Wednesday, December 12, 2012

Gulp


  الحمد لله  بسم الله الرحمان الرحيم

 * Referring to the slide above.
"So, I would say an Asian Muslim woman with this kind of situation* will not be accepted by the mosque, where else a converted White British woman in the same situation will be accepted by the mosque. I just wonder why, maybe because it has to do with race or something?"

Sebaik sahaja lecturer habis keluarkan kata-kata macam itu. Hati aku memberontak. Rasa tak puas hati. Sudahnya, aku kurang memberikan tumpuan the rest of her words sebab terasa aku bertanggungjawab untuk mengatakan sesuatu. Aku faham point dia. Point dia adalah kenapa masjid nak pula terima orang mat saleh. Asian woman tak nak terima pula. Seolah olah dia memberikan gambaran nak cakap agama Islam ini bias. 


Beberapa minit selepas aku bermonolog dalaman,lecturer buat eye contact dengan aku.


"Maybe, you want to comment on that?"

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Oh, great. Of all the days. Of all the days. Of all the days. This is the day yang aku nak duduk depan sekali. Menghadap lecturer. And persoalan ini ditimbulkan.Kun Fayakun.

And being the only Muslim girl who is wearing a hijab there. The spotlight was obviously on me.

Gulp.

"Oh well. I think this particular situation is totally acceptable in Islam.This problem has to do with the culture I would say. Sometimes, a mosque can be dominated by a certain culture of people which gossiping and talking about someone behind her back is common. A woman in this situation can be easily stigmatised by the certain group of people. But the main thing, the situation mentioned in the slide is acceptable in Islam."

Haha. Aku cakap tak adalah smooth macam aku type. Tapi lebih kuranglah bunyi and maksud dia macam itu. Tapi terasa penerangan aku tak cukup mantap and tak concise. Aku rasa antara sebab sebab dia yang menyumbang:
1. Language barrier
2. Kena put on the spotlight abruptly.
3. Kejahilan aku.
4. Emosi bercampur baur. Rasa marah and emo kot.
5. And the list can go on and on....

Right after aku habis cakap,  for 5 minutes after that aku tak dapat focus on lecture. Aku terfikir-fikir jawapan yang aku bagi. Did I say the right thing? Allah okay tak dengan jawapan aku? Orang lain faham ke? Cara aku cakap hanya berdasarkan emosi ke?  Did I offend anyone? Tapi aku dah sehabis baik untuk berkata-kata tidak berdasarkan rasa marah. What was the best answer that I should give?


Siap conteng ini lagi dalam nota sebab serius tak boleh fokus.



Then lepas itu, aku fikir fikir balik. Teringat dalam segmen Mukmin Professional, Ustaz Pahrol selalu cakap. Kadang-kadang bila dia dengar siaran ulangan segmennya di radio, mesti dia rasa he could have given a much better answer and advices to the callers. But dia kata semua benda berlaku atas izin Allah kan. Oleh itu, Ustaz Pahrol pesan kalau berbuat apa-apa, janganlah kita bergantung sepenuhnya ke atas keupayaan dan kemampuan diri kita sendiri tapi sandarkan lah pergantungan kepada Allah. Sebab kalau bergantung pada diri kita, kita akan jadi tertekan, stress and mula menyalahkan diri sendiri if things went wrong.

Lepas teringat pesanan Ustaz Pahrol, aku macam mula melepaskan rasa "I could have given a better answer." Kawan muslim aku yang ada dalam lecture cakap, dia faham aku cakap apa and dia kata if she was the one yang kena jawap, dia rasa dia tak sure if dia dapat control perasaan emo dia and she might end up offending other people feelings. That comment actually put me at ease a bit.

Alhamdulillah, tak apalah ya Allah. No matter what happened as long as I am trying my best, insyaAllah everything will be fine. Pengajarannya adalah.

1. Dont stop learning. Belajar lebih banyak lagi pasal Islam kerana Allah. Especially in English.
2. Rasulullah SAW lagilah.Agama Islam and as pesuruh Allah, baginda lagi kena kritik macam macam, Tapi baginda tenang dalam menghadapinya. So, kita kene belajar untuk tenang, and bijak keluarkan hujah dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.insyaAllah.
3. Jangan sandar pada diri sendiri or even jangan sandarkan pada kenangan. :p Okay kelakar sikit. Tapi sandarkan everything kepada Allah. Yakin.

Okay, dah. Itu saja nak conteng. Take care semua and may Allah protect us with His blessings. Wassalam.

Sunday, December 2, 2012

The reason behind my caption

Bismillah and alhamdulillahirabbilalameen.

Assalamualaikum!

I hope who is reading this is in the best of iman and health.  Alhamdulillah, I am done with exam. It was on Rheumatology, Orthopaedics, HIV, Sexual Health, Health Care of Elderly and also Dermatology. This time around, turning up to hospital macam lepak-lepak but not with the content. Banyak nak kena study before exam.

Now I am gonna tell you a story. Story ini macam kentang sikitlah. But bear with me, okay? 

I was so happy when my cousins were coming to London. So, I went to the airport untuk sambut diaorang since they are going to Kent straight away after arriving at Heathrow. So, being an excited and kecoh girl, saja konon nak pergi airport nak say hi and nak excited-excited bagai because we're breathing and standing at the same land gituu.They arrived at 0720.

So, I went out at 0645 and bajet sampai around 0800. But unexpected thing happened. I was supposed to change tube at Acton Town, pergi towards Heathrow but instead I stayed in the tube sampailah terlajak two stations away which is at North Ealing. Then, catch a tube back to Acton Town, and naik tube balik tergesa gesa. Know what? I just realised I actually got into the same tube again going towards the tube station I went before, North Ealing. Time itu rasa macam ya Allah. What is happening to me?

        Patut naik tube pergi Heathrow tapi terlajak pergi North Ealing dua kali. Tak faham sikit.

Then I got a text from my cousin, saying that she was already waiting for their bus going to Kent. I was still the train and the time was at 0805. Still need half an hour before I reached Heathrow. Then I said to her, lets pray, lets make dua that I could make it. Then again, she texted, saying driver bus dah sampai. Then, I was like? Seriously? Lepas itu, my phone tak ada line sebab underground, so I could not reply her text.

So, then dalam tube, I was reflecting myself, okay, ini takdir Allah. Whether I get to see her or not, itu takdir.  Takdir ketentuan Allah. I tried my best woke up early, went out early and I could have make it in time if I tak terlanjur ke North Ealing. Yang kelakar a bit tuh cause I actually a bit more conscious when I am travelling alone, so macam pelik macam mana boleh terlajak at the same station for twice? Memang kentang habis.

Tahu tak perasaan dia yang macam kita tak nak sangat benda itu berlaku tapi berlaku? Memang tak nak sangat, tapi kena. Ha time inilah Allah nak menjadikan kita orang yang lebih baik. Memang susah nak terima. Even nampak macam remeh saja, bukan berkaitan hidup dan mati, pasal nak dapat kerja ke apa, tapi dengan benda remeh macam inilah menguji kesabaran, keredhaan dan keyakinan kepada Allah.

So,back in the tube, now I have two options. To get mad to myself because of my clumsiness or to just stay calm, make lots of doa, selawat banyak banyak. The results are either  my cousins are still there or they are gone to Kent already. Kalau they are still there, alhamdulillah I am very happy, if not I ll just take a picture of myself dekat Heathrow and make a caption, I was here but tak ada rezeki untuk jumpa Kak Ina.

As soon as I stepped out from the tube, I ran like no one else's business, like awak jangan kisah airport ini ayah saya yang punya.:P And know what? My cousins are still there though I arrived 15 minutes after I got her last text. Rupanya, pakcik driver nak rest for 40 minutes. Yeay. Alhamdulillah, I was soooo happy.  Rasa nak sujud syukur terus sebab terlalu happy. 

So inilah cerita dia behind the caption of my picture. 




Lesson learned untuk mengingatkan diri yang lalai ini:
a) Bersangka baik kepada Allah, urusan yang baik PASTI dipermudahkan.
b) Redha selalu berkaitan benda benda besar like exam tapi let us practice with small small little things first.Macam contoh salah naik tube ini. 
c) Doa dalam apa apa keadaan pun boleh, bukan lepas solat saja because Allah is always with us.
d) Also, reflect on what I have done, maybe this is one of my kafarah dosa.

Okaylah, esok I got class. Kena tidur awal. Selamat malm semua. Take care. Wassalam :)

Saturday, November 17, 2012

Pemaaf.

Bismillah. Alhamdulillah

Assalamualaikum and hi!

It has been a while, right ? Anyway, apa kabar?Diharapkan orang yang sedang membaca ini is in the best of iman and health. Aku membawa diri sekejap setelah diri ini cuba untuk memahami keadaan diri yang terasa lemah dan mencari kekuatan bila ditimpa sedikit ujian. Itulah, aku sedaya upaya cuba berhati hati dalam melontarkan pemikiran dalam blog sebab takut takut kalau kalau apa yang dilontarkan dekat sini menjadi hujah yang akan dikembalikan kepada diri aku sendiri macam boomerang, bila aku sendiri tidak mencuba sedaya upaya bermujahadah dalam mengamalkannya.

Tapi itulah manusiakan? Tidak sempurna. Aku sangat berharap aku tidak mengkritik atau menuding jari kepada orang lain sewenang wenangnya, sebab aku risau sekiranya diri ini lebih berhak menerima kritikan itu daripada orang yang dikritik. Sebab kalau bukan aku di sini, aku di sana. Kalau bukan dia, aku kan? So, in short, tak payah bajet bagus. Habis cerita.Cuit, kalau aku nak cerita suatu kisah boleh tak? Kisah ini aku dengar daripada Ustazah Norhafizah Musa. Cerita aku rasa sweet sangat. Terlalu sweet. So, saja nak share.

Ada seorang sahabat ini bernama Uthman bin Talha, keluarganya adalah kabilah yang memegang kunci Kaabah. Sebelum dia memeluk Islam, dia pernah bertemu dengan Rasulullah SAW dihadapan Kaabah, di mana dia enggan memberikan kunci kepada Rasulullah SAW ketika baginda hendak membuka pintu Kaabah. Rasullullah SAW berkata bahawa suatu hari nanti pasti kunci ini akan berada pada tangan baginda. Uthman bin Talha berkata, sekiranya kunci ini berada di tangan baginda pada hari itu, dia akan ditelan oleh bumi.

Ketika pembukaan Kota Makkah, Rasulullah SAW berdiri di hadapan Kaabah dan meminta Uthman bin Talha untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada keluarganya, iaitu maknya. He went to see his mum and both of them wondered what is going to happen considering on what he said to Rasulullah SAW before. Obviously, he took some time and felt very worried, did not know what to do. So, Rasulullah SAW sent Saidina Umar Al Khattab to get the key from him.

So, now back to Kaabah. Everyone was there including Uthman bin Talha and Saidina Umar Al-Khattab. Everyone was waiting patiently, menanti apa kah yang akan dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada Uthman bin Talha, lebih lebih lagi apabila kunci itu sudah berada di tangan baginda. Uthman bin Talha hanya tunduk, tidak berani langsung untuk mengangkat mukanya memandang Rasululullah SAW. Rasulullah SAW memanggilnya dan berkata,

" Uthman, ambillah kunci ini kerana keluargamu lagi berhak ke atasnya, sesiapa yang merampas kunci ini adalah pemberontak.."

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Ya Allah rasa macam. Betapa indahnya akhlak Rasulullah SAW yang begitu pemaaf dan benar benar memiliki jiwa pendidik. Kita rasa nyaman, aman and tenangkan kan? I feel so touched when I heard
this story for the first time. Rasulullah SAW langsung tak memulangkan paku buah keras *pepatah
melayu*, apatah lagi menghina or mencaci. Bak kata, Ustazah Norhafizah, akhlak yang baik bukan sahaja dapat dilihat, malah dapat dirasai. Macam cerita Rasulullah, kita tak nampak pun, tapi dengar saja dah rasa cukup cair dengan akhlaknya.

Minta maaf sangat sekiranya kisah di atas tak begitu tepat penggunaan kata-kata atau kronologi cerita dia and mixture of English and Malay sebab I just type on what I remembered based on what Ustazah Norhafizah cerita. Lesson learned, marilah belajar menjadi pemaaf walaupun susah. Adil adalah
apabila kita perlakukan seseorang sebagaimana dia perlakukan kita tetapi ihsan adalah apabila kita melakukan seseorang lebih baik daripada perlakuannya kepada kita. Jom try buat baik dekat orang  walaupun dia buat buruk dekat kita. Perlahan-perlahan. Bismillah.




Okay, take care. Doakan rakan rakan and saya nak exam. And also, doakan rakyat Palestin. Jangan pernah berhenti kerana janji Allah itu benar. Yakinlah. InsyaAllah. :)

Wassalam.


Sunday, November 4, 2012

أخلاق

Alhamdulillah.Bismillah.

Nak tahu something tak? Kalau kita hendak memulakan sesuatu yang penting dan utama, kite hendaklah mengucapkan bismillah and alhamdulilllah.Sekiranya tidak, maka terputuslah perkara itu daripada keberkatan Allah. Hal ini merupakan hadis daripada Rasulullah SAW dan diamalkan oleh para ulama terdahulu.

Anyway, alhamdulillah. Dah tamat Broomfield. Sekejap sangat masa. Sekarang sudah kembali ke London, sampailah Winter nanti. 

Kalau dulukan, dalam diri aku selalu cakap oh, no matter way I go, I have my own set of values tak kira walau siapa menentangnya. Eceh, konon tetap pendirianlah itu? But as time passes by, I do realise that my own set of values memang boleh pakai tapi macam serba kekurangan and ada macam entah apa apa. Yerlah, mana tak, set of values itu wujud sebab mostly aku pilih pilih yang mana aku rasa nilai itu baik, betul dan tepat, aku rase doable. Yang apa mak ayah aku pesan itu memang priority walaupun sebagai remaja biasa, ada yang aku disagree.

Kalau tengok post post dulu macam alahai, hingusan betul aku ini, dengan yakinnya mengutarakan pendirian sendiri. Takpelah, what happened before make myself today, kan?Aku bagi peluang dekat diri. :p Tak adalah nak cakap hari ini aku matang bebenar, tak matang pun. Biasa saja. Cuma rasa alahai, time dulu-dulu rasa macam tahu ini tau itu, rasa dah cukup bijak nak buat keputusan padahal masih banyak lagi mengenai kehidupan yang aku tak tahu, yang masih perlu dan sedang aku pelajari.

Kehidupan di luar negara membuka mataku luas luas mengenai kepentingan untuk berakhlak mulia. Kalau dulu mata pelajaran akhlak senang sahaja iaitu hafal erti, ciri-ciri, kelebihan dan kekurangan dan jawap dalam exam , lepas itu dapat full marks. Untuk mengamalkannya, bukan senang macam itu. Berakhlak mulia memerlukan kekuatan untuk mengamalkannya secara berterusan. Bukan semata mata untuk mengambil hati orang tetapi kita buat ikhlas kerana mengikuti sunnah Rasulullah dan perintah Allah. 

Kenapa mata aku terbuka sekarang? Sebab aku sedar. Bila pergi rotation mana mana di sini, orang Islam bukan majoriti dan terselitlah diri aku ini dalam kalangan orang orang bukan Islam which then, I came to a point of a realisation yang aku adalah seorang duta, bukan duta produk kecantikan tapi duta kecil Islam. Ada hati nak jadi duta produk kecantikan?Perah santan. Anyway, yeap. Aku pakai tudung, tudung is a religion statement yang aku seorang muslim yang Tuhannnya Allah, dan Rasulnya Muhammad SAW. 

Orang dekat sini sebahagiannya tak tahu Islam itu apa, yang mereka tahu, Islam adalah agama yang terpalit dengan keganasan seperti yang diwar-warkan dalam media massa. Okay sekarang aku serius  terasa aku sedang buat esei BM untuk SPM. But its okay. Bukan selalu :p. Apa yang aku belajar from orang yang baru revert to Islam, mereka berpesan supaya orang Islam mengamalkan akhlak yang mulia, itu sudah cukup untuk mulai menambat hati mereka terhadap Islam. Tak perlu tunggu untuk diri mampu memberikan penerangan/ hujah hujah yang  mantap bernas mengenai Islam untuk berdakwah, tapi hanya cukup dengan berakhlak mulia sebagai permulaan.





Dengar macam cliche sajakan. Berakhlak mulia. Nilai-nilai murni. Yang sering diulang-ulang dari kecil sampai besar tak sudah sudah. Hormati ibubapa, hormati guru guru dan rakan- rakan. Kita tahu tapi kita tak ambil pusing sangat sebab its a routine advice, balik balik benda sama. Tapi cuba kita duduk diam and fikir. Kita kadang selamba saja kutuk cikgu, mak ayah kita tanpa kita sedari, kita fikir tak ada apa. Standardlah itu kita kata. Padahal, orang dulu dulu even nak lunjurkan kaki ke arah tok guru pun dah kira tak beradab. See even benda sekecil itu pun termasuk dalam akhlak sebab daripada small-small little things itulah datangnya keberkatan daripada Allah dalam apa jua kita lakukan.

Aku di sini bukanlah sempurna untuk membebel mengenai segelintir orang lain, tapi aku di sini sendiri pun masih terkontang kanting untuk membebel dekat diri sendiri. Mengingatkan diri apa yang priority dalam kehidupan ini. Tapi apa salahnya aku sharekan bebelan untuk diri sendiri dengan orang lainkan so kita ramai ramai boleh same same start bebel dekat diri sendiri. :p Awat complicated sangat ayat ini. Haha. Anyway,

"Semoge Allah membahagiakan kamu dan saya dalam keredhaanNya.insyaAllah. Ameen ya Rabb."
 [Imam Ghazali RA]

Best music video ini. Suka sebab rasa Rasulullah SAW sangat terlalu paling sweet.









Monday, October 22, 2012

Kita dapat apa yang kita beri.

Bismillah. Alhamdulillah. I am getting better. Yeay. Alhamdulillah again.

Sebenarnya, weekend baru berlalu ini, in Broomfield ini, terkena Norovirus from the ward that attended which causing me vomiting and diarrhoea since Sabtu malam. Patutlah 3/4 hari sebelum itu asyik fatigue saja. Terlebih tidur. Rupanya tak sihat.Anyway, alhamdulillah. I am in recovery process.


                *********************************************************************************************

Aku pernah melalui situasi di mana aku berkata kepada mak aku. 

Aku : ' Ma, orang Melayu dekat London ini sombong-sombong. Jumpa dekat tengah jalan. Masing-masing buat dek saja. '

Mama and babah : ' Dah you tak senyum dan tegur dulu, siapa suruh? Lain kali, nampak orang Melayu, tegur saja, tak payah tunggu orang itu tegur dulu.'

Zapp. Since hari itu, aku seboleh boleh akan cuba untuk tegur dulu. Cuma kalau lelaki, aku tak surelah apa yang aku patut buat. Haha. Sebab cuak kalau brothers (budak usrah), aku tak pasti sama ada sapaan aku wajar atau tidak sebab tiba-tiba kalau awkward moment macam mana kan? Tapi insyaAllah, tak  awkward kot, ish tak baiklah Najah sangka buruk. Puk karang!

Point cerita di atas adalah kita dapat apa yang kita beri.

Antara perkara-perkara yang kita boleh berikan kepada orang dengan percuma. Tapi kena pengorbanan sikitlah iaitu ego diri kita and segala buruk sangka kita terhadap orang lain.

1. Kasih sayang.
Bila kita lihat or jumpa seseorang yang kita dah lama or baru kenal, lihatlah and layanlah mereka dengan  penuh kasih sayang. Kasih sayang seperti kita sayangkan ahli keluarga kita, mak ayah dan adik beradik kita. Treat them nicely tanpa harapkan balasan tanpa sedikit pun. Bila treat orang rasa kasih sayang, nak kutuk or ngumpat pun rasa tak sampai hati.  Try buat. Nanti serius, kita pun turut rasa kasih sayang orang itu pada kita. Rasa macam, oh inilah rasanya. 

2. Senyum.
Tak kisahlah orang yang kita senyum itu, tak senyum balik. Asalkan niat kita kerana Allah, bukan nak menggatal, :p. La apa sangatlah pun kalau orang itu tak senyum balik, kita hanya rasa segan and macam malu sekejap jekan. Sekejap je.Patutnya bukan kita yang malu, tapi orang itu yang malu sebab senyum merupakan nilai yang baik, kenapa dia nak nafikan? 

Comel kan. Puk karang baby ini. Hehe.

3. Salam.
Perasan tak kita bagi salam hanya dekat orang yang kita yakin dia akan senyum and jawap salam kita balik?Orang yang muka masam sikit, kita macam tak berani nak bagi salam. See! Nak bagi salam pun siap pilih-pilih lagi and sangka buruk. Entah-entah bagi salam, orang yang muka masam terus jadi happy sebab sapaan salam kita yang merupakan doa bagi dirinya. Indahnya Islam! :)


Mari kita sama-sama try amalkan dulu yang tiga ini. It is soo much easier said than donekan? Takpe, pelan pelan. Niat baik Allah sure tolong. 

So, marilah kita sama-sama sentiasa perbaiki diri kita supaya kita minta dekat Allah; kasih sayang  daripadaNya supaya kita mengasihi terhadap diri kita sendiri dan agar kita dapat kongsikan kasih sayang yang kita ada itu  kepada orang yang lain. Minta pada Allah, beri pada manusia. InsyaAllah.

Hanya apabila kita melihat orang lain dengan kasih sayang, orang lain akan melihat kita dengan kasih sayang. Kita adalah apa yang kita beri sebab,

"Hanya orang yang sayang dirinya dapat menyayangi diri orang lain. Dan orang yang benci dirinya  lebih gemar mengkritik and membenci orang lain."

So, mari kasih mengasihi demi Allah. insyaAllah. :)
#Title ini tak ada kaitan dengan Norovirus eh. I got it not because I transmitted it to someone else. :p


#Conteng sikit.
Dulu masa sekolah, time exam, sila beri kelebihan orang yang bercakap benar, or anything else yang berkaitan sifat mahmudah. Skema jawapan.
a) Disayangi Allah dan Rasul.
b) Disayang keluarga dan kawan-kawan.
c) Dihormati oleh masyarakat.
d) Dijauhkan daripada api neraka.

Tapikan, sayangnya, pengetahuan kita itu kita hanya hamburkan ke atas kertas peperiksaan tanpa kita cuba sedikit pun menghayati apa yang berbuih cikgu/ustaz/ustazah kita sampaikan. Yang penting dapat result Akhlak 50/50. 

*Zaman sekolah agama dulu. :p. Kalau 48 or 46 /50 macam down habis, wonder like apalah yang aku salah ni. :p. Exam oriented betul. 

Thursday, October 18, 2012

Doakan please.

Assalamualaikum! 


Oh hi siapa yang membaca ini. How are you? Alhamdulillah, I am all good  ^_^. Sekarang ini, saya berada di Chelmsford, Essex. It 's like +/- 1 hour away from London by bus and train. Saya ada rotation Health Care of Elderly at Broomfield Hospital which so far alhamdulillah good.

My previous rotation was really good. Met nice people and will hardly forget them insyaAllah. Boleh tak tulis something sebab tak nak lupa. The feelings was so nice at that time and if possible, sekiranya dipanjangkan umur, tak mahu lupa.

#I have told some people about this, my close friends and I tweeted too. I am sorry kalau korang macam terpaksa dengar sekali lagi kalau korang terbace post ini. Bagi orang yang dah pernah dengar, sebelum korang sambung, better stop sampai sini.


I have always like this one lecturer ini. Dia pernah ajar sekali dua masa second year and also in 4th year too. Although, he looks serious but I kinda like attending his lecture cause dalam lecture, he would explain properly about what he has stated in the lecture notes.

Some things he did that impressed me a lot are:  
1.  He as a Rheumatology Consultant,  made a tea and pass it  to his Senior House Officer. So far, tak pernah langsung jumpa Consultant buat tea untuk orang bawahan dia.Memang masa itu rasa like, "Wow! His values."

2. He developed a very good rapport with the patients. Dia siap tahu few words in Urdu sebab mostly patient sini from Pakistan, India, Benggoli. I was like, waa, he bothered to know some words in that language.

3. In clinic, he insisted to walk and call up the patients names by himself where else I do not mind at all doing that for him. Dia cakap, "You sit and let me do it". Some other doctors lagi happy if I m doing all those things but with him, no. Dia tak mahu susahkan orang.

4. He was drinking a tea in front of me and felt so bad without making me one. So he went to the kitchen to make me one. Time itu rasa masyaAllah. 

Akhlak dia sangat baik tapi sayang dia bukan Islam, dia tak lakukan kerana Allah. And time itu rasa macam, mat saleh belajar good manners from ethics, kita orang Islam, punya Rasulullah, contoh tauladan terbaik and punya akhlak Al-Quran, siap belajar dari sekolah agama pun kita gagal nak punya akhlak yang baik. :(

Anyway, then after my very last clinic, he said to me that he wants to make me as his mentee  to make sure I will do well in medical school. Time itu rasa macam yeay alhamdulillah. hehe. Sukelah kann bila your favourite consultant cakap macam itu.

Then, yesterday, Emy texted me telling that this Consultant asked Emy if she knows me.*Emy is on her rheumatology rotation under him. He also said to Emy that I reminded him to his child and dia rasa nak adopt me jadi daughter dia je. Bila Emy told me that, terjawaplah segalanya. Patutlah.

No wonder he treated me so well, I seriously feel like being treated as his own daughter. Haha! Sorry. I  am just being excited. 

Saya berdoa and sangat berharap sekiranya dikurniakan kudrat, kekuatan dan kesempatan, I want to get to know him better and berharap sangat sekiranya Allah memberikan saya peluang untuk mengenalkan dirinya kepada Islam. InsyaAllah. Doakan semua please?. Amin ya Rabbal Alammen.

Tapi insyaAllah apa apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. insyaAllah. :) Yakin Najah. Allah Maha Mengetahui.
Also, marilah kita sama sama mempertingkatkan Akhlak masing masing kerana Allah.insyaAllah! :)

Wednesday, October 3, 2012

Perkahwinan






                                    
                          Coffee talk about marriage means this post has to be a little bit long :P

Teringat aku saat aku habis SPM. Teringin sangat nak belajar luar negara. Satu phase yang aku nantikan lama dah, berhajat untuk kembali ke tanah di mana mak aku lahirkan aku , di UK tapi aku pendam elok-elok dalam hati, incase tak kesampaian, aku tak adalah berasa hampa sangat.

Tup tup tup. Tunggu interview mara. Sementara itu, dapatlah juga interview Khazanah. Oh yea, hanya 2 interview saja yang aku pergi. Pada masa yang sama, terdengarlah cerita orang itu dah fly pergi Australia; parents bayar ,orang ini dah fly sebab shorcut programme Russia.

Dalam hati, rasa excited sangat and happy for your friend sebab masa mereka fly dah sampai, tapi dalam pada happy, bercampur dengan perasaan risau untuk diri sendiri yang masih tak nampak ada harapan nak fly ke tak and tak tahu pergi negara mana. Tapi cepat-cepat tepis perasaan negatif, insyaAllah dapat. Bisik hati kecil aku.

Yeap, alhamdulillah, dapat. Dapat buat preparation IB Diploma di Kolej Mara Banting selama 2 tahun. Tahu tak, inilah program yang aku paling taknak buat sebab program 2 tahun terasa lama sangat lebih lebih lagi kawan-kawan lain dah fly awal, apakan daya, selaku hamba, kita hanya merancang, Allah menentukan.

                                     

Nak pulak tengok gambar mereka main snow,pergi melancong di facebook lagilah menyebabkan aku excited semacam. Alhamdulillah, walaupun 2 tahun menempuh IB yang penuh dengan suka duka, takdir Allah telah melayakkan aku pergi belajar di UK, yang before this aku rasa macam agak mustahil untuk pergi since saingan nak pergi UK agak sengit.

Dalam masa yang sama, teringat dulu berborak dengan rakan-rakan yang dah fly terlebih dahulu. Yang di Russia cerita dekat sana, bosan, masyarakat tak suka foreigners, tak ada apa nak buat. . Mereka cakap aku untung sebab dapat belajar dekat UK boleh travel sini sana, dahlah dekat London memang bestlah and mereka pesan sementara masih di Malaysia, hargai kehidupan and keluarga sebab dah fly nanti agak lonely, independent sangat, tak best.

Agak-agaknya kan apa motif aku cerita ini semua? Aku cerita ini sebab sekarang kita berada di phase perkahwinan, which sebenarnya perkahwinan termasuklah dalam rezeki yang telah dijanjikan Allah setelah kita berusaha, same saja seperti kisah fly kita sebelum ini di mana itu adalah rezeki juga.

Ada orang fly lebih awal disebabkan tahu nak buat course apa, tahu nak pergi negara mana lebih lebih lagi parents berkemampuan, Ada orang fly awal just sebab dia dapat shorcut programme walhal dia tak pernah terfikir pun dapat fly awal or buat course yang ditawarkan. Takpun ada orang fly awal sebab parents dia berkemampuan and tetapkan awal-awal course apa yang dia kene buat.


                                               
                                                        Mase aku first year.

Kita fly lambat sebab kita nak pergi negara seperti UK, Ireland. Negara-negara yang memerlukan kita untuk berusaha lebih keras sedikit tapi negara-negara dia maju and yang dicopkan oleh sesetengah orang sebagai best. Orang yang fly awal walaupun mereka mengatakan negara mereka tak best, tak majulah apa, but still they  survived and score the advantanges of fly awal and dapat degree awal.

See? Tak kisahlah dalam apa jua situasi yang Allah letakkan kita, pasti ada pros and cons dia, ada dugaan yang tersendiri. Pada saat kita lalui, kita tak nampak hikmah. Tapi bila dah lalui, rasa wow subhanallah sangat ketetapan Allah. Ingat, pada setiap kesusahan, akan bersama-sama dengan kesenangan. 

Begitu juga dengan perkahwinan. Dulu zaman tengok gambar orang fly, main snow, pergi melancong. Sekarang penuh gambar di FB lately, orang nikah, bertunang, berdating segala macam. Kita tengok, terdetik di hati, "Agak-agak bilalah turn kita pulak, and dengan siapa kita bakal end up?" Mula terasa risau.

Haha!Korang rasa risau kan? Ke tak? Kalau aku, aku ngaku ketenangan aku sedikit terusiklahkan. Tipulah kalau kita tak wonder dengan siapa kita bakal end up with. Hal ini bukan among yang single saja, even yang dah couple tuh pun kena risau sebab; suka and cinta sangat kita dekat someone pun tak semestinya ada jodoh. Kan, kan kan?


                                                 
                                                    Bestfriend saya baru kahwin hari itu! :)

Sama macam orang yang dah fly awal pesan macam macam kepada orang yang belum lagi fly. Orang yang dah kahwin, atau yang bertunang, masing-masing berpesan. Cari suami elok elok, hargai masa muda,single, tuntut ilmu sebanyak mungkin, hargai kawan-kawan. Kahwin suatu alam yang baru, perlukan komitmen, kekuatan, kesetiaan dan paling penting, tak boleh berpatah balik. *Gulp*

Sekarang, cuit, usah biolkan kepala. Saya menyeru kepada diri saya and sesiapa yang terbaca ini, jodoh adalah termasuk dalam rezeki yang telah ditetapkan Allah. But still kene bubuh effort juga. Kalau keadaan kita yang belajar ini tak mengizinkan kita bubuh effort nak kahwin, apa kata diri saya and kita semua bubuh effort ke arah pembaikan diri bukan sahaja untuk ke fasa perkahwinan tapi untuk sepanjang kehidupan kita dunia dan akhirat.

Kadang kita rasa kita dah jumpa orang yang paling kita suka, yang kita rasa diri orang itu calon terbaik untuk jadi isteri/suami kita, tiada apa boleh pisahkan. Tapi tunggu dulu, ingat, ada suatu kuasa yang boleh pisahkan atau satukan kita dengan orang itu iaitu Allah.

Puaslah bercinta, bersulam kasih bertahun tahun tapi Allah kata putus di tengah jalan, kita boleh ke pakse hubungan itu bersambung balik? Walaupun orang itu sayang sangat dekat kita, kita sayang sangat dengan orang itu. Tak bolehkan? Maka, conclusion, kembalikan segala urusan kepada Allah.Allah Maha Mengetahui, Allah pasti permudahkan semuanya sekiranya kita berusaha menjadi hamba yang baik.

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh disandarkan kepada cinta semata-mata kerana perkara yang kita excited sangat pada mulanya akan menjadi routine sepanjang hayat kita sama macam kita fly, dulu excited sekarang rasa biasanya.

Personally, bagi saya, perkahwinan adalah medan kehidupan di mana seorang lelaki and seorang perempuan yang hidup bersama untuk melengkapi kekurangan diri masing-masing supaya berusaha bersama-sama, berjuang untuk menjadikan diri-sendiri lebih baik dari hari semalam demi mencari keredhaan Allah.insyaAllah.
                                                   
Life is just a phase, all these things such as marriage etc we think are BIG right now are just phases we'll forget about, just like nursery, school, secondary school, college, all gone and and forgotten about now but was such a big deal at the time. We grow up, graduate, get married, have kids then we'll die. Kematian adalah suatu yang pasti, so that's the only thing that is BIG all the time. Hehe.

InsyaAllah. Post ini adalah reminder untuk diri yang masih bertatih meniti kehidupan. Eceh. Hehe :)
Mari berjuang.Bismillah!

Thursday, September 27, 2012

Orthopaedic



Assalam! Oh pertama tama sekali nak minta maaf dengan diri sendiri sebab sepatutnya saya nak belajar malam ini tapi saya nak sangat buat post ini.Peristiwa yang berlaku ini macam best and insyaAllah saya tak nak lupa. Kalau lupa nanti, boleh refer blog ini. :).


Oh, before that, alhamdulillah, saya 4th year medical student. Sekarang saya rotation orthopaedic (Pasal tulang, sendi). Baru mula 3 hari dekat hospital. Tapi so far alhamdulillah! Rasa best. Suke. Paling suka hari ini. Nak tahu takk kenapa?

Hospital ini terbaiklah. Cun habes.

Sebab.Hari ini masuk surgery dekat Hospital Royal London, hospital tercanggih and paling up kat UK ini hehe. Total knee replacement. Masuk time in the middle of surgery sebab pagi itu ada tutorial dengan rheumatologist who I have always respect and like the way he teaches us. Anyway, masuklah  saya ke dalam operating theatre dengan rasa cuak-cuak sebab takut kena marah masuk lambat.

Dipendekkan cerita, dah masuk dalam theatre dah. Tak ada siapa marah pun. Tengok ade seorang consultant  and ada satu assistant je, rase nak scrub in (nak assist the operation) juge tapi macam cuak nak tanye. Then again. Monolog dalaman lagi. Bila nak stat saja monolog, I ll try my best to skip that and terus tanya.

The answer was yes! Yeay! Alhamdulillah. Pukul satu lebih, the first assistant had to leave sebab she got clinic. It was only me and consultant left. Apa lagi memang jadi assistant betul-betullah. Suction, clean up, pegang sini sana bagai kena buat. Jam tak tengok langsung. Sebab excited. 


Terasa macam heroin dalam movie pulak :P. Dalam satu scene ini, ada satu plastic plate has to be inserted into a metal case on the patient's knee. Puaslah consultant asyik betulkan, the plastic plate did not fit well into metal case. 2 jam dah berlalu. Tolong sikit2 pegang kaki patient itu. Lepas tuhkan, consultant cakap, 
                                          "Najah, take the hammer and bang on this."

Aku macam what? Tak reti. Takut salah ketuk and ketuk tak kuat. Tapi aku skip monolog dalaman again and terus berdoa dalam hati."ya Allah, please ya Allah, aku tak reti but I ll try my best dengan izin Kau." Gagal. Gagal. Lepas itu, rest sekejap. Sekejap saje. Then, consultant nak sambung balik.

"Okay Najah, instead me holding the bangbang* and u holding only the hammer, now u take both hammer and the bangbang, knock on  the plate that I am holding." Terbeliak mata aku. Tak pernah buat kot. Lepas itu nak buat dekat lutut orang. Semua orang as in nurses semua tengok saja and berharap pada aku. 

Akulah harapan mereka supaya surgery cepat habis. Terase tekanan tapi tak apa kita kembalikan tekanan yang kita kepada Allah, kerana kalau kita bergantung pada diri kita, kita akan stress tapi kalau kembalikan kepadaNya, tak kisah apa jadi. Alhamdulillah, layan saje.


1st try, terketuk jari consultant aku. Second try, alhamdulillah! Masuk! Aku macam tak percaya! Haha! Lawak sangat! Aku macam " Really? Are you sure?" Audience as in staffs dalam theatre semua tepuk tangan sebab berjaya.  rasa alhamdulillah sangat, lega and  excited. Terasa macam heroin movie yang baru habes shooting :p.Dengan izin Allah aku berjayaa!

So alhamdulillah setelah 2 jam lebih consultant aku struggle ngan plate itu, akhirnya masuk juga dengan izinNya, masuk! Consultant itu cam cakap thankyou ape semua, and aku insyaAllah tak lupa apa yang berlaku hari ini. Sebab mane tahu, dengan berlakunya ini, I might consider orthopaedic surgery as one of the areas I want to specialise in. Who knows? Only Allah knows.



Berangan nak jadi surgeon lah pulakkan?


Pengajaran.
1. Nak buat suatu yang baik, jangan bertangguh, kurangkan monolog dalaman.
2. Dont sangka buruk. Belum cuba tanya, belum tahu.
3. Kebergantungan kepada Allah semata-mata.  Yakin. Urusan yang baik PASTI Allah permudahkan.  Pasti. Allah berfirman, " Aku adalah menurut sangkaan hambaKu."

InsyaAllah.sorry type banyak sangat and kalau bosan. Kenangan. Haha.

*bang bang tuh pemberat. Pemberat itu yang kita ketuk pakai hammer untuk bagi tekanan dekat plate supaya masuk bekas besi dekat lutut tuh."

Sunday, September 2, 2012

Its hard to say goodbye.

Perasaan nak balik London adalah perasaan yang sukar nak digambarkan. Sangat. Terlalu.

Ni tinggal seminggu. Perasaan sedih dah mula dah. Haha. Warm up lah kononnya. Supaya the day itself tak rasa sedih sangat. Boleh tak kalau nak skip saja episode dekat airport itu? Bolehh tak?

Bila kaki melangkahh saja turun escalator nak pergi check in. ya Allah rasa dia macam okay, lepas ini aku on myself. Tapi alhamdulillah, sangat bersyukur dilahirkan di dunia sebagai seorang muslim. 

Sebagai seorang manusia, sekiranya kalau kita bergantung sepenuhnya terhadap kemampuan dan keupayaan kita sendiri, kita akan tertekan. Betulkan?

Tapi istimewanya kita dilahirkan sebagai seorang muslim dan insyaAllah seorang mukmin di mana kebergantungan kepada Allah menjadi kita seorang yang tenang dan tabah menghadapi kehidupan.

So, Najah,  tak mahu rasa sedih-sedih and emo-emo. Hargai masa seminggu ini. Tak payah larut dalam perasaan sedih ini semua, perasaan negatif. Tak mahu layan. Please?

Nanti insyaAllah, bulan 12 nak balik lagikan? Nak masuk 4th year? Nak jadi doctorkan?Desas desus kuat mengatakan 4th year tahun paling susah, maka oleh itu kene bersemangat! Fighting!

Tak mahu mengeluh. Tolak perasaan negatif. Jadi anak solehah, jangan melawan mak ayah, jangan fikir banyak sangat.Bertenang. Jadi orang cool haha tapi macam tak boleh sebab terbiasa gelabah sikit.

Okay siapa yang terbaca post ini doakann saya semangat untuk berjihad belajar elok elok, cool saja time nak balek London, and dapat buat yang terbaek untuk last week of summer holiday in Malaysia.

InsyaAllah! :) ya Allah permudahkanlah jangan Kau susahkan. Amin.

Ingat nak bubuh gambar pape tapi tak jumpelah nak buh gambar apa. Babai. Take care! ^_^

Tuesday, August 28, 2012

Cinta kilat

I heard this ceramah by KH Zainuddin MZ. Dekat sini http://www.youtube.com/watch?v=w4e9CoSl2Nc&feature=related

Cinta adalah 5 huruf yang persoalannya tidak akan pernah selesai.

1. Melahirkan keindahan
2.Menimbulkan energy, semangat.
3. Membawa pengorbanan

Mencari jodoh memerlukan penelitian dan pengamatan yang mendalam.

Bagaimana seseorang memilih jodoh dalam kehidupannya.
1. Rupa
Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana rupa kerana ia mencelakakan, sengsarakan suami.
2. Harta
Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana harta mendatangkan kesombongan.

3. Keturunan
Kahwini keturunan yang baik dengan harapan dapat melahirkan anak cucu yang baik baik bukan untuk membangga diri.

4.Agama
Pilihlah agama kerana itu akan membawa kebahagian.Agama adalah pilihan UTAMA walaupun rupanya sederhana, harta banyak atau sikit, keturunan biasa biasa tapi bisa menyenangkan hati  dan taat suami.

Kita manusia memang terpesona dengan penampilan di mana penampilan tidak selamanya mempamerkan keaslian.

Budak yang hitam legam yang beriman masih lebih baik daripada orang yang kafir yang cantik, hensem, jelita, lebih mempesonakann.

Yang paling celaka, keempat empat unsur di atas tak ada. Opps.

Tanda perempuan yang baik untuk dikahwini antara tanda tandanya.
1. Kalau dipandang, dia sanggup menggembirakan kamu.
2. Bila diperintah, dia taat.

Kecantikan zahir diimbangi kecantikan batin dipengaruhi oleh agama. So, agama important!

Moto Cinta Kilat
Aku lihat, Aku pikat, Aku dapat, Aku sikat, Aku minggat(ran away), Bangsat.

Moto ini macam kelaka kan. Ceramah ini best. I heard this coz my dad yang pasang. So layan!

Friday, August 24, 2012

Raya

Assalamualaikum!

ya Allah, berhabuk nya dah blog ini. Habis exam, balik Malaysia terus lupa diri eh Wan Najah Maryam! Hehe. Dari sehari ke sehari nak update nak conteng sikit sikit tapi type sikit, pangkah. Apalah kan. Anyway, alhamdulillah, dah selamat raya dah! Siapa yang baca ini saye nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin! :)

I can say that my 3rd year ini sangat terlalu eventful. Alhamdulillah. I have to say it was challenging but thanks to Allah, with His help, I managed to get through it. Dah nak masuk 4th year! Lagi berapa hari nak kembali ke tanah London. Macam biasalah bebel taknak balik tapi kena balik kan kan. Kata nak jadi doctor kenalah belajar rajin rajin kan?

Saya letak gambar raya saya. Saya nak tulis panjang-panjang tapi macam malas? huuu.Oh ha ni gambar raya saya! Nanti bila -bila kita jumpe lagi okay?babai Wassalam! :)

Saturday, June 30, 2012

Final exam 3rd year.

InsyaAllah exam saya from 2 july sampai 6 july.
Doakan saya dan kawan-kawan dapat buat usaha-usaha terakhir.
Dan diberikan kekuatan, kemudahan dan ketetapan hati oleh Allah terhadap ketentuanNya setelah segala usaha, doa dan tawakkal dibuat.
insyaAllah. 

"Ya Allah, sesungguhnya kami menitip secebis ilmuMu yang kami baca, faham, dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepada kami ketika kami memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu."


Amin ya rabbal alameen.

Wednesday, June 6, 2012

Hijr Ismail.



  Hijr Ismail
Babah: "Najah, nanti solatlah dalam hijr Ismail."

Najah: "Oh boleh eh bah? Orang tak rasa boleh. Macam itu lelaki je."

Yes. Mula-mula seriously rasa tak confident untuk dapat and mampu untuk masuk dalam Hijr Ismail.So, rasa nak masuk itu hanya dipendam dalam hati saja, tak mahulah rasa terlalu hampa sekiranya hajat di hati tak kesampaian. Walaupun dah depan mata,so close yet so far away.

Mana tak, masa tengok Kaabah and masa tawaf, rasa jauh Hijr Ismail itu disebabkan ramai sangat orang lagi lagi lelaki. So, knowing a girl from our trip dapat buat banyak solat sunat  dalam Hijr Ismail semasa hari kedua di Makkah, rasa tak confident itu bertukar kepada rasa teringin sangat nak masuk. 

Orang kata kalau berhajat nak buat sesuatu, luruskan niat, solat sunat hajat, pohon doa depan Kaabah. Doa banyak banyak. Doa agar Allah permudahkan urusan, sediakan ruang, tak sakiti orang lain and lembutkan hati orang untuk bagi kita peluang.

Maka berbekalkan semangat dan azam yang berkobar kobar selepas dah dengar tips nak pergi solat di sana from orang yang berpengalaman, saya pun betul-betul menyatakan hasrat kepada Ilahi. Kawan yang selalu tawaf bersama pun dah diberitahu awal-awal supaya die tak terkejut semasa tawaf sunat incase tiba-tiba saya tarik dia ke arah kaabah.

Alhamdulillah, semasa tawaf pun. Allah permudahkan semuanya. Segalanya. Tercapai pun hajat. Kalau tak silap selepas itu selepas solat Isyak malam kedua ke ketiga. Alamak,see dah tak ingat. Ish Wan Najah ini. 

Okay, point post ini bukan nak berbangga dengan peluang diberikan Allah ini.Malah,dengan penuh rasa hina, rasa bimbang and cuak timbul semasa tulis post ini, kalau kalau ade perasaan riak atau ujub timbul :( Catatan ini dibuat untuk mengingati peristiwa peristiwa yang berlaku di sana dan dijadikan pengajaran. Belum tentu lagi saya dapat kembali ke sana lagi. :(

Saya pasti ramai di luar sana punya cerita masing masing and jalan tersendiri bagaimana Allah menyediakan ruang untuk mereka berpeluang masuk ke dalam Hijr Ismail. Ini kisah saya yang biasa-biasa saja tapi penuh pengajaran untuk diri saya. Antaranya.

1. Apabila kita berhajat sesuatu, jangan pernah mengalah sebelum kita cuba.

 Belum buat apa-apa dah give up.Cuba is a part of usaha. Selalu orang cakap, "Alahh, baik tak payah tanya, aku rasa memang takkan dapat, inilah takdir kita."

Tak buat apa-apa lagi, dah give up and lepas itu pasrah dekat Allah.Memang takkan dapatlah kan. Walaupun peluang sangat tipis macam kulit bawang, jangan pernah surrender, go ahead. There is no harm in trying.

# I learned this from my mum. She is very good in developing rapport and she once said to me, cuba sajaaa, dalam dunia ini, apa yang x boleh ubah kecuali hukum Allah."

2. Help others, Allah will definitely help you.

Makcik dah berumur sangat tengah solat dalam Hijr Ismail and dia nak sangat keluar. Tapi ruang untuk keluar masuk adalah ruang yang sama, so makcik ini tersekat tengah-tengah.Sian sangat.

Bayangkan untuk nenek kita, sure kita taknak nenek kita macam itukan? Even I really want to go inside there, I said to myself, "Najah, jangan pentingkan diri, kita tolong orang kerana Allah, Allah tolong kita."

So, I delayed my hajat and tolong apa yang mampu untuk makcik dapat keluar and alhamdulillah. Guess what? Allah bagi ruang for me elok sajaaa untuk solat dalam Hijr Ismail itu and I even took my sweet time over there. Tapi xnak lama sangat sebab sian orang lain nak solat.

3. Doa doa doa doaa dan doa. Solat hajat.

Adab berdoa adalah seperti kita berada di tengah lautan dalam keadaan yang sangat-sangat memerlukan pertolongan Allah. Sangat sangat. Desperately. Yakin. Tak bersangka buruk kepada Allah.
Jangan lansung pernah sangka buruk.

Doa didahulukan dengan pujian kepada Allah, selawat, doa untuk ibu bapa, mohon pegampunan dan doa untuk diri and seluruh umat Islam. Sekiranya kita tak doakan untuk umat Islam juga, doa kita akan tergantung.

Jadi, saya nak tegaskan pada diri khususnya. Nak exam lebih lebih lagi. Allah itu akan menerima doa kita Najah. Bersabarlah. Berdoalah terus berdoa, walaupun hujan badai melanda. Berdoalah bersungguh  sungguh penuh rasa keinsafan dan pengharapan sebagaimana kita mengadu masalah kepada sesiapa yang sangat  dipercayai dan lebih tua dan harapkan nasihat yang membina, apatah lagi dengan Allah, perasaan itu lebih lagi.

Okay dah.Sampai sini. Buku saya dah panggil. Doakan ketabahan saya untuk menempuh beberapa hari ini. Dengan belajar dan urusan pindah randah. Doakan kita semua diberikan kekuatan untuk mengingatiNya, meninggalkan maksiat and melakukan ketaatan. insyaAllah

P/S: I ll tell more insyaAllah selain Hijr Ismail. Bila ada ruang. insyaAllah.

Tuesday, May 29, 2012

Is it okay to cry?

Masa nak exam hari itukan idea nak menulis boleh tahan jugalah mencurah-curah. Tapi ini, lepas habis exam, idea lesap pergi mana? Tak tahu.

  "Is it okay to cry?"


Rasa soalan atas ini soalan paling comel dekat dunia.I got it from my close friend. Tahu tak rasa dia macam  mana bila dengar soalan macam itu. Rasa macam nak peluk orang itu and cakap please cry now. Yes. On my shoulder. Dalam hidup ini, macam mana berusaha kita nak jadi positif pun, hal ini tak sesekali menghalang kita untuk menangis.

People sometimes said to me. Oh Najah, macam mana kau stay positive all the time? Macam mana kau tak ada rasa sedih?Macam tak ada masalah saja. Oh tidak. Haha. Saya pun ada ups and downs saye. Oh, bumi mana yang ditimpa hujan. Semua orang ada dugaan dia masing-masing tapi dalam bentuk yang tersendiri. Saya nangis juga because saya juga punye  hari hari yang things did not go well such as:

a)Met people that I found difficult to get along with
b)Met some people treated me badly when I did nothing to them.
c)Tak dapat jawap soalan Consultant tanya depan ramai orang. 
d)My English macam entah apa-apa grammar and vocab tunggang langgang rasa macam taknak cakap langsung. 

# This list can go on and on and on. Cukuplah apa disenaraikan di atas.

So balik soalan tadi. Is it okay to cry?

Yes!

Kita adalah manusia yang punya emosi. Saya ingat lagi I said to my mum I really do not want to get angry to anyone and felt so bad when I do especially to my loved ones. Getting angry to people that I love so much can make me cry and feeling guilty for having that feelings. But my mum said to me, Najah, you're a human being yang punya emosi. Maka tak salah nak marah atau menangis.

Boleh sedih tapi punya syaratnya. Syaratnya macam dalam apa-apa dalam kehidupan kita, syaratnya adalah bersederhana. Kalau nak sedih boleh tapi jangan sampai menzalimi diri kita sendiri. Jangan sampai perkara-perkara routine kita, tanggungjawab kita, hak kita and hak orang lain diabaikan. Kiranya bila nak nangis, nangis.Bila time ade kelas, belajar. Bila ada meeting, focus.Bila ada groupwork, buat. Jangan sebab tengah sedih hal-hal lain kita lepas tangan. Sian orang lain. Sebab kita emo, kerja tak dapat jalan.

Letakkan semua perkara di tempatnya, insyaAllah hati kita pasti dengan izinNya berasa tenang. Saya rasa saat terbaik untuk menangis apabila kita berdoa kepada Ilahi, berdua-duaan. Mengadu apa yang kita rasa,cerita apa kita lalui secara detail seperti kita bercerita pada kawan or mak kita. Ustazah Hafizah berkata, mari kita sama-sama doa sepertimana kita berada di tengah lautan, yang sangat sangat sangat helpless and perlukan pertolongan Allah. Baru pengharapan kita kepada Allah lebih.

Apa perasaan kita lepas kita bercerita kepada kawan or siapa siapa sahaja?Diaorang spend masa untuk dengar cerita kita saja rasa macam dah lega sangat, belum lagi diaorang tolong selesaikan. Apatah lagi mengadu pada Allah yang memberikan ujian and Allah jugalah yang memberikan penyelesaian. Sure lagilahkan? Tapi saying this does not mean tak payah cerita dekat orang lain langsung. Boleh saja nak cerita ^_^ tapi make sure cerita kepada orang yang betul and dipercayai.

Bila kita dah nangis betul-betul depan Allah and doa agar dikurniakan kekuatan untuk redha atas segala musibah berlaku,our heart will be at ease insyaAllah. So, bab sedih tak perlu berpanjangan. Cukuplah kita dah nangis di atas sejadah. Kesat air mata, basuh muke and go settlekan tanggungjawab ibadah umum kita yang lain. Belajar, rayau-rayau dekat ward and talk to patient. Tapi cuit! Jangan lupakan Allah and sentiasa usaha untuk resetkan niat kita.

Tujuan post ini ditulis untuk peringatan kepada diri sendiri yang selalu lalai and leka. Kita tak adalah baik sangat, tapi marilah kita bersama-sama berusaha cuba untuk jadi baik. Sampai di sini sahaja coretan saya. Sorry kalau salah cakap ke apa. Selamat Malam. Wassalam.

And that it is He who makes [one] laugh and weep [53:43]


Monday, May 21, 2012

Rejab!

Saya ingat ada tahun tahun lepas orang bagi saya email pasal bulan rejab. Orang itu Aisyah Ismail. Jap eh, nak copy paste bubuh dekat sini. Jom puasa nak? Semoge niat kita ikhlas kerana dia insyaAllah.

P/S: Sory tak cakap banyak. Minggu depan exam. Lepas itu, minggu depan lagi pindah rumah. Sebulan lagi final exam. Cuak exam. Doakan please. Also, doakan kita semua diberikan kekuatan untuk melakukan lebih banyak ibadah dalam bulan Rejab. InsyaAllah.


By: Ustaz Zahazan

Bulan Rejab termasuk didalam salah satu bulan-bulan Islam yang dianggap suci oleh umat Islam.Bulan Rajab ini menduduki senarai yang ke 7 dalam bulan-bulan Qamariyyah.

Firman Allah  didalam surah At-taubah ayat 36 yang bermaksud: “Sesunguhnya bilangan bulan-bulan disisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati, ketetapan yang demikian ialah agama yang betul lurus,maka janganlah kamu mengganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu(dengan melanggar larangannya). Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.

Empat bulan yang dihormati sebagaimana disebutkan dalam ayat tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Inilah yang telah disepakati oleh para mufassirin. Penghormatan terhadap bulan Rejab adalah bersempena penghormatan yang telah diberikan kepadanya semenjak zaman jahiliah lagi dimana mereka mengharamkan  peperangan didalam bulan tersebut. Inilah sesuatu pengiktirafan oleh Allah SWT terhadap bulan Rejab disamping bulan-bulan haram yang lain.

Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa peristiwa penting telah berlaku didalam bulan rejab, diantaranya ialah:

Pertama-Peristiwa israk dan mikraj yang berlaku pada 27 Rejab  mengikut pendapat sebahagian besar ulama Islam, ia adalah peristiwa dimana Rasulullah s.a.w telah diperjalankan dari Mekah ke Baitil Muqaddis dan kemudiannya diangkat kelangit untuk bertemu Allah SWT, disinilah bermulanya kefarduan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.

Kedua-Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habshah oleh beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w termasuk Saidina Uthman Bin Affan ra dan isterinya Ruqayyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini bertujuan menyelamatkan aqidah disamping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.

Ketiga-Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan hijrah. Ia adalah peperangan yang menguji iman para sahabat kerana ia beraku pada musim panas.Pertempuran ini dipimpin oleh Rasulullah s.a.w sendiri untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke semenanjung Tanah Arab. Walau bagaimana pun pertempuran tidak berlaku kerana tentera Rom membatalkan hasrat mereka lantaran perasaan gentar dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam.

Selain daripada itu,terdapat juga peristiwa penting lain yang berlaku didalam bulan yang mulia ini seperti kelahiran Imam ahlis sunnah, Imam As-Shafie yang menjadi ikutan mazhab umat Islam ditanah air iaitulah dalam bulan rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi.Demikian juga peristiwa bersejarah iaitu pembebasan semula Palestin dan kota Baitul Maqdis oleh Solahuddin Al-Ayubi dari kekuasaan tentera solib juga berlaku dalam buan Rejab iaitu sekitar 27 Rejab 538 Hijrah. 

Kaum muslimin Rahimakumullah,
Sesetengah umat Islam akan berpuasa sunat didalam bulan rejab. Sesetengahnya pula akan pergi menunaikan umrah, kerana menganggap umrah yang mereka lakukan didalam bulan ini ada fadilatnya yang khusus. Tidak kurang juga terdapat umat Islam yang berusaha memperbanyakkan sedekah pada bulan ini dengan beranggapan mereka akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. 

Walau bagaimanapun, kebanyakkan ulama mutakhirin menyatakan bahawa tanggapan ibadah-ibadah sunat ini akan mendapat ganjaran berpuluh kali ganda atau beribu kali ganda adalah tanggapan yang tidak benar. Apa yang pasti bahawa bulan ini adalah termasuk didalam kelompok bulan-bulan haram dimana umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat sama ada solat sunat, berpuasa, bersedekah atau lain-lain lagi.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Hakikat ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang yang beramal soleh hanya dia sahaja yang maha mengetahui. Oleh kerana itu sudah sewajarnyalah didalam bulan Rejab ini dan juga bulan-bulan yang lain diisi dengan perkara-perkara yang dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT dan mendapat keredaannya.

Sesungguhnya terdapat banyak hadis-hadis nabi dan ayat-ayat Al-Quran yang memberikan galakkan kepada umat Islam untuk melakukan sesuatu amal ibadah tanpa mengira didalam bulan mana mereka melaksanakannya. Oleh kerana itu, bersempena datangnya bulan Rejab ini banyak amalan sunat yang boleh dilaksanakan seperti mana juga didalam bulan-bulan yang lain, diantaranya,

1. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau berpuasa sebahagian daripada bulan Rejab.   
Amalan berpuasa sunat adalah merupakan satu galakan daripada Allah SWT kepada umat Muhammad s.a.w sebagaimana disebutkan didalam sebuah hadis qudsi riwayat Imam Al-Bukhari  yang bermaksud,
 “Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah SWT berfirman bahawa puasa itu adalah untukKu maka Akulah yang akan membalasnya”.
Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim Al-Ansori, beliau (Uthman) pernah bertanyakan kepada Said bin Jubair mengenai puasa Rejab. Said menjawab “Aku mendengar Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa rejab sehingga kami menyangka baginda tidak berbuka (terus menerus berpuasa) dan baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa”.

2. Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan  oleh Hakim bin Hizam yang bermaksud “Tangan yang diatas (pemberi) lebih baik  dari dari tangan yang dibawah (penerima)”.

3. Memperbanyakkan zikirullah dengan cara berwirid, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ra''d ayat ke 28 yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah akan menjadi tenang dan tenteram hati manusia”.

Demikianlah sebahagian amalan-amalan sunat yang amat digalakkan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Amalan ini sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan, sudah pasti akan dapat melahirkan insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT. Ini sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan masalah sosial yang lain. Malangnya, amalan mulia sebegini sering ditinggalkan oleh sebahagian umat Islam sama ada oleh golongan muda mahupun golongan tua. Akibatnya, mereka lebih banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu dan terlibat dengan pelbagai bentuk kegiatan jenayah.

Saudara-saudariku seaqidah sekalian,
Al-Imam al-Nawawi mengkhususkan suatu bab dalam karya ulungnya Riyadhus Salihin tentang keutamaan beriltizam dengan surah-surah yang tertentu, juga wirid-wirid yang khusus sebagai satu komponen yang penting membentuk peribadi salih.Ini termasuk keutamaan membaca al-Fatihah, ayatul Kursiy, 2 ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Mulk dan 3 Qul ( al-Ikhlas, al-Falaq & al-Naas ) .
wirid-wirid yang tertentu juga amat mustahak diamalkan kerana ia adalah supplement ruhani yang sering diabaikan menyebabkan berlakunya kecenderungan melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.

Kita juga seharusnya tidak melupakan firman Allah SWT yang menyatakan bahawa dengan zikrullah, hati mereka akan merasa aman dan tenteram.

Di samping itu ramai umat Islam yang melupakan sabda Rasulullah s.a.w tentang keutamaan berpuasa untuk mengelakkan diri dari perkara- perkara maksiat.  Inilah merupakan sebahagian dari program pengabdian diri bagi melahirkan rasa ubudiyyah buat menongkah perangai mazmumah sebagai persiapan menyemarakkanisemangat Ramadhan.

Marilah kita bersama memulakan tazkiyyah ini dengan melakukan senarai semak atau bermuhasabah  agar amalan-amalan sunat ini didalam membentuk jiwa dan peribadi yang sempurna. Dengan bermulanya bulan Rejab ini, anak-anak muda khususnya dan umat Islam umumnya harus diberikan kesedaran dan sedikit suntikan semangat supaya bersama-sama menghidupkan amalan-amalan mulia ini dan seterusnya dapat membangunkan diri mereka menjadi insan yang bertaqwa disisi Allah SWT.

Apa yang kita harapkan agar amalan-amalan didalam bulan Rejab ini dilakukan dengan penuh keikhlasan dan akan menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8  bermaksud: “Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya(dalam suratan amalannya)dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya(dalam surat amalannya)”.