Tuesday, May 29, 2012

Is it okay to cry?

Masa nak exam hari itukan idea nak menulis boleh tahan jugalah mencurah-curah. Tapi ini, lepas habis exam, idea lesap pergi mana? Tak tahu.

  "Is it okay to cry?"


Rasa soalan atas ini soalan paling comel dekat dunia.I got it from my close friend. Tahu tak rasa dia macam  mana bila dengar soalan macam itu. Rasa macam nak peluk orang itu and cakap please cry now. Yes. On my shoulder. Dalam hidup ini, macam mana berusaha kita nak jadi positif pun, hal ini tak sesekali menghalang kita untuk menangis.

People sometimes said to me. Oh Najah, macam mana kau stay positive all the time? Macam mana kau tak ada rasa sedih?Macam tak ada masalah saja. Oh tidak. Haha. Saya pun ada ups and downs saye. Oh, bumi mana yang ditimpa hujan. Semua orang ada dugaan dia masing-masing tapi dalam bentuk yang tersendiri. Saya nangis juga because saya juga punye  hari hari yang things did not go well such as:

a)Met people that I found difficult to get along with
b)Met some people treated me badly when I did nothing to them.
c)Tak dapat jawap soalan Consultant tanya depan ramai orang. 
d)My English macam entah apa-apa grammar and vocab tunggang langgang rasa macam taknak cakap langsung. 

# This list can go on and on and on. Cukuplah apa disenaraikan di atas.

So balik soalan tadi. Is it okay to cry?

Yes!

Kita adalah manusia yang punya emosi. Saya ingat lagi I said to my mum I really do not want to get angry to anyone and felt so bad when I do especially to my loved ones. Getting angry to people that I love so much can make me cry and feeling guilty for having that feelings. But my mum said to me, Najah, you're a human being yang punya emosi. Maka tak salah nak marah atau menangis.

Boleh sedih tapi punya syaratnya. Syaratnya macam dalam apa-apa dalam kehidupan kita, syaratnya adalah bersederhana. Kalau nak sedih boleh tapi jangan sampai menzalimi diri kita sendiri. Jangan sampai perkara-perkara routine kita, tanggungjawab kita, hak kita and hak orang lain diabaikan. Kiranya bila nak nangis, nangis.Bila time ade kelas, belajar. Bila ada meeting, focus.Bila ada groupwork, buat. Jangan sebab tengah sedih hal-hal lain kita lepas tangan. Sian orang lain. Sebab kita emo, kerja tak dapat jalan.

Letakkan semua perkara di tempatnya, insyaAllah hati kita pasti dengan izinNya berasa tenang. Saya rasa saat terbaik untuk menangis apabila kita berdoa kepada Ilahi, berdua-duaan. Mengadu apa yang kita rasa,cerita apa kita lalui secara detail seperti kita bercerita pada kawan or mak kita. Ustazah Hafizah berkata, mari kita sama-sama doa sepertimana kita berada di tengah lautan, yang sangat sangat sangat helpless and perlukan pertolongan Allah. Baru pengharapan kita kepada Allah lebih.

Apa perasaan kita lepas kita bercerita kepada kawan or siapa siapa sahaja?Diaorang spend masa untuk dengar cerita kita saja rasa macam dah lega sangat, belum lagi diaorang tolong selesaikan. Apatah lagi mengadu pada Allah yang memberikan ujian and Allah jugalah yang memberikan penyelesaian. Sure lagilahkan? Tapi saying this does not mean tak payah cerita dekat orang lain langsung. Boleh saja nak cerita ^_^ tapi make sure cerita kepada orang yang betul and dipercayai.

Bila kita dah nangis betul-betul depan Allah and doa agar dikurniakan kekuatan untuk redha atas segala musibah berlaku,our heart will be at ease insyaAllah. So, bab sedih tak perlu berpanjangan. Cukuplah kita dah nangis di atas sejadah. Kesat air mata, basuh muke and go settlekan tanggungjawab ibadah umum kita yang lain. Belajar, rayau-rayau dekat ward and talk to patient. Tapi cuit! Jangan lupakan Allah and sentiasa usaha untuk resetkan niat kita.

Tujuan post ini ditulis untuk peringatan kepada diri sendiri yang selalu lalai and leka. Kita tak adalah baik sangat, tapi marilah kita bersama-sama berusaha cuba untuk jadi baik. Sampai di sini sahaja coretan saya. Sorry kalau salah cakap ke apa. Selamat Malam. Wassalam.

And that it is He who makes [one] laugh and weep [53:43]


Monday, May 21, 2012

Rejab!

Saya ingat ada tahun tahun lepas orang bagi saya email pasal bulan rejab. Orang itu Aisyah Ismail. Jap eh, nak copy paste bubuh dekat sini. Jom puasa nak? Semoge niat kita ikhlas kerana dia insyaAllah.

P/S: Sory tak cakap banyak. Minggu depan exam. Lepas itu, minggu depan lagi pindah rumah. Sebulan lagi final exam. Cuak exam. Doakan please. Also, doakan kita semua diberikan kekuatan untuk melakukan lebih banyak ibadah dalam bulan Rejab. InsyaAllah.


By: Ustaz Zahazan

Bulan Rejab termasuk didalam salah satu bulan-bulan Islam yang dianggap suci oleh umat Islam.Bulan Rajab ini menduduki senarai yang ke 7 dalam bulan-bulan Qamariyyah.

Firman Allah  didalam surah At-taubah ayat 36 yang bermaksud: “Sesunguhnya bilangan bulan-bulan disisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati, ketetapan yang demikian ialah agama yang betul lurus,maka janganlah kamu mengganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu(dengan melanggar larangannya). Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.

Empat bulan yang dihormati sebagaimana disebutkan dalam ayat tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Inilah yang telah disepakati oleh para mufassirin. Penghormatan terhadap bulan Rejab adalah bersempena penghormatan yang telah diberikan kepadanya semenjak zaman jahiliah lagi dimana mereka mengharamkan  peperangan didalam bulan tersebut. Inilah sesuatu pengiktirafan oleh Allah SWT terhadap bulan Rejab disamping bulan-bulan haram yang lain.

Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa peristiwa penting telah berlaku didalam bulan rejab, diantaranya ialah:

Pertama-Peristiwa israk dan mikraj yang berlaku pada 27 Rejab  mengikut pendapat sebahagian besar ulama Islam, ia adalah peristiwa dimana Rasulullah s.a.w telah diperjalankan dari Mekah ke Baitil Muqaddis dan kemudiannya diangkat kelangit untuk bertemu Allah SWT, disinilah bermulanya kefarduan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.

Kedua-Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habshah oleh beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w termasuk Saidina Uthman Bin Affan ra dan isterinya Ruqayyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini bertujuan menyelamatkan aqidah disamping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.

Ketiga-Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan hijrah. Ia adalah peperangan yang menguji iman para sahabat kerana ia beraku pada musim panas.Pertempuran ini dipimpin oleh Rasulullah s.a.w sendiri untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke semenanjung Tanah Arab. Walau bagaimana pun pertempuran tidak berlaku kerana tentera Rom membatalkan hasrat mereka lantaran perasaan gentar dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam.

Selain daripada itu,terdapat juga peristiwa penting lain yang berlaku didalam bulan yang mulia ini seperti kelahiran Imam ahlis sunnah, Imam As-Shafie yang menjadi ikutan mazhab umat Islam ditanah air iaitulah dalam bulan rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi.Demikian juga peristiwa bersejarah iaitu pembebasan semula Palestin dan kota Baitul Maqdis oleh Solahuddin Al-Ayubi dari kekuasaan tentera solib juga berlaku dalam buan Rejab iaitu sekitar 27 Rejab 538 Hijrah. 

Kaum muslimin Rahimakumullah,
Sesetengah umat Islam akan berpuasa sunat didalam bulan rejab. Sesetengahnya pula akan pergi menunaikan umrah, kerana menganggap umrah yang mereka lakukan didalam bulan ini ada fadilatnya yang khusus. Tidak kurang juga terdapat umat Islam yang berusaha memperbanyakkan sedekah pada bulan ini dengan beranggapan mereka akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. 

Walau bagaimanapun, kebanyakkan ulama mutakhirin menyatakan bahawa tanggapan ibadah-ibadah sunat ini akan mendapat ganjaran berpuluh kali ganda atau beribu kali ganda adalah tanggapan yang tidak benar. Apa yang pasti bahawa bulan ini adalah termasuk didalam kelompok bulan-bulan haram dimana umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat sama ada solat sunat, berpuasa, bersedekah atau lain-lain lagi.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Hakikat ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang yang beramal soleh hanya dia sahaja yang maha mengetahui. Oleh kerana itu sudah sewajarnyalah didalam bulan Rejab ini dan juga bulan-bulan yang lain diisi dengan perkara-perkara yang dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT dan mendapat keredaannya.

Sesungguhnya terdapat banyak hadis-hadis nabi dan ayat-ayat Al-Quran yang memberikan galakkan kepada umat Islam untuk melakukan sesuatu amal ibadah tanpa mengira didalam bulan mana mereka melaksanakannya. Oleh kerana itu, bersempena datangnya bulan Rejab ini banyak amalan sunat yang boleh dilaksanakan seperti mana juga didalam bulan-bulan yang lain, diantaranya,

1. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau berpuasa sebahagian daripada bulan Rejab.   
Amalan berpuasa sunat adalah merupakan satu galakan daripada Allah SWT kepada umat Muhammad s.a.w sebagaimana disebutkan didalam sebuah hadis qudsi riwayat Imam Al-Bukhari  yang bermaksud,
 “Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah SWT berfirman bahawa puasa itu adalah untukKu maka Akulah yang akan membalasnya”.
Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim Al-Ansori, beliau (Uthman) pernah bertanyakan kepada Said bin Jubair mengenai puasa Rejab. Said menjawab “Aku mendengar Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa rejab sehingga kami menyangka baginda tidak berbuka (terus menerus berpuasa) dan baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa”.

2. Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan  oleh Hakim bin Hizam yang bermaksud “Tangan yang diatas (pemberi) lebih baik  dari dari tangan yang dibawah (penerima)”.

3. Memperbanyakkan zikirullah dengan cara berwirid, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ra''d ayat ke 28 yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah akan menjadi tenang dan tenteram hati manusia”.

Demikianlah sebahagian amalan-amalan sunat yang amat digalakkan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Amalan ini sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan, sudah pasti akan dapat melahirkan insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT. Ini sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan masalah sosial yang lain. Malangnya, amalan mulia sebegini sering ditinggalkan oleh sebahagian umat Islam sama ada oleh golongan muda mahupun golongan tua. Akibatnya, mereka lebih banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu dan terlibat dengan pelbagai bentuk kegiatan jenayah.

Saudara-saudariku seaqidah sekalian,
Al-Imam al-Nawawi mengkhususkan suatu bab dalam karya ulungnya Riyadhus Salihin tentang keutamaan beriltizam dengan surah-surah yang tertentu, juga wirid-wirid yang khusus sebagai satu komponen yang penting membentuk peribadi salih.Ini termasuk keutamaan membaca al-Fatihah, ayatul Kursiy, 2 ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Mulk dan 3 Qul ( al-Ikhlas, al-Falaq & al-Naas ) .
wirid-wirid yang tertentu juga amat mustahak diamalkan kerana ia adalah supplement ruhani yang sering diabaikan menyebabkan berlakunya kecenderungan melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.

Kita juga seharusnya tidak melupakan firman Allah SWT yang menyatakan bahawa dengan zikrullah, hati mereka akan merasa aman dan tenteram.

Di samping itu ramai umat Islam yang melupakan sabda Rasulullah s.a.w tentang keutamaan berpuasa untuk mengelakkan diri dari perkara- perkara maksiat.  Inilah merupakan sebahagian dari program pengabdian diri bagi melahirkan rasa ubudiyyah buat menongkah perangai mazmumah sebagai persiapan menyemarakkanisemangat Ramadhan.

Marilah kita bersama memulakan tazkiyyah ini dengan melakukan senarai semak atau bermuhasabah  agar amalan-amalan sunat ini didalam membentuk jiwa dan peribadi yang sempurna. Dengan bermulanya bulan Rejab ini, anak-anak muda khususnya dan umat Islam umumnya harus diberikan kesedaran dan sedikit suntikan semangat supaya bersama-sama menghidupkan amalan-amalan mulia ini dan seterusnya dapat membangunkan diri mereka menjadi insan yang bertaqwa disisi Allah SWT.

Apa yang kita harapkan agar amalan-amalan didalam bulan Rejab ini dilakukan dengan penuh keikhlasan dan akan menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8  bermaksud: “Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya(dalam suratan amalannya)dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya(dalam surat amalannya)”. 

Saturday, May 19, 2012

Curi masa

Assalam. Bye bye Southend for a week! Hi! I am back in London. Ada kelas dekat Whitechapel seminggu.Saya sebenarnyaa kan nak tulis ini curi masa. Nak tahu apa tak? Sekarang ada sleeping disorder. Asyik nak tidur. Orang nak exam minggu depan kena belajar dia sibuk rajin tidur. Hurmm.Ottuhke? Doakan orang fokus belajar please. Subuh sekarang awal pukul 3.15am. Alhamdulillah lah dapat bangun tapi kena tidur awal ye Wan Najah. Tidur lambat bangun awal itu mengantuk saja kerja. Minggu minggu depan nak kena pindah hall. So sekarang busy packing. Mama, mehlah datang London packing sekali dengan orangg. Anyway, post kali ini macam tak ada pengisian. Nak buatt tapi kalau sekali type2 dah makan 1 jam. Okay dah dah. Pergi study Najah. Pergi. Tak kira. 
                                                   
                                                     Ni haa rupa bilik tengah mengemas.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. InsyaAllah fighting!

Wednesday, May 16, 2012

I love this so much!

Someone whatapps me this and i love it soo much. Allah bagi petunjuk dengan caraNya tersendiri. Alhamdulillah! :)

Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: “If somebody reproaches you and makes you feel ashamed of any of your defects, do not make him feel ashamed of any of his defects.” [Abu Daud]

Usually, when somebody points out one of our shortcomings, we immediately become defensive and start finding faults with them. But the advice of our beloved Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam), is that we should listen quietly and evaluate what we are being told. If there is something we can improve about ourselves, it is only to our own advantage to do so. If the criticism is unjustified, then we are rewarded for our patience and good behaviour in not retaliating. The angels will take care of defending our honour. Starting a counter attack opens the door for Shaytaan to come in and take over.

Once Hazrat Abu Bakr Siddiq (radi Allahu anhu) was sitting with the Prophet (sal allahu alaihi wa sallam) when a man came and started to abuse Hazrat Abu Bakr. Hazrat Abu Bakr remained silent. Finally, he started to speak in his defence. At this point the Prophet (sal Allahu alaihi wa sallam) got up and left. Hazrat Abu Bakr immediately went after him and inquired if he had done something wrong. Rasul Allah replied that as long as he had been silent, angels had been speaking on his behalf, but when he started to respond, the devil came and sat down next to him. As the Prophet (sal Allahu alaihi wa sallam) could not remain seated where the devil was sitting, he left.

P/S: I am goona keep it safe here supaya insyaAllah ingat and diamalkan.Jom sama sama insyaAllah :))


Sunday, May 13, 2012

Prof Tariq Ramadan's talk

Bismillah.

Hari Rabu itu. Ambil tren dari Southend balik London sebab nak practise clinical skills untuk finals *Oh noooo, cuak dah fikir final*; venepuncture,cannulation, urinary catherisation dekat clinical lab yang dah di book pukul 5pm sampai pukul 7.00pm. Tariq Ramadan punya talk pukul 6.30pm. So,nak dijadikan cerita gedebak gedebuk, sampailah di lecture hall itu pukul 7.00pm. Lambat setengah jam. It's better late than never kan.

Rasa macam cuak juga nak buat post pasal Tariq Ramadan ini sebab takut macam kalau ada tersalah tafsir apa dia cakap.Prof Tariq Ramadan ini sah sah penggunaan bahasa and taraf pemikiran dia high level, lepas itu dia cakap laju jugak. So, adalah certain things yang dia cakap macam berlaku 'indigestion' dalam diri sebab apekan daya, ilmu di dada tang politik, economic segala macam seriously cetek. Tapi takpelah. Post ini sekadar short summary apa yang macam boleh tangkaplah.

Stop bebel Najah.Cuit! Before that, tahu tak Prof Tariq Ramadan ini siapa? Dia cucu Hasan Al Banna. Usha sini: Tariq Ramadan

                   Sebab datang lambat duduk belakang. See orang mat saleh pun ramai datang. :)

Okay, here are some points that I learned on that day. The title was Islam and The West. 

Introduction
Prof Tariq Ramadan was proposing political,economic and cultural management to respond to contemporary challenges without betraying Muslims identity. Here are some the issues:

Political
Basically there are two problems.
a) New salafi trends in Egypt and Tunisia which Saudi Arabia and Qatar organization are supporting this religious party organization by funding them 80 millions dollars.
b) Tension between Syiah and Sunni. In their history, they have managed to find common ground and understanding. The situation in Iraq is speficic and the Western interference has something to do with this new fracture.
So. we need to find ways to reconcile Muslims but these are much more a political issue than a religious one.

Economics
It is soo important Arabic countries to have sub-sub relationship but because of them being too nationalistic, they are divided, they are too focus only about their country. No perpaduan.

Cultural
Turkish Mosque. Syiah Mosque. Pakistan Mosque. Muslim shared common principles but there is cultural segregation.

Others:
Issue about revolution in Arabic countries such as in Egypt were also mentioned. Revolution does not mean only expelling the leader but the question is, what exactly they want? Also outsiders like us, only by reading  newspaper, not knowing what is really happening inside the countries, we are so naive and emotional to support revolutions.STOP IT.

Conclusion
Islamic principles (such as rule of law, equality, accountability, majority decision process, etc.) are universal, and the Muslims should find new models according to their new environment and the new era by tackling these issues.

Self Reflection
Talk seperti ini sangat bagus kerana berjaya membuka minda sendiri untuk memikirkan mengenai Islam secara global. Before this, biasa dengar talk mengenai pembinaan individu Islam. Terasa macam katak di bawah tempurung, tak tahu perkembangan dunia Islam especially in Middle East. Tak apa tak apa. Life is a learning process. Mari banyakkan membaca lepas ini. insyaAllah. Also, we were amazed with Prof Tariq Ramadan. He is indeed intelligent person by the way he gave the talk and how he answered all the questions. And dia sangat sporting and pandai buat kelakar! Kita orang dapat tangkap gambar dengan dia.Yeay. Alhamdulillah.

# Also, insyaAllah, Prof Tariq Ramadan ada cakap yang dia nak datang Malaysia July ini 3 weeks. 14th July ini. Dia cakap time tyme kitaorang tgh pose ambil gambar dengan dia, memang tak ada siapa yang reply lah sebab semua tengah sengih pandang camera. Lol.

Wallahualam.Sorylah kalau content macam tak best. Ini yang termampu. Tapi at least dapatlah rough ideakan talk ini pasal apakan? :)

Friday, May 11, 2012

Buat baik banyak banyak

Bangun pagi, nak solat subuh. Pergi ke arah pintu dok raba raba dinding belah kanan nak pergi toilet. Lepas tuh cari cari suis lampu. Aik? Tak jumpa. Kenapa? Oh patutlah. Aku dekat rumah London, bukan Southend. Lawaklah nak tergelak sendiri.Punye laloklah Wan Najah Maryam ini.

Alhamdulillah, dalam malas punye malas, aku melangkah keluar rumah London, ambil tren pergi Southend. Sampai tren station Westcliff, jalan kaki pergi hospital dalam 50 mins. Meriahkan jalan? Jalan jalan tengok orang. Bestlah jugak rupanya.Sampai hospital 8.58am. Clinic starts at 9.00am. Alhamdulillah.

Tadi rasa sedih tengok seorang patient. He got liver problem yang tak pasti apa punca dia. Mata putih dia jaundice *warna kuning. Then, doctor cakap, this patient has to be admitted asap. Maybe keadaan dia macam critical. Aku tak dapat dengar sangat sebab aku tak ada waktu doctor examined him.

Sedih sangat. 

Doctor: "Oh saya rasa awak kena dimasukkan di hospital secepat mungkin."
Isteri patient: "Oh, bila ye? Boleh tahu exact date?Boleh tak minggu depan? Kalau boleh jangan minggu ini."
Doctor: "Saya tak pasti. Yang pasti bila Cambridge Hospital ada katil kosong, suami awak kena masuk hospital sane secepat mungkin.Kenapa? Awak buat business ke?"
Isteri: "Ye, banyak sangat urusan kami perlu selesaikan. Kami bukak kedai. Saya perlukan suami saya.Saya tak boleh buat seorang."
Suami: Sambil kesat air mata, " Just close the shop".
Doctor: "I know the shop is important but the most important is ur husband's health. He is our main concern now."

Sebak sangat rasa. 

Aku taktahu, doctor tak tahu keadaan apa mereka facing maybe masalah kewangan dan entah entah kedai itu sangat penting untuk mereka untuk dapatkan source kewangan untuk kehidupan. Hanya mereka saja berdua saja tahu. Tapi aku impress isteri dia sangat tenang. Patient itu umur dah 66 tahun tapi masih bekerja keras untuk sara hidup

Lepas itu aku macam reflect, betullah. 2 nikmat berharga yang golongan muda selalu lalai and tak hargai :
1) Waktu yang lapang 
Masa belum kahwin ini, boleh buat pelbagai kebaikan, kerja elok elok, pergi aktiviti sane sini, sumbang terbaik untuk masyarakat, kumpul duit untuk bekalan hari tua and untuk sedekah juga.Dah kahwin nanti, kerja,suami anak anak, sedar sedar saja dah tua. Tak sempat dah nak buat apa. 

2) Badan yang sihat
Banyakkan tenaga kita ada? Muda. Tak ada muscle weakness ke apekan. Tapi apa kita buat? Tidur, takpun lepak lepak, borak borak. Bukanlah nak cakap tak boleh Wan Najah, boleh saja tapi tahulah batasnya. Jangan melampaui batas. Bila dah saket, nak beribadah pun tak dapat. So please look after ur health properly!

Pesanan Ustaz Pahrol untuk golongan remaja, muda mudi, ditujukan khas pada diri ini terutamanya and siapa yang terbaca.
 "Sibukkan diri dengan kebaikan banyak banyak sampai  terasa letih, tak sempat untuk buat kejahatan."
Antara aktiviti dianjurkan:
1) Budaya membaca; especially Al-Quran, dampingi and baca Al Quran
2) Libatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan secara berjemaah

Since post before this pernah cakap, hati organ paling berpotensi untuk tak konsisten. Inilah antara usaha yang kita sama sama boleh buat untuk bawa hati ingat Allah.
1) Bila resah, ingat saat indah (Haha ini lagu rem  :p) Bukan itu. Tapi wudhuk, solat 2 rakaat.
2)Dampingi Al-Quran
3)Punya ustaz/guru/ kawan kawan yang baik kerana aura mereka boleh jadikan hati tenang
4)Puasa; bila puasa, lapar, nafsu dilemahkan, hati mula bercahaya.
5) Mengunjungi program menuntut ilmu.

Dengan rasa diri yang banyak kelemahan, tujuan post ini ditulis khususnya ditujukan kepada diri sendiri, sebagai peringatan, kerana masa berlalu pantas, nanti  sekiranya panjang umur,tak nak dah tua menyesal sebab masa muda tak cukup buat kebaikan. Nauzubillahminzalik.

Good Night! Wassalam.! 

Monday, May 7, 2012

Tangan yang Luka

"Aku sedih.Aku tak tahu kenapa aku kena ujian seberat macam ini. Tak macam orang lain. Orang lain bahagia saja, tak ada masalah macam aku ini. Aku, bukan setakat masalah itu, tapi masalah ini.Tak tertanggung rasanya nak tempuhi benda macam ini."

Pernah cakap macam itu atau dengar orang cakap macam itu? Pernahkan?Rasa semua orang pernah bila rasa tak tertanggung nak tempuhi dugaan. Umpama dah jatuh ditimpa tangga.Rasa hidup tak adil, orang lain tak kena tapi diri kena. Tapi sebenarnya nak tahu satu rahsia tak? Orang lain kena jugalahh, tapi dalam bentuk yang lain. ;)

Sebenarnya, betul ke ujian hidup yang Allah beri pada kita seperti sakit, gagal, duit tak cukup, penghilang kebahagiaan kita?Perasan tak bila ditimpa ujian kita mudah sangat nak sedih, marah, tension, stress, rasa down, rasa give up macam dah tak tahu dah nak deal dengan situation ini, nak nak pulak orang lain tak boleh tolong. 

Cuit.
Meh dengar analogi ini. Cantik sangat.Hopefully, kita dapat ambil iktibar and amalkan.

"Air limau apabila dituang ke atas tangan yang biasa, langsung tidak menimbulkan sebarang kesakitan. Tapi bila dituangkan ke atas tangan yang luka mengakibatkan rasa yang pedih." -(Ustaz Pahrol ,2012)

Rasa pedih bukan disebabkan air limau, tapi disebabkan keadaan tangan kita yang luka. Tangan yang luka itu adalah merujuk hati yang 'sakit'. Tangan biasa merujuk pada hati yang sihat. Air limau itu adalah ujian. 

Hati yang sihat bila ditimpa ujian tenang, sabar dan bersyukur. Tapi hati yang sakit bila ditimpa ujian, resah, marah dan  rasa tak puas hati. 

Makanya, kita seharusnya berjuang menjaga hati kita supaya terlepas from penyakit hati. Kalau nak tahu, hati merupakan organ manusia yang paling berpotensi untuk tidak konsisten. Jadi, saya menyeru kepada diri saya dan sesiapa terbaca ini untuk SENTIASA membawa hati mengingati Allah supaya apabila ditimpa ujian, kita tak mudah melatah, sebaliknya sabar and redha. 

Jom berusehe sembuhkan hati yang tengah sakit.

Bila hati dah redha dan yakin bahawa ketentuan Allah adalah yang terbaik untuk kita,  kitalah orang paling bahagia di dunia ini dan ingatlah hanya orang bahagia di dunia ini yang akan berbahagia di akhirat.InsyaAllah :)

Homesick

Dah lama tak spend masa dekat London rasa berat nak tinggalkan rumah sini. Najah, cepat tutup laptop. Solat Zohor and gerak Southend please please please awak. Perasaan ini sebijik macam perasaan nak balek asrama lepas cuti balek bermalam. *Sobs*

Friday, May 4, 2012

I am 23 year-old.

Bismillahirahmanniraheem. I had 4 celebrations. Alhamdulillah :).

a) 1st celebration

Celebrated it with Emira after the College of Medicine annual conference

2) 2nd celebration
Kek made by flatmates Afiqah, Ashwinni, Linda and Sue May.

At 9.00pm on the 3rd of May 2012, someone knocked on door who I thought was my junior Raihan. It turned out to be my lovely flatmates. With the lights of corridor switched off, they sang a happy birthday song to me. It was funny cause I was about to recite yassin, and I was wearing my telekung when I opened my door. 

Linda, me , Afiqah and Ashwinni

3) 3rd celebration
I was about to cut my cake in the kitchen with my flatmates when I received a call from my junior, Madihah, telling me that she just burnt her hands while cooking. Funny enough? I did not know how to respond whether it's a lie or serious matter. So I decided it was a serious matter, with a promise that I would be coming back as soon as possible, I went to Madihah's kitchen leaving my flatmates behind. When I entered the kitchen, they started to sing a song.Alhamdulillah Another big Yeay! They were so sweet to hold this celebration when they only left with 1 week before their exam.

From the left, Farah, Raihan, Idzni, me, Madihah *wawa was snapping the picture.

4) I received a gift from my flatmates again. Afiqah and Ashwinni. They knocked on my door at 11.00am on by birthday and gave me this.

Eyeshadow make up.

5) The 4th  and the last celebration
My flatmates again cooked a dinner on my birthday and we ate together at 7.30pm just now. 

                                                        It was soo yummy. Burp. Alhamdulillah! 

Ops mimpi ape Wan Najah buat post dalam bahasa inggeris. Hehe.
Alamak. Tinggal 23 minit sebelum birthday saye habes. Type laju-laju. Hehe.
Seperti tahun-tahun lepas, saya akan buat post on my birthday. Tahun ini terlambat buat sebab tengak buat essay. Nak siapkan by hari ini insyaAllah.

Okay setiap kali birthday, saya akan buat resolutions baru.  Saya nak belajar menjadi Najah yang lebih baik. Like seriously, insyaAllah. Itulah azamnya.Saya punya banyak kelemahan, maka segale yang lemah itu saya cuba sikit -sikit nak buang. Tak bolehlah kan sekaligus nak buang kan.Antaranya:

1)Menjadi anak yang terbaik
Nak buat terbaik tak kira sama ada time kat uk atau dekat Malaysia. Tolong mak ayah apa yang patut. Time flies reaaaaallly fast wan najah. Appreciate them while u can. insyaAllah sementara belum berumahtangge lagi, saya berazam nak menjadi anak solehah kepada mak ayah kerana redha ibu bapa memayungi segala perbuatan kita. 

2)Memikirkan perkara yang lebih serius.
Kalau dulu senang-senang saje saya cakap saya malas nak fikir tapi sebab saya rasa umur saya ini dah mencecah umur 23 tahun dan dengan rasminya insyaAllah saya akan mula memikirkan soal lagi matang seperti jodoh dan sebagainya.Haha! Malu *Tutup muka guna buku*. Tapi betullah. Bukan boleh main main dah sebab mak saya pun kahwin umur 23 tahun. Dah jangan gelak,orang serious ini.

3)Berazam nak jadi lebih rajin. 
Lebih rajin belajar and betulkan niat belajar. Tahun ini banyak main sikit. Nak fokus and buat yang terbaik sebab nak jadi doctor untuk agama bangsa and negara. Semangat patriotik! Yeah. Bagus.

4) Ramadhan
Nak buat yang terbaek kat dunia ini masa bulan ramadhan.insyaAllah.insyaAllah.insyaAllah.

5) Lebih banyak menuntut ilmu
Bukan ilmu medic saja tapi ilmu agama, seperti aqidah islamiah and bahasa arab. Go go. Support IKIM insyaAllah.

6) Menepati janji
Memegang amanah rahsia orang dengan baik sekali dan delete segale data dalam otak bila isu itu sudah dibincangkan.

7) Bersangka baik dan berlapang dada.
Tak kira macam mana orang dah sakitkan hati kita, zip mulut tak mahu cakap pasal orang lain.Lupekan ape dah berlaku. Arasso wan najah?


Before that, nak cakap terima kasih sangat kawan kawan yang wish birthday. Sorry ada yang tak reply or like lagi post sebab tengah pulun nak siapkan essay kena submit 1st June. Exam dah dekat 28 May, final 2 July, kena pindah rumah before 9th June so kena start packing while I m in London.Rotation dekat Southend sampai 22 June. So bunyi macam serabut sedikit tapi kena yakin pertolongan Allah itu dekat.insyaAllah. 

Alamak nak kene babai dah, Tinggal 3 minit nak jadi 5hb dah. Okay babai. mintak maap kalau ade salah pape.Wassalam :)

P/S Tapi nak tahu apa tak? Tadi sempat usha post masa zaman dulu dulu. Boleh dikatakan sama jugaklah. The azam semua masa umur 21! Cube tengok sini Birthday 2010. Kelakar sebab baca menda ini lepas dah buat post yang ini. Banyak yang sama. Azam tak berubah. But the thing that made me smile like crazy is hajat nak buat umrah tercapai. Alhamdulillah. Sweetness teramat. I love you Allah!

Tuesday, May 1, 2012

DNAR

Sekarang pukul 8.20am.Nak naik ward ke nak tunggu Kelly(kawan placement uni aku). Tapi dah janji Kelly nak naik ward sama-sama pukul 8.50am. Tak apalah sms Kelly bagi tahu dia aku naik ward dulu alang-alang aku dah sampai awal ini. 

Nampak seorang junior doctor tengah selak selak notes patient yang baru admitted dekat ward. Dia tanya aku nak ambil mana-mana history patient tak ke aku nak buat benda lain, macam contoh ambil darah ke apa. Aku cakap nak ambil history. Tiba-tiba, nurse jengah kepala from satu bilik patient yang dia tengah nak mandikan and nak tukarkan baju patient itu sambil tanya kitaorang, 
                                          
                    "Mana-mana doctor boleh tolong tengokkan patient ini?"

Aku pun follow saja lah junior doctor ini. Rupa-rupanya patient ini macam mula nak tak sedarkan diri. Mata dia macam bukak tutup pelan-pelan. Dia sandar dekat katil. Segala wayar nurse mula pasang dekat badan patient. ECG wire , oxygen saturation mula dah diletakkan pada patient untuk monitor keadaan patient ini. Aku berdiri dekat corner bilik itu sebab aku tak nak kacau laluan orang keluar masuk.

Nampaklah apa aku belajar dalam kelas diaplikasikan dalam usaha menyelamatkan nyawa patient itu. Check airway, breathing, circulation and danger(ABCD). Doctor nak bubuh oxygen mask tapi bila cek mulut patient ada muntah dia. Then, dia ambil tube cuba nak sedut muntah melalui mulut patient itu. Banyak muntah dia.Then, die suruh aku ambil file patient ini.




Buka file, ada document tulis DNAR(Do not attempt resuscitation). Faham tak maksud ini apa?Yang aku fahamlah document ini bermakna CPR tak di buat sekiranya diaorang stop bernafas atau jantung berhenti. Makanya, balik pada drama tadi, aku nampak usaha junior doctor aku suruh nurse call up the patient's relatives and call emergency team, pada masa yang sama sedut muntah patient tadi daripada mulut dia.

Then, patient ini dialihkan kedudukan baring terlentang kepada mengiring. Nama die recovery position. Tapi malangnya, walaupun senior doctor datang, patient ini gagal untuk terus hidup. CPR tak dibuat pun sebab ada DNAR tadi.Pulses were absent, senior doctor dengar jantung sambil geleng geleng kepala. Nampak kesedihan jelas terpancar from each of the staffs yang ada dekat situ. Aku difahamkan patient ini meninggal disebabkan aspiration, vomiting substances masuk lungs dia. 

Panjangkan cerita ak.?Kalau kau orang nak tahu, inilah pertama kali aku berada dalam keadaan itu, melihat orang meninggal dunia depan aku and I saw the whole thing. InsyaAllah, rasanya takkan lupa. Rasa macam detail sangat aku cerita, aku tak berapa minat post panjang panjang tapi terbuat sebab nak ingat first experience aku. Reflection dia, insyaAllah, ada masa aku tulis sekarang kena baca GI bleeding lecture notes. :)