Sunday, October 25, 2009

Things happen.

Q:Pernah tak plan gila-gila lepas itu tak jadi?
A:Semua orang pernah.
Saya pernah juga. Itu menjadi salah satu sebab utama kenapa aku suka sangat buat decision last minute. Plus; aku benci gila kot buat decision time bershopping. Nanti muka keliru tak tahu mana satu nak. So, kena ada good advisor duduk sebelah. But that's not the thing, nak cakap pasal benda lain dalam post nie.

Aku boleh juga dikatakan suka merancang but disebabkan there are certain things in life which are beyond our control, aku akan pastikan aku tak plan gila-gila, spend masa dan tenaga banyak-banyak untuk fikir. Fikir banyak-banyak nak macam itu macam ini sampai tension and agak emo tiba-tiba benda lain jadi. Tipulah kalau kata tak ada perasaan kecewa dalam hati. Mesti adakan?

Kalau ada sedikit kecewa tak apa kalau banyak tak boleh. Apa yang perlu ada banyak adalah keyakinan dan kepercayaan bahawa
things happen for a reason.
Reason yang tak tercapai akal kita untuk fikir pada saat kita merancang dan saat kita hadapi sesuatu itu. Lepas itu,dah lama-lama, look back at things,baru sedar,

"nasib baik aku tak wat cmtuh,kalau taklaah.."

Allah Maha Mengetahui dan paling penting, kita sebagai pelakon sementara, ikut sahaja arahan Pengarah tanpa meragui kebijaksanaanNya walau sekelumit pun. Jangan sibuk nak bantah dan menentang, awak itu bukan takat pelakon saja, hamba pula itu. So sedar-sedar dirilah. Redha dan just let it go because He knows the best.

"Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya,
"Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu."-[36:82]

Ayat kegemaran aku.XD

Monday, October 12, 2009

Bersederhanalah

Orang tua selalu berkata
"Jangan gembira sangat nanti ada yang menangis."
Semasa kecil, kalau terlalu gembira dan gelak sampai tak ingat dunia, mak akan cakap macam itu. Lepas itu, degil macam tak hairan. Tiba-tiba, serious, ada salah seorang menangis. Terngiang-ngiang cakap mak tadi. Dah besar ini, mula nampak sedikit demi sedikit di sebalik sepotong ayat itu.

Begitulah hidup ini. Dalam APA-APA sahaja kita buat, kita perlu bersederhana.
Terlalu menyampah dengan perempuan gedik seksi perangai entah apa-apa?
Oh, usahlah begitu. Tup tup dengan kehendak Allah yang Maha Esa, kita menjadi begitu dengan sekelip mata.
Terlalu benci dengan seseorang?
Dengan tiba-tiba tak tahu kenapa tiba-tiba suka dan sayang.
Terlalu suka dan sayangkan seseorang?
Tiba-tiba terasa benci dan meluat yang tahap tak boleh blah punya.
Tidak dilupakan, terlalu menyampah dengan couple yang memaparkan aksi mesra yang penuh kasih sayang melalui comment-comment di wall facebook?
Dengan tiba-tiba, kau ada pakwe Najah, lepas itu kau pun buat macam itu. Nauzubillah.

Saya suka nak mengingatkan DIRI SENDIRI dan sesiapa sahaja. Ada dua jenis manusia dekat dunia ini, satu "performer" dan satu "observer". Kalau kita jadi performer, kita suka dan gembira dan tak sedar apa kesalahan kita selagi kita tak jadi observer. Tapi kalau kita jadi observer sahaja tanpa pernah merasa jadi performer, dalam hati mengutuk performer segala, tiba-tiba kita dapat peluang jadi performer, entah-entah kita jadi lagi teruk daripada orang yang kita observe itu. Motif nak cakap dekat sini; "Najah, kau tak payah sibuk pasal orang sebab diri kau pun tak tentu lagi."

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pemeliharaanMu daripada sebarang penyesalan di dunia akhirat dan kami mempertaruhkan kepadaMu agama kami, tubuh kami, nyawa kami, harta benda kami, keluarga kami dan segala sesuatu yang engkau telah berikan kepada kami." Amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, October 7, 2009

lelaki idaman?

Majoriti kawan-kawan aku dah ada pakwe. Aku macam bila?macam takkan ada.>.<.Bukan tak ada perasaan. Ada weh cuma entah. Pendam dulu kot. Sebab aku rasa aku jenis orang yang tak boleh cope between perasaan bercinta dengan studies. Entah. Sampai seru nanti adalah tu. Bukan bermaksud aku tak akan bercinta cuma sekarang aku macam follow the flow. Suka orang ada tapi rasa-rasa bertepuk sebelah tangan. Plus, orang itu pun tak tahu. Jadi secret admirerlah kononnya.

Anyways, semua orang ada ciri-ciri lelaki idaman yang mereka nakkan. So, aku macam tak terkecuali, cuma aku tak adalah jenis yang mesti juga dapat lelaki macam ini macam itu. Sebab aku percaya sesiapa saja lelaki yang ditakdirkan dengan aku walaupun tak menepati ciri-ciri lelaki idaman aku mesti yang terbaik untuk diri aku. Hopefully, aku ditemukan dengan lelaki yang
=macam faham aku kalau aku start buat perangai kalau aku moody
=berterus terang tapi cara cakap tak mahu kasar and direct sangat
=kalau aku macam sedih gila dia akan bagi aku space sikit and bagi aku semangat supaya bounce back cepat-cepat
=tegur perangai tak elok aku dengan cara yang baik
=bising suruh aku jaga akhlak aku and sabar kalau aku mula rebel
=selalu ingatkan aku buat baik.jangan nak complaint-complaint pasal apa-apa.
=kalau dah tersuka orang lain cakap saja, jangan bagi aku harapan.
=good listener, a good leader.
=tak main dengan ramai girls.setia.
=hormat gila dengan mak ayah.
=sabar dengan perangai gedik aku.

Saja gedik nak list down semua itu walhal aku tak kisah pun sebab aku pun belum tentu dapat memenuhi kriteria di atas. Walaubagaimanapun, mostly aku minta kat Allah supaya temukan aku dengan lelaki yang menjaga agama dia. Sebab aku yakin kalau baik agama seseorang insyaAllah akan baik semuanya. Kalau macam apa lagi Najah. Baikkanlah agama awak.;) Amin!