Tuesday, August 28, 2012

Cinta kilat

I heard this ceramah by KH Zainuddin MZ. Dekat sini http://www.youtube.com/watch?v=w4e9CoSl2Nc&feature=related

Cinta adalah 5 huruf yang persoalannya tidak akan pernah selesai.

1. Melahirkan keindahan
2.Menimbulkan energy, semangat.
3. Membawa pengorbanan

Mencari jodoh memerlukan penelitian dan pengamatan yang mendalam.

Bagaimana seseorang memilih jodoh dalam kehidupannya.
1. Rupa
Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana rupa kerana ia mencelakakan, sengsarakan suami.
2. Harta
Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana harta mendatangkan kesombongan.

3. Keturunan
Kahwini keturunan yang baik dengan harapan dapat melahirkan anak cucu yang baik baik bukan untuk membangga diri.

4.Agama
Pilihlah agama kerana itu akan membawa kebahagian.Agama adalah pilihan UTAMA walaupun rupanya sederhana, harta banyak atau sikit, keturunan biasa biasa tapi bisa menyenangkan hati  dan taat suami.

Kita manusia memang terpesona dengan penampilan di mana penampilan tidak selamanya mempamerkan keaslian.

Budak yang hitam legam yang beriman masih lebih baik daripada orang yang kafir yang cantik, hensem, jelita, lebih mempesonakann.

Yang paling celaka, keempat empat unsur di atas tak ada. Opps.

Tanda perempuan yang baik untuk dikahwini antara tanda tandanya.
1. Kalau dipandang, dia sanggup menggembirakan kamu.
2. Bila diperintah, dia taat.

Kecantikan zahir diimbangi kecantikan batin dipengaruhi oleh agama. So, agama important!

Moto Cinta Kilat
Aku lihat, Aku pikat, Aku dapat, Aku sikat, Aku minggat(ran away), Bangsat.

Moto ini macam kelaka kan. Ceramah ini best. I heard this coz my dad yang pasang. So layan!

Friday, August 24, 2012

Raya

Assalamualaikum!

ya Allah, berhabuk nya dah blog ini. Habis exam, balik Malaysia terus lupa diri eh Wan Najah Maryam! Hehe. Dari sehari ke sehari nak update nak conteng sikit sikit tapi type sikit, pangkah. Apalah kan. Anyway, alhamdulillah, dah selamat raya dah! Siapa yang baca ini saye nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin! :)

I can say that my 3rd year ini sangat terlalu eventful. Alhamdulillah. I have to say it was challenging but thanks to Allah, with His help, I managed to get through it. Dah nak masuk 4th year! Lagi berapa hari nak kembali ke tanah London. Macam biasalah bebel taknak balik tapi kena balik kan kan. Kata nak jadi doctor kenalah belajar rajin rajin kan?

Saya letak gambar raya saya. Saya nak tulis panjang-panjang tapi macam malas? huuu.Oh ha ni gambar raya saya! Nanti bila -bila kita jumpe lagi okay?babai Wassalam! :)

Saturday, June 30, 2012

Final exam 3rd year.

InsyaAllah exam saya from 2 july sampai 6 july.
Doakan saya dan kawan-kawan dapat buat usaha-usaha terakhir.
Dan diberikan kekuatan, kemudahan dan ketetapan hati oleh Allah terhadap ketentuanNya setelah segala usaha, doa dan tawakkal dibuat.
insyaAllah. 

"Ya Allah, sesungguhnya kami menitip secebis ilmuMu yang kami baca, faham, dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepada kami ketika kami memerlukannya. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu."


Amin ya rabbal alameen.

Wednesday, June 6, 2012

Hijr Ismail.



  Hijr Ismail
Babah: "Najah, nanti solatlah dalam hijr Ismail."

Najah: "Oh boleh eh bah? Orang tak rasa boleh. Macam itu lelaki je."

Yes. Mula-mula seriously rasa tak confident untuk dapat and mampu untuk masuk dalam Hijr Ismail.So, rasa nak masuk itu hanya dipendam dalam hati saja, tak mahulah rasa terlalu hampa sekiranya hajat di hati tak kesampaian. Walaupun dah depan mata,so close yet so far away.

Mana tak, masa tengok Kaabah and masa tawaf, rasa jauh Hijr Ismail itu disebabkan ramai sangat orang lagi lagi lelaki. So, knowing a girl from our trip dapat buat banyak solat sunat  dalam Hijr Ismail semasa hari kedua di Makkah, rasa tak confident itu bertukar kepada rasa teringin sangat nak masuk. 

Orang kata kalau berhajat nak buat sesuatu, luruskan niat, solat sunat hajat, pohon doa depan Kaabah. Doa banyak banyak. Doa agar Allah permudahkan urusan, sediakan ruang, tak sakiti orang lain and lembutkan hati orang untuk bagi kita peluang.

Maka berbekalkan semangat dan azam yang berkobar kobar selepas dah dengar tips nak pergi solat di sana from orang yang berpengalaman, saya pun betul-betul menyatakan hasrat kepada Ilahi. Kawan yang selalu tawaf bersama pun dah diberitahu awal-awal supaya die tak terkejut semasa tawaf sunat incase tiba-tiba saya tarik dia ke arah kaabah.

Alhamdulillah, semasa tawaf pun. Allah permudahkan semuanya. Segalanya. Tercapai pun hajat. Kalau tak silap selepas itu selepas solat Isyak malam kedua ke ketiga. Alamak,see dah tak ingat. Ish Wan Najah ini. 

Okay, point post ini bukan nak berbangga dengan peluang diberikan Allah ini.Malah,dengan penuh rasa hina, rasa bimbang and cuak timbul semasa tulis post ini, kalau kalau ade perasaan riak atau ujub timbul :( Catatan ini dibuat untuk mengingati peristiwa peristiwa yang berlaku di sana dan dijadikan pengajaran. Belum tentu lagi saya dapat kembali ke sana lagi. :(

Saya pasti ramai di luar sana punya cerita masing masing and jalan tersendiri bagaimana Allah menyediakan ruang untuk mereka berpeluang masuk ke dalam Hijr Ismail. Ini kisah saya yang biasa-biasa saja tapi penuh pengajaran untuk diri saya. Antaranya.

1. Apabila kita berhajat sesuatu, jangan pernah mengalah sebelum kita cuba.

 Belum buat apa-apa dah give up.Cuba is a part of usaha. Selalu orang cakap, "Alahh, baik tak payah tanya, aku rasa memang takkan dapat, inilah takdir kita."

Tak buat apa-apa lagi, dah give up and lepas itu pasrah dekat Allah.Memang takkan dapatlah kan. Walaupun peluang sangat tipis macam kulit bawang, jangan pernah surrender, go ahead. There is no harm in trying.

# I learned this from my mum. She is very good in developing rapport and she once said to me, cuba sajaaa, dalam dunia ini, apa yang x boleh ubah kecuali hukum Allah."

2. Help others, Allah will definitely help you.

Makcik dah berumur sangat tengah solat dalam Hijr Ismail and dia nak sangat keluar. Tapi ruang untuk keluar masuk adalah ruang yang sama, so makcik ini tersekat tengah-tengah.Sian sangat.

Bayangkan untuk nenek kita, sure kita taknak nenek kita macam itukan? Even I really want to go inside there, I said to myself, "Najah, jangan pentingkan diri, kita tolong orang kerana Allah, Allah tolong kita."

So, I delayed my hajat and tolong apa yang mampu untuk makcik dapat keluar and alhamdulillah. Guess what? Allah bagi ruang for me elok sajaaa untuk solat dalam Hijr Ismail itu and I even took my sweet time over there. Tapi xnak lama sangat sebab sian orang lain nak solat.

3. Doa doa doa doaa dan doa. Solat hajat.

Adab berdoa adalah seperti kita berada di tengah lautan dalam keadaan yang sangat-sangat memerlukan pertolongan Allah. Sangat sangat. Desperately. Yakin. Tak bersangka buruk kepada Allah.
Jangan lansung pernah sangka buruk.

Doa didahulukan dengan pujian kepada Allah, selawat, doa untuk ibu bapa, mohon pegampunan dan doa untuk diri and seluruh umat Islam. Sekiranya kita tak doakan untuk umat Islam juga, doa kita akan tergantung.

Jadi, saya nak tegaskan pada diri khususnya. Nak exam lebih lebih lagi. Allah itu akan menerima doa kita Najah. Bersabarlah. Berdoalah terus berdoa, walaupun hujan badai melanda. Berdoalah bersungguh  sungguh penuh rasa keinsafan dan pengharapan sebagaimana kita mengadu masalah kepada sesiapa yang sangat  dipercayai dan lebih tua dan harapkan nasihat yang membina, apatah lagi dengan Allah, perasaan itu lebih lagi.

Okay dah.Sampai sini. Buku saya dah panggil. Doakan ketabahan saya untuk menempuh beberapa hari ini. Dengan belajar dan urusan pindah randah. Doakan kita semua diberikan kekuatan untuk mengingatiNya, meninggalkan maksiat and melakukan ketaatan. insyaAllah

P/S: I ll tell more insyaAllah selain Hijr Ismail. Bila ada ruang. insyaAllah.

Tuesday, May 29, 2012

Is it okay to cry?

Masa nak exam hari itukan idea nak menulis boleh tahan jugalah mencurah-curah. Tapi ini, lepas habis exam, idea lesap pergi mana? Tak tahu.

  "Is it okay to cry?"


Rasa soalan atas ini soalan paling comel dekat dunia.I got it from my close friend. Tahu tak rasa dia macam  mana bila dengar soalan macam itu. Rasa macam nak peluk orang itu and cakap please cry now. Yes. On my shoulder. Dalam hidup ini, macam mana berusaha kita nak jadi positif pun, hal ini tak sesekali menghalang kita untuk menangis.

People sometimes said to me. Oh Najah, macam mana kau stay positive all the time? Macam mana kau tak ada rasa sedih?Macam tak ada masalah saja. Oh tidak. Haha. Saya pun ada ups and downs saye. Oh, bumi mana yang ditimpa hujan. Semua orang ada dugaan dia masing-masing tapi dalam bentuk yang tersendiri. Saya nangis juga because saya juga punye  hari hari yang things did not go well such as:

a)Met people that I found difficult to get along with
b)Met some people treated me badly when I did nothing to them.
c)Tak dapat jawap soalan Consultant tanya depan ramai orang. 
d)My English macam entah apa-apa grammar and vocab tunggang langgang rasa macam taknak cakap langsung. 

# This list can go on and on and on. Cukuplah apa disenaraikan di atas.

So balik soalan tadi. Is it okay to cry?

Yes!

Kita adalah manusia yang punya emosi. Saya ingat lagi I said to my mum I really do not want to get angry to anyone and felt so bad when I do especially to my loved ones. Getting angry to people that I love so much can make me cry and feeling guilty for having that feelings. But my mum said to me, Najah, you're a human being yang punya emosi. Maka tak salah nak marah atau menangis.

Boleh sedih tapi punya syaratnya. Syaratnya macam dalam apa-apa dalam kehidupan kita, syaratnya adalah bersederhana. Kalau nak sedih boleh tapi jangan sampai menzalimi diri kita sendiri. Jangan sampai perkara-perkara routine kita, tanggungjawab kita, hak kita and hak orang lain diabaikan. Kiranya bila nak nangis, nangis.Bila time ade kelas, belajar. Bila ada meeting, focus.Bila ada groupwork, buat. Jangan sebab tengah sedih hal-hal lain kita lepas tangan. Sian orang lain. Sebab kita emo, kerja tak dapat jalan.

Letakkan semua perkara di tempatnya, insyaAllah hati kita pasti dengan izinNya berasa tenang. Saya rasa saat terbaik untuk menangis apabila kita berdoa kepada Ilahi, berdua-duaan. Mengadu apa yang kita rasa,cerita apa kita lalui secara detail seperti kita bercerita pada kawan or mak kita. Ustazah Hafizah berkata, mari kita sama-sama doa sepertimana kita berada di tengah lautan, yang sangat sangat sangat helpless and perlukan pertolongan Allah. Baru pengharapan kita kepada Allah lebih.

Apa perasaan kita lepas kita bercerita kepada kawan or siapa siapa sahaja?Diaorang spend masa untuk dengar cerita kita saja rasa macam dah lega sangat, belum lagi diaorang tolong selesaikan. Apatah lagi mengadu pada Allah yang memberikan ujian and Allah jugalah yang memberikan penyelesaian. Sure lagilahkan? Tapi saying this does not mean tak payah cerita dekat orang lain langsung. Boleh saja nak cerita ^_^ tapi make sure cerita kepada orang yang betul and dipercayai.

Bila kita dah nangis betul-betul depan Allah and doa agar dikurniakan kekuatan untuk redha atas segala musibah berlaku,our heart will be at ease insyaAllah. So, bab sedih tak perlu berpanjangan. Cukuplah kita dah nangis di atas sejadah. Kesat air mata, basuh muke and go settlekan tanggungjawab ibadah umum kita yang lain. Belajar, rayau-rayau dekat ward and talk to patient. Tapi cuit! Jangan lupakan Allah and sentiasa usaha untuk resetkan niat kita.

Tujuan post ini ditulis untuk peringatan kepada diri sendiri yang selalu lalai and leka. Kita tak adalah baik sangat, tapi marilah kita bersama-sama berusaha cuba untuk jadi baik. Sampai di sini sahaja coretan saya. Sorry kalau salah cakap ke apa. Selamat Malam. Wassalam.

And that it is He who makes [one] laugh and weep [53:43]


Monday, May 21, 2012

Rejab!

Saya ingat ada tahun tahun lepas orang bagi saya email pasal bulan rejab. Orang itu Aisyah Ismail. Jap eh, nak copy paste bubuh dekat sini. Jom puasa nak? Semoge niat kita ikhlas kerana dia insyaAllah.

P/S: Sory tak cakap banyak. Minggu depan exam. Lepas itu, minggu depan lagi pindah rumah. Sebulan lagi final exam. Cuak exam. Doakan please. Also, doakan kita semua diberikan kekuatan untuk melakukan lebih banyak ibadah dalam bulan Rejab. InsyaAllah.


By: Ustaz Zahazan

Bulan Rejab termasuk didalam salah satu bulan-bulan Islam yang dianggap suci oleh umat Islam.Bulan Rajab ini menduduki senarai yang ke 7 dalam bulan-bulan Qamariyyah.

Firman Allah  didalam surah At-taubah ayat 36 yang bermaksud: “Sesunguhnya bilangan bulan-bulan disisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah semasa ia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan yang dihormati, ketetapan yang demikian ialah agama yang betul lurus,maka janganlah kamu mengganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu(dengan melanggar larangannya). Dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya, dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”.

Empat bulan yang dihormati sebagaimana disebutkan dalam ayat tersebut ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Inilah yang telah disepakati oleh para mufassirin. Penghormatan terhadap bulan Rejab adalah bersempena penghormatan yang telah diberikan kepadanya semenjak zaman jahiliah lagi dimana mereka mengharamkan  peperangan didalam bulan tersebut. Inilah sesuatu pengiktirafan oleh Allah SWT terhadap bulan Rejab disamping bulan-bulan haram yang lain.

Sejarah Islam telah mencatatkan beberapa peristiwa penting telah berlaku didalam bulan rejab, diantaranya ialah:

Pertama-Peristiwa israk dan mikraj yang berlaku pada 27 Rejab  mengikut pendapat sebahagian besar ulama Islam, ia adalah peristiwa dimana Rasulullah s.a.w telah diperjalankan dari Mekah ke Baitil Muqaddis dan kemudiannya diangkat kelangit untuk bertemu Allah SWT, disinilah bermulanya kefarduan solat lima waktu kepada umat Muhammad s.a.w.

Kedua-Peristiwa hijrah yang pertama ke negeri Habshah oleh beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w termasuk Saidina Uthman Bin Affan ra dan isterinya Ruqayyah binti Rasulullah s.a.w. Penghijrahan ini bertujuan menyelamatkan aqidah disamping keselamatan diri ekoran tekanan dan ancaman hebat oleh puak musyrikin Mekah ketika itu.

Ketiga-Peristiwa perang Tabuk yang berlaku pada tahun kesembilan hijrah. Ia adalah peperangan yang menguji iman para sahabat kerana ia beraku pada musim panas.Pertempuran ini dipimpin oleh Rasulullah s.a.w sendiri untuk menentang tentera Rom yang ingin mengembangkan pengaruhnya ke semenanjung Tanah Arab. Walau bagaimana pun pertempuran tidak berlaku kerana tentera Rom membatalkan hasrat mereka lantaran perasaan gentar dan takut dengan kehebatan dan kekentalan jiwa tentera Islam.

Selain daripada itu,terdapat juga peristiwa penting lain yang berlaku didalam bulan yang mulia ini seperti kelahiran Imam ahlis sunnah, Imam As-Shafie yang menjadi ikutan mazhab umat Islam ditanah air iaitulah dalam bulan rejab tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi.Demikian juga peristiwa bersejarah iaitu pembebasan semula Palestin dan kota Baitul Maqdis oleh Solahuddin Al-Ayubi dari kekuasaan tentera solib juga berlaku dalam buan Rejab iaitu sekitar 27 Rejab 538 Hijrah. 

Kaum muslimin Rahimakumullah,
Sesetengah umat Islam akan berpuasa sunat didalam bulan rejab. Sesetengahnya pula akan pergi menunaikan umrah, kerana menganggap umrah yang mereka lakukan didalam bulan ini ada fadilatnya yang khusus. Tidak kurang juga terdapat umat Islam yang berusaha memperbanyakkan sedekah pada bulan ini dengan beranggapan mereka akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. 

Walau bagaimanapun, kebanyakkan ulama mutakhirin menyatakan bahawa tanggapan ibadah-ibadah sunat ini akan mendapat ganjaran berpuluh kali ganda atau beribu kali ganda adalah tanggapan yang tidak benar. Apa yang pasti bahawa bulan ini adalah termasuk didalam kelompok bulan-bulan haram dimana umat Islam digalakkan memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat sama ada solat sunat, berpuasa, bersedekah atau lain-lain lagi.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Hakikat ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada orang yang beramal soleh hanya dia sahaja yang maha mengetahui. Oleh kerana itu sudah sewajarnyalah didalam bulan Rejab ini dan juga bulan-bulan yang lain diisi dengan perkara-perkara yang dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT dan mendapat keredaannya.

Sesungguhnya terdapat banyak hadis-hadis nabi dan ayat-ayat Al-Quran yang memberikan galakkan kepada umat Islam untuk melakukan sesuatu amal ibadah tanpa mengira didalam bulan mana mereka melaksanakannya. Oleh kerana itu, bersempena datangnya bulan Rejab ini banyak amalan sunat yang boleh dilaksanakan seperti mana juga didalam bulan-bulan yang lain, diantaranya,

1. Berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau berpuasa sebahagian daripada bulan Rejab.   
Amalan berpuasa sunat adalah merupakan satu galakan daripada Allah SWT kepada umat Muhammad s.a.w sebagaimana disebutkan didalam sebuah hadis qudsi riwayat Imam Al-Bukhari  yang bermaksud,
 “Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah SWT berfirman bahawa puasa itu adalah untukKu maka Akulah yang akan membalasnya”.
Imam Muslim pula meriwayatkan daripada Uthman bin Hakim Al-Ansori, beliau (Uthman) pernah bertanyakan kepada Said bin Jubair mengenai puasa Rejab. Said menjawab “Aku mendengar Ibnu Abbas menyatakan: “Rasulullah s.a.w berpuasa rejab sehingga kami menyangka baginda tidak berbuka (terus menerus berpuasa) dan baginda berbuka sehingga tidak nampak berpuasa”.

2. Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan  oleh Hakim bin Hizam yang bermaksud “Tangan yang diatas (pemberi) lebih baik  dari dari tangan yang dibawah (penerima)”.

3. Memperbanyakkan zikirullah dengan cara berwirid, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ra''d ayat ke 28 yang bermaksud: “Hanya dengan mengingati Allah akan menjadi tenang dan tenteram hati manusia”.

Demikianlah sebahagian amalan-amalan sunat yang amat digalakkan kepada umat Islam untuk melaksanakannya. Amalan ini sekiranya diamalkan dengan penuh keikhlasan, sudah pasti akan dapat melahirkan insan yang benar-benar bertaqwa kepada Allah SWT. Ini sekaligus dapat mengelakkan mereka daripada terjerumus ke dalam perkara-perkara maksiat dan masalah sosial yang lain. Malangnya, amalan mulia sebegini sering ditinggalkan oleh sebahagian umat Islam sama ada oleh golongan muda mahupun golongan tua. Akibatnya, mereka lebih banyak dipengaruhi oleh hawa nafsu dan terlibat dengan pelbagai bentuk kegiatan jenayah.

Saudara-saudariku seaqidah sekalian,
Al-Imam al-Nawawi mengkhususkan suatu bab dalam karya ulungnya Riyadhus Salihin tentang keutamaan beriltizam dengan surah-surah yang tertentu, juga wirid-wirid yang khusus sebagai satu komponen yang penting membentuk peribadi salih.Ini termasuk keutamaan membaca al-Fatihah, ayatul Kursiy, 2 ayat terakhir surah al-Baqarah, surah al-Mulk dan 3 Qul ( al-Ikhlas, al-Falaq & al-Naas ) .
wirid-wirid yang tertentu juga amat mustahak diamalkan kerana ia adalah supplement ruhani yang sering diabaikan menyebabkan berlakunya kecenderungan melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.

Kita juga seharusnya tidak melupakan firman Allah SWT yang menyatakan bahawa dengan zikrullah, hati mereka akan merasa aman dan tenteram.

Di samping itu ramai umat Islam yang melupakan sabda Rasulullah s.a.w tentang keutamaan berpuasa untuk mengelakkan diri dari perkara- perkara maksiat.  Inilah merupakan sebahagian dari program pengabdian diri bagi melahirkan rasa ubudiyyah buat menongkah perangai mazmumah sebagai persiapan menyemarakkanisemangat Ramadhan.

Marilah kita bersama memulakan tazkiyyah ini dengan melakukan senarai semak atau bermuhasabah  agar amalan-amalan sunat ini didalam membentuk jiwa dan peribadi yang sempurna. Dengan bermulanya bulan Rejab ini, anak-anak muda khususnya dan umat Islam umumnya harus diberikan kesedaran dan sedikit suntikan semangat supaya bersama-sama menghidupkan amalan-amalan mulia ini dan seterusnya dapat membangunkan diri mereka menjadi insan yang bertaqwa disisi Allah SWT.

Apa yang kita harapkan agar amalan-amalan didalam bulan Rejab ini dilakukan dengan penuh keikhlasan dan akan menjadi pemangkin untuk mereka yang benar-benar dahagakan kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah al-Zalzalah ayat 7-8  bermaksud: “Maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya(dalam suratan amalannya)dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarrah nescaya akan dilihatnya(dalam surat amalannya)”. 

Saturday, May 19, 2012

Curi masa

Assalam. Bye bye Southend for a week! Hi! I am back in London. Ada kelas dekat Whitechapel seminggu.Saya sebenarnyaa kan nak tulis ini curi masa. Nak tahu apa tak? Sekarang ada sleeping disorder. Asyik nak tidur. Orang nak exam minggu depan kena belajar dia sibuk rajin tidur. Hurmm.Ottuhke? Doakan orang fokus belajar please. Subuh sekarang awal pukul 3.15am. Alhamdulillah lah dapat bangun tapi kena tidur awal ye Wan Najah. Tidur lambat bangun awal itu mengantuk saja kerja. Minggu minggu depan nak kena pindah hall. So sekarang busy packing. Mama, mehlah datang London packing sekali dengan orangg. Anyway, post kali ini macam tak ada pengisian. Nak buatt tapi kalau sekali type2 dah makan 1 jam. Okay dah dah. Pergi study Najah. Pergi. Tak kira. 
                                                   
                                                     Ni haa rupa bilik tengah mengemas.

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. InsyaAllah fighting!