Yooo assalam!
Apekahh kabar?aku sehat sehat je. Yeah hari ini kelas sampai pukul 1.00 pm! Tak sampai pukul 5.00pm seperti biasa. Hari Rabu memang separuh hari! Kalau nak tahu, depan aku sekarang lecture note tapi aku gagal memberikan tumpuan kepadanya kerana tangan gatal pi tekan fb and blog ini.
Oh ha hari ini nak conteng sikit pasal situasi ini:
Pernah tak korang pergi rumah orang, takpun korang lepak lepak dengan member lepas itu ada orang offer korang makanan, korang kata taknak padahal nak, tapi sebab malu punya pasal cakap taknak. Last sekali korang makan? Pernah tak? Aku pernah.
Pernah diriwayatkan. (alamak sumber aku tak catat but aku dengar this from Ustaz Zahazan). Asma' binti Umaiz tengah menyiapkan Aisyah R.A untuk bertemu dengan Rasulullah buat kali pertama setelah dijodohkan dengan baginda. Lepas itu, Asma' offer susu dengan Aisyah. Aisyah macam segan segan tak mahu, malu. Alaaa biasalah pengantin baru.*Btw, suami bagi isteri susu, isteri bagi suami susu adalah sunnah Rasulullah bagi pasangan baru kahwin*.Then, lepas Asma' bagitahu susu itu from Rasulullah, Aisyah pun minumlah.Rasulullah pesan suruh bagi kawan kawan yang lain. Then, kawan-kawan lain macam jawap "It's okay, tak apa tak apa.". Alaaa macam kita gaklahh. kate taknak taknak padahal hati nak tapi sebab malu.
Pastuh, Rasulullah pun pesan, jangan himpunkan berbohong dengan rasa lapar. Kalau nak cakap nak. Kalau nak cakap taknak and last sekali kita makan or minum gak menunjukkan ada ciri-ciri dusta dalam diri kita. Janganlah kita membohongi fitrah kitaa sebab malu.
Terbaikkan? Even small small little things macam ini pun Rasulullah siap tinggal kan pesan. Semoga kita try sikit demi sikit tak ulang kesilapan macam dulu. InsyaAllah.Amin!
"Sesungguhnya, kebenaran itu adalah ketenangan hati."
Okay lecture notes dah panggil balik. Dah nak siap pergi kelas dah ni. *8.15am kena tinggalkan bilik.Babai.Wassalam. Have a nice day!
No comments:
Post a Comment