Tuesday, December 15, 2009

Tidur.


It's 3 o'clock in the morning.Hehh.Kenapa tak tidur lagi ni?
Aku rasa aku jetlag lagi lah. Aku tidur pukul 6.30pm bangun pukul 10/11 pm. Lepas itu tak tidur-tidur. Masa aku tidur itu sama dengan waktu Malaysia lah kan. Lepas ini nak tidur japlah.

Bercakap pasal tidur, aku teringat masa BTN, ada ustaz cerita, beliau kata, Guru beliau pernah berkata untuk memastikan diri sentiasa berada pada jalan yang benar, tak mudah terpesong, amalkan lah doa bangun tidur sebaik sahaja bangun.
Aku kemas bilik tadi. Kemas barang juga. InsyaAllah, Rabu ini aku gerak Spain dengan Ayu budak-budak actuary lain sampai 21. Sambil itu, aku dengar Dr.Fadhilah Kamsah punya talk. Apa yang aku boleh simpulkan dekat sini, saat sebelum dan selepas tidur merupakan saat-saat yang penting untuk tentukan mood kita pada keesokkan harinya.

Sebelum tidur, muhasabah diri dan berlapang dada kepada semua orang. Maafkan orang lain. Doa hari esok jadi lebih baik dari semalam dan doa kita jadi semangat untuk menempuh hari esok. Pagarkan diri dengan Al-Fatihah, 3 Qul, dan terus-terusan zikir Allah sampai terlelap.

Bangun tidur, baca doa tidur. Senyum. Sunnah Rasullulah minum air masak kan. Lepas itu, terus harap dan doa dekat Allah, hopefully everything will be just fine. =)

InsyaAllah, tak kira apa pun berlaku pada hari itu, tak kiralah baik ke buruk ke, kita mampu menghadapinya dengan tenang. Tak perlu risau, sebab Allah sentiasa bersama kita.

No comments: