1. Usaha dan doa adalah senjata terbaik. Ever.
Ingat apa apa saja kau orang nak buat dekat Mekah, solat dalam Hijr Ismail or pegang Hajarul Aswad. Apa apa saja pohon depan kaabah, solat sunat hajat. Doa dipermudahkan, tak sakiti orang lain, Allah lembutkan hati orang lain berikan kita jalan. Bubuh usaha dan luruskan niat. InsyaAllah dapat :).
Ni lepas tawaf sunat tak silap. Hehe. Muka burn belang. But its okay! :)
2. Treat people as what u want people to treat you.
Semasa bersesak nak buat apa apa pun, tolonglah orang lain yang tersepit or dah tua sangat tak dapat jalan keluar kerana Allah walaupun kita nak sangat dapat buat sesuatu itu. Example: masuk Hijr Ismail. InsyaAllah, Allah pasti permudahkan after itu. Orang lain pun nanti tolong kita.
3. Berkomunikasi tanpa menggunakan bahasa.
Manisnya Islam itu apabila semua orang tak kira bangsa warna kulit berkumpul di Mekah semata-mata mencari keredhaan Allah. Aku pernah berkomunikasi dengan makcik from Turki guna bahasa signal, sekali makcik Morocco pulak join sekali. Aku hanya senyum and ketawa if dah jammed sangat. Minta maaf makcik makcik saya berlakon faham :p.
4. Mahu jadi orang Riau?
Masa nak masuk Raudhah dekat Masjid Nabawi, seorang makcik Indonesia asyik tanye soalan ini. Aku macam blur kenapa makcik ni tanya soalan macam ini?. Sekali kakak seorang ini cakap makcik ini ada seorang anak lelaki. Lepas itu, baru aku faham. Makcik ini siap sempat pass num telefon sekali. Haha. Comel saje makcik ini.
5. Perempuan dilayan dengan baik dan dihormati.
Aku tengah beratur belakang seorang lelaki untuk minum air zam zam di Masjidil Haram. Seorang lelaki lagi datang and tepuk lelaki yang tengah minum untuk bagi aku dulu. Lelaki yang tengah minum itu ambil lagi satu cawan, isikan air, pas dekat aku. Dalam hati aku berbunga. Yeay!
6.Kaki lebam.
On the way nak naik Jabal AnNur (Gua Hira') satu batu jatuh landing atas peha? Lebam peha itu sampai hari ini, tengah recovery process. Dalam banyak banyak orang, I am the chosen one? haha. Apa yang aku dah buat. Tak apalah tak kisah. Pasti ada hikmah dia. Bersangka baik dengan Allah. Muhasabah. If kerana itu mampu menebus dosa, tak apalah aku rela InsyaAllah.. :)
Memori di puncak Jabal An-Nur
7. Restoran D' Saji
Nak sangat pergi rasa teh tarek dekat Menara As-saffa, kami ditakdirkan untuk bertemu makcikpakcik yang sangat sporting and romantik. Mereka belanja makan and pesan, jangan pernah berburuk sangka walaupun dalam hati masa dekat tanah suci, jangan cerita benda benda menakutkan pasal tanah suci and also, pakcik pesan, perempuan umur kalau boleh jangan lebih calendar sebulan, kalau tak payah nak berumahtangga.Okay wanita semua take note!
Kitaorang termiss tazkirah di hotel punya tapi tak apa pakcik ni dah gantikan tazkirah
8. Selipar hilang.
Malam terakhir di Masjid Nabawi, selipar kami berempat hilang tak tahu pi mana. Berjalan kaki ayam lah kami pulang ke hotel. Haha.Berlapang dada. At least, dapat juga buat pahala, sedekah selipar. Marah-marahpun bukan boleh dapat balik.
9.Makcik makcik tersenyum
Kalau kauorang jumpa makcik makcik Malaysia, jangan lah segan-segan untuk tegur. Apalah salahnya kan. Lepas itu, some of them akan tersenyum bahagia suka tengok kita sebab alhamdulillah muda muda dapat peluang pergi Mekah. :)
Dengan Makcik Hamidah di Masjidil Haram
10. Amazingly, detikan hati yang menjadi!
Aku menyusun hand luggage aku di antara bag-bag lain semasa nak bertolak ke Jeddah di Hotel Madinah. Terdetik dalam hati aku, 'Eh cuba kalau orang tak perasan bag aku ini.". Tahu apa jadi? Bag itu tak ada masa kat airport. Tapi alhamdulillah, Allah bagi kekuatan aku untuk lepaskan bag itu pergi. Also, alhamdulillah, Allah takdirkan aku tak letak barang berharga aku dalam bag itu. Alhamdulillah. At least, jasad aku tinggalkan bumi Rasulullah tapi barang aku tak, maka dia menjadi pengganti diri ku ini bersama-sama selipar aku yang hilang. Eceh. Hehe. insyaAllah, ya Allah minta-minta dapat pergi sana lagi!
11. Berjemaah lebih baik from individu
Dekat sana, setelah sampai di Mekah 1/2 hari, hati mulai resah apabila ibadah tak sebanyak mana dilakukan kerana kekangan masa dan rasa kepenatan travelling. Lepas itu, terasa nak gerak sendiri, tapi teringat janji pada mak ayah untuk tak bergerak secara individu. Tahu tak malam itu juga, ada tazkirah pasal jemaah lagi bagus from individu, Allah terus bagi jawapan. Memang rasa like wow!Tak kisah lah apa pun situasi kena tunggu kawan ke apa, apa-apa jemaah lagi bagus. Ingat tau. insyaAllah.
12. Redha yang takat itu Allah bagi
Rasa ingin buat banyak lagi ibadah. Qiyam. Spend masa lebih lama di Masjidil Haram or Masjid Nabawi. Tapi ingatlah bahawa setiap unsur dalam diri kita ini mahukan haknya. Badan mahukan haknya dengan tidur/ rehat. Makan juga.Maka janganlah menzalimi diri sendiri. Buat apa yang termampu.Allah faham hasrat, niat di hati kita.insyaAllah.Quality lagi penting bukan quantity! Ikhlaskan hati. Nanti kalau sakit tak cukup rehat siapa yang susah? Diri jugakan.Nak ibadah kena ade tenaga. So buatlah apa yang termampu, and redha takat itu saja Allah bagi. insyaAllah.
Sehingga ketemu lagi kitaa dengan Tanah Suci.insyaAllah !
In short apa aku belajar, semua tarbiyah Allah ketika di sana bukan terbatas hanya di Tanah haram, Mekah dan Madinah tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan tak kira di mana saja kita berada. Macam bulan puasa jugaklah kan? Apa yang kita beriya-riya amalkan time bulan ramadhan, alangkah baiknya kalau dapat kita amalkan sepanjang tahun. Begitu juga segale pengajaran/pantang larang yang kite pelajari di Mekah/ Madinah. Suatu peristiwa berlaku tapi hikmah yang disembunyikan oleh Allah di dalamnya terlalu banyak. Hanya tinggal diri kita untuk guna pakai pengajaran dalam apa-apa peristiwa yang akan datang. Semoge Allah memberkati dan menerima ibadah umrah kami semua,insyaAllah. Semoga mabrur! Semoge bertambah iman kami! Lambailah kami lagi kalau boleh banyak banyak kali. Please ya Allah please :)).
4 comments:
Salam kak!
Nice sharing ! ^_^
Rindu rindu..
Rindu Haramain dan kenangan2 kita di situ, chewah..
=)
pakcik pesan, perempuan umur kalau boleh jangan lebih calendar sebulan
yg ni tak paham najah.. hehe
but point no 1 sangatlah true. :)
izzah
cardiff
Izzati: ws wbt.kan kan! :).hanya Allah yang tahu dan faham perasaan rindu kita.mari berusaha supaya istiqamah and bertambah iman insyaAllah :)
Oren: Izzah comel, haha! mule2 kiterung x paham. maksud umur calendar sebulan adalah umur tak lebih 30/31 tahun.gituu.kalau telepas umur itu, payah sket nak berumahtangga.wallahualam!
subahanallah! seronoknya najah!
mula2 tak faham ape yg pakcik tuh cakap.then tenung lama2 baru faham.so significant la pakcik tuh.btw thanks for your experiance.oke nak menabung! *kachingg
((:
Post a Comment