Tuesday, May 1, 2012

DNAR

Sekarang pukul 8.20am.Nak naik ward ke nak tunggu Kelly(kawan placement uni aku). Tapi dah janji Kelly nak naik ward sama-sama pukul 8.50am. Tak apalah sms Kelly bagi tahu dia aku naik ward dulu alang-alang aku dah sampai awal ini. 

Nampak seorang junior doctor tengah selak selak notes patient yang baru admitted dekat ward. Dia tanya aku nak ambil mana-mana history patient tak ke aku nak buat benda lain, macam contoh ambil darah ke apa. Aku cakap nak ambil history. Tiba-tiba, nurse jengah kepala from satu bilik patient yang dia tengah nak mandikan and nak tukarkan baju patient itu sambil tanya kitaorang, 
                                          
                    "Mana-mana doctor boleh tolong tengokkan patient ini?"

Aku pun follow saja lah junior doctor ini. Rupa-rupanya patient ini macam mula nak tak sedarkan diri. Mata dia macam bukak tutup pelan-pelan. Dia sandar dekat katil. Segala wayar nurse mula pasang dekat badan patient. ECG wire , oxygen saturation mula dah diletakkan pada patient untuk monitor keadaan patient ini. Aku berdiri dekat corner bilik itu sebab aku tak nak kacau laluan orang keluar masuk.

Nampaklah apa aku belajar dalam kelas diaplikasikan dalam usaha menyelamatkan nyawa patient itu. Check airway, breathing, circulation and danger(ABCD). Doctor nak bubuh oxygen mask tapi bila cek mulut patient ada muntah dia. Then, dia ambil tube cuba nak sedut muntah melalui mulut patient itu. Banyak muntah dia.Then, die suruh aku ambil file patient ini.




Buka file, ada document tulis DNAR(Do not attempt resuscitation). Faham tak maksud ini apa?Yang aku fahamlah document ini bermakna CPR tak di buat sekiranya diaorang stop bernafas atau jantung berhenti. Makanya, balik pada drama tadi, aku nampak usaha junior doctor aku suruh nurse call up the patient's relatives and call emergency team, pada masa yang sama sedut muntah patient tadi daripada mulut dia.

Then, patient ini dialihkan kedudukan baring terlentang kepada mengiring. Nama die recovery position. Tapi malangnya, walaupun senior doctor datang, patient ini gagal untuk terus hidup. CPR tak dibuat pun sebab ada DNAR tadi.Pulses were absent, senior doctor dengar jantung sambil geleng geleng kepala. Nampak kesedihan jelas terpancar from each of the staffs yang ada dekat situ. Aku difahamkan patient ini meninggal disebabkan aspiration, vomiting substances masuk lungs dia. 

Panjangkan cerita ak.?Kalau kau orang nak tahu, inilah pertama kali aku berada dalam keadaan itu, melihat orang meninggal dunia depan aku and I saw the whole thing. InsyaAllah, rasanya takkan lupa. Rasa macam detail sangat aku cerita, aku tak berapa minat post panjang panjang tapi terbuat sebab nak ingat first experience aku. Reflection dia, insyaAllah, ada masa aku tulis sekarang kena baca GI bleeding lecture notes. :)

No comments: