Assalam.Aku baru lepas mandi. Segar rasa. Tiba-tiba aku dapat idea untuk tulis post pasal study luar negara. Manusia kan, tak pernah bersyukur. The grass on the other side always greener. Aku sebenarnya teringin juga rasa belajar dekat universiti tempatan dekat Malaysia, tanah airku tercinta. Teringin apa rasanya belajar medic dekat Malaysia, apa rasanya buat praktikal dekat hospital Malaysia. Sistem hospital dekat Malaysia sendiri aku tak tahu. Segan rasanya bila orang sini tanya aku sistem dekat Malaysia macam mana aku tak tahu nak jawap. Sebab aku kurang pasti. Walaubagaimanapun, macam mana pun aku rasa, orang lain yang study dekat Malaysia, mesti teringin sangat nak study dekat luar negara UK ke mana mana jerlah. Macam mana rasanya, dapat pergi jalan sini sana, udara sejuk.
Regardless apa aku rasa atau orang yang study dekat Malaysia rasa, yakinlah bahawa setiap benda ada kekurangan dan kelebihannya, Dekat sini, memang best kalau pergi jalan-jalan. Tapi dari segi kehidupan seharian,aku berpendapat sememangnya mencabar.Semua kena settle sendiri. Kalau dekat Malaysia, at least adalah juga cable, kenal orang sini sana ke ape. Sini, kita orang nak buat apa-apa, start from mula. Tak ada cable apa-apa. Mak ayah jauh.Kawan-kawanlah yang ada tapi kadang mereka pun serabut juga. Masing-masing ada hal sendiri. Ada suatu hari kau rasa bersemangat sangat, harap semua berlaku lancar, tapi sebaliknya berlaku. Balik bilik, kesat air mata sendiri cakap bertabahlah wahai hati, Allah ada dekat sebelah. Teringin nak bercerita dekat mak ayah, tanya pendapat. Telefon ada, tapi tak sama dengan cakap berhadapankan.Perbezaan waktu. Balik pukul 5pm, Malaysia dah pukul berapakan? 1am.Nasib baik flatmates aku best, memahami and pendengar yang baik. Sayang dia orang!
Bayangkan di sebuah negara yang asing, bangun pagi-pagi, pergi tube sendiri gerak hospital. Nasib area aku ramai muslim. Terasa macam securelah. Anyway, selain itu, duduk sini, aku macam kurang terlibat dengan apa-apa persatuan. ISOC jer aku join. Yang lain, kurang sikit. Aku rasa ini masalah aku kot sebab aku yang macam tak join. Tapi, kalau di Malaysia, obviously lainlah kan. Aku suka juga masuk persatuan sini sana. Main netball, basketball ke wakil uni. *Aku dah terlalu lama tak bersukan. Oh aku sedih. Badan tak sihat.*At least ada juga benda kau nak buat selain belajar. Interact sini sana, Aku macam kurang join sangat sebab budaya terlalu beza kot. Jadi, aku rasa insecure and kurang yakin untuk pergi join sendiri-sendiri unless ada juga sorang Malaysian pergi dengan aku. Maybe ini salah akulah.
Dari segi makanan, memang kalau tak masak, makan rotilah kau. Haha. Soo, malas macam manaa pun, still kena masak. Dekat Malaysia, best kot rasa lapar, malas, pergi beli. Sini teringin makan ini itu, google recipe dan main masak-masak. In a way, baguslah juga, skill memasak sedikit sebanyak ada jugaklah kan. Dah tahun ketiga, aku terasa kawan-kawan satu batch makin jarang jumpe. :(. Sebab masing-masing hospital lain, if hospital sama pun, tak tentu jumpa since hospital lain. So, nampak? Memang tersangat independentlah diri ini walaupun tak nak.Aku tak duduk rumah, duduk hall, bilik, soo kurang rase homey sikit. Tapi as what i mention before, flatmates aku best. Alhamdulillah nak masuk 2 tahun dah dengan diaorang. Kalau bab winter, terasa duka lara jugaklah hati ini, bayangkan magrib pukul 4pm. Awal habis dah gelap.Keluar rumah pagi-pagi gelap, balik pun gelap.
Okay enough with the complaints. Sebenarnye alhamdulillah bersyukur amat-amat dekat Allah walaupun betapa payah hidup di rantau orang ini, aku dah berjaya melaluinya selama 2 tahun yang lepas.Aku dulu suka fikir," Cube kalau aku belajar dekat Malaysia, sure lagi senang tang tu tang ni". Tapi lama-lama aku muhasabah balik, kalau aku keep on fikir, kalau kalau kalau, itu semua tak ada, Yang ada sekarang. Gunakan saje apa yang ada ini dan lakukan semuanya dengan terbaik. Nabi sendiri pesan, jangan pernah fikir kalau, bila fikir sajaaa, syaitanlah paling excited kan. "what if what if" membayangkan and memikirkan sesuatu yang dah terjadi apa gunaya. Allah dah tetapkan semua ini. Siapa belajar dekat Malaysia bersyukurlah, awak dapat apa yang saya tak dapat. Yang belajar dekat sini termasuklah aku, bersyukurlah apa yang aku dapat, ade orang tak dapat.
Hidup susah. Hidup senang. Semuanya bergantung kepada apa yang kita fikirkan dalam otak dan hati kita. Kalau kita rasa susah, susahlah dia. If senang, senanglah. Kalau kotak hati kita kotor, sentiasa tak bersyukur, memanglah kita fikir hidup kita payah sangat tak macam orang lain. Padahal, orang lain, dugaan dia lagi melampau lampau, tapi dia still okay saje. Sebab apa? Sebab dia yakin Allah adalah penentu takdir yang terbaik, susah senang macam mana pun, pasti ada sebab dia kan. PASTI. Btw, aku rasa antara hikmah study sini adalah, pergantungan kepada Allah itu extra-extra-extra dan dapat peluang untuk merapatkan diri dengan Dia. Semoga Allah tak bolak balikkan hati ini setelah dikurniakan hidayah. amin ya Allah.
Oh no, aku tertype panjang sangat. Banyak benda aku complaint. Reflection sikit. Tapi, okaylahkan. Sekadar catatan untuk mengingatkan diri sendiri yang kadang kadang terlupa untuk bersyukur. Asyik complaint saja keja. Aku akhiri post ini dengan hadis ini:
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”.
(Bukhari)
Janganlah meminta hidup yang mudah Wan Najah Maryam, tapi mintalah hati yang tabah. InsyaAllah. :)