Monday, October 12, 2009

Bersederhanalah

Orang tua selalu berkata
"Jangan gembira sangat nanti ada yang menangis."
Semasa kecil, kalau terlalu gembira dan gelak sampai tak ingat dunia, mak akan cakap macam itu. Lepas itu, degil macam tak hairan. Tiba-tiba, serious, ada salah seorang menangis. Terngiang-ngiang cakap mak tadi. Dah besar ini, mula nampak sedikit demi sedikit di sebalik sepotong ayat itu.

Begitulah hidup ini. Dalam APA-APA sahaja kita buat, kita perlu bersederhana.
Terlalu menyampah dengan perempuan gedik seksi perangai entah apa-apa?
Oh, usahlah begitu. Tup tup dengan kehendak Allah yang Maha Esa, kita menjadi begitu dengan sekelip mata.
Terlalu benci dengan seseorang?
Dengan tiba-tiba tak tahu kenapa tiba-tiba suka dan sayang.
Terlalu suka dan sayangkan seseorang?
Tiba-tiba terasa benci dan meluat yang tahap tak boleh blah punya.
Tidak dilupakan, terlalu menyampah dengan couple yang memaparkan aksi mesra yang penuh kasih sayang melalui comment-comment di wall facebook?
Dengan tiba-tiba, kau ada pakwe Najah, lepas itu kau pun buat macam itu. Nauzubillah.

Saya suka nak mengingatkan DIRI SENDIRI dan sesiapa sahaja. Ada dua jenis manusia dekat dunia ini, satu "performer" dan satu "observer". Kalau kita jadi performer, kita suka dan gembira dan tak sedar apa kesalahan kita selagi kita tak jadi observer. Tapi kalau kita jadi observer sahaja tanpa pernah merasa jadi performer, dalam hati mengutuk performer segala, tiba-tiba kita dapat peluang jadi performer, entah-entah kita jadi lagi teruk daripada orang yang kita observe itu. Motif nak cakap dekat sini; "Najah, kau tak payah sibuk pasal orang sebab diri kau pun tak tentu lagi."

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pemeliharaanMu daripada sebarang penyesalan di dunia akhirat dan kami mempertaruhkan kepadaMu agama kami, tubuh kami, nyawa kami, harta benda kami, keluarga kami dan segala sesuatu yang engkau telah berikan kepada kami." Amin Ya Rabbal Alamin.

7 comments:

itana said...

think again, we r both observer n performer at d same time. while we observe others, there must b sumone watching us gak kan? if not sumone,it's always Him. =)

*be a great performer.our show isnt long anyway *

=)

NajahMa. said...

sangat betooll ;).aah sibuk cakap pasal sesama manusia walhal
kitalahh performer yang sebenar-sebenarnya, nilai dan mutu 'persembahan' akan dinilai nanti.Thanks for sharing bashu.btw, sok ari rabu.hehe

f said...

sangatlah nice najah =)

dan sangatlah nice komen bashu itu =)

syg la korang =))

*sentimental pula*

NajahMa. said...

hehehe.time kaseh mimi
syang mimi jugeee.and rindu gaye mimi bg kulsem

*xper2.sekali sekala sentimental x kisahh.layannn~*

Anonymous said...

i like this :)

NajahMa. said...

time kaseh anonymous ;)

Rhazes said...

i like this gak :)