Monday, January 4, 2010

Penyakit.

Kisah ini semoga menjadi pengajaran kepada diri aku dan orang lain.

*Penggunaan bahasa yang tak formal harap dimaafkan sebab aku dengar kisah ini secara lisan. Jadi, ill type it using my own words.

Sebelum menjadi wali Allah, Ibrahim Al-Khawas merupakan seorang lelaki yang gemar berjalan-jalan pergi mengembara bukan untuk merenung kebesaran dan keagungan ciptaan Allah tetapi untuk mencari pengalaman semata-mata . Iyalah. Bak kata pepatah, " Jauh perjalanan, luas pemandangan."Setelah berjalan-jalan di padang pasir yang luas dan terik itu, dia pun rasa penat dan sangat haus. Dalam pada itu, dia ternampak sepohon delima tak jauh daripada tempat dia. Lepas itu, memang rezeki dialah since ada satu je buah dekat pokok itu.

Buah delima yang masak, warna merah betul. Untuk pengetahuan sesiapa yang tak tahu(akulah tu), buah delima yang masak memang berair dan manis , sah-sah dapat hilangkan haus. Dia terus capai buah itu dan makan. Malangnya, tak seindah rupa, buah itu pahit sangat dan rasa payau.

Lantas, dia ronda-ronda sekeliling untuk dapatkan air supaya hilang rasa pahit itu. Alangkan kagumnya dia apabila dia lihat kawasan di situ terdiri daripada pokok-pokok yang subur seperti di kebun. Tiba-tiba, dia terlihat seorang lelaki tua yang bengkak-bengkak mengerang kesakitan akibat disengat lebah. Lelaki tua itu pun memulakan perbualan.

Lelaki tua
:Assalamualaikum. Ibrahim Al-Khawas. Kemanakah kamu hendak pergi dan bagaimanakah rasa buah delima tadi?

Ibrahim Al-Khawas:(Muka terkejut)Wahai pakcik, bagaimanakah pakcik boleh tahu nama saya dan buah delima tadi walhal kita tak pernah berjumpa sebelum ini ?

Lelaki tua: Saya adalah hamba yang dekat dengan Allah, hamba yang dekat dengan Allah tak perlu meminta pertolongan dengan kamu untuk mengenal diri kamu.

Ibrahim Al-Khawas:(Tak nak kalah)Saya pun dekat dengan Allah. Ouhhh. Kalau kamu dekat dengan Allah kenapa kamu tak minta tolong saja dengan Allah ketika kamu nak kena sengat dengan lebah supaya kamu terselamat?

Lelaki tua: (Sambil tersenyum)Kalau benar kamu dekat dengan Allah, kenapa kamu tak minta dengan Allah supaya buah delima yang kamu makan itu manis?Penyakit yang kamu nampak ini adalah penyakit jasmani, penyakit yang boleh diubati kalau saya nak. Kalau tak diubati pun tak apalah, terpulang pada saya. Tetapi penyakit yang ada pada kamu itu adalah penyakit rohani iaitu penyakit hati. Hati kamu penuh dengan kekotoran nafsu.Sebab itulah kamu melakukan perkara yang ditegah oleh Allah iaitu kamu mengambil buah delima kepunyaan orang lain tanpa meminta izin. Pulanglah ke rumah dan bertaubatlah kepada Allah itu membersihkan hati kamu itu dengan cara berzikir dan membantu orang lain. Sebelum kamu nak sembuhkan penyakit saya, lebih baik kamu sembuhkan penyakit kamu dulu.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada orang tua itu, Ibrahim Al Khawas pulang ke rumah dan pada saat itulah merupakan turning point dirinya.

Bakal doktor, sembuhkanlah penyakit diri sendiri sebelum sembuhkan penyakit orang lain. *Yang bab ini terasa.huhu* ;).insyaAllah.

P/s: aku x boleh nak justifiedkann ape yang aku line-line hasil type aku nie.haishhh

No comments: