Baru lepas lecture, aku pun duduk di atas kerusi yang disediakan di kawasan dataran area Hospital Barts dengan tiga kawan yang lain. 2 orang dari Sri Lanka dan seorang lagi Russian. Lecture seterusnya 2 jam lagi. Aku rapat dengan one of them. Itu yang melepak dengan diaorang. Mula-mula rasa awkward. Aku mengaku. Aku tak tahu nak cakap apa. Mereka berborak isu seorang kawan yang tertipu dengan house agent sebanyak 1400pound. Aku taktahu nak comment apa, aku senyap sambil bermonolog, 'ya Allah, tolonglah aku, permudahkan segala urusan, aku yakin pasti ada sesuatu ditakdirkan untuk aku berada di sini.'
Alang-alang ada berjanji dengan seorang rakan Pakistan untuk jumpa di cafeteria, aku pun memberikan alasan untuk pergi ke toilet sekejap untuk menjenguk rakan Pakistan aku.Untuk tidak menipu, aku pun pergi ke toilet sekejap untuk betulkan tudung. Nampak rakan-rakan muslim yang lepak di cafeteria, aku pun macam rasa nak stay dekat situ, tak mahu pergi balik dataran tadi. Tak mau awkward. Tapi fikir balik, oh nanti mungkir janji. Maka, aku pun gagah langkahkan kaki aku ke kerusi di dataran tadi.
Ini dataran st bartholomews hospital square. 2 kerusi itu yang kitaorang duduk.
Aku pun tak pasti macam mana, tapi kami semua end up borak pasal cuti easter. Then, tup tup beralih kepada soal umrah. Mereka bertanya apa beza umrah dan haji. Sebab telah mendapat soalan sebegitu rupa dahulu, aku pun menjawap dengan confidentnya dengan harapan tiada soalan yang akan diajukan selepas itu.,
"Oh, it's just a smaller version of hajj, thats all."
Sekalikan, nak tahu apa? Aku mendapat soalan yang bertalu talu macam peluru berpandu daripada 3 orang rakan aku tadi.
Antaranya.
- Mecca? U mean the place with the black box is it?
- What is the significant of the black box?
- What is inside the black box?
- Why u have pray towards to the black box?
- Why people go around the black box?
- Why they want to do Umrah?
- What people do when they are going for Umrah?
The 'black box'
Nak tahu apa perasaan aku? Aku macam ya Allah. Allah jawap terus doa aku tadi. Ini rupanya. Ini rupanya takdir Allah tetapkan untuk berada di sini. Aku macam ya Allah. Perasaan aku macam berbaur. Aku tak tahu nak jawap macam mana. Ada yang aku tahu, ada yang aku tak tahu. Tetapi aku cuba sedaya upaya untuk jawap. Dalam masa yang sama, aku mengaku aku agak risau dan tertekan dalam mengeluarkan kata kata dengan penuh hati hati kerana setiap kata kata aku luahkan ini akan dipegang oleh mereka dan secara tak langsung memberi gambaran Islam terhadap mereka. Aku yang membawa imej Islam dengan perbuatan dan perkataan perkataan aku. Aku bertanggungjawab.
Mereka nak tahu apa rukun rukun dia dan significant setiap rukun. MasyaAllah.Macam mana nak terangkan pasal ihram, tawaf, saei, cukur and tertib? Macam mana nak cari perkataan english nak terangkan? Macam mana? Kau bayangkan, soalan bertalu talu dan semua mata memandang kau, menunggu jawapan daripada kau dengan penuh sabar. Aku speechless. Then, ... Alamak, aku dah mengantuk. Mata pedih.hehe. Sorry sangat. Tak boleh nak sambung. Esok subuh siapa nak kejut kalau tidur lambat sangat. Good night. Babai. Wassalam