Wednesday, September 28, 2011

Alhamdulillah.

Siri pertama.
Ya Allah, terima kasih banyak banyak banyak. Rezeki itu sememangnya milikNya. Bila Allah nak bagi, memang tiada apa pun yang mampu menghalangnya, dan bila Allah menarik nikmat itu, tiada siapapun mampu memberikannya. 

Beberapa hari lepas, Allah bagi aku suatu nikmat yang menggembirakan. So, macam news ini nak sharelah dengan kawan kawan aku dan aku coretkan dekat sini dengan harapan, in the future, aku boleh baca balik sebagai kenangan, tersenyum, memanjatkan banyak banyak sangat kesyukuran kepada Allah. Also, ingat apa yang aku selitkan dalam hati aku bila dapat nikmat ini. Apa aku cakap dekat Allah.Selama ini, tiap-tiap hari memang Allah kurniakan nikmat yang tak terkira banyaknya. But, hari itu extra sikit. Aku dapat email, it was an invitation to give a talk about childhood obesity which I presented ages ago, masa second year. Haha. Tak adalah ages mana. Tapi March kalau tak silap.

 (Fyi, masa second year, SSC (Student selected component) module mewajibkan semua 2nd year medical students buat individual presentation yang theme berdasarkan current and future treatment of any disease. Lantas, selepas dibantu dan disokong oleh tutor aku, aku pun decide buat on childhood obesity. )

Sambung balik cerita. Rasa ages ago tuh sebab masa awal awal tahun balik sini, script untuk oral presentation itu dah kena buang sebab tangan menggatal selagi tak mahu mengemas bilik.  Jadi, nak ingat balik apa yang aku cakap untuk setiap slide itu rasa macam dah lamanyaa last aku present menda itu. Tapi alhamdulillah lah, ingatlah juga sikit sikit and draft slideshows itu still aku simpan. So adalah ayat ayat yang aku still aku boleh guna pakai sebagai script aku on 19th October ini. Tapi macam dah takdir ALLAH kan. Bayangkan email invitation sebenarnya sampai on 7th September which aku tak perasan langsung. Aku dapat tahu pun sebab SSC tutor lead tu bagi 2nd email sekali lagi nak confirmkan aku boleh bagi talk ke tak.Kalau nak tahu, selang beberapa hari after 1st email yang aku tak sedar itu , elok je aku pergi humban kertas kertas SSC aku tuh. (termasuklah script oral presentation). Tak apalah, kita kena bersangka baik dengan Allah. Maybe dengan hilangnya script tuh, aku mampu hasilkan script lagi baik kan and haruslah aku bubuh effort extra sikit nak buatreading pasal topic aku itu.

Aaa.dah mengantuk. Nanti bila free sambung boleh?

Sunday, September 25, 2011

Berlalunya csp.

Alhamdulillah syukur tak terhingga terhadap Ilahi di atas limpah kurniaNya aku berjaya pergi ke lectures CSP yang rata-ratanya 9am-5pm. Before that, asyik merungutnya lama nye kelas tak dapat nak bayangkan mampu hadapi atau tak. Alhamdulillah berjaya jugak.

Masa hari Khamis dan Jumaat. After lunch, aku seorang saja Malaysian yang tinggal dalam lecture hall. Fathul dekat dalam lecture hall lain since batch kitaorang terlalu ramai, ada 3 lecture halls provided. Speaker uni pasanglah kat tiga tiga hall tuh. Balik rumah after last lecture sampailahhh sekarang tak revise lagi.Ottuhke? HAri jumaat keluar. Sabtu keluar siang jap teman juniors tour London.

Apa yang aku buat kalau tak belajar dekat bilik?
1. Kemas bilik.Lap sini sana. Punggah baju lipat balik. Tolak katil segala.
2. Layan movie or drama.
3. Telefon mak ayah tapi tak delah bergayut lama sangat sebab aku selalu call.
4. Masak dan makan. Masak benda yang teringin sangat.
5. Borak. Tapi kalau borak aku biasa aku lipat baju tudung or kemas sini sana. Tanya idzni, kalau dia lepak bilik aku tak sah kalau aku tak lipat baju.
6. Blogging. Tapi tak lama pun. Jap jer.
7. Sekyping or chatting dengan family members atau close friends tapi serius jarang sangat. Tapi kalau sekali sekype lenguh mulut sebab tak berhenti bercakap.
8. Dancing kalau mengantuk time belajar dekat bilik.

Itulah sajalah yang aku buat. Ni sekarang pukul 12. Aku macam ada azam nak study tapi tak sentuh lagi.Uwaaaa. Macam mana ini. Nak chill relaks relaks lagi boleh tak. Rasa kurang rajinnnnn

Wednesday, September 21, 2011

Nak tapi malu.

Yooo assalam!

Apekahh kabar?aku sehat sehat je. Yeah hari ini kelas sampai pukul 1.00 pm! Tak sampai pukul 5.00pm seperti biasa. Hari Rabu memang separuh hari! Kalau nak tahu, depan aku sekarang lecture note tapi aku gagal memberikan tumpuan kepadanya kerana tangan gatal pi tekan fb and blog ini.

Oh ha hari ini nak conteng sikit pasal situasi ini:

Pernah tak korang pergi rumah orang, takpun korang lepak lepak dengan member lepas itu ada orang offer korang makanan, korang kata taknak padahal nak, tapi sebab malu punya pasal cakap taknak. Last sekali korang makan? Pernah tak? Aku pernah.

Pernah diriwayatkan. (alamak sumber aku tak catat but aku dengar this from Ustaz Zahazan). Asma' binti  Umaiz tengah menyiapkan Aisyah R.A untuk bertemu dengan Rasulullah buat kali pertama setelah dijodohkan dengan baginda. Lepas itu, Asma' offer susu dengan Aisyah. Aisyah macam segan segan tak mahu, malu. Alaaa biasalah pengantin baru.*Btw, suami bagi isteri susu, isteri bagi suami susu adalah sunnah Rasulullah bagi pasangan baru kahwin*.Then, lepas Asma' bagitahu susu itu from Rasulullah, Aisyah pun minumlah.Rasulullah pesan suruh bagi kawan kawan yang lain. Then, kawan-kawan lain macam jawap "It's okay, tak apa tak apa.". Alaaa macam kita gaklahh. kate taknak taknak padahal hati nak tapi sebab malu.

Pastuh, Rasulullah pun pesan, jangan himpunkan berbohong dengan rasa lapar. Kalau nak cakap nak. Kalau nak cakap taknak and last sekali kita makan or minum gak menunjukkan ada ciri-ciri dusta dalam diri kita. Janganlah kita membohongi fitrah kitaa sebab malu.

Terbaikkan? Even small small little things macam ini pun Rasulullah siap tinggal kan pesan. Semoga kita try sikit demi sikit tak ulang kesilapan macam dulu. InsyaAllah.Amin!

"Sesungguhnya, kebenaran itu adalah ketenangan hati."

Okay lecture notes dah panggil balik. Dah nak siap pergi kelas dah ni. *8.15am kena tinggalkan bilik.Babai.Wassalam. Have a nice day!

Monday, September 19, 2011

naik dan turun

Pernah suatu hari rasa semangat naikk and happy untuk hari itu and berharap kan bagus kalau tiap tiap hari rasa macam ini. Tak mahu rasa moody atau semangat turun. Hari ini perasaan bercampur baur. Happy sebab cousin and kawan masing masing selamat melahirkan baby masing masing. Yeay. Best kot ada baby. Jangan berangan dulu. Sabar Najah. Habiskan sekolah dulu. Diaorang dah habis sekolah. Your time will come. Soon. Oh ha hari ini happy juga sebab alhamdulillah berjaya menempuh lecture dari pukul 9 am sampai 5pm. Lagi 4 hari nak kene hidup macam ini. Tak apa lepak je. Layan je. Eh lama dah tak sebut layan je. Rindu. So saya ada 7 lectures nak kena baca ni. Mak aih sehari dah 7 lecture notes memang awesomelah. Boleh pula nak blogging padahal pancit kot baru balek kelas. 

Wahidah datang semalam. Lepak punya lepak layan something borrowed dengan hindustan die pun tidur kat bilik aku. Bestlah ada orang kat bilik. Jap lagi ni dia pergi Portugal holiday dengan Ayu walhal baru balik from eurotrip.

Rase berbaur sebab ada minat artis ni. Dia datang london. Kan best kalau terjumpa ke apa leh tangkap gambar.Macam entah apa-apa je nak rasa down pasal itu. Esok menempoh hari yang sama. Doakan lebih baik from hari ini. Oh ha Najib dah balik Jordan. Walaupun aku tak ada kat rumah tapi still rasa sedih kot. Mama, babah abang nawfal je yang tinggal sekarang. Semua dah kembali seperti dulu. Life goes on. Umur semakin tua. Metabolism rate makin turun. Badan semakin gemok. Sorylah merapu. Bosan. Nak kena mandi ni. Post ini hanya membuang masa orang yang membacanya. Sorylah eh tak ada pengisian. Bye2. Wassalam.

Tuesday, September 13, 2011

Westfield Stratford Opening.






Yeay hari ini kelas satu saje sebab semalam pergi masuk group orang lain untuk buat practical.naughty girl kan.malas nak stay sampai petang ini. Practical belajar macam mana nak masukkan catheter. Budak lelaki semua senyap saje.Segan agaknya.Haha. Anyways, hari ini pergi westfield dekat stratford. Baru punyaaa.Besarr and sukaaa. Lepas ini tak payah terhegeh-hegeh nak kena travel pergi Shepherd Bush atau Oxford Street. Naik bus sekejappp saja dah sampai. Ramai habis orangg. 






Overall bestlah dapat jalan jalan.starting next week dah mula busy insyaAllah. Also dapat free make up tadi. Terasa lah diri cantik sekejap. Hurm tiba tiba terasa letih lah.Oklah, Malas nak type lagi. Cukup lah sampai sini. Good Night and selamat tidur. Jangan lupaaa baca doa and 3 kul before tidur. Wassalam.

Monday, September 12, 2011

hari ini keemoan melanda.

Pagi-pagi lagi dah rasa macam moody rasa macam tak nak pergi kelas, kenapa nak kena pergi kelas lepas itu nanti macam mana nak tempoh 3rd year ini mesti tak larat.Campur perasaaaaannn. Rindu rumah lagi. Banyak complaint kan. Rasa macam nak telefon mak tapi tak sempat sebab nak pergi kelas. Lepas itu masa kelas mama call kata nawfal nak tidur, kalau nak wish better borak sekarang. Nawfal, insyaAllah nawfal boleh buat. Sorry if kak jah garang sangat ke apa mase cuti summer arituh. Kak jah cuma nak awfal usaha yang terbaik saja okay? Dapat 5a ke tak itu serah dekat Allah ya. :).Kak Jah percaya Awfal mampu buat yang terbaik. Apa-apa dapat result nanti,semoga Allah bagi kekuatan untuk kita sama sama redha yeah? InsyaAllah.

Dah dapat jawapan kenapa moody sebab masalah perempuan. Adoyai. Patutlah rasa down semacam. Baguslah rasa macam ini, sebab rasa kebergantungan kepada Allah extra sikit. Thanks Allah sebab bagi rasa macam ini. Kalau tak sure enak dibuai kelalaian. Najah, santapan rohani kena cari sendiri. Kalau awak tak cari, awak akan seriously terleka. Tak percaya, cubalah. Cuba tak payah tak dapat santapan rohani seminggu. Orang post apa-apa status keagamaan dekat fb kalau baca tak rasa apa-apa.Rasa macam biasa je. Itu maksudnya hati dah kena hijab. Saya tak mahu hati kena hijab, Saya tak mahu cari Allah bila susah saje. ya Allah tolong ya Allah bagi kekuatan untuk melakukan ketaatan dan kekuatan untuk menjauhi kemaksiatan.

 Santapan rohani dekat ikim best. Pergi klik kat list recorded talk yang boleh muat turun.Besttt.Cuba try tengok ni.http://ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=55

Wan Najah, kalau rasa macam susah nak start. Buat sikit-sikit. Biar sedikit tapi berterusan insyaAllah.Itulah sebaik baik amalan :)

Saturday, September 10, 2011

Saya dah mula sekolah balik.

Alhamdulillah setelah bercuti summer selama 2 bulan setengah saya kembali ke alam persekolahan dengan penuh perasaan yang berbaur. Excited sebab nak start masuk hospital at the same time macam risau nanti agak pancit. Lagi satu, orang kata melahirkan anak kedua lagi merisaukan berbanding anak yang pertama since u know what to expect. Perasaan yang paling dominan time nak balik adalah rasa sedih kerana kembali ke alam persekolahan dan alam kehidupan yang amat berbeza dengan alam kehidupan di Malaysia. Terbayang apa yang bakal ditempuhi bila balik sini. Semua kena buat sendiri. Mama babah adik beradik tak ada nak minta tolong buatkan something takpun mintak tolong teman buatkan something.

Dengar macam bestkan. London. Best untuk holiday je. Untuk kehidupan, lebih prefer Malaysia. Nasib baik tahun ini sama hospital dengan seorang lagi Malaysian, Fakhri. Adalah juga semangat nak pergi hospital nanti. Sekarang macam best sebab tengah introduction week so tak busy sangat. Masih dalam bulan Syawal tapi tak rasa raya sangat sebab macam baru nak adapt balik dengan London ini. Mood raya hilang sedikit. Puasa 6 tak start lagi adoyai. Saya berdoa dengan kuat agar sempat mengerjakan ibadat itu. Tengah makan maggi ini. Mood tak ada lagi untuk masak. Oklah.Nak stop. Esok kalau rajin nak conteng lagi. Rindu rumah.Sobs.