Tuesday, January 24, 2012

Nawfal!


Sengih kak jah tengok gambar adik kak jah seorang ini. Dah pandai vain eh?haha. Budak form 1. Biaselahkan.Tak dapat nak bayangkan Awfal sekarang lagi tinggi from kak jah. Lepas itu, mesti lagi kurus kan? Name masuk asrama dah. Bukan asmara okay?hehe Serious, tak dapat nak bayangkan. Kak jah balik summer inikan insyaAllah.Sure macam tengok orang lain.Hopefully, hensemlah eh! hehe. Anyway, sorylah kak jah tak wish birthday properly. Malam itu je kak jah call. Takpe yang penting doa kan. Doa paling penting. Kak jah doakan yang terbaik untuk baby. Dah besar dah dia. Belajar rajin rajin. Mesti Awfal rindu Kak jah suruh bace bukukan? Muke sure nak cuak bila kak jah tanya mana buku? Dah baca mane? Dah buat latihan belum? Meh kak jah cek. Oh my. Kenapa aku strict sangat. InsyaAllah bila nawfal asrama, kak jah dah tak bising sangat. Sebab insyaAllah, kak jah tahu awfal leh buat dengan yang terbaikkan.Kak jah bising bukan apa, sebab kak jah nak awfal buat yang terbaik regardless apa result dia. Itu je. :).

Okay fine.Najah stop bebel. Sorry, kalau kak jah dekat Malaysia insyaAllah kak jah buatkan kek. Tapi ottuhke?Kak jah stuck dekat hospital dekat sini. Esok, birthday babah. Nanti Jumaat ini birthday mama,abang and nenek ohor pulakkan. 31 jan ni birthday Naqib. Keluarga aku semua birthday nak Januari. Aku dengan Najib yang sesat. Anyway, Nawfal, dekat asrama, academic performance penting, but sebenarnye the whole process being there itself is far more important. Being there will absolutely build up ur identity and personality later on. Belajar agama elok-elok. Ceramah/kuliah agama and usrah dengar baik-baik. Hafaz surah-surah semua dengan baik. Pick good friends. Kawan gila-gila pun boleh asalkan tak terpengaruh benda yang tak elok. Have fun. Sekolah best sangat. Sila hargai ye baby?hehe. Take care Nawfal.Love you always. Semoge panjang umur, murah rezki and dirahmati Allah sentiasa. :))

Sunday, January 22, 2012

I spent my weekend here!

Alhamdulillah. Hari ini Ahad, pukul 9.19pm. Esok hospital macam biasa. Jadual tulis wardround jer. Petang Consultant tak ada, dia ade clinic dekat hospital lain. Alhamdulillah. Aku berjaya! Flat aku kosong kot. Flatmates aku ada 5 orang termasuk aku. Bila weekend semua orang chow balik rumah masing-masing, aku sorang sorang dekat sini. Tapi aku berjaya. Yeay! Takada teruk sangat rasa. Biasa saja. Kalau sehari tak cakap dengan orang tak apa. Aku tak kisah dah. Dah biasa.

                                                      Colchester Train Station!

Semalam jalan-jalan pergi city. Sini macam bermakna, sebab ayah aku buat his Alevel dengan degree dekat Essex University sini. So, ayah aku tahulah tempat tempat dekat sini. Aku insyaAllah plan nanti satu weekend nak pergi Uni ayah aku nanti. Jalan-jalan tangkap gambar dekat sana. InsyaAllah! Aku macam dah plan nak update blog ini tapi tak terbuat. Ni ha barulah gagah jari jemari aku mula nak menaip. Tapi nak cakap pasal ape eh? Jap fikir. Oh ha. Tadi mak aku call pukul 2am waktu Malaysia. Boleh tak time call itu mak ayah aku tengah nak kuar minum dekat mamak. Cool gilakan. Haha. Family aku memang macam ini. Kitaorang standard kuar lepak mamak, tapi dengan family members ah pukul 12am ke atas. Best kot. Nama shah alam. Pukul 12 malam macam pukul 8/9malam.


Rindu. dengan cousins <3

Hurm. Sambung balik. Mak aku bercakap soal adab dan disiplin diri. Ayatnya lebih kurang macam inilah; 

‎"Najah, kene bawak adab diri tak kira mane juga kite pergi. Beli makanan atau pergi makan. Check ingredients betul-betul. Jangan fikir darurat je. Tak kisahlah kawan cakap cerewet ke ape.Then, bila mat saleh hulur tangan, pakai salam jer. Balik-balik alasan, "Takpe. Allah faham, darurat, baca bismillah." Itu bukan darurat tu, itu alasan syok sendiri. Mula-mula rasa dosa, lame-lame immune tak rasa apa-apa. Tak kisah. Sebab apa? Sebab hati dah gelap."

Aku mengaku duduk overseas inikan, kena jadi lebih concern. Ini perlukan usaha, kekuatan dan kuat pendirian. Kadang-kadang kita tengok kawan kita buat something yang pada pandangan kita salah, tapi macam kita jadi serba salah. Semua orang macam okay je. Aku je yang rasa salah. Nak proceed ke takmau aku bermonolog. Kang tak proceed, diaorang macam pandang semacam. Kolotlah. Apalah. Mula lah macam-macam kan. Takpun diaorang cakap. "Leklah Najah.". Lepas itu, berpendirian aku mula terusik. 

Aku bagi contoh; bagi sesetengah orang lain, laki masuk bilik tak apa. Sebab? Tak buat apa-apa. Lepak saja. Member je pun. Bagi aku, kalau laki  bukan muhrim nak masuk bilik , it's a BIG NO-NO-NO. Sebab mama dan babah dah pesan. Tak kisahlah laki itu, bestfriend ke, enemy ke, takkan bercinta ker, macam adik beradik ke, tak buat apa-apa ke, sekejap je ke. TETAP TAK BOLEH. fullstop. Okay ma, bah. Arasso. Orang faham dan amalkan.insyaAllah. Susah macam mana, terus terang dekat kawan. Apa principle kau. Harap dia faham. Kalau dia kawan yang baik, dia akan hormati pendirian kau.

Pasal makanan pula, kau duk sini, nak cek ingredients perlukan effort kot. Kadang-kadang dah biasa buat, cek laju-laju. Which iss sooo bahaya. Sebab kadang terlepas pandang. Tup-tup cek balik ada pork fat. Selamba jekan. Tengok makanan macam suci from pork. Malangnya tidak. So, kesimpulannya, baca Wan Najah baca! Jangan suka hati makan. Tahu tak apa jadi kalau makanan kita tak dijaga? Kita makan makanan tak halal akan menjadikan hati kite gelap, doa tak dimakbulkan. Sebab itu perkara-perkara mazmumah lekat. Lama-lama, kita dah tak kisah bab halal haram makan. Nanti kita cakap "Ala, dah termakan, tak apelah." Tak boleh tak apa. Kena ape. Itu orang cakap. Alah bisa tegal biasa. Tak boleh biasa. Halal haram. Kena tahu. Kene tegas. No compromise at all. At all!

Selain itu, bila aku bercakap dengan mak aku pasal lelaki ke ape. Pesanan mak aku, berhati-hati. Sebab seorang lelaki, baik mana seorang perempuan itu, pandai macam mana seorang perempuan itu, sebab seorang lelaki, dia boleh jadi bodoh. Sebaik sahaja mak aku cakap macam itu, banyak kali dah. Aku terus macam, okay ma. Orang fokus. InsyaAllah. Orang fokus belajar dulu. Bila sampai masa, insyaAllah. Orang terima apa-apa ditakdirkan untuk orang. Sekiranya Allah mengizinkan diri ini terus menerus dilindungi olehNya daripada maksiat dan hubungan yang tak diredhaiNya, orang akan sedaya upaya untuk menjaga hati daripada dimiliki sesiapa sehingga sampai pada saatnya. insyaAllah. HambaMu hanya mampu berusaha, berdoa, maka ya Allah, permudahkanlah, permudahkanlah.permudahkanlah.Amin ya rabbal alameen  :)

Tuesday, January 17, 2012

Colchester.

Assalamualaikum W.B.T.

                           Bilik baru dekat Colchester.

Baru sehari, rindu bilik London.Oh aku dah ubah-ubah. Bukan camni lagi. But still rindu.*Poyo


Bismillahirahmanirahiim.
Hari ini merupakan hari pertama aku berada di Colchester, 1 hour away from London. Rotation 2nd module CardioRespiratory.1 hour saja kan? Tapi instead of commuting everyday, aku tinggal dekat accomodation provided, dalam kawasan hospital untuk 9 minggu. So kalau placement macam ini, luar London, kitaorang panggil "Outfirm". Bagi orang lain yang dah pernah pergi outfirm ini macam rasa okay je. Aku macam nervouslah sebab ini first time. Before this, rotation 1st module aku "Infirm", which is hospital dalam London, naik tube from rumah sampai hospital dalam 20 minit. Ulang alik tiap-tiap hari.

Aku macam peliklah. Kenapa aku nak nervous? Perlukah? Ini gaya macam nak fly pergi London masa 1st time dulu. Kalau masa itu, tak apalah, jauh beribu ribu batu from Malaysia. Layaklah kan. Nak tahu tak kesan nervous aku apa? Aku macam susah nak tidur sikit waktu malam. Kelmarin. Pusing kiri kanan 1/2 jam. Baru dapat tidur. Aku macam "Wan Najah ini tersangatlah tak cool. Tersangat." Post aku sebelum ini pasal pemilihan perasaan kan? Yang kali ini, tak boleh. Apakan daya, aku hanyalah manusia biasa.

Lepas itu aku borak dengan kawan-kawan aku. Tahu tak apa? Diaorang cakap diaorang pun sama! Tak boleh tidur sebab risau. Haha! Dalam hati, aku macam happy since I'm not alone! Kiranya apa aku rasa inilah normal. Kiranya ramailah juga orang tak cool sebenarnya. Lepas itu, aku macam fikir kenapa aku boleh nervous macam itu. Sebabnya, bila aku duduk luar London, pergi tempat baru, maknanya, aku keluar dari comfort zone aku. Taktahu nak expect apa. Lepas itu, periuk belanga, barang-barang aku mostly dekat rumah dekat Londonlah. Tak boleh nak bawak semua. Pick yang penting-penting belaka sebab pergi Colchester naik train. Kalau naik kereta aku dah angkut dah semua.

Nak tulis lagi panjang, tapi esok ada wardround pukul 9am. Siang tadi saja aku bangun pukul 4.30am, sebab train pergi Colchester pukul 6.30am. Okay, kena tidur. Hopefully tak susah tidur sebab dah sampai sini, insyaAllah Allah permudahkan semua. Alhamdulillah. Nah ambil ini Wan Najah, apa Imam Syafie pesan. Best. :) . Anyway before that, ya Allah, permudahkan, janganlah kau timpakan kami dugaan yang tak mampu kami tangani dan berilah kami kekuatan untuk melakukan ketaatan dan meninggalkan maksiat. Amin ya rabbal alamin.Gudnyte. Wassalam!


 Take words of advice from a Wise Scholar...


“The intelligent and refined find no rest in dwelling in one place,
So leave your homeland and travel far away!
Travel and you will meet new people replacing those left behind,
And tire yourself out, because it makes life worth living!
I have seen that water stagnates when it stands still,
Yet when it runs it is sweet and pure.
And if the lion left not its land, it would not catch its prey 
And if the arrow left not the bow, it would not hit its aim
And if the sun moved not across the horizon,
People the world over would have tired of the sky.”

Imam Shafee

Wednesday, January 11, 2012

Pemilihan perasaan

Aku text Madihah tanya siapa yang pergi and die nak ke pergi Queen Mary Malaysian Society (QMMSOC) punye meeting dekat Mile End, which is 20 minutes away from hall aku. Aku macam nak pergi sebab most probably aku dah tak pergi apa apa event QMMSOC. Kiranya inilah bakal menjadi sumbangan terakhir aku, moral support. Lepas itu, siap-siap pergi. Lagipun nak jumpa girls 2nd year. Lepas ini, aku duduk luar London starting 16 Januari ini. Rotation hospital aku 9 weeks. Masa weekend kalau nak balik London, baliklah. Kalau taknak stay sajelah sana. Sooo, aku seriously dapat bayangkan, aku akan membawa diri, dan jarang lepak with the girls and flatmates aku.

Anyway, apa-apapun, telah berlaku sesuatu on the way jalan kaki nak pergi Mile End. Student Oyster Card aku tercicir and hilang. Dalam itu ada duit 9.80 pound. *Oyster card itu macam touch n go cardlah. Nak pergi mana-mana, naik train ke bas, pakai card itu*. Aku sedar masa lepas meeting itu habis. Aku terus macam. Down but try my best to control my emotions. So, macam pujuk diri. Ha Najah. Time inilah nak praktis. Praktis. Sejauh mana kau nak amalkan ilmu yang kau belajar from penceramah penceramah.Aku start fikir. Mak aku selalu pesan, kalau benda ini berlaku, jangan fikir benda yang dah lepas, fokus on solution. Benda yang dah lepas yang boleh aku fikirkan adalah, cuba kalau aku duk diam-diam dalam bilik, tak payah pergi meeting. Mesti oyster card aku tak hilang. Ha tengok.  Syaitan mula dah bisik.

Pemikiran macam itu hanya memburukkan keadaan. Aku nekad. Lepas ini, on the way balik, kalau jumpa, jumpalah. Kalau tak ada, tak adalah. Tak ada rezeki. Report lost card and bayar 10pound dekat transport for london for a replacement card yang mengandungi jumlah duit yang ada dalam card yang hilang,9.80pound. Aku macam fikir, aku ada dua choice. Aku nak rasa down, sedih kecewa and menyesal or aku nak rasa macam biasa, cuma aku lost 10pound sebab bayar duit replacement card. Jadi, aku buang rasa negatif jauh jauh. Aku borak dengan kawan aku. Aku nekad. Aku ambik rasa yang biasa. Bayar 10 pound. Settle. Lepas itu, buat macam biasa.

Pengajaran aku belajar hari ini adalah kebijaksanaan kita untuk mengawal apa yang kita rasa. Kalau kita pilih yang negatif apa yang kita dapat? Tak ada apa-apakan. Macamlah perasaan negatif itu mampu mengembalikan oyster card aku yang hilang itu. Perasaan negatif hanya memburukkan keadaan. Kalau kita menyesal semua, maksudnya, kita tak redha apa Allah takdirkan untuk kita. Takdir bukan hanya melibatkan jodoh segalanya. Small small little things like this pun takdir. Kan? Kalau nak tahu, semalam aku post video ini  dekat wall fb aku. Lepas itu, hari ini, benda macam ini jadi. Allah saja nak bagi aku prepare mentally. Hehe.Comelkan. Fikir jap, adakah tindakan mengepost video ini the day the before suatu kebetulan atau ketentuan?  Allah Maha Mengetahui.


Sunday, January 8, 2012

Self-reflection

Aku menghadapi konflik few days back. Tapi aku takkan reveal apa-apa pun kisahnya. Alhamdulillah. Aku belajar banyak sangat benda. 

1. 
‎"Ikatlah kata-katamu dengan akal dan ilmu kerana hamburan kata-kata tanpa kewarasan, ibarat anak panah yang terlepas dari busur tanpa kawal, mungkin menikam mereka yang tidak berdosa."

Aku belajar kita tak boleh berkata mengikut saja perasaan kita tanpa bermuhasabah terlebih dahulu. Betapa marahnya kita pada suatu masa, duduklah sebentar. Fikirlah betapa kasihnya dan sabarnya Allah kepada kita. Banyak sangat dosa kita buat. Tapi kite still bernafas dan mampu bergelak ketawa. Nikmat Allah yang manakah hendak kite dustakan?

Layakkah kita marah orang lain? Adakah memarahi sesorang dapat menjadikan kita seseorang yang lebih baik daripada orang yang dimarahi?

2.
"Tidak sempurna iman seseorang itu apabila dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." [Riwayat Muslim] 

I learned that in this life. In interacting with people, we should be interested in them rather than trying so hard to be interesting. Rendahkan hati, Walaupun tahu tak sama pendapat or idea, we should be good listeners and ready to be agree to disagree. Lapangkan dada and we should never put ourselves in the centre. Salah kite merasakan pendapat kita yang terbaik. Not your feelings that matters the most. Dahulukan orang lain. Niatkan semua kerana Allah.

Walaupun orang yang kite berbuat baik itu kurang menghargai kita, tak apa. Tetaplah berbuat baik. Jangan cepat mengalah atau melatah. Apabila orang mengatakan sesuatu yang buruk kepada kita. Bersabarlah. Allah mengetahui apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati kita. Apabila hati menangis, pujuklah hati. Allah itu dekat, penuh kasih sayang. Dia takkan pernah biarkan kita menangis. 


3.
" Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, " Jadilah! Maka jadilah ia.""  36:82


Ha apa dia? Jodoh? Rezeki? Aah. Itu semua milik Allah. It is beyond of our knowledge. Trylah fikir berjuta kali. Mengapa benda berlaku tak seperti yang kita harapkan. Cubalah. Sampai kepala serabut memikirkan. Tanya pendapat orang sini sana. Luahkan. At the end of the day, kita sendiri mendapat jawapan dia. Nampak hikmah sesuatu kejadian. Pada masa itu mungkin tak nampak, tapi bersabarlah lambat laun, pasti. Dalam tak mendapat apa yang kita nak, tapi Allah kurniakan sesuatu yang tak disangka-sangka. Yakinlah.

"Lord has His ways to show you something"

Aku teringat di mana aku tak layan seorang lelaki. Bukan aku tak nak layan, tapi kata hati kuat mengatakan, aku tak boleh terima lelaki ini. Ada orang di sekeliling menyuarakan pendapat mereka tak setuju dengan cara aku yang kononnya jual mahal dan terlalu ego. Perasaan aku berbaur. Salah ke aku menolak perasaan seorang lelaki itu? Adakah aku terlalu dingin? Kenapa Allah bagi aku perasaan untuk tidak menerima lelaki itu. Aku tertanya sendirian. Tetapi, alhamdulillah. Aku dah dapat jawapannya. Melihat lelaki itu yang sekarang dan apa yang telah terjadi. Aku tahu dia bukan untuk aku.Aku menadah tangan mengucapkan syukur. Allah bagi aku perasaan itu pada waktu itu disebabkan Dia ingin menjaga aku. Sujud syukur. ya Allah, jangan pernah berhenti melindungi aku dan kami semua.

Kalau betul dia untukku, hubungan yang cuba dibina takkan susah, everything will just fit into its places. Like seriously. apabila melalui suatu fasa yang kita tak mampu nak hadapi, tabahkanlah hati. Allah takkan saje nak bagi jalan hidup kita camtuh. Bila kita dah habis melalui, reflect balik. Hati mula berkata "Laaa, patutlah time itu kena macam ini, if tak kena macam tu, tak dapat benda ini."

Soal jodoh serahkan pada Dia. Aku pun memesan pada diriku. Yelah, apatah pada masa ini, kawan kawan sebaya masing masing mula melangkah ke alam perkahwinan. Kalau Allah nak bagi, sekejap je. Like seriously. Kalau ada someone, memanglah rasa secure, tapi belum tentu lagi ke jinjang pelamin.

Saya akhiri post saya, dengan memesan pada diri sendri dan orang lain. 

"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."

Friday, January 6, 2012

Asramaa

4 January. Nawfal masuk asrama. Mama call pukul 1.49 am sebab aku dah pesan, kalau nak on the way nak pergi asrama, kalau boleh call orang dekat sini sebab nak cakap dengan Nawfal dulu.  Dengar suara adik bongsu aku, dengan suara yang lalok terus pesan, jangan nangis banyak sangat and kalau malam tak boleh tidur, baca doa, zikir banyak banyak. Tak dapat aku nak bayangkan adik bongsu aku masuk asrama. Dia ni dimanjakan kot. Name pun anak bongsu. Masa kecik dulu, tiap-tiap malam nak tidur ngan kakak dia. Memang dimanjekan kaw kaw lah. Tapi makin besar, macam tak boleh sebab die makin besar and tinggi. Tak muat. 

Teringat 10 tahun yang dulu, akulah orang paling semangat nak masuk asrama sebab tengok life abang macam best je duduk asrama. Tup tup, dapatlah sekolah menengah sains kuala selangor. Aku 2nd intake. Masa masuk 18th Februari 2002. Time itu, Nawfal baru 3 tahun. Haha. Keciknya! Anyway, aku tak boleh lupa. Aku paling susah nak tidur malam-malam. Nangis sikitlah. Macam mata berair sebab ingat rumah. Nak nak pulak lepas baru balik bermalam. Tu yang pesan dekat Nawfal takut dia tak boleh tidur malam macam kakak dia. Tapi bila naik form 5, amik kau. Letak je kepala atas bantal. Terus tidur. Tak sempat nak nangis ke apa.

On hari Nawfal pergi asrama saje, aku mesti nak cari ruang masa call mama. Kelas dahlah 9am-4.35pm. Memang comellah. Aku tahu mama mesti sedih. Sebab aku yang dekat sini pun sedih. Call call je. Ha! suara mama suara lepas nangis. Yerlah tak ada sapa dekat rumah dah.Abang and babah je. Abang busy keja kot. Tak adalah budak yang men game, tengok tv, gelak seorangseorang tengok running man. Ottuhke? Sedih je aku tengok status mama dekat facebook. 

"Hari ni Anakanda Wan Muhammad Nawfal first day di Sekolah Sultan Alam Shah,Putrajaya...sedih la pulak rasanya..selalunya dia yg senantiasa ada kat umah..terasa rumahku bertambah sunyi.. kalu dia kat rumah waktu cuti sekolah....sebok gan tvlah..gan game lah..facebooklah..dengan ketawa sorang2 bila tengok Running Man...apapun rindu/sedih rasa lega..bila teringatkan Wan Muhammad Naqib pun berada di sekolah yg sama..dan boleh tengok2kan Nawfal..ok. Mama/Babah dan abang2.. kakak..doakan semuga ALLAH SWT permudahkan segala urusan..belajar rajin2 Naqib and Nawfal..amin."

#Apa-apa pun. Respectlah mama and babah. Walaupun sangat payah, tapi mama babah tabahkan hati untuk lepaskan kitaorang umur muda-muda, 13 tahun untuk masuk asrama. Mama sendiri cakap, mama tahu umur muda, tapi mama and babah nak yang terbaik untuk anak-anak mama and babah. Siapa nak anak jauh dari mata. Nak nak pula umur sedang meningkat dewasa. Masuk asrama, bina personaliti, belajar agama, belajar berdikari. Kitaorang kalau demam je. Mama and babah terus ada dekat gate sekolah. Nak bawa balik. Hehe. Punye risaulah mak ayah aku. Apa apaaaa pun. 

Alhamdulillah ya Allah. Kau bagi peluang adik beradik aku semua masuk asrama. Mak ayah akulah yang paling gembira.Kau berikan lah kami semua kejayaan dunia and akhirat, and dapat jadi anak yang soleh dan solehah.amin ya rabbal alameen. :)