Friday, August 14, 2009

Masa makin singkat.

"bilalah cucu nenek boleh rawat nenek, berapa tahun pergi?entah2.tak sempat jumpa lagi dah."

Aku senyap. Aku sedih. Aku pandang tempat lain tapi tak cakap apa-pa sebab aku paksa diri kalau boleh doa panjang umur, dan taknak fikir benda-benda macam itu. Aku tipu diri sendiri.

Nenek dah 71 tahun.mesti satu hari nanti dia akan pergi tinggalkan aku ataupun aku pergi dulu. Aku mesti bersedia, semua manusia akan mati, tapi saat paling mencabar, apabila orang yang paling dekat dan orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita.

Nenek aku. dia seorang yang sangat sporting. rasa best sangat lepak dengan dia.Kecuali bila nenek moody, ataupun dia tengah tengok indonesia. Mesti nenek suruh aku senyap, jangan bercakap, nenek tak boleh fokus. Tapi aku cakap juga. Degil.

Nenek suka tengok bola.Tak kisahlah team mana. Asal goal sahaja, nenek sokong team itu. WWF memang favourite nenek. Lepas operation jantung *bypass, dilarang keras tengok wrestling. Ajah ingat lagi nenek duk rumah ajah masa itu.

Bila mama mengadu aku suka buat macam ini macam itu, tak kiralah apa pun dan aku yang bersalah sebenarnye. Nenek dengan yakinnya mem back up aku. Tanpa rasa ragu. Aku give me five dengan nenek.
Aku : "Kita dua orang geng kan nek.kan kan?"
Nenek : "layannn~. Ita(mak aku) ini ada pulak nak marah budak ni."

Aku senyum menang.Suke!

Masa dah makin singkat. Lapang sebelum sibuk. Nampak tak Najah?Lagi berapa hari saja tinggal. Lepas itu, kena tinggalkan mama, babah, abang, najib, naqib, nawfal, NENEK , kak ina, semua orang lain. Hargailah masa yang ada. masa takkan kembali. Manusia yang akan pergi juga tak kembali.Ajah kena faham konsep di mana, ajah perlu buat semua nya.semuanya.dengan terbaik.supaya takkan ada penyesalan pada suatu hari yang akan datang.InsyaAllah.

Permudahkan ya Allah.jangan Kau susahkan.Amin ya rabbal alamin.

3 comments:

ahmad zaid said...

Masa di akhirat..manusia akan menyesal dan mahu pulang ke dunia untuk beribadat...masakan dapat!

Kak ina said...

sedihnya kak ina baca post najah yg ni. sumpah kak ina sedih . :( how i wish i could turn back time, rewind balik masa kita kecik mandi sama2, nyanyi lagu amy mastura sama2, main doctor2 sama. masa berjalan dgn begitu pantas kan.

apa2 pun kak ina doakan yg terbaik utk najah, belajar elok2 dan yg penting jaga diri najah elok2 kat sana.. :)

p/s:hows our kids day out ? hopefully next week jadi ok ! :) see u soon. hugs & kisses .

Misseina said...

sedihnya kak ina baca post najah yg ni. sumpah kak ina sedih . :( how i wish i could turn back time, rewind balik masa kita kecik mandi sama2, nyanyi lagu amy mastura sama2, main doctor2 sama. masa berjalan dgn begitu pantas kan.

apa2 pun kak ina doakan yg terbaik utk najah, belajar elok2 dan yg penting jaga diri najah elok2 kat sana.. :)

p/s:hows our kids day out ? hopefully next week jadi ok ! :) see u soon. hugs & kisses .