Wednesday, October 3, 2012

Perkahwinan






                                    
                          Coffee talk about marriage means this post has to be a little bit long :P

Teringat aku saat aku habis SPM. Teringin sangat nak belajar luar negara. Satu phase yang aku nantikan lama dah, berhajat untuk kembali ke tanah di mana mak aku lahirkan aku , di UK tapi aku pendam elok-elok dalam hati, incase tak kesampaian, aku tak adalah berasa hampa sangat.

Tup tup tup. Tunggu interview mara. Sementara itu, dapatlah juga interview Khazanah. Oh yea, hanya 2 interview saja yang aku pergi. Pada masa yang sama, terdengarlah cerita orang itu dah fly pergi Australia; parents bayar ,orang ini dah fly sebab shorcut programme Russia.

Dalam hati, rasa excited sangat and happy for your friend sebab masa mereka fly dah sampai, tapi dalam pada happy, bercampur dengan perasaan risau untuk diri sendiri yang masih tak nampak ada harapan nak fly ke tak and tak tahu pergi negara mana. Tapi cepat-cepat tepis perasaan negatif, insyaAllah dapat. Bisik hati kecil aku.

Yeap, alhamdulillah, dapat. Dapat buat preparation IB Diploma di Kolej Mara Banting selama 2 tahun. Tahu tak, inilah program yang aku paling taknak buat sebab program 2 tahun terasa lama sangat lebih lebih lagi kawan-kawan lain dah fly awal, apakan daya, selaku hamba, kita hanya merancang, Allah menentukan.

                                     

Nak pulak tengok gambar mereka main snow,pergi melancong di facebook lagilah menyebabkan aku excited semacam. Alhamdulillah, walaupun 2 tahun menempuh IB yang penuh dengan suka duka, takdir Allah telah melayakkan aku pergi belajar di UK, yang before this aku rasa macam agak mustahil untuk pergi since saingan nak pergi UK agak sengit.

Dalam masa yang sama, teringat dulu berborak dengan rakan-rakan yang dah fly terlebih dahulu. Yang di Russia cerita dekat sana, bosan, masyarakat tak suka foreigners, tak ada apa nak buat. . Mereka cakap aku untung sebab dapat belajar dekat UK boleh travel sini sana, dahlah dekat London memang bestlah and mereka pesan sementara masih di Malaysia, hargai kehidupan and keluarga sebab dah fly nanti agak lonely, independent sangat, tak best.

Agak-agaknya kan apa motif aku cerita ini semua? Aku cerita ini sebab sekarang kita berada di phase perkahwinan, which sebenarnya perkahwinan termasuklah dalam rezeki yang telah dijanjikan Allah setelah kita berusaha, same saja seperti kisah fly kita sebelum ini di mana itu adalah rezeki juga.

Ada orang fly lebih awal disebabkan tahu nak buat course apa, tahu nak pergi negara mana lebih lebih lagi parents berkemampuan, Ada orang fly awal just sebab dia dapat shorcut programme walhal dia tak pernah terfikir pun dapat fly awal or buat course yang ditawarkan. Takpun ada orang fly awal sebab parents dia berkemampuan and tetapkan awal-awal course apa yang dia kene buat.


                                               
                                                        Mase aku first year.

Kita fly lambat sebab kita nak pergi negara seperti UK, Ireland. Negara-negara yang memerlukan kita untuk berusaha lebih keras sedikit tapi negara-negara dia maju and yang dicopkan oleh sesetengah orang sebagai best. Orang yang fly awal walaupun mereka mengatakan negara mereka tak best, tak majulah apa, but still they  survived and score the advantanges of fly awal and dapat degree awal.

See? Tak kisahlah dalam apa jua situasi yang Allah letakkan kita, pasti ada pros and cons dia, ada dugaan yang tersendiri. Pada saat kita lalui, kita tak nampak hikmah. Tapi bila dah lalui, rasa wow subhanallah sangat ketetapan Allah. Ingat, pada setiap kesusahan, akan bersama-sama dengan kesenangan. 

Begitu juga dengan perkahwinan. Dulu zaman tengok gambar orang fly, main snow, pergi melancong. Sekarang penuh gambar di FB lately, orang nikah, bertunang, berdating segala macam. Kita tengok, terdetik di hati, "Agak-agak bilalah turn kita pulak, and dengan siapa kita bakal end up?" Mula terasa risau.

Haha!Korang rasa risau kan? Ke tak? Kalau aku, aku ngaku ketenangan aku sedikit terusiklahkan. Tipulah kalau kita tak wonder dengan siapa kita bakal end up with. Hal ini bukan among yang single saja, even yang dah couple tuh pun kena risau sebab; suka and cinta sangat kita dekat someone pun tak semestinya ada jodoh. Kan, kan kan?


                                                 
                                                    Bestfriend saya baru kahwin hari itu! :)

Sama macam orang yang dah fly awal pesan macam macam kepada orang yang belum lagi fly. Orang yang dah kahwin, atau yang bertunang, masing-masing berpesan. Cari suami elok elok, hargai masa muda,single, tuntut ilmu sebanyak mungkin, hargai kawan-kawan. Kahwin suatu alam yang baru, perlukan komitmen, kekuatan, kesetiaan dan paling penting, tak boleh berpatah balik. *Gulp*

Sekarang, cuit, usah biolkan kepala. Saya menyeru kepada diri saya and sesiapa yang terbaca ini, jodoh adalah termasuk dalam rezeki yang telah ditetapkan Allah. But still kene bubuh effort juga. Kalau keadaan kita yang belajar ini tak mengizinkan kita bubuh effort nak kahwin, apa kata diri saya and kita semua bubuh effort ke arah pembaikan diri bukan sahaja untuk ke fasa perkahwinan tapi untuk sepanjang kehidupan kita dunia dan akhirat.

Kadang kita rasa kita dah jumpa orang yang paling kita suka, yang kita rasa diri orang itu calon terbaik untuk jadi isteri/suami kita, tiada apa boleh pisahkan. Tapi tunggu dulu, ingat, ada suatu kuasa yang boleh pisahkan atau satukan kita dengan orang itu iaitu Allah.

Puaslah bercinta, bersulam kasih bertahun tahun tapi Allah kata putus di tengah jalan, kita boleh ke pakse hubungan itu bersambung balik? Walaupun orang itu sayang sangat dekat kita, kita sayang sangat dengan orang itu. Tak bolehkan? Maka, conclusion, kembalikan segala urusan kepada Allah.Allah Maha Mengetahui, Allah pasti permudahkan semuanya sekiranya kita berusaha menjadi hamba yang baik.

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh disandarkan kepada cinta semata-mata kerana perkara yang kita excited sangat pada mulanya akan menjadi routine sepanjang hayat kita sama macam kita fly, dulu excited sekarang rasa biasanya.

Personally, bagi saya, perkahwinan adalah medan kehidupan di mana seorang lelaki and seorang perempuan yang hidup bersama untuk melengkapi kekurangan diri masing-masing supaya berusaha bersama-sama, berjuang untuk menjadikan diri-sendiri lebih baik dari hari semalam demi mencari keredhaan Allah.insyaAllah.
                                                   
Life is just a phase, all these things such as marriage etc we think are BIG right now are just phases we'll forget about, just like nursery, school, secondary school, college, all gone and and forgotten about now but was such a big deal at the time. We grow up, graduate, get married, have kids then we'll die. Kematian adalah suatu yang pasti, so that's the only thing that is BIG all the time. Hehe.

InsyaAllah. Post ini adalah reminder untuk diri yang masih bertatih meniti kehidupan. Eceh. Hehe :)
Mari berjuang.Bismillah!

3 comments:

Hambiah Liyana said...

yeaahh!! mari!! :D

Unknown said...

so true najah =) i feel the same thing =)

Unknown said...

yup! so true najah..i feel exactly the same way =)