Monday, October 22, 2012

Kita dapat apa yang kita beri.

Bismillah. Alhamdulillah. I am getting better. Yeay. Alhamdulillah again.

Sebenarnya, weekend baru berlalu ini, in Broomfield ini, terkena Norovirus from the ward that attended which causing me vomiting and diarrhoea since Sabtu malam. Patutlah 3/4 hari sebelum itu asyik fatigue saja. Terlebih tidur. Rupanya tak sihat.Anyway, alhamdulillah. I am in recovery process.


                *********************************************************************************************

Aku pernah melalui situasi di mana aku berkata kepada mak aku. 

Aku : ' Ma, orang Melayu dekat London ini sombong-sombong. Jumpa dekat tengah jalan. Masing-masing buat dek saja. '

Mama and babah : ' Dah you tak senyum dan tegur dulu, siapa suruh? Lain kali, nampak orang Melayu, tegur saja, tak payah tunggu orang itu tegur dulu.'

Zapp. Since hari itu, aku seboleh boleh akan cuba untuk tegur dulu. Cuma kalau lelaki, aku tak surelah apa yang aku patut buat. Haha. Sebab cuak kalau brothers (budak usrah), aku tak pasti sama ada sapaan aku wajar atau tidak sebab tiba-tiba kalau awkward moment macam mana kan? Tapi insyaAllah, tak  awkward kot, ish tak baiklah Najah sangka buruk. Puk karang!

Point cerita di atas adalah kita dapat apa yang kita beri.

Antara perkara-perkara yang kita boleh berikan kepada orang dengan percuma. Tapi kena pengorbanan sikitlah iaitu ego diri kita and segala buruk sangka kita terhadap orang lain.

1. Kasih sayang.
Bila kita lihat or jumpa seseorang yang kita dah lama or baru kenal, lihatlah and layanlah mereka dengan  penuh kasih sayang. Kasih sayang seperti kita sayangkan ahli keluarga kita, mak ayah dan adik beradik kita. Treat them nicely tanpa harapkan balasan tanpa sedikit pun. Bila treat orang rasa kasih sayang, nak kutuk or ngumpat pun rasa tak sampai hati.  Try buat. Nanti serius, kita pun turut rasa kasih sayang orang itu pada kita. Rasa macam, oh inilah rasanya. 

2. Senyum.
Tak kisahlah orang yang kita senyum itu, tak senyum balik. Asalkan niat kita kerana Allah, bukan nak menggatal, :p. La apa sangatlah pun kalau orang itu tak senyum balik, kita hanya rasa segan and macam malu sekejap jekan. Sekejap je.Patutnya bukan kita yang malu, tapi orang itu yang malu sebab senyum merupakan nilai yang baik, kenapa dia nak nafikan? 

Comel kan. Puk karang baby ini. Hehe.

3. Salam.
Perasan tak kita bagi salam hanya dekat orang yang kita yakin dia akan senyum and jawap salam kita balik?Orang yang muka masam sikit, kita macam tak berani nak bagi salam. See! Nak bagi salam pun siap pilih-pilih lagi and sangka buruk. Entah-entah bagi salam, orang yang muka masam terus jadi happy sebab sapaan salam kita yang merupakan doa bagi dirinya. Indahnya Islam! :)


Mari kita sama-sama try amalkan dulu yang tiga ini. It is soo much easier said than donekan? Takpe, pelan pelan. Niat baik Allah sure tolong. 

So, marilah kita sama-sama sentiasa perbaiki diri kita supaya kita minta dekat Allah; kasih sayang  daripadaNya supaya kita mengasihi terhadap diri kita sendiri dan agar kita dapat kongsikan kasih sayang yang kita ada itu  kepada orang yang lain. Minta pada Allah, beri pada manusia. InsyaAllah.

Hanya apabila kita melihat orang lain dengan kasih sayang, orang lain akan melihat kita dengan kasih sayang. Kita adalah apa yang kita beri sebab,

"Hanya orang yang sayang dirinya dapat menyayangi diri orang lain. Dan orang yang benci dirinya  lebih gemar mengkritik and membenci orang lain."

So, mari kasih mengasihi demi Allah. insyaAllah. :)
#Title ini tak ada kaitan dengan Norovirus eh. I got it not because I transmitted it to someone else. :p


#Conteng sikit.
Dulu masa sekolah, time exam, sila beri kelebihan orang yang bercakap benar, or anything else yang berkaitan sifat mahmudah. Skema jawapan.
a) Disayangi Allah dan Rasul.
b) Disayang keluarga dan kawan-kawan.
c) Dihormati oleh masyarakat.
d) Dijauhkan daripada api neraka.

Tapikan, sayangnya, pengetahuan kita itu kita hanya hamburkan ke atas kertas peperiksaan tanpa kita cuba sedikit pun menghayati apa yang berbuih cikgu/ustaz/ustazah kita sampaikan. Yang penting dapat result Akhlak 50/50. 

*Zaman sekolah agama dulu. :p. Kalau 48 or 46 /50 macam down habis, wonder like apalah yang aku salah ni. :p. Exam oriented betul. 

No comments: