Hye semua, nama saya Wan Najah Maryam bt Mohd Daud. Saya berumur 20 tahun dan masih belajar. Tinggi saya 171 cm dan berat 60kg. Saya ada 5 orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki kecuali saya. Saya tengah bosan gila buat nota jadi saya akan merapu di sini.
Saya dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Walaupun tak sekaya orang lain yang sangat-sangat kaya, saya bersyukur dikurniakan mak ayah yang tak pernah jemu-jemu bagi nasihat dekat saya. (Semua orang punya mak ayah macam itukan? ^_^).Dan saya ingat lagi ayah saya pesan kita semua ini kaya sebab kita sempurna dengan semua anggota badan, tak ada yang kurang.Semua yang telah saya lalui sejak kecil sampailah sekarang menjadikan saya yang hari ini. Tak kiralah manis ke pahit ke. Semua yang pahit payau ke apa semua jadi manis kalau saya ingat balik.
Ayah saya sangat garang kalau kami degil and kalau nak diikutkan saya ranking 1st kalau bab-bab kena marah ini sebab saya paling degil. Dalam garang-garang, serius ayah saya cool gila. Kalau suatu hari itu, saya pakai macam cun-cunlah. Nanti ayah saya cakap "Ada stylelah you ni.". Serius gelak-gelak and tersipu-sipu gila.
Mak saya memang serius cool gila. Walaupun cool, mak saya selalu ingatkan saya kena behave elok-elok sebab saya perempuan dan benda-benda remeh pasal manner pun mak saya sangat jaga. Mak saya selalu pesan jaga sembahyang, baca quran, selawat dan zikir selalu.
Abang saya dia putih melepak ikut mak. Gaya dia macam tak study langsung tapi result gempak. Itu saya kagum. Tinggi abang saya ala-ala sama saja dengan saya.
Adik saya yang nama Najib kalau nak diikutkan pendapat saya, dia lagi hensem daripada abang saya. Dia tinggi gila. Saya tinggi tahap telinga dia. Ouh masa yang dia fly saya nangis. Hehe.
Naqib dia umur 13 tahun sekolah dekat Alam Shah. Ouh baju chelsea dia baru sahaja beli minggu lepas. Dia ni superb tinggi. Dia lagi tinggi daripada saya!Rindu juga.
Nawfal dia baby dalam family. Dia nak PSP. Tunggu Kak Jah kumpul duit bagi duit cukup pastuh Kak Jah belikan ek. Dalam adik-beradik, dia paling rajin dan berani teman saya drive pergi McD Section 9 dan isi minyak semua. Ouh rindu sama dia.
Ini dia sekali semua. =))
Ya Allah, panjangkan umur kami, sihatkanlah tubuh badan kami, kukuhkan lah iman, jadikanlah kami anak soleh dan solehah ya Allah. Sekiranya mati yang Engkau takdirkan untuk kami, maka matikanlah kami dalam Islam. Amin Ya Rabbal Alamin.
3 comments:
betul kan fact kau tuh.
najib hensem ranking 2nd ok.aku 1st.haha
nak sangat
amik2
dalam beradik aku paling cun
hahahah
aku paling hensem?
tq a wehsui
Post a Comment