Sunday, April 29, 2012

Southend Sea


Bismillah. Alhamdulillah.Cuit jangan sambung baca kalau rasa malas sebab post ini macam tak ada pengisian? Sebab macam saja nak conteng-conteng kenangan dekat Southend. Weekend ini merupakan second weekend aku di sini. Almost 2 weeks straight tak balik Whitechapel, London. Like wow kan? Aku pun macam tak percaya *cubit diri banyak kali*. Btw, inilah bilik aku dekat Southend. Apalah menarik sangat dekat sini sampai aku macam rasa alhamdulillah selesa duduk sini. :) Ni ha antara gambar gambar aku sempat ambil sepanjang aku dekat sini. 

                                                                           Ini first day.

1. Banyak tidur.
Sini tak tahulah kenapa tapikan bilik dia macam best sangat untuk tidur. Exam dah dekat. Tapi balik from hospital, katil lambai-lambai? So tertidurlah awal. Bangun bangun pagi nak pergi hospital dah. Macam mana nak belajar Wan Najah Maryam? Entahlah, Wan Najah sendiri tak tahu.
Dah bilik rupa macam ini, dekat luar hujan, siapa yang tak nak tidurkan?


2.Bas sekolahh.
Pagi-pagi siap, naik bus sekolah. Bus datang pukul 7.45am and 8.10am. Aku lebih rela bangun awal daripada terpaksa jalan 20 mins pergi hospital. Sampai hospital awal sikit dalam pukul 8.20am, sebab biasa start pukul 9am. Its okay from blur2 bangun pagi jalan kaki.
                          Sempat lagi tangkap gambar masa nak naik bus sebab tengah whatapps Elly time ini. ^_^


3.Peaceful.
Sukaaaaaa! Hari itu pergi town, Primark kosong! Tak ada orang. Kalau London, orang ramainya masyaAllah. Masuk kedai tak bawa apa apa, keluar kedai pun tak bawak apa apa. Kalau ramai sangat orang, rimas nak shopping. Rasa nak balik saja. Hari itu keluar dengan Pris, lepak dekat Costa.


4. Flatmates.
Flatmates aku 7 orang. Berbilang kaum. Seorang from South Africa, ada yang from India, Pakistan.Ada seorang itu mak dia mixed English/Italian, ayah dia Indian. Patutlah dia lawa. Kahwin campur yang melampau.Ini ha gambar kitaorang makan dekat Thai Restaurant.

Lagi 2 orang tak ikut.

Cuit ini ada satu lagi gambar. Pemandangan from tingkap bilik. Cantiklah jugakkan.


pic.twitter.com/vAv9QFq


Tahu tak sebenarnya aku kena study tapi aku tak paham kenapa duk buat catatan kenangan ini sebab saja nak mengisi masa? Okay dah Najah Maryam. Dah Dah. Pergi ambil pen and buku nota. Pergi study chronic liver disease. Like NOW.

Okayy. Babai! Wassalam.

Saturday, April 21, 2012

12 things!

1. Usaha dan doa adalah senjata terbaik. Ever.
Ingat apa apa saja kau orang nak buat dekat Mekah, solat dalam Hijr Ismail or pegang Hajarul Aswad. Apa apa saja pohon depan kaabah, solat sunat hajat. Doa dipermudahkan, tak sakiti orang lain, Allah lembutkan hati orang lain berikan kita jalan. Bubuh usaha dan luruskan niat. InsyaAllah dapat :).

Ni lepas tawaf sunat tak silap. Hehe. Muka burn belang. But its okay! :)

2. Treat people as what u want people to treat you.
Semasa bersesak nak buat apa apa pun, tolonglah orang lain yang tersepit or dah tua sangat tak dapat jalan keluar  kerana Allah walaupun kita nak sangat dapat buat sesuatu itu. Example: masuk Hijr Ismail. InsyaAllah, Allah pasti permudahkan after itu. Orang lain pun nanti tolong kita.

3. Berkomunikasi tanpa menggunakan bahasa.
Manisnya Islam itu apabila semua orang tak kira bangsa warna kulit berkumpul di Mekah semata-mata mencari keredhaan Allah. Aku pernah berkomunikasi dengan makcik from Turki guna bahasa signal, sekali makcik Morocco pulak join sekali. Aku hanya senyum and ketawa if dah jammed sangat. Minta maaf makcik makcik saya berlakon faham :p. 

4. Mahu jadi orang Riau?
Masa nak masuk Raudhah dekat Masjid Nabawi, seorang makcik Indonesia asyik tanye soalan ini. Aku macam blur kenapa makcik ni tanya soalan macam ini?. Sekali kakak seorang ini cakap makcik ini ada seorang anak lelaki. Lepas itu, baru aku faham. Makcik ini siap sempat pass num telefon sekali. Haha. Comel saje makcik ini.
Mau jadi orang Riau? haha. P/s Makcik itu tak ada dalam gambar.

5. Perempuan dilayan dengan baik dan dihormati.
Aku tengah beratur belakang seorang lelaki untuk minum air zam zam di Masjidil Haram. Seorang lelaki lagi datang and tepuk lelaki yang tengah minum untuk bagi aku dulu. Lelaki yang tengah minum itu ambil lagi satu cawan, isikan air, pas dekat aku. Dalam hati aku berbunga. Yeay!

6.Kaki lebam.
On the way nak naik Jabal AnNur (Gua Hira') satu batu jatuh landing atas peha? Lebam peha itu sampai hari ini, tengah recovery process. Dalam banyak banyak orang, I am the chosen one? haha. Apa yang aku dah buat. Tak apalah tak kisah. Pasti ada hikmah dia. Bersangka baik dengan Allah. Muhasabah. If kerana itu mampu menebus dosa, tak apalah aku rela InsyaAllah.. :)

Memori di puncak Jabal An-Nur

7. Restoran D' Saji
Nak sangat pergi rasa teh tarek dekat Menara As-saffa, kami ditakdirkan untuk bertemu makcikpakcik yang sangat sporting and romantik. Mereka belanja makan and pesan, jangan pernah berburuk sangka walaupun dalam hati masa dekat tanah suci, jangan cerita benda benda menakutkan pasal tanah suci and also, pakcik pesan, perempuan umur kalau boleh jangan lebih calendar sebulan, kalau tak payah nak berumahtangga.Okay wanita semua take note!
Kitaorang termiss tazkirah di hotel punya tapi tak apa pakcik ni dah gantikan tazkirah

8. Selipar hilang.
Malam terakhir di Masjid Nabawi, selipar kami berempat hilang tak tahu pi mana. Berjalan kaki ayam lah kami pulang ke hotel. Haha.Berlapang dada. At least, dapat juga buat pahala, sedekah selipar. Marah-marahpun bukan boleh dapat balik.

9.Makcik makcik tersenyum
Kalau kauorang jumpa makcik makcik Malaysia, jangan lah segan-segan untuk tegur. Apalah salahnya kan. Lepas itu, some of them akan tersenyum bahagia suka tengok kita sebab alhamdulillah muda muda dapat peluang pergi Mekah. :)
Dengan Makcik Hamidah di Masjidil Haram

10. Amazingly, detikan hati yang menjadi!
Aku menyusun hand luggage aku di antara bag-bag lain semasa nak bertolak ke Jeddah di Hotel Madinah. Terdetik dalam hati aku, 'Eh cuba kalau orang tak perasan bag aku ini.". Tahu apa jadi? Bag itu tak ada masa kat airport. Tapi alhamdulillah, Allah bagi kekuatan aku untuk lepaskan bag itu pergi. Also, alhamdulillah, Allah takdirkan aku tak letak barang berharga aku dalam bag itu. Alhamdulillah. At least, jasad aku tinggalkan bumi Rasulullah tapi barang aku tak, maka dia menjadi pengganti diri ku ini bersama-sama selipar aku yang hilang. Eceh. Hehe. insyaAllah, ya Allah minta-minta dapat pergi sana lagi!

11. Berjemaah lebih baik from individu
Dekat sana, setelah sampai  di Mekah 1/2 hari, hati mulai resah apabila ibadah tak sebanyak mana dilakukan kerana kekangan masa dan rasa kepenatan travelling. Lepas itu, terasa nak gerak sendiri, tapi teringat janji pada mak ayah untuk tak bergerak secara individu. Tahu tak malam itu juga, ada tazkirah pasal jemaah lagi bagus from individu, Allah terus bagi jawapan. Memang rasa like wow!Tak kisah lah apa pun situasi kena tunggu kawan ke apa, apa-apa jemaah lagi bagus. Ingat tau. insyaAllah.

12. Redha yang takat itu Allah bagi
Rasa ingin buat banyak lagi ibadah. Qiyam. Spend masa lebih lama di Masjidil Haram or Masjid Nabawi. Tapi ingatlah bahawa setiap unsur dalam diri kita ini mahukan haknya. Badan mahukan haknya dengan tidur/ rehat. Makan juga.Maka janganlah menzalimi diri sendiri. Buat apa yang termampu.Allah faham hasrat, niat di hati kita.insyaAllah.Quality lagi penting bukan quantity! Ikhlaskan hati. Nanti kalau sakit tak cukup rehat siapa yang susah? Diri jugakan.Nak ibadah kena ade tenaga. So buatlah apa yang termampu, and redha takat itu saja Allah bagi. insyaAllah.

Sehingga ketemu lagi kitaa dengan Tanah Suci.insyaAllah !

In short apa aku belajar, semua tarbiyah Allah ketika di sana bukan terbatas hanya di Tanah haram, Mekah dan Madinah tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan tak kira di mana saja kita berada. Macam bulan puasa jugaklah kan? Apa yang kita beriya-riya amalkan time bulan ramadhan, alangkah baiknya kalau dapat kita amalkan sepanjang tahun. Begitu juga segale pengajaran/pantang larang yang kite pelajari di Mekah/ Madinah. Suatu peristiwa berlaku tapi hikmah yang disembunyikan oleh Allah di dalamnya terlalu banyak. Hanya tinggal diri kita untuk guna pakai pengajaran dalam apa-apa peristiwa yang akan datang. Semoge Allah memberkati dan menerima ibadah umrah kami semua,insyaAllah. Semoga mabrur! Semoge bertambah iman kami! Lambailah kami lagi kalau boleh banyak banyak kali.  Please ya Allah please :)).

Wednesday, April 18, 2012

Umrah

Tup tup, sampailah kitaorang semua di bumi Tunisia. Transit patutnya sekejap, 3 jam tapi end up 6 jam. See?Betullah orang kata, Dugaan Allah nak bagi kita supaya kita letakkan kesabaran di atas kesabaran. Dah cukup sabar dah? Tak apa, tambah lagi sabar, ambik sabar baru bubuh atas sabar yang lama. Boleh? Alhamdulillah. Allah kurniakan kami kekuatan untuk rasa biasa saja. Alhamdulillah. Then, berangkatlah kami ke bumi Mekah, sampai di Jeddah pukul 9.00 pagi tak silap. Tak ingatlah. But around that timelah. 

Gambar di Jeddah.

Di Jeddah, bas nak bawak kami ke tanah haram lewat sikit. Makanya, kami pun ambil sabar baru bubuh atas dua sabar yang diletakkan sebelum ini :P. So sabar kuasa 3.hehe. Time itu macam blur sikit sebab tidur tak cukup dalam flight, so main layan saja apa-apa and at the same time dup dap dup dap, nervous nak pergi tanah haram dah. Buku umrah, dah siap gantung leher, sebab ada bacaan doa kalau dekat sempadan tanah haram. Tapi nak tahu apa tak? Patutnya mata terbuntanglah nak tengok pemandangan luar, tapi sebab pancit tertidur dalam bus? But still alhamdulillah sempat baca doa doa. Doa bukanlah wajib, but sekadar perkara yang membantu kita betulkan niat, kembalikan ingatan kita kepada Allah. Cuit! Jangan lupa talbiah please!

                                            Nak sampai hotel dah time ini.
                                         
Kaabah
Sampai sana, ada abang mutawwif pandu kami untuk lakukan umrah wajib. Cuit sebelum itu, perasaan tengok kaabah. Hehe. Perasaan dia yang macam speechless. Ada orang yang menangis, ada yang macam like wow sangat sampai berair mata. Tak kisahlah apa gaya, asalkan kita bersikap sederhanakan :). Perasaan aku? Biarlah rahsia. hehe.



                                                                    Time ini umrah sunat.
Tawaf
Betullah adik aku cakap, time tawaf kau ada tendency untuk tengok orang lain sebab pelbagai kaum, pelbagai gaya, pelbagai rupa. Makanya, para gadis jagalah pandangan from usha lelaki hensem. Haha.Lelaki pun sama. Perempuan turkey lawa-lawa. Perempuan Malaysia pun boleh tahan gak =P.haha. Orang kata tawaf seperti solat. Jadi jaga pandangan, tak mahu bercakap, zikir banyak-banyak.  Pakcik blog itu kasik tips.Tips ini bagus so then tak lupa berapa round dah kita dah buat. 

1st-Astaghfirullah
2nd-Subhannallah
3rd-alhamdulillah
4th-Allahuakbar
5th-lahaulawalaquwataillabillahilazim
6th-yazaljalaliwalikram
7th-selawat

Kalau rasa confident, bacalah doa dalam buku umrah itu. Aku first time tak baca doa dalam buku umrah itu since tak dapat nak bajet situation macam mana. So aku zikir macam dekat atas saja. After that, tawaf-tawaf lain kali bacalah doa dalam buku umrah itu. Masa tawaf kadang yang yang buat time tengah hari, so panas jugaklah sampai belang muka. Tapi cuba fikir balik time sekolah kawad  berjam jam sampai warna muka jadi bontot kuali okay je, takkan 7 round untuk Allah tak bolehkan. Hehe. Rasa itu bagi aku semangat.

Saei
Saei itu mencabar mental dan fizikal. But so far alhamdulillah, disebabkan kita niatkan kerana Dia, makanya kekuatan untuk melakukan ibadah saei memang datang from Allah. 2.4 km. Kita muda, gagah perkasa, tak ada sakit sendi rasa pancit but cuba tengok orang tua siap tongkat, badan bongkok, tumit kaki pecah pecah but masih gagah buat ibadah saei. Insaf ke tak insaf? Teringat lagu raihan, ingat lima perkara sebelum lima perkara. Muda sebelum tua. Maka, mari kita hargai masa muda sementara boleh buat banyak banyak, insyaAllah. Oh ha ni kalau boleh pakai socks tebal sikit takpun pakai khuf. Kaki terasa sakit sikit pijak simen lama-lama. 

                                 Saei -meriah ramai orang, pelbagai ragam.

Bercakap soal tawaf and saei, teringat pesan adik aku, Najib. Dia kata kalau mampu, buatlah sebanyak tawaf sunat yang mampu, kerana kaabah itu hanya berada di Mekah. Tak ada tempat lain. Begitu juga dengan saei. Kita buat saja ibadah umrah sunat sebanyak yang kita mampu kalau punya kudrat. Umrah hanya boleh dibuat di Mekah sana, pergi Madinah, balik London or Malaysia tak ada dah. Nanti kalau kau orang start nak buat, aku mengaku lah sedikit sebanyak mesti ada rasa malas. Bukan malas saja, tapi rasa letih pinggang macam nak patah, tapak kaki rasa masih sakit, tak hilang penat lagi umrah wajib yang kita buat, inikan nak buat umrah sunat. Tapikannn, gagahkan hati mu. Nafsu kita tak suka benda baik, tabahkan, fikir kita buat semua ini nak pleasekan Allah. Minta banyak banyak doa dekat Allah depan Kaabah agar diberikan kekuatan dan dipermudahkan semuanya. InsyaAllah nanti Allah bagi kita rasa ringan nak buat.

Pernah dengar kisah Nabi Muhammad kaki bengkak sebab beribadah malam? Nak rasa tak? So buatlah umrah sunat. Nanti kaki bengkak rasa tak kisah sebab hati sejuk bila ingat kita buat kerana Dia. Baca ini pun dah rasa sweet. Apatah lagi bila kita buat betul betulkan? :) Kan kan. Cakaplah yeeee.hehe.Okay dah dah .Jom study!

Tuesday, April 17, 2012

Pre Umrah 2

First sekali nak mintak maap sebab post before this pakai saya, sekarang pakai aku. Aku macam kasarkan? Tapi aku rasa aku lebih telus and lagi feel kalau guna aku. Sorry. 

Umrah
Hari yang ditiba telah pun sampai. Dinanti dengan penuh sabar and rasa excited nya hanya Allah yang tahu. Aku kira punye kira hari demi hari. Habis exam. Dalam masa yang sama aku nervous, sebab orang kata, ujian before pergi sana ada, boleh jadi berat and ringan. Aku memang pasang hajat nak pergi sejak kecil lagi siap terbawa mimpi lagi. Tapi dalam mimpi itu pergi dengan family, insyaAllah doakan lah tercapai hajat aku. 

Bilik aku Efi tumpang for 3 days tak silap. Malam itu, Ayu datang nak say goodbye to me and dalila (junior aku aka ahli usrah ayu). So malam itu, aku ada dua tetamu dalam bilik aku. Alhamdulillah, dapat lah jugak aku terima tetamu sebelum aku menjadi tetamu Allah. Nervous tak menahan. Thanks Ayu and Efi sebab sanggup tolong aku bagi pendapat masa packing barang.

Esoknya, before gerak pergi airport, aku, Ayu, Efi, Farah, Madihah and 2 orang kawan Farah pergi makan Marakkech. Saja sarapan luar. Spend masa before taxi datang ambil pukul 1.00pm. Meh aku bubuh gambar saja warna warni sikit post ini.
Aku, Ayu and Efi

Sebelum gerak pergi airport.

Adoyai, aku pun tak faham kenapa aku detail sangat ini. Belum bab cerita dekat Mekah. Wan Najah, kalau tulis satu menda bukan listkan cerita, tapi reflection from cerita cerita itu lagi penting! Soryy. Intermission. Naik taxi, sekali tahu tak apa? Abang Azim (ketua rombongan) text bagitahu flight dia cepatkan. From 5.30pm jadi 3.40pm. Nak pula jalan tengah jammed. Ottuhke? Alhamdulillah. Berkat didikan and nasihat mak ayah saya yang sering sangat pesan, Kun fa yakun. Kalau Allah izinkan insyaAllah, semua pasti OK. Bertawakkallah kepadaNya. Kalau nak risau or nak marah or nak ribut gila-gila ke, last sekali Allah yang tentukan juga.  Yang penting, usaha, tawakkal! Alhamdulillah, jammed punye jammed, sampai lah kami di airport pukul 2.45pm.  Yeay!

Berangkatlah kami ke Tunisia selama 3 jam pada pukul 3.40pm. Alhamdulillah. Tak ada yang tertinggal. :)

Pre Umrah

Bismillahirahmaniraheem.

Dengan rasa diri yang serba kekurangan ini, ya Allah, tujuan post ini dicoretkan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk mahupun untuk berlagak menimbulkan perasaan takabur atau riak. Ini sekadar berkongsi pengalaman. To those yang tak pergi tanah suci lagiharap post ini bakal membantu tak banyak pun at least sedikit. However, perlu ingat, if u guys do some read up on people punye experience or dengar orang citer apa-apa, tak payah bubuh apa-apa expectation bahawa benda yang sama akan berlaku dekat korang. Setiap orang Allah dah setkan cerita lain lain. So asalkan, niat keranaNya, serahkan hati kepadaNya bulat-bulat, apa-apa nak jadi jadilah. Kalau dilanda dugaan sekalipun, doa yang tak berat berat. Also, letakkan kesabaran di atas kesabaran. insyaAllah. :) Ramai bestfrens nak tahu al kisah pergi sana macam mana. So, di sini, saya ambil peluang untuk coretkan apa apa yang masih dalam ingatan saya ini.

Pre Umrah
Sekiranya berpeluang, dapatkan buku keluaran Telaga Biru, Makkah al-Mukarramah atau Madinah Al-Munawarrah, Sejarah dan Kelebihannya.  These two books I got to know from Ustaz Zahazan masa kelas tafsir. Beliau sering kali suggestkan buku-buku yang bagus untuk dibaca. These two books bestlah sebab ade gambar-gambar and cerita cerita yang berkaitan dengan  tempat di Makkah and Madinah.  Kalau boleh nak baca buku-buku camni before pergi sebab dulu pergi Spain, I didnt do much revision, so tak ingat lah sejarah-sejarah yang dibelajar masa form 4. For me, sebab tak ingat, so kurang penghayatan and kurang feel sikit. To those yang ada masa bacalah, if tak ada its okay. Buat apa yang mampu okay?


See! Dalam itu ada bukit al-rumah (bukit menempatkan para pemanah semasa perang uhud)


Thanks Farah jadi model.

Lagi satu,  bace blog pakcik ini layan jugak! Best! Lawak pakcik ni buat spontan je. Kadang baca gelak guling guling. Okay sorry hiperbola. Tapi for me bestlah. Saya sempat baca pakcik ni punye blog je. Kawan-kawan pakcik ini ade blog jugak tapi tak sempat baca. Ni ha link dia;
b) Ni kawan pakcik ini; http://hajiarshad.blogspot.co.uk/ (*saya tak sempat baca)

Dalam itu, pakcik itu cerita macam macam siap dengan gambar. Nak pulak bila pergi sana, " Eh, waaa, waa, yang ini pakcik itu cakap.".Also, preparation dari segi rohani dan jasmani pun ditekankan. So, kalau berkesempatan trylah usha.


Kalau tak sempat salin, ambil iphone, snap je gambar.

Okay. satu entry ini pun makanlah masa punya lama. Start type pukul 7.00pm semalam. Ni ha 7.00am hari ini baru habis. Mana tak, stop makan, stop tidur, bangun solat sekali aik, dah pukul 7.00am. Sekejap lagi nak gerak hospital. Kalau rasa macam tak sedap badan, bye bye hospitallah. Alhamdulillah. sekarang rasa okay. Okay insyaAllah.Soon , orang type masa umrah pulak. Kalau boleh nak make it short and concise, tak leret leret. InsyaAllah. Babaaiii. Have a nice day! wassalam.

Monday, April 16, 2012

InsyaAllah

Sekiranya diizinkan Allah, ada banyak benda nak cerita tapi kelas saya start hari ini. Sekejap lagi nak bertolak pergi Southend. Oh ha. Yes. Dulu rotation dekat Colchester, now insyaAllah dekat Southend. So please doakan semua berjalan lancar! take care babai! wassalam