Alhamdulillah.Bismillah.
Nak tahu something tak? Kalau kita hendak memulakan sesuatu yang penting dan utama, kite hendaklah mengucapkan bismillah and alhamdulilllah.Sekiranya tidak, maka terputuslah perkara itu daripada keberkatan Allah. Hal ini merupakan hadis daripada Rasulullah SAW dan diamalkan oleh para ulama terdahulu.
Anyway, alhamdulillah. Dah tamat Broomfield. Sekejap sangat masa. Sekarang sudah kembali ke London, sampailah Winter nanti.
Kalau dulukan, dalam diri aku selalu cakap oh, no matter way I go, I have my own set of values tak kira walau siapa menentangnya. Eceh, konon tetap pendirianlah itu? But as time passes by, I do realise that my own set of values memang boleh pakai tapi macam serba kekurangan and ada macam entah apa apa. Yerlah, mana tak, set of values itu wujud sebab mostly aku pilih pilih yang mana aku rasa nilai itu baik, betul dan tepat, aku rase doable. Yang apa mak ayah aku pesan itu memang priority walaupun sebagai remaja biasa, ada yang aku disagree.
Kalau tengok post post dulu macam alahai, hingusan betul aku ini, dengan yakinnya mengutarakan pendirian sendiri. Takpelah, what happened before make myself today, kan?Aku bagi peluang dekat diri. :p Tak adalah nak cakap hari ini aku matang bebenar, tak matang pun. Biasa saja. Cuma rasa alahai, time dulu-dulu rasa macam tahu ini tau itu, rasa dah cukup bijak nak buat keputusan padahal masih banyak lagi mengenai kehidupan yang aku tak tahu, yang masih perlu dan sedang aku pelajari.
Kehidupan di luar negara membuka mataku luas luas mengenai kepentingan untuk berakhlak mulia. Kalau dulu mata pelajaran akhlak senang sahaja iaitu hafal erti, ciri-ciri, kelebihan dan kekurangan dan jawap dalam exam , lepas itu dapat full marks. Untuk mengamalkannya, bukan senang macam itu. Berakhlak mulia memerlukan kekuatan untuk mengamalkannya secara berterusan. Bukan semata mata untuk mengambil hati orang tetapi kita buat ikhlas kerana mengikuti sunnah Rasulullah dan perintah Allah.
Kenapa mata aku terbuka sekarang? Sebab aku sedar. Bila pergi rotation mana mana di sini, orang Islam bukan majoriti dan terselitlah diri aku ini dalam kalangan orang orang bukan Islam which then, I came to a point of a realisation yang aku adalah seorang duta, bukan duta produk kecantikan tapi duta kecil Islam. Ada hati nak jadi duta produk kecantikan?Perah santan. Anyway, yeap. Aku pakai tudung, tudung is a religion statement yang aku seorang muslim yang Tuhannnya Allah, dan Rasulnya Muhammad SAW.
Orang dekat sini sebahagiannya tak tahu Islam itu apa, yang mereka tahu, Islam adalah agama yang terpalit dengan keganasan seperti yang diwar-warkan dalam media massa. Okay sekarang aku serius terasa aku sedang buat esei BM untuk SPM. But its okay. Bukan selalu :p. Apa yang aku belajar from orang yang baru revert to Islam, mereka berpesan supaya orang Islam mengamalkan akhlak yang mulia, itu sudah cukup untuk mulai menambat hati mereka terhadap Islam. Tak perlu tunggu untuk diri mampu memberikan penerangan/ hujah hujah yang mantap bernas mengenai Islam untuk berdakwah, tapi hanya cukup dengan berakhlak mulia sebagai permulaan.
Dengar macam cliche sajakan. Berakhlak mulia. Nilai-nilai murni. Yang sering diulang-ulang dari kecil sampai besar tak sudah sudah. Hormati ibubapa, hormati guru guru dan rakan- rakan. Kita tahu tapi kita tak ambil pusing sangat sebab its a routine advice, balik balik benda sama. Tapi cuba kita duduk diam and fikir. Kita kadang selamba saja kutuk cikgu, mak ayah kita tanpa kita sedari, kita fikir tak ada apa. Standardlah itu kita kata. Padahal, orang dulu dulu even nak lunjurkan kaki ke arah tok guru pun dah kira tak beradab. See even benda sekecil itu pun termasuk dalam akhlak sebab daripada small-small little things itulah datangnya keberkatan daripada Allah dalam apa jua kita lakukan.
Aku di sini bukanlah sempurna untuk membebel mengenai segelintir orang lain, tapi aku di sini sendiri pun masih terkontang kanting untuk membebel dekat diri sendiri. Mengingatkan diri apa yang priority dalam kehidupan ini. Tapi apa salahnya aku sharekan bebelan untuk diri sendiri dengan orang lainkan so kita ramai ramai boleh same same start bebel dekat diri sendiri. :p Awat complicated sangat ayat ini. Haha. Anyway,
"Semoge Allah membahagiakan kamu dan saya dalam keredhaanNya.insyaAllah. Ameen ya Rabb."
[Imam Ghazali RA]
Best music video ini. Suka sebab rasa Rasulullah SAW sangat terlalu paling sweet.
1 comment:
eh kakak.
Post a Comment