Friday, August 28, 2009

"When U go, I'll go back."

Betullah. Hidup ini bagai kitaran. Baby diasuh dibelai. Membesar jadi remaja membesar lagi jadi dewasa. Lepas itu, jadi tua. Bila dah tua, kita akan menjadi baby balik. Diasuh dan dibelai kembali.

Ajah ingat lagi, masa kecil babah nak pukul ajah sebab nangis je, nenek dukung ajah bawa pergi tempat lain taknak bagi babah pukul. Ajah yakin banyak lagi nenek dah buat untuk ajah tapi dah lupalah.

Nenek tinggal dengan aku sekarang. Maid nenek sekali ada. Tapi seriously, nenek tak suka dengan maid nenek. Di sini, aku memainkan peranan penting. Mandikan, suapkan makan, bagikan ubat dan bawa pergi toilet kalau nak buang air kecil dengan besar. Secara jujurnya, inilah pertama kali aku deal dengan orang tua dalam hal ehwal menjaga mereka. Kalau budak-budak, dah biasalah, sebab adik ada 3 orang dan pernah mengajar kanak-kanak khas.

Cara nak handle agak sama, cuma bila orang berumur ini, mereka 'fussy' sedikit. Tak perlulah cerita apa. Cuma kita yang masih kuat dan muda ini perlu banyak bersabar melayan kerenah. Sentiasa senyum walaupun penat, muka manis,bersemangat *tapi xperlu cakap chaiyok-chaiyok*heh dan bercakap lemah lembut walaupun kena marah.

Past few days back, rasa agak intense. Sebab maid tak ada, besides look after nenek, mama dengan ajah buat semua kerja rumah. Lelaki mana nak buat kerja. Bengang je aku.=_=.Alhamdulillah, lama-lama dah boleh biasakan diri. Takapalah najah, berkhidmatlah sehabis boleh sebelum bergerak ke sana. Tinggal berapa hari saja lagi. Barang tak start packing apa-apa lagi. Malas nak fikir. Rasa sedih bila nenek cakap nak balik rumah sendiri bila ajah pergi.
"when u go later, ill go back."

All in all, saat-saat ini lah ajah rasa menguji sejauh mana kita nak bersama dengan orang yang kita sayang sama ada susah dan senang. Jadi, insyaAllah, ajah nak wat yang terbaek hari ini, seolah-olah tiada hari esok. ;) insyaAllah.

Monday, August 24, 2009

this post exclusively goes to her. =)


Basirah Anati Basaruddin

Basirah atau dikenali sebagai bashu merupakan sahabat aku sejak sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor. Beliau merupakan orang yang duduk sebelah aku semasa hari pertama dekat kusess. 18 February 2002.Suka duka terlalu banyak sampai boleh buat novel. Kawan dah 7 tahun tanpa henti.Kecuali;

Noda-noda hitam.
Kame pernah bergaduh semasa akhir form 1 dan masuk form 2 mula berbaik semula di belakang kelas 2 berlian dekat locker. *dramatik sungguh waktu itu. Alasan bergaduh dirahsiakan sebab terlalu kebudak-budakkan tetapi yang pasti bukan pasal lelaki.

Di Kusess, 5 tahun sekelas.bashu dikenali sebagai penolong ketua pelajar yang tegas. Aku berasa terlalu amat segan dengan bashu disebabkan dorm aku adalah dorm blacklisted. Nama dorm naik kebersihan bla3.dorm bising, dorm melawan ckp mpp, dorm suka buka lampu masa lights off, dorm budak lambat pergi prep. kira semua yang buruk-buruk, kaplanya adalah dorm aku.dorm CEMPAKA1.Bila dekat kelas, rasa macam segan sangat dengan bashu. Sebab akulah ketua dorm cempaka1 dan muka aku juga adalah antara muka-muka orang yang lompat bintang sebelum pergi prep petang sebab lambat.

Di KmB, kami dah sekelas dah. Beliau ambil economics, aku ambil business. Bila nampak bashu, rasa macam happy sangat sebab dia seorang girl from kusess. Banyak saja kami share cerita terutama kat surau blok d. Kebanyakan pasal luahan hati mengenai kesusahan IB. Bakat kepimpinan beliau tak terhenti semasa form 5 sahaja, Bashu merupakan s/u mpp di kmB. Bangga GILA aku sama kamu bashu. ;).Sekarang perjuangan IB sudah pun tamat. Alhamdulillah, dah tujuh tahun pun kita berkawan.

Sempena pemergianmu untuk menyambung pelajaran Khamis ini, aku nak titipkan kata-kata perpisahan kita ini.

Basirah Anati,
kita macam adik beradik saja bashu ibarat cuba peha kiri terasa peha kanan. Pahit manis kita sepanjang kita kat kusess, kmb hanya kita due dan Allah yang tahu. Aku harap kau akan terus bersemangat teruskan cita-cita kau kat sana nanti. Ingat tau apa yang kita chat masa malam itu. Belajar kat mana sama sahaja asalkan kita menuju ke jalan Allah. InsyaAllah. Apa yang penting adalah keredhaan Allah. Terima kasih dengan pemberian kad, n mechanical pencil kau bagi tuh,.Aku akan simpan sampai bila-bila.InsyaAllah. Aku minta maaf kalau apa-apa sepanjang kita kenal dan all the besh Basirah Anati Basaruddin. Walaupun kita dah tak sama-sama lagi, tapi ingat Allah sentiasa bersama dengan kau. InsyaAllah.Saya sayang sangat sama kamu. Be strong girl. Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak ;)

Sincerely
Najah Maryam

Friday, August 21, 2009

aku taknak

terlalu sibuk dengan keduniaan,.makin lama makin aku sedar.makanan rohani aku makin lama makin habis,.tak cukup bekalan..aku jadi risau.jadi aku senang sangat susah hati.

maka dengan itu aku akan resah gelisah.takut,.xnak.tidak mahu aku sesekali kehilangan hati,.sebab hati aku semakin lalai dalam mengingati Allah.aku taknak,.

Aku taknak menjadi robot yang hanya melaksanakan ibadah kepada Allah semata-mata syarat Justify Fullmemenuhi rukun Islam yang lima.

Aku xnak aku berdiri solat tapi hati aku gagal mengingati Allah dalam setiap degup jantung aku bernafas sama ada aku baring, aku berdiri mahupun duduk.,.Aku tidak mahu aku gagal menghadirkan Allah dalam hati aku.Namun, aku serius mengaku.Aku sedikit lalai sekarang.Aku risau.

Aku tak mahu menghabiskan bacaan Al-Quran SETAKAT merebut pahala tanpa sedikit pun mengambil hikmah dan pengajaran daripada nya.

Inilah dunia sebenar Wan Najah.Kejarlah apa kau nak dalam hidup kau tapi ingat keredhaan Allah harus dicari dan taqwa itu terletak di dadamu. Janganlah kau terlalu mengejar dunia, dunia itu hanya persinggahan. Persinggahan Najah,.

Artikel dan bacaan ilmiah agama banyak di luar sana.Sama ada kau nak baca atau kau hanya berkata "nantilah baca".Sedangkan kau tahu, hidup ini sementara dan akhirat jua kekal selamanya.

Pilihlah jalan yang engkau nak najah.Apalah setakat mengumpul ilmu, tapi langsung tak diamalkan. Tak berganjak kaki kau di akhirat kelak.

Thursday, August 20, 2009

siblings

nabil=22 nawfal=10 najah=20 naqib=13 najib=18

Tuesday, August 18, 2009

Sedih

betullah lapang sebelum sibuk.
sihat sebelum sakit.
nenek sakit dah.dekat hospital
ajah sedih sangat tapi xnak nangis.
Ajah tahan.tak boleh nangis.ajah kena kuat.
nenek ckp macam tak clear dah sebab kene mild stroke.
takleh gurau dah macam dulu.sedih.sedih.sedih.
Ya Allah,hidup mati kerana Mu ya Allah.
InsyaAllah

Friday, August 14, 2009

Masa makin singkat.

"bilalah cucu nenek boleh rawat nenek, berapa tahun pergi?entah2.tak sempat jumpa lagi dah."

Aku senyap. Aku sedih. Aku pandang tempat lain tapi tak cakap apa-pa sebab aku paksa diri kalau boleh doa panjang umur, dan taknak fikir benda-benda macam itu. Aku tipu diri sendiri.

Nenek dah 71 tahun.mesti satu hari nanti dia akan pergi tinggalkan aku ataupun aku pergi dulu. Aku mesti bersedia, semua manusia akan mati, tapi saat paling mencabar, apabila orang yang paling dekat dan orang yang kita sayang pergi tinggalkan kita.

Nenek aku. dia seorang yang sangat sporting. rasa best sangat lepak dengan dia.Kecuali bila nenek moody, ataupun dia tengah tengok indonesia. Mesti nenek suruh aku senyap, jangan bercakap, nenek tak boleh fokus. Tapi aku cakap juga. Degil.

Nenek suka tengok bola.Tak kisahlah team mana. Asal goal sahaja, nenek sokong team itu. WWF memang favourite nenek. Lepas operation jantung *bypass, dilarang keras tengok wrestling. Ajah ingat lagi nenek duk rumah ajah masa itu.

Bila mama mengadu aku suka buat macam ini macam itu, tak kiralah apa pun dan aku yang bersalah sebenarnye. Nenek dengan yakinnya mem back up aku. Tanpa rasa ragu. Aku give me five dengan nenek.
Aku : "Kita dua orang geng kan nek.kan kan?"
Nenek : "layannn~. Ita(mak aku) ini ada pulak nak marah budak ni."

Aku senyum menang.Suke!

Masa dah makin singkat. Lapang sebelum sibuk. Nampak tak Najah?Lagi berapa hari saja tinggal. Lepas itu, kena tinggalkan mama, babah, abang, najib, naqib, nawfal, NENEK , kak ina, semua orang lain. Hargailah masa yang ada. masa takkan kembali. Manusia yang akan pergi juga tak kembali.Ajah kena faham konsep di mana, ajah perlu buat semua nya.semuanya.dengan terbaik.supaya takkan ada penyesalan pada suatu hari yang akan datang.InsyaAllah.

Permudahkan ya Allah.jangan Kau susahkan.Amin ya rabbal alamin.

Wednesday, August 12, 2009

Girls and boys.

For this time being, Ive been keeping myself at a safe distance with guys. Believe or not. I don't give a damn with my phone anymore. Btw, that is why some people might find it hard to contact me. I am so sorry guys I should have told u earlier that I am no longer using my maxis number, have changed it to Celcom.

Falling in love makes me so sick.Ouh. Girls always be girls and boys always be boys.

Girl: I am sooo into him. He gave me many signals. He calls and texts me almost everyday. He even talks about his hope n bla bla bla. He says good nyte to me everynight. Plus, he's cute and adorable. HOPEFULLY, he actually loves me as much as i do. *puke a bit* hehe

Boy: Ouhh.No no noo. you, yourself got carried away by ur own feelings. I thought we're just friends. Just FRIENDS.

We're girls are a bit complicated.Only a bit. Guys, you should really know that. We might take each little things guy does and then, twist it into something else. Not all of us. But some I guess. We're soo innocent. That is the way we actually see things. So, don't put be the blame on us, if u don't want us, just make things clear.

I could not hide this feeling anymore. I am so lucky and relieved to own my heart back after the rip-my-heart-out-and-leave-me-here-to-bleed guy eventually returned my heart after he had holding it since forever. From now onwards, I have decided to just wait and see. There is no need to rush to fall in love and be with somebody, as the rule is,

" If a guy wants to be with a girl, he will make it happen no matter what."

Hey girls out there, through all the broken hearts, pains, misread signals and blunders, we should never ever give up hope. Personally, I still believe that the best relationship grows out from a friendship. ;)

*sorry mood skang asik cinta sahajaa.tgh membesarlah katakan.haha

Saturday, August 8, 2009

hati kita umpama ikan

kalau ikan hidup dalam air masin
sebanyak mana pun air laut yang masin itu
tak mampu nak serap dalam isi ikan tapi kalau dah mati
secubit garam pun dah mampu masinkan ikan

macam itu lah hati manusia
kalau dah mati
tak ingat Allah
lalai leka lupa
terlalu mudah terpengaruh dengan apa-apa
sedikit punya godaan dan dugaan pun boleh terikut

*najah ingat najah ingat najah ingat
insyaAllah

Tuesday, August 4, 2009

Nak tahu tak?

Aku dah retired dah kerja sebagai cikgu minggu lepas. Mulanya, nak sangat jadi cikgu tadika tapi hajat tak kesampaian. Jadi cikgu pendidikan khas pun jadilah. Dia orang macam budak-budak tadika juga cuma gatal sebab dah besar. _____________________________________________________________________
Cantik?

Ada apa dengan cantik. Dulu masa budak-budak, selalu rasa diri tak cantik. Inferiority complex. Whateverlah najah. Seriously. Sebab aku dengan mak aku lain. Mak aku muka arab putih melepak , pergi mana-mana saja, orang suka puji.

"Akak ni cantiklah. Anak-anak akak mesti lawa."


Dush! tak lawa pun. Aku gelap dan tak banyak ikut mak. Banyak ikut ayah. Jadi selalu sangat kena kutuk dengan abang dengan adik-adik lelaki aku yang lain. Dia orang putih-putih belaka kecuali yang keempat.

Dulu rasa-rasa sedih tak payah ceritalah. Dikritik hebat weh. Asal dalam gelap:
"Kak jah, mana ko? tak nampak weh."

Panas aku. Dah besar panjang pun kena juga.
"Weh kalau laki hensem kawan ngan kau, jangan layan, sebab kau tak cun. dia nak mainkan ko jek."

Tak ambik hati pun. Name pun adik beradik. Gelak lawak-lawak dan aku guna pakai nasihat itu jek.

Takpelah najah. Biarlah tak cantik. Asalkan awak berusaha cantikkanlah akhlak awak tuh. Tuh yang terbaik najah. =)

Sunday, August 2, 2009

manner

Kelmarin, lepas pergi MARA, singgah KFC, muka pelayan semua macam singa lapar nak makan orang. Tahulah awak penat letih tapi mana awak letak etika awak sebagai seorang pekerja.

Saya belajar Human Resource dalam business. Mungkin awak perlu pergi training dan belajar lebih lagi communication skills. Pelik. Macam manalah bos awak boleh employ awak. Customer boleh lari buat rugi saja.


Kalau dah tak tahu nak senyum sangat dan malas nak layan kerenah customer pergilah kerja lain. Kerja kilang. Buatlah muka macam mana sekali pun sepanjang hari pun tak apa mesin itu bukan nya hairan pun.

Dalam hidup ini, tak kisahlah moody macam mana pun, budi pekerti kita harus dijaga. Bukan setakat orang lain akan suka berurusan dan dosa kita kurang, Allah dan Nabi Muhammad pun sayang.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

"Sesungguhnya Allah Maha Pemurah menyukai kedermawanan dan akhlak yang mulia serta membenci akhlak yang rendah/hina."
-
HR. Al-Hakim (I/48), dari Sahabat Sahl bin Sa’ad z

Aku tidak gemar mengkritik orang sebab baju dekat badan sendiri pun tak habis lagi ukur tapi saja nak luahkan perasaan dan nak ingatkan diri sendiri.

Orang berbudi kita berbahasa. orang memberi kita merasa.