Tup tup, sampailah kitaorang semua di bumi Tunisia. Transit patutnya sekejap, 3 jam tapi end up 6 jam. See?Betullah orang kata, Dugaan Allah nak bagi kita supaya kita letakkan kesabaran di atas kesabaran. Dah cukup sabar dah? Tak apa, tambah lagi sabar, ambik sabar baru bubuh atas sabar yang lama. Boleh? Alhamdulillah. Allah kurniakan kami kekuatan untuk rasa biasa saja. Alhamdulillah. Then, berangkatlah kami ke bumi Mekah, sampai di Jeddah pukul 9.00 pagi tak silap. Tak ingatlah. But around that timelah.
Gambar di Jeddah.
Di Jeddah, bas nak bawak kami ke tanah haram lewat sikit. Makanya, kami pun ambil sabar baru bubuh atas dua sabar yang diletakkan sebelum ini :P. So sabar kuasa 3.hehe. Time itu macam blur sikit sebab tidur tak cukup dalam flight, so main layan saja apa-apa and at the same time dup dap dup dap, nervous nak pergi tanah haram dah. Buku umrah, dah siap gantung leher, sebab ada bacaan doa kalau dekat sempadan tanah haram. Tapi nak tahu apa tak? Patutnya mata terbuntanglah nak tengok pemandangan luar, tapi sebab pancit tertidur dalam bus? But still alhamdulillah sempat baca doa doa. Doa bukanlah wajib, but sekadar perkara yang membantu kita betulkan niat, kembalikan ingatan kita kepada Allah. Cuit! Jangan lupa talbiah please!
Nak sampai hotel dah time ini.
Kaabah
Sampai sana, ada abang mutawwif pandu kami untuk lakukan umrah wajib. Cuit sebelum itu, perasaan tengok kaabah. Hehe. Perasaan dia yang macam speechless. Ada orang yang menangis, ada yang macam like wow sangat sampai berair mata. Tak kisahlah apa gaya, asalkan kita bersikap sederhanakan :). Perasaan aku? Biarlah rahsia. hehe.
Time ini umrah sunat.
Tawaf
Betullah adik aku cakap, time tawaf kau ada tendency untuk tengok orang lain sebab pelbagai kaum, pelbagai gaya, pelbagai rupa. Makanya, para gadis jagalah pandangan from usha lelaki hensem. Haha.Lelaki pun sama. Perempuan turkey lawa-lawa. Perempuan Malaysia pun boleh tahan gak =P.haha. Orang kata tawaf seperti solat. Jadi jaga pandangan, tak mahu bercakap, zikir banyak-banyak. Pakcik blog itu kasik tips.Tips ini bagus so then tak lupa berapa round dah kita dah buat.
1st-Astaghfirullah
2nd-Subhannallah
3rd-alhamdulillah
4th-Allahuakbar
5th-lahaulawalaquwataillabillahilazim
6th-yazaljalaliwalikram
7th-selawat
Kalau rasa confident, bacalah doa dalam buku umrah itu. Aku first time tak baca doa dalam buku umrah itu since tak dapat nak bajet situation macam mana. So aku zikir macam dekat atas saja. After that, tawaf-tawaf lain kali bacalah doa dalam buku umrah itu. Masa tawaf kadang yang yang buat time tengah hari, so panas jugaklah sampai belang muka. Tapi cuba fikir balik time sekolah kawad berjam jam sampai warna muka jadi bontot kuali okay je, takkan 7 round untuk Allah tak bolehkan. Hehe. Rasa itu bagi aku semangat.
Saei
Saei itu mencabar mental dan fizikal. But so far alhamdulillah, disebabkan kita niatkan kerana Dia, makanya kekuatan untuk melakukan ibadah saei memang datang from Allah. 2.4 km. Kita muda, gagah perkasa, tak ada sakit sendi rasa pancit but cuba tengok orang tua siap tongkat, badan bongkok, tumit kaki pecah pecah but masih gagah buat ibadah saei. Insaf ke tak insaf? Teringat lagu raihan, ingat lima perkara sebelum lima perkara. Muda sebelum tua. Maka, mari kita hargai masa muda sementara boleh buat banyak banyak, insyaAllah. Oh ha ni kalau boleh pakai socks tebal sikit takpun pakai khuf. Kaki terasa sakit sikit pijak simen lama-lama.
Bercakap soal tawaf and saei, teringat pesan adik aku, Najib. Dia kata kalau mampu, buatlah sebanyak tawaf sunat yang mampu, kerana kaabah itu hanya berada di Mekah. Tak ada tempat lain. Begitu juga dengan saei. Kita buat saja ibadah umrah sunat sebanyak yang kita mampu kalau punya kudrat. Umrah hanya boleh dibuat di Mekah sana, pergi Madinah, balik London or Malaysia tak ada dah. Nanti kalau kau orang start nak buat, aku mengaku lah sedikit sebanyak mesti ada rasa malas. Bukan malas saja, tapi rasa letih pinggang macam nak patah, tapak kaki rasa masih sakit, tak hilang penat lagi umrah wajib yang kita buat, inikan nak buat umrah sunat. Tapikannn, gagahkan hati mu. Nafsu kita tak suka benda baik, tabahkan, fikir kita buat semua ini nak pleasekan Allah. Minta banyak banyak doa dekat Allah depan Kaabah agar diberikan kekuatan dan dipermudahkan semuanya. InsyaAllah nanti Allah bagi kita rasa ringan nak buat.
Pernah dengar kisah Nabi Muhammad kaki bengkak sebab beribadah malam? Nak rasa tak? So buatlah umrah sunat. Nanti kaki bengkak rasa tak kisah sebab hati sejuk bila ingat kita buat kerana Dia. Baca ini pun dah rasa sweet. Apatah lagi bila kita buat betul betulkan? :) Kan kan. Cakaplah yeeee.hehe.Okay dah dah .Jom study!
No comments:
Post a Comment