Sunday, August 2, 2009

manner

Kelmarin, lepas pergi MARA, singgah KFC, muka pelayan semua macam singa lapar nak makan orang. Tahulah awak penat letih tapi mana awak letak etika awak sebagai seorang pekerja.

Saya belajar Human Resource dalam business. Mungkin awak perlu pergi training dan belajar lebih lagi communication skills. Pelik. Macam manalah bos awak boleh employ awak. Customer boleh lari buat rugi saja.


Kalau dah tak tahu nak senyum sangat dan malas nak layan kerenah customer pergilah kerja lain. Kerja kilang. Buatlah muka macam mana sekali pun sepanjang hari pun tak apa mesin itu bukan nya hairan pun.

Dalam hidup ini, tak kisahlah moody macam mana pun, budi pekerti kita harus dijaga. Bukan setakat orang lain akan suka berurusan dan dosa kita kurang, Allah dan Nabi Muhammad pun sayang.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"Sesungguhnya Allah Maha Pemurah menyukai kedermawanan dan akhlak yang mulia serta membenci akhlak yang rendah/hina."
-
HR. Al-Hakim (I/48), dari Sahabat Sahl bin Sa’ad z

Aku tidak gemar mengkritik orang sebab baju dekat badan sendiri pun tak habis lagi ukur tapi saja nak luahkan perasaan dan nak ingatkan diri sendiri.

Orang berbudi kita berbahasa. orang memberi kita merasa.

1 comment:

iman ka said...

:)

kadang-kadang, doctor pun macam tu jugak..
bila dah jumpa patients ramai sangat they start getting all irritated and bad-tempered..
muka ketat jerr..

itulah,
"Aku tidak gemar mengkritik orang sebab baju dekat badan sendiri pun tak habis lagi ukur tapi saja nak luahkan perasaan dan nak ingatkan diri sendiri."

same goes najah, same goes :)