Sunday, February 28, 2010

Selamat tinggal awak.

Awak-awak semua, esok saya dah start kembali hidup sebagai Barts and the London Medical Student. Belajar module baru: LOCOMOTOR. Jadi, tangan tak boleh nak gatal tekan youtube nak type Super Junior ke apa ke. Dengar sini tau Najah, TAK BOLEH TAK BOLEH TAK BOLEH. Tapi kalau rindu sangat, sekali saja boleh tengok tak pun masa jogging setempat 1/2 jam pasang lagu dia orang. Tapikan tapikan, FULL HOUSE SUPER JUNIOR tak tengok lagi. Macam mana? Dah-dah jangan nak mengada. Easter Break ada, kau tak pergi mana-mana kan. Duk bilik diam-diam tapi kena belajar untuk final juga.

Tengok korea kuat-kuat, ingat Allah dengan Nabi Muhammad pun kena lagi lagi lagi kuat-kuat. Lepas itu, mestilah belajar pun sama-sama kena kuat-kuat. Sebab awak datang jauh-jauh dari Malaysia, nak buat apa? Online tengok korea? Baik duduk rumah. Lain kali takpayah ambil IB. Orang kenalah belajar. Kata nak jadi doctor. Play hard. Study hard+ smart tau tau. Tiap hari kena lalui dengan semangat. Kena semangat.

Bangun pagi semangat, pergi lecture semangat, balik lecture semangat, pergi and prepare PBL kena semangat, malam kena semangat untuk study. MAKAN pun kena semangat. Tidur pun kena semangat. Kalau tak semangat, tak bestkan rasa?kan kan kan. Ingat Allah dengan selawat kena paling semangat sekali. PERLU!

Kalau nak tahu nilah lelaki-lelaki yang saya akan rindu nanti. Takpa tau awak-awak. Nanti kita date masa easter nanti tau tau.





P/s: Jambu-jambu belaka? Aah. memang inlove dengan pretty boys.

Saturday, February 27, 2010

Bosan bosan

Good morning.How are you?Me? Not bad, bit tired ==> ayat terserempak dengan budak-budak local kat sini.

Aku kan kalau boleh nak elak benci sesuatu. Sebab daripada pengalaman aku sendiri, benda-benda yang aku macam kurang senang selalu jadi benda yang aku suka.

Contoh? Lagu Sorry sorry Super Junior dalam cerita You're Beautiful aku menyampah dan tak suka. Nak tahu apa sekarang? Aku suka dekat Super Junior. Dulu macam fikir macam manalah boleh ada 13 orang dalam satu group. Tak best langsung. But sekarang?Aku lebih daripada suka dekat group itu.

Macam tak kukuh je pasal Super Junior nak jadikan nak buat generalisation macam itu. Hurm. Lagi satu masa sekolah, kawan-kawan. Tak adalah benci. Cuma ada yang rasa aku tak boleh masuk. Aku dengan orang yang tak masuk aku senyap tak banyak cakap. Tapi aku akan letak effortlah nak try masuk. Lepas itu, as time passes by, kawan yang aku rasa tak boleh masuk itulah jadi antara orang yang aku paling senang and sayang.

Lagi?Masa darjah 6 sekolah rendah ada benci seorang lelaki ini. Selalu gaduhlah. Lepas itu, tersuka. LOL.Tapi tak cakap dengan dia, sebab lost contact masing-masing masuk asrama.

Sekolah Menengah tak suka sejarah sebab banyak sangat nak hafal. Selalu tak score. Sedih. Basirah hebat. Kagum. =D.Masa form 4 and form 5. Jadi orang yang paling gila dengan sejarah bersama-sama Atikah Rozali dengan Basirah Anati. Dapat 2nd peringkat negeri. Sedih sebab kalah satu markah dengan Intersaber. Sekolah jadi tuan rumah. So bias lah tuh. *EMO*

Karaoke? Family belah mak aku suka koraoke. Aku tak suka sangat sebab segan sangatlah kot nak nyanyi depan orang. Malu. Tapi sekarang, taknak lepas mic.

Conclusion:
Jangan nak pernah judge apa yang orang buat dan orang itu sendiri.(Aku cakap kat diri aku juga). Boleh jadi kita benci sangat perbuatan seseorang itu buat, duk anti, kutuk bagai nak rak. Last sekali? Kita buat. Tepuk dada tanya selera.

Monday, February 22, 2010

azam

saya nak berat saya kurang daripada 60kg! *sooo determined*
come on feefa sayang.we can do it.;)

Thursday, February 18, 2010

SSc!

Salam.haii.apa kabar?Saya baik jer alhamdulillah.

Minggu ini tak ada kelas macam biasa tapi kelas yang kita pilih. 2 minggu ini kelas SSC (Student Selected Component). Maknanya kita pilih kita nak buat apa contohnya macam dissection ker pasal tropical diseases ke apa ke. Kira nasiblah kita dapat ke tak apa yang kita pilih itu. Yang penting aku tak pilih. So kiranya aku ditetapkan kelas apa yang kena pergi sebab masa itu dah due date kena pilih. Aku dengan muka lepaknya tak pilih apa-apa. Ting TONG!!!!.Kira kelas yang aku dapat kelas yang macam saki baki orang taknak.=__=

Aku dapat risk management. Aku sukalah pergi kelas ini.Tapi aku ada masalah sikit. Tutor aku banyak pasang video. Video pulak macam-macam accent.Scottishlah apalah. Kalau ada subtitle english ke apa oklah juga. Ini aku duk nganga tak faham. Video dia pasang macam case2 human errors as in kalau dalam hospital, doctor tersalah inject ubat ke apa sampai menyebabkan kematian. Ala-ala discovery channellah, mencari faktor-faktor yang mengakibatkan sesuatu kemalangan dan macam mana nak reducekan risk, elakkan kemalangan daripada berlaku.

Lepas video je mesti ada discussion sikit, aku nak bagi idea, tapi dah tak faham video nak buat apa. Dok diam jerlahhhhhh. Dengar-dengar orang cakap dengan harapan aku akan faham video itu pasal apa sebenarnya. Angguk-angguk beriya menunjukkan aksi aku faham walhal aku faham sikit jer.

Finally aku terus terang jer dengan tutor aku kata aku tak faham. Dia kata tak apa. Nanti dia bagi aku buku suruh aku baca-baca sikit sebab minggu depan nak kena bentang case. Pasal Natural disaster ke human errors dalam medical world ke apa.Anyone? Suggestlah idea.Aku macam blur-blur sikit. Mana tak blur menghadap muka-muka mamat korea saja.

p/s: orang yang tak tengok korea, jangan mulakan. Sebab korean drama adalah sebuah fantasi yang hanya membuang masa anda. Aku tengok tak apa.haha.=P

Tuesday, February 16, 2010

Sambung ayat previous post.

Cerita pasal MedSoc itu kan?
Ha. Yang pasal mamat British itu,dia MedSoc mate aku. Aku dah lama sangat tak borak dengan dia. Masa hari itu, kita orang (aku, dia dengan 2 girls lain) naik bus konon nak balik terus sampai tube station. Malangnya, bus aku naik berhenti satu tempat di mana kami 4 orang kena jalan. Aku jalan dengan dia. 2 orang lagi jalan dekat depan. Jalan setengah jam, sepanjang perjalanan itulah aku borak dengan dia.

Dia jenis yang open minded. Macam kau tanyalah soalan paling bodoh kat dunia, dia dengan lepaknya akan jawap tanpa menggelakkan kau. Aku macam enjoy lah borak dengan dia, sebab banyak pasal culture mat saleh aku tahu.

Dia cakap, remaja-remaja British ini tak adalah semua suka drunk. Depends masing-masinglah. Selalu diaorang minum bila ada party and weekends. Alcohol tolerance depends on kerajinan kau meminum arak. Macam dia, 2 bottle stabil lagi. Plus semalam (the day before), dia minum banyak cawan sebab dia orang main table game. Siapa jawap salah kena minum arak. Dan masa pagi-pagi MedSoc, dia macam light-headed. Tak stabil.

The point is, dia banyak tanya pasal Islam. Dan aku macam dengan suka hatinya menerima soalan-soalan dia. Dengan itu, aku perlu banyakkan bacaan terutama English materials pasal Islam sebab kadang-kadang tak terkeluar perkataan yang ada dekat otak aku. >.<

Badan lenguhlah. Nak berhenti typelah.Esok-esoklah eh sambung.

Friday, February 12, 2010

Alhamdulillah, aku menghelakan nafas kelegaan setelah berjaya menamatkan peperiksaan Human Development, Cardiorespiratory dann Metabolism beberapa minit yang lepas. Entahlah.Berjaya tamatkan sajalah. Result aku memang betul-betul serah dekat Allah setelah dah cuba sebaik boleh masa exam. Takat itu saja Allah bagi ilham dan kekuatan dekat aku. Jadi, aku kena redha dan teruskan usaha. Yeah, jangan mengalah Najah. Come on.

Untuk capai sesuatu, kita mesti doa campur usaha campur tawakkal. Cuba teka bab mana paling mencabar? Mestilah tawakkal kan? Tawakkal bukan setakat dengan kata-kata tapi dengan hati dan perasaan. Sejauh mana kita betul-betul yakin dengan ketentuan yang Allah buat itu adalah yang terbaik dengan kita. Dan sejauh mana kita akan terima dengan hati yang terbuka, tak ungkit-ungkit dan rasa sedih. Kalau kita yakin dengan ketentuan Allah, sure kita takkan rasa takut ataupun sedihkan, setelah segala usaha dan doa dah dipertaruhkan. Benda macam ini selalu dah dengar since sekolah, masa ambil IB cuma bila masa kita nak betul-betul amalkan konsep redha itu. Najah, sila amalkan. =DDD

Mak aih, intro nak panjang-panjang. Tak adalah. Aku macam ada mood nak menulis. Nak dengar satu cerita tak. Semalam aku pergi Med Soc (dia macam hospital attachment tapi dekat klinik kerajaan tapi uplah kalau compare dengan klinik kerajaan Malaysia).

*aku terpakse pergi dah.Nak gia airport.Doakan selamat pergi n balik.=DD amin.insyaAllah

Tuesday, February 2, 2010

Benda ini agak berat tapi perlu.

*Saya tahu panjang tapi bacalah sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.=D.Luanglah masa sekejap.Sekejap saja.Okay what.Bekalan akhirat nie.insyaAllah*

Dalil sanggah beza tauhid uluhiah dan rububiah
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN

MENYAMBUNG persoalan minggu lepas tentang tauhid uluhiah dan rububiah yang dibezakan oleh pereka tauhid ini, adakah terdapat perbezaan di antara kedua-duanya? Maka minggu ini kami memaparkan pula dalil aqal dan naqal yang menafikan sama sekali perbezaan ini.

Kami tegaskan sekali lagi, bahawa dengan membezakan di antara kedua-dua tauhid ini, mereka menganggap orang musyrik sebagai ahli tauhid dengan tauhid rububiah.

Dalam erti kata lain, melalui konsep tauhid rekaan Ibnu Taimiyyah ini, orang musyrik atau orang yang tidak mengucapkan kalimah syahadah dianggap sebagai ahli tauhid atau orang yang mengesakan Allah.

Ini kerana, kononnya mereka percaya dan mengakui bahawa Allah yang mencipta segala sesuatu dan mentadbir segala urusan alam ini, tetapi mereka tidak bertauhid dengan tauhid uluhiah kerana menyekutukan Allah dalam sembahannya.

Maknanya juga, dalam satu masa seseorang itu boleh dikira sebagai ahli tauhid dan musyrik. Inilah salah satu kepincangan tauhid ini yang mendapat sanggahan yang hebat daripada ulama Ahli Sunnah.

Sebagai menjelaskan lagi kepincangan dan kebatilan tauhid ini, marilah sama-sama kita merujuk kepada dalil-dalil ulama dari sudut akal dan naqal.

Dari sudut aqal

Sekiranya orang-orang musyrik termasuk di dalam golongan ahli tauhid rububiah (sebagaimana yang mereka percayai), bermakna mereka ini beriktikad dengan iktikad yang jazam (teguh dan tidak berbelah bahagi).

Dengan iktikad ini, sudah pasti mereka tidak akan meragui bahawa Allah itu Esa pada ciptaan, kekuasaan, pentadbiran, takdir dan perbuatan-Nya serta dalam mendatangkan suatu kesan sama ada manfaat atau pun mudarat, yang kesemuanya ini adalah komponen bagi tauhid rububiah.

Jika inilah keadaannya, bolehkah diterima akal, dengan iktikad sedemikian mereka boleh pula mengambil tuhan selain Allah untuk disembah, sedangkan tuhan yang lain itu tidak berkuasa mendatangkan sebarang manfaat atau mudarat kepada mereka?

Orang-orang musyrik pada setiap zaman dan tempat menyembah pelbagai sembahan selain Allah. Mereka mempercayai bahawa sembahan-sembahan mereka itu boleh melakukan sesuatu perbuatan, mendatangkan kesan, manfaat dan mudarat.

Boleh mendekatkan mereka kepada Allah, boleh mendatangkan sesuatu kebaikan bagi setiap orang yang datang meminta pertolongan kepada tuhan-tuhan mereka dan boleh mendatangkan mudarat kepada setiap orang yang berpaling daripadanya.

Semua kepercayaan ini menafikan tauhid rububiah.

Dari sudut naqal

Nas-nas syariat telah menetapkan secara jelas, terang dan qatie (pasti) bahawa orang-orang musyrik pada setiap masa dan tempat tidak akan mampu bertauhid dengan tauhid rububiah semata-mata dan menafikan uluhiah, tetapi mereka semua adalah orang-orang musyrik pada uluhiah dan rububiah sekali gus kerana kedua-duanya adalah perkara yang satu.

Sebagai contoh, kami sebutkan di sini dalil-dalilnya:

1. Firman Allah SWT dalam menceritakan tentang orang-orang musyrik ketika ditanya tentang rahsia sebenar mereka menyembah berhala selain Allah: Tidaklah kami (orang musyrik) menyembah atau memuja mereka (sembahan-sembahan mereka), melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah dengan sedamping-dampingnya. (al-Zumar: 3)

Ayat ini jelas menunjukkan, orang-orang kafir beriktikad bahawa patung-patung mereka mempunyai kekuasaan untuk memberikan hidayah kepada mereka dan mendekatkan diri mereka kepada Allah. Maksudnya sembahan mereka itu mampu memberi kesan dengan sendirinya.

Maka di manakah letaknya tauhid mereka bagi tauhid rububiah?!.

2. Nabi Hud a.s ketika berdialog dengan orang musyrikin tentang patung-patung sembahan mereka dan ketika diterangkan kepada mereka bahawa sembahan mereka itu tidak berkuasa untuk mendatangkan sesuatu kepada mereka melainkan Allah, mereka berkata: Kami hanya boleh berkata bahawa setengah daripada tuhan-tuhan kami telah mengenakanmu sesuatu penyakit gila (disebabkan engkau selalu mencaci penyembahan kami itu). (Hud: 54)

Kepercayaan bahawa sembahan-sembahan mereka boleh mendatangkan kesan yang buruk, jelas menunjukkan bahawa orang musyrik mempercayai pada sembahan-sembahan mereka ada kekuasaan yang boleh melakukan sesuatu perbuatan dan mendatangkan kesan mudarat atau manfaat.

Ini menunjukkan bahawa orang musyrikin tidakpun mengesakan Allah pada rububiah tetapi menyekutukan Allah dengan tuhan-tuhan yang lain pada tauhid uluhiah. Iktikad mereka ini ternyata berbeza dengan apa yang dipercayai oleh pendokong bidaah pembahagian tauhid.

3. Allah SWT berfirman: Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai tuhannya (Rabb) kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku (Rabbi) ialah Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Ia (Namrud) menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. (al-Baqarah: 258)

Berdasarkan ayat di atas jelas dapat dilihat, Namrud telah mendakwa dirinya dengan perkara yang berkaitan tentang rububiah seperti mempunyai kerajaan, kekuasaan dan pemerintahan.

Dia juga mempercayai mempunyai keistimewaan rububiah yang boleh menghidupkan dan mematikan. Kemudian selepas itu, dia berdebat dengan Nabi Ibrahim a.s tentang Rabbnya (tuhan yang menjadikan) dan bukan tentang Ilahnya (tuhan yang disembah) sebagaimana penggunaan istilah dalam ayat tersebut.

Adakah selepas penjelasan ini, masih ada yang mendakwa: Sesungguhnya Namrud adalah ahli tauhid dengan tauhid rububiah dan Nabi Ibrahim a.s telah datang kepadanya untuk mengajak kepada tauhid uluhiah sahaja?

4. Allah SWT telah berfirman dalam menceritakan tentang Nabi Yusuf a.s yang mengajak sahabat-sahabat sepenjaranya kepada akidah tauhid yang suci:

Wahai sahabat sepenjaraku berdua! Memuja dan menyembah berbilang-bilang tuhan (Arbaab - jama' kepada Rabb) yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa? (Yusuf: 39)

Marilah bersama saya memerhatikan perkataan Nabi Yusof a.s ketika mempersoalkan tentang Tuhan yang lebih baik disembah: "Adakah Tuhan-tuhan (Arbab) yang bercerai-berai. Beliau tidak berkata: "Tuhan-tuhan (Aalihah - jamak kepada Ilah)."

Adalah jelas bahawa penghuni penjara menyembah lebih daripada satu Rabb dan lebih daripada satu Ilah.

Adakah masih boleh diterima oleh akal yang sejahtera, jika dikatakan: Orang-orang musyrikin bertauhid dengan tauhid rububiah dan Nabi Yusuf datang kepada mereka dengan membawa tauhid uluhiah sahaja? Maha Suci Allah, ini adalah suatu pembohongan yang besar!.

5. Allah SWT berfirman menceritakan tentang Firaun yang berkata ketika menakut-nakutkan kaumnya agar mereka mentaatinya. Firaun berkata: Akulah tuhan kamu (Rabbukum) yang tertinggi. (al-Naazi'aat: 24)

Demikianlah dakwaan rububiah Firaun bagi dirinya dan dia cuba mengagamakan kaumnya dengan rububiah ini. Maka dari sini, tidakkah ada langsung sebesar zarah perasaan salah bagi mereka yang mendakwa bahawa Firaun dan kaumnya bertauhid dengan tauhid rububiah dan telah datang kepada mereka Musa Kalimullah a.s dengan tauhid uluhiah sahaja?

Di ketika yang lain, Firaun juga mendakwa uluhiah bagi dirinya ketika dia berkata: Wahai orang-orangku, aku tidak mengetahui adanya bagi kamu sebarang tuhan (ilah) selain daripadaku. (al-Qasas: 38)

Ini menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan di antara rububiah dan uluhiah. Oleh kerana itu, sesiapa yang mendakwa dirinya dengan rububiah, maka dia telah menjadikan dirinya Ilah (sebagai tuhan yang patut disembah).

Sesiapa yang mendakwa dirinya dengan uluhiah pula, maka dia telah menjadikan dirinya sebagai Rabb (tuhan yang menciptakan, mentadbir dan sebagainya) bagi orang lain.

6. Mayat-mayat yang berada di dalam kubur, masing-masing tidak ditanya tentang uluhiah dan tauhidnya, tetapi malaikat akan bertanya kepadanya: Man Rabbuka? (Siapakah rab (tuhan) kamu?"

Sekiranya tauhid itu seperti yang dipercayai oleh Ibnu Taimiyyah, yang mana semua manusia di sisinya beriktikad dengan tauhid rububiah, kenapakah soalan malaikat ini masih diperlukan dan bermanfaat?

Ini menunjukkan bahawa dakwaan Ibnu Taimiyyah adalah tidak benar dan palsu semata-mata.

Kesimpulannya, orang yang syirik pada uluhiahnya dikira sebagai syirik pada rububiahnya juga. Sesiapa yang syirik pada rububiah maka dia juga adalah syirik pada uluhiah.

Minggu hadapan kami akan mengemukakan dalil-dalil mereka dan jawapan ulama tentang kesamaran dakwaan mereka. Benarlah perumpamaan Quraniy bahawa, sesungguhnya rumah yang paling rapuh ialah rumah labah-labah. (al-Ankabut: 41). Wallahu a'lam.