Friday, January 29, 2010

Kecoh sangat!

Saya nak kelas dah sekejap lagi. Sementara tengah ada perasaan ini nak blog sekejap.

Sejak dua menjak, aku tak bersemangat. Aku tak larat and tak ada mood. Badan macam tak ada adrenaline lansung. Rasa tak sedap badan. Lebih prefer duduk bawah duvet. Nak bercakap tapi tak ada rasa semangat. So, lebih banyak mendiamkan diri sendiri. Lebih-lebih dalam PBL dan apa-apa sajalah. Bila tiba nak cakap, cakap sekejap dan moody balik.

Ahh. Aku tension nak exam rasanya dan lagi satu sebab phone aku. Paham-paham sajalah tiba-tiba teringat phone. Terus down. Plus, nak exam ini, aku banyak berjalan and banyak main. Tak rasa banyak usaha telah diletakkan. Jadi aku jenis fikir-fikir pasal benda-benda remeh itu dan jadi stress.

Sekejap datang mood ok, oklah. Kalau tak, aku macam melayan perasaan diri sendiri.

Okies. Aku TAKNAK rasa macam ini.
TAKNAK, TAKNAK dan TAKNAK.

Aku nak stay positive.
Fine, nasiblah tinggal dua minggu tinggal dua minggulah. Takpayahlah kecoh nak stress.
Lepuk karang! Ingat stress boleh tolong engkau ingat balik apa content Human Developemnt, Cardiorespiratory and Metabolism? Kecoh betol.Geram betullah. Work on what you have. Jangan nak fikir benda-benda dah lepas. Jangan nak fikir "macam manalah aku nak jawap exam nanti, apalah jadi dengan result aku." Panas betullah aku dengan diri aku.
Sibuk nak exam, fb duk bukak lagi. Jangan nak harap-harap buka youtube ke ape. Stalk orang kat Fb pun tak boleh.Kecoh sangat.Tak ingat jumpa patient semalam, dia siap kata dalam hidup ini, kalau sakit teruk macam mana pun, mesti yakin kita akan sembuh, kita akan keluar from hospital. Rasa positif mesti ada. Negatif semua itu racun tahu tak. Racun yang akan bagi kita rasa tak seronok hidup. Rasa letih and tak larat.

Awak masih muda Najah, cari peluang rebut peluang. Peluang tak datang dua kali. Allah bagi kesihatan semua. Jadi hargai, syukur kat Allah. Guna elok-elok.
Allah kasi datang sini, bagi peluang kat sini belajar,so belajar elok-elok.

*aku hanya lah insan biasa yang perlu diingatkan supaya sentiasa positif walaupun aku dah tahu staying positif sangat perlu untuk stay happy.*

Wednesday, January 20, 2010

Ada suatu hari, saya duduk diam-diam dan fikir.
Saya sayang ramai sangat orang. Family mestilahkan. ;)Kalau bab kawan-kawan, saya sayang ramai kawan-kawan saya, ramai sangat! Ramai dan ramai.

Saya tak boleh listkan sebab kalau listkan, nanti ada nama tertinggal, kawan yang nama tertinggal itu jadi terasa, walhal dalam hati saya, saya sayang dia cuma tertinggal nak tulis.

Mestilah dalam hati ada ranking, siapa yang saya paling sayang. Tapi itu tak boleh reveal lah. Rahsia. Dan kalau boleh nak elakkanlah ranking-ranking ini since kalau nak sayang kena sama rata. Cuma, obviously, the closest friendslah akan dapat sayang yang lebih sedikit. Kawan sekolah menengah memang sayang betullah sebab 5 tahun sama-sama, duduk asrama pula tuh. Yang paling rapat, 15 buddieslah. Basirah juga.Baik buruk semua dah tahu.=DDD.KMB juga. Sebab pahit getir IB sama-sama rasa, sama-sama support.

Kalau benci? Tak.Tak boleh benci orang. Saya dah wajibkan diri tak boleh benci dekat orang.Tak baiklah Najah. Kalau terasa benci, cepat-cepat ingat kebaikan orang itu. Alaa, semua orang ada kebaikan masing-masingkan walau gedik mana orang tuh.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu SEKADARNYA, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu SEKADARNYA, barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti. (Rasulullah S.A.W)

Pegang benda ini kuat-kuat tau. Jangan lepas. Jangan lupa tau semua orang pegang elok-elok.=DD

Sunday, January 17, 2010

Diari sebelum tidur.

Sekarang pukul 2.56am,saya ada exam 12 Februari tapi saya tak tidur lagi. Sepatutnya kenalah tidur supaya subuh tak liat bangun dan after subuh tak tidur balik boleh baca buku. Saya tengah CUBA tak nak tidur lepas subuh tak kiralah weekend ke weekdays. Najah ni poyo jerlah lebih.=D

Alhamdulillah, apa yang bajet nak buat dah buat. Feefa, saya dah belikan baju awak. saya dan Emey jalan pusing-pusing oxford street. Punya payahlaahh nak pilih baju. At last, dapat juga. Saya yang cerewet sangat bukan sebab kamu okay? *Entah Feefa baca ke tak*.Sorylah tau kalau tak lawa.

Minggu depan saya Aqeem dan Emey rayau pergi Ireland. InsyaAllah.Rindu classmate kesemuanya! Kalau dulu, tiap hari tengok muka sampai naik muak dah. =pppp. Mana ada muaklah. Makin tambah sayang adalah. ;)

Macam ini tau routine saya duduk London ini. Dengar je macam " WOW! best gile.London kot?" Walhal sama saja routine dengan semua orang tak kiralah dekat Malaysia ke, Australia ke,Ireland ke, dekat Jakarta ke kan Bashu.? Bangun pagi seorang-seorang tak ada orang nak kejutkan, makan seorang-seorang dan sembahyang seorang-seorang. Jalan pergi kelas? Pun seorang-seorang juga.Seorang-seorang je Najah? Alaa.siannya dia. HAHA.Alaaa.mati pun macam itukan. So tak payah kasihan sangat =D.

Bila weekendlah yang meriah, lagi-lagi kalau exam is not around the corner. Panjang langkah. Ke mana? Ke Oxford Streetlah. Siapa? Emey ke Ayu ke. Tapi sekarang, larangan keras untuk berbelanja. Kumpul duit nak balik Malaysia. =DD.

Nantilah saya cerita panjang-panjang. Terasa mengadalah pulak nak pakai saya-saya ini. Tapi cam smart gak. Terasa diri macam sopan-santun. Okay. Selamat malam. Salam =D

Saturday, January 16, 2010

Haramkah?

Haramkah aku bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku.
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta

Wednesday, January 13, 2010

I just DON'T CARE.

Orang boleh cakap apa sahaja pasal saya.
Saya gedik dan budak-budak?
Ouh terima kasih banyak-banyak. Saya terima.
Sebab judge lah saya apa-apa.
Saya memang saya.
Sebab awak boleh fikir apa yang awak fikir.
Dan saya boleh fikir apa yang saya fikir.
Awak boleh cakap pasal apa-apa awak nak pasal saya.
Sebab saya tak ada kuasa nak tutup mulut awak.
Allah Tuhan saya.
Allah Tuhan awak.
Apa yang penting dalam hidup saya.
Bukan apa yang awak fikir, tapi apa yang Allah fikir pasal saya.
Sekian, terima kasih. =D

Saturday, January 9, 2010

Assalamualaikum

Hye semua, nama saya Wan Najah Maryam bt Mohd Daud. Saya berumur 20 tahun dan masih belajar. Tinggi saya 171 cm dan berat 60kg. Saya ada 5 orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki kecuali saya. Saya tengah bosan gila buat nota jadi saya akan merapu di sini.

Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Walaupun tak sekaya orang lain yang sangat-sangat kaya, saya bersyukur dikurniakan mak ayah yang tak pernah jemu-jemu bagi nasihat dekat saya. (Semua orang punya mak ayah macam itukan? ^_^).Dan saya ingat lagi ayah saya pesan kita semua ini kaya sebab kita sempurna dengan semua anggota badan, tak ada yang kurang.Semua yang telah saya lalui sejak kecil sampailah sekarang menjadikan saya yang hari ini. Tak kiralah manis ke pahit ke. Semua yang pahit payau ke apa semua jadi manis kalau saya ingat balik.

Ayah saya sangat garang kalau kami degil and kalau nak diikutkan saya ranking 1st kalau bab-bab kena marah ini sebab saya paling degil. Dalam garang-garang, serius ayah saya cool gila. Kalau suatu hari itu, saya pakai macam cun-cunlah. Nanti ayah saya cakap "Ada stylelah you ni.". Serius gelak-gelak and tersipu-sipu gila.



Mak saya memang serius cool gila. Walaupun cool, mak saya selalu ingatkan saya kena behave elok-elok sebab saya perempuan dan benda-benda remeh pasal manner pun mak saya sangat jaga. Mak saya selalu pesan jaga sembahyang, baca quran, selawat dan zikir selalu.



Abang saya dia putih melepak ikut mak. Gaya dia macam tak study langsung tapi result gempak. Itu saya kagum. Tinggi abang saya ala-ala sama saja dengan saya.




Adik saya yang nama Najib kalau nak diikutkan pendapat saya, dia lagi hensem daripada abang saya. Dia tinggi gila. Saya tinggi tahap telinga dia. Ouh masa yang dia fly saya nangis. Hehe.



Naqib dia umur 13 tahun sekolah dekat Alam Shah. Ouh baju chelsea dia baru sahaja beli minggu lepas. Dia ni superb tinggi. Dia lagi tinggi daripada saya!Rindu juga.



Nawfal dia baby dalam family. Dia nak PSP. Tunggu Kak Jah kumpul duit bagi duit cukup pastuh Kak Jah belikan ek. Dalam adik-beradik, dia paling rajin dan berani teman saya drive pergi McD Section 9 dan isi minyak semua. Ouh rindu sama dia.


Ini dia sekali semua. =))



Ya Allah, panjangkan umur kami, sihatkanlah tubuh badan kami, kukuhkan lah iman, jadikanlah kami anak soleh dan solehah ya Allah. Sekiranya mati yang Engkau takdirkan untuk kami, maka matikanlah kami dalam Islam. Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, January 4, 2010

Penyakit.

Kisah ini semoga menjadi pengajaran kepada diri aku dan orang lain.

*Penggunaan bahasa yang tak formal harap dimaafkan sebab aku dengar kisah ini secara lisan. Jadi, ill type it using my own words.

Sebelum menjadi wali Allah, Ibrahim Al-Khawas merupakan seorang lelaki yang gemar berjalan-jalan pergi mengembara bukan untuk merenung kebesaran dan keagungan ciptaan Allah tetapi untuk mencari pengalaman semata-mata . Iyalah. Bak kata pepatah, " Jauh perjalanan, luas pemandangan."Setelah berjalan-jalan di padang pasir yang luas dan terik itu, dia pun rasa penat dan sangat haus. Dalam pada itu, dia ternampak sepohon delima tak jauh daripada tempat dia. Lepas itu, memang rezeki dialah since ada satu je buah dekat pokok itu.

Buah delima yang masak, warna merah betul. Untuk pengetahuan sesiapa yang tak tahu(akulah tu), buah delima yang masak memang berair dan manis , sah-sah dapat hilangkan haus. Dia terus capai buah itu dan makan. Malangnya, tak seindah rupa, buah itu pahit sangat dan rasa payau.

Lantas, dia ronda-ronda sekeliling untuk dapatkan air supaya hilang rasa pahit itu. Alangkan kagumnya dia apabila dia lihat kawasan di situ terdiri daripada pokok-pokok yang subur seperti di kebun. Tiba-tiba, dia terlihat seorang lelaki tua yang bengkak-bengkak mengerang kesakitan akibat disengat lebah. Lelaki tua itu pun memulakan perbualan.

Lelaki tua
:Assalamualaikum. Ibrahim Al-Khawas. Kemanakah kamu hendak pergi dan bagaimanakah rasa buah delima tadi?

Ibrahim Al-Khawas:(Muka terkejut)Wahai pakcik, bagaimanakah pakcik boleh tahu nama saya dan buah delima tadi walhal kita tak pernah berjumpa sebelum ini ?

Lelaki tua: Saya adalah hamba yang dekat dengan Allah, hamba yang dekat dengan Allah tak perlu meminta pertolongan dengan kamu untuk mengenal diri kamu.

Ibrahim Al-Khawas:(Tak nak kalah)Saya pun dekat dengan Allah. Ouhhh. Kalau kamu dekat dengan Allah kenapa kamu tak minta tolong saja dengan Allah ketika kamu nak kena sengat dengan lebah supaya kamu terselamat?

Lelaki tua: (Sambil tersenyum)Kalau benar kamu dekat dengan Allah, kenapa kamu tak minta dengan Allah supaya buah delima yang kamu makan itu manis?Penyakit yang kamu nampak ini adalah penyakit jasmani, penyakit yang boleh diubati kalau saya nak. Kalau tak diubati pun tak apalah, terpulang pada saya. Tetapi penyakit yang ada pada kamu itu adalah penyakit rohani iaitu penyakit hati. Hati kamu penuh dengan kekotoran nafsu.Sebab itulah kamu melakukan perkara yang ditegah oleh Allah iaitu kamu mengambil buah delima kepunyaan orang lain tanpa meminta izin. Pulanglah ke rumah dan bertaubatlah kepada Allah itu membersihkan hati kamu itu dengan cara berzikir dan membantu orang lain. Sebelum kamu nak sembuhkan penyakit saya, lebih baik kamu sembuhkan penyakit kamu dulu.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada orang tua itu, Ibrahim Al Khawas pulang ke rumah dan pada saat itulah merupakan turning point dirinya.

Bakal doktor, sembuhkanlah penyakit diri sendiri sebelum sembuhkan penyakit orang lain. *Yang bab ini terasa.huhu* ;).insyaAllah.

P/s: aku x boleh nak justifiedkann ape yang aku line-line hasil type aku nie.haishhh

Saturday, January 2, 2010

Finally.

Nah ambik kau layout baru. Thanks eh emyra for the link. ;)

Cuti dua minggu menyebabkan hidup aku dipenuhi dengan benda-benda tak bermanfaat seperti Korean and Japanese drama. Winter mengajar aku erti kenikmatan hanya stay di bilik, makan banyak-banyak dan tidur.

Ahhhh, ikut nafsu betul. Aku makin terasa ibadah yang aku lakukan hanya sekadar routine, kurang penghayatan yang sempurna. Risau. Banyak sangat hiburan, hati itu makin gelaplah.

Kebenaran itu kau perlu cari. Bukan dia datang sendiri golek-golek macam itu. Alaa, semua orang boleh rasakan kalau iman masing-masing dah mula turun. Saya tengah dan saya mula bimbang.

Manusia memang bila dah senang seronok-seronok mulalah leka. Solat-solat, baca Quran baca juga tapi hati itu hilang ke mana? Ke laut? Jawab sikit Najah. Jawab sikit.

Kalau tengah down, sedih nak mintak tolong daripada Allah bukan main lagi. Mana boleh macam itu Wan Najah Maryam Mohd Daud, susah senang itu datang daripada Allah. Kita tak boleh senang-senang nak leka kejar sangat nikmat dunia. Sedang-sedang sahaja Cik Najah oi. Dunia tak kekal sayang tak kekal. :( *feel sorry to myself*

Dalam mengejar duniawi,jangan bandingkan diri anda dengan orang yang lebih. Bandingkan diri dengan orang yang kurang. Takpayah kecoh nak mewah sangat.
Dalam mengejar ukhrawi, sila bandingkan diri anda dengan orang yang lebih.Lebih taqwanya, lebih imannya dan lebih ibadatnya.

Azam tahun baru: nak buh make up banyak-banyak dekat amal yang dilakukan setiap hari.

Friday, January 1, 2010

ollaa.






Cordoba: Al-hambra

Alhamdulillah.Syukur ke hadrat Allah dengan limpah kurnia dapat aku menjejakkan kaki di atas bumi Allah, Spain. Kalau dulu, tengok orang lain punya album. Sekarang turn sendiri. Terharu and bersyukur sangat dekat Allah dapat peluang macam ini.

Tak sangka pergi sana since tak ada plan untuk Winter. Tiba-tiba Ayu ajak untuk join dengan budak-budak actuary lain; Taf, Ale, Jang, Jan, Faris, Safwan and Wandog. Kira aku seorang budak medicine. Yeahhh~ Belajar menyesuaikan diri dengan budak-budak yang masing-masing sporting gila.

Rasa agak koyaklah bila sampai dekat tinggalan sejarah Islam yang telah ditawan oleh orang Kafir. Ukiran Islam sememangnya indah sangat halus, sangat-sangat. Ukiran orang Kristian yang wujud selepas Islam kalah memang langsung tak mampu tandingi. Ukiran-ukiran memang berkaitan dengan kesenian, tetapi bila datang kepada bab keimanan, itu paling penting yang perlu diambil pengajaran. Cordoba yang dulu megah sebagai pusat utama dalam penyebaran dan pendidikan Islam, kini hanya tinggal kenangan. Di sini, ISK main kan peranan. ;)

More to come. Tapi tak surelah aku nak sambung pasal Spain ke apa. Ini kelas dah nak start balek dah 4hb Jan. Back to reality. Go najah go. Go kat orang lain juga ;)