Tuesday, January 17, 2012

Colchester.

Assalamualaikum W.B.T.

                           Bilik baru dekat Colchester.

Baru sehari, rindu bilik London.Oh aku dah ubah-ubah. Bukan camni lagi. But still rindu.*Poyo


Bismillahirahmanirahiim.
Hari ini merupakan hari pertama aku berada di Colchester, 1 hour away from London. Rotation 2nd module CardioRespiratory.1 hour saja kan? Tapi instead of commuting everyday, aku tinggal dekat accomodation provided, dalam kawasan hospital untuk 9 minggu. So kalau placement macam ini, luar London, kitaorang panggil "Outfirm". Bagi orang lain yang dah pernah pergi outfirm ini macam rasa okay je. Aku macam nervouslah sebab ini first time. Before this, rotation 1st module aku "Infirm", which is hospital dalam London, naik tube from rumah sampai hospital dalam 20 minit. Ulang alik tiap-tiap hari.

Aku macam peliklah. Kenapa aku nak nervous? Perlukah? Ini gaya macam nak fly pergi London masa 1st time dulu. Kalau masa itu, tak apalah, jauh beribu ribu batu from Malaysia. Layaklah kan. Nak tahu tak kesan nervous aku apa? Aku macam susah nak tidur sikit waktu malam. Kelmarin. Pusing kiri kanan 1/2 jam. Baru dapat tidur. Aku macam "Wan Najah ini tersangatlah tak cool. Tersangat." Post aku sebelum ini pasal pemilihan perasaan kan? Yang kali ini, tak boleh. Apakan daya, aku hanyalah manusia biasa.

Lepas itu aku borak dengan kawan-kawan aku. Tahu tak apa? Diaorang cakap diaorang pun sama! Tak boleh tidur sebab risau. Haha! Dalam hati, aku macam happy since I'm not alone! Kiranya apa aku rasa inilah normal. Kiranya ramailah juga orang tak cool sebenarnya. Lepas itu, aku macam fikir kenapa aku boleh nervous macam itu. Sebabnya, bila aku duduk luar London, pergi tempat baru, maknanya, aku keluar dari comfort zone aku. Taktahu nak expect apa. Lepas itu, periuk belanga, barang-barang aku mostly dekat rumah dekat Londonlah. Tak boleh nak bawak semua. Pick yang penting-penting belaka sebab pergi Colchester naik train. Kalau naik kereta aku dah angkut dah semua.

Nak tulis lagi panjang, tapi esok ada wardround pukul 9am. Siang tadi saja aku bangun pukul 4.30am, sebab train pergi Colchester pukul 6.30am. Okay, kena tidur. Hopefully tak susah tidur sebab dah sampai sini, insyaAllah Allah permudahkan semua. Alhamdulillah. Nah ambil ini Wan Najah, apa Imam Syafie pesan. Best. :) . Anyway before that, ya Allah, permudahkan, janganlah kau timpakan kami dugaan yang tak mampu kami tangani dan berilah kami kekuatan untuk melakukan ketaatan dan meninggalkan maksiat. Amin ya rabbal alamin.Gudnyte. Wassalam!


 Take words of advice from a Wise Scholar...


“The intelligent and refined find no rest in dwelling in one place,
So leave your homeland and travel far away!
Travel and you will meet new people replacing those left behind,
And tire yourself out, because it makes life worth living!
I have seen that water stagnates when it stands still,
Yet when it runs it is sweet and pure.
And if the lion left not its land, it would not catch its prey 
And if the arrow left not the bow, it would not hit its aim
And if the sun moved not across the horizon,
People the world over would have tired of the sky.”

Imam Shafee

1 comment:

Anonymous said...

bagusnya bila keluar dari comfort zone sebab kita akan sentiasa ingat pada satu pergantungan je iaitu Allah SWT.bila dalam comfort zone kita rasa selamat so senang lalai so bila berada di tempat yg kita x tau apa nak dijangka rasa pergantungan tu bertambah2 :)