dalam keadaan berpenyakit; autisme dan mentally challenged. Tapi, apabila Allah menetapkan dan menjadikan sesuatu, tiada apa pun mampu menahan dan mengubahnya.

Kes pertama:
Pelajar perempuan berumur 15 tahun yang mengalami masalah mentally challenged. Dia mengabaikan keadaan sekeliling dan hidup untuk hanya melakukan dua perkara iaitu; makan dan tidur.Segala urusan buang air besar, air kecil , malah menstruasi dia turut diuruskan dan dicuci oleh pembantu rumahnya. Pabila dia naik marah, dia akan mengigit tangan sebelah kiri dan tangan kanannya akan menampar orang yang memarahinya. Kasihan sangatkan? Betapa besarnya dugaan Allah kepada dirinya dan keluarganya. Tapi, aku yakin syurga pasti bakal menanti bakal penghuninya ini. =)

berbeza dengan cas di kmb, pengalaman duduk berjam2 lamanya setiap hari bersama pelajar sebegini sememangnya menguji kesabaran. Tapi insyaAllah rasanya berbaloi. Menginsafkan diri sendiri agar sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.*reaaaaaly mean it.

ya rabbal alamin, jadikan lah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur.

7 comments:

iman ka said...

pabila kau menulis seperti ini najah, ku terasa janggal ketika membaca..

adeh.sorry babe. aku pun tak reti tulis ayat skema-skema.. :P

sabar ek ajar diorang.

bertahan bertahan! haha :)

NajahMa. said...

hahahaha.lawak gile okayy
mungkin ayat aku terlalu skema.nnt aku make it more santai.
siesly.cm awkward abes lah

insyaallah iman,
ill bertahan-bertahan.hehe!
xdengar lagi kes kedue nie.lagi cm takut!

anish said...

saya suka pos ini
bernada formal dan menarik
saya berjaya menghabiskan pembacaan saya dengan penuh jaya :)
tahniah najah
teruskan usaha menulis

saya beransur dulu

NajahMa. said...

anish,
insyaallah =)
time kaseh kat 'pengkritik' saye tuh
haha

Anonymous said...

hehe
cgu najah

NajahMa. said...

emy!
alhamdulillah.we re going towalk togetha-gether at the airport =)))

Yusuf said...

dia gigit tangan kiri?tangan sendiri?