Nah ambik kau layout baru. Thanks eh emyra for the link. ;)
Cuti dua minggu menyebabkan hidup aku dipenuhi dengan benda-benda tak bermanfaat seperti Korean and Japanese drama. Winter mengajar aku erti kenikmatan hanya stay di bilik, makan banyak-banyak dan tidur.
Ahhhh, ikut nafsu betul. Aku makin terasa ibadah yang aku lakukan hanya sekadar routine, kurang penghayatan yang sempurna. Risau. Banyak sangat hiburan, hati itu makin gelaplah.
Kebenaran itu kau perlu cari. Bukan dia datang sendiri golek-golek macam itu. Alaa, semua orang boleh rasakan kalau iman masing-masing dah mula turun. Saya tengah dan saya mula bimbang.
Manusia memang bila dah senang seronok-seronok mulalah leka. Solat-solat, baca Quran baca juga tapi hati itu hilang ke mana? Ke laut? Jawab sikit Najah. Jawab sikit.
Kalau tengah down, sedih nak mintak tolong daripada Allah bukan main lagi. Mana boleh macam itu Wan Najah Maryam Mohd Daud, susah senang itu datang daripada Allah. Kita tak boleh senang-senang nak leka kejar sangat nikmat dunia. Sedang-sedang sahaja Cik Najah oi. Dunia tak kekal sayang tak kekal. :( *feel sorry to myself*
Dalam mengejar duniawi,jangan bandingkan diri anda dengan orang yang lebih. Bandingkan diri dengan orang yang kurang. Takpayah kecoh nak mewah sangat.
Dalam mengejar ukhrawi, sila bandingkan diri anda dengan orang yang lebih.Lebih taqwanya, lebih imannya dan lebih ibadatnya.
Azam tahun baru: nak buh make up banyak-banyak dekat amal yang dilakukan setiap hari.
2 comments:
najah :)
may u have a great year ahead, with full blessings from Him.
.bestnye pegi spain!.
MIMI.
time kasehh.
sayang awak banyak2 ;)
Post a Comment