Sunday, January 22, 2012

I spent my weekend here!

Alhamdulillah. Hari ini Ahad, pukul 9.19pm. Esok hospital macam biasa. Jadual tulis wardround jer. Petang Consultant tak ada, dia ade clinic dekat hospital lain. Alhamdulillah. Aku berjaya! Flat aku kosong kot. Flatmates aku ada 5 orang termasuk aku. Bila weekend semua orang chow balik rumah masing-masing, aku sorang sorang dekat sini. Tapi aku berjaya. Yeay! Takada teruk sangat rasa. Biasa saja. Kalau sehari tak cakap dengan orang tak apa. Aku tak kisah dah. Dah biasa.

                                                      Colchester Train Station!

Semalam jalan-jalan pergi city. Sini macam bermakna, sebab ayah aku buat his Alevel dengan degree dekat Essex University sini. So, ayah aku tahulah tempat tempat dekat sini. Aku insyaAllah plan nanti satu weekend nak pergi Uni ayah aku nanti. Jalan-jalan tangkap gambar dekat sana. InsyaAllah! Aku macam dah plan nak update blog ini tapi tak terbuat. Ni ha barulah gagah jari jemari aku mula nak menaip. Tapi nak cakap pasal ape eh? Jap fikir. Oh ha. Tadi mak aku call pukul 2am waktu Malaysia. Boleh tak time call itu mak ayah aku tengah nak kuar minum dekat mamak. Cool gilakan. Haha. Family aku memang macam ini. Kitaorang standard kuar lepak mamak, tapi dengan family members ah pukul 12am ke atas. Best kot. Nama shah alam. Pukul 12 malam macam pukul 8/9malam.


Rindu. dengan cousins <3

Hurm. Sambung balik. Mak aku bercakap soal adab dan disiplin diri. Ayatnya lebih kurang macam inilah; 

‎"Najah, kene bawak adab diri tak kira mane juga kite pergi. Beli makanan atau pergi makan. Check ingredients betul-betul. Jangan fikir darurat je. Tak kisahlah kawan cakap cerewet ke ape.Then, bila mat saleh hulur tangan, pakai salam jer. Balik-balik alasan, "Takpe. Allah faham, darurat, baca bismillah." Itu bukan darurat tu, itu alasan syok sendiri. Mula-mula rasa dosa, lame-lame immune tak rasa apa-apa. Tak kisah. Sebab apa? Sebab hati dah gelap."

Aku mengaku duduk overseas inikan, kena jadi lebih concern. Ini perlukan usaha, kekuatan dan kuat pendirian. Kadang-kadang kita tengok kawan kita buat something yang pada pandangan kita salah, tapi macam kita jadi serba salah. Semua orang macam okay je. Aku je yang rasa salah. Nak proceed ke takmau aku bermonolog. Kang tak proceed, diaorang macam pandang semacam. Kolotlah. Apalah. Mula lah macam-macam kan. Takpun diaorang cakap. "Leklah Najah.". Lepas itu, berpendirian aku mula terusik. 

Aku bagi contoh; bagi sesetengah orang lain, laki masuk bilik tak apa. Sebab? Tak buat apa-apa. Lepak saja. Member je pun. Bagi aku, kalau laki  bukan muhrim nak masuk bilik , it's a BIG NO-NO-NO. Sebab mama dan babah dah pesan. Tak kisahlah laki itu, bestfriend ke, enemy ke, takkan bercinta ker, macam adik beradik ke, tak buat apa-apa ke, sekejap je ke. TETAP TAK BOLEH. fullstop. Okay ma, bah. Arasso. Orang faham dan amalkan.insyaAllah. Susah macam mana, terus terang dekat kawan. Apa principle kau. Harap dia faham. Kalau dia kawan yang baik, dia akan hormati pendirian kau.

Pasal makanan pula, kau duk sini, nak cek ingredients perlukan effort kot. Kadang-kadang dah biasa buat, cek laju-laju. Which iss sooo bahaya. Sebab kadang terlepas pandang. Tup-tup cek balik ada pork fat. Selamba jekan. Tengok makanan macam suci from pork. Malangnya tidak. So, kesimpulannya, baca Wan Najah baca! Jangan suka hati makan. Tahu tak apa jadi kalau makanan kita tak dijaga? Kita makan makanan tak halal akan menjadikan hati kite gelap, doa tak dimakbulkan. Sebab itu perkara-perkara mazmumah lekat. Lama-lama, kita dah tak kisah bab halal haram makan. Nanti kita cakap "Ala, dah termakan, tak apelah." Tak boleh tak apa. Kena ape. Itu orang cakap. Alah bisa tegal biasa. Tak boleh biasa. Halal haram. Kena tahu. Kene tegas. No compromise at all. At all!

Selain itu, bila aku bercakap dengan mak aku pasal lelaki ke ape. Pesanan mak aku, berhati-hati. Sebab seorang lelaki, baik mana seorang perempuan itu, pandai macam mana seorang perempuan itu, sebab seorang lelaki, dia boleh jadi bodoh. Sebaik sahaja mak aku cakap macam itu, banyak kali dah. Aku terus macam, okay ma. Orang fokus. InsyaAllah. Orang fokus belajar dulu. Bila sampai masa, insyaAllah. Orang terima apa-apa ditakdirkan untuk orang. Sekiranya Allah mengizinkan diri ini terus menerus dilindungi olehNya daripada maksiat dan hubungan yang tak diredhaiNya, orang akan sedaya upaya untuk menjaga hati daripada dimiliki sesiapa sehingga sampai pada saatnya. insyaAllah. HambaMu hanya mampu berusaha, berdoa, maka ya Allah, permudahkanlah, permudahkanlah.permudahkanlah.Amin ya rabbal alameen  :)

No comments: