Pagi ini terbangun dalam keadaan menangis. Mesti nak tahu apa yang sedih sangat mimpi sampai boleh menangis. Mimpi aku menceritakan bahawa aku adalah anak angkat kepada keluarga aku.Dalam mimpi itu, sebaik sahaja mak aku sahkan kebenaran itu, berderai air mata aku. HAHA. Tadi telefon cerita dekat mak. Mak kata " Hey, ni pengaruh cerita korea ini. You anak mama." Alhamdulillah ya Allah. Aku bersyukur aku masih punya mak ayah, dan merasa kehidupan dengan keluarga kandung. Alhamdulillah again. Rasa sedih mimpi itu aku tak boleh nak cakap macam mana lah. Kalau kau orang mimpi, baru kau orang rasa sendiri.
Alhamdulillah, aku dah habis exam. Exam aku semalam. Lama aku tak update blog. Sepanjang masa itu, banyak benda dah berlaku dalam hidup aku. Bukan hidup aku saja, hidup kau orang jugakan? Tak kisahlah apa pun berlaku sama ada nikmat atau musibah, janji kita meyakini bahawa semua yang datang daripada Allah adalah baik baik belaka. Antara perkara yang berlaku.
1) Menjadi emcee untuk Queen Mary Malaysian Night.
Aku tak pernah emcee mana mana acara pun. Seingat aku sekali aku pernah. Masa perhimpuanan zaman sekolah. Itu pun tersalah cakap apa benda entah. Terus dapat kritikan from certain cikgu. Since hari itu, memang tak terlintaslah nak berangan emcee ke apa apa. So masa aku nak emcee ini memang cuaklah kan. Nak pula dalam English and informal punya event. Emcee kan moodsetter of an event kan. But aku bersyukur sangat dekat Allah, kerana diberikan keizinan dan peluang untuk mengacarakan majlis yang berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah.
P/s: By the way, baru aku tahu emceeing ini tak sama langsung dengan presentation. Rasa lain.Lain sangat.
2)Keluar dinner dengan local friends in Colchester.
Perasaan dia keluar dengan locals. Ini yang pertama kali. Berani ikut sebab ada tiga orang lagi muslim. Kalau tak, jangan harap.Menarik sebab belajar betapa bezanya budaya dan adat orang di sini berbanding di Malaysia. Kalau kita biasa lepak di mamak minum teh tarek/milo/coffee. Di sini, sikit sikit wine. Then, after dinner, yang lain gerak pergi pub, aku , seorang matsaleh dan another 3 muslims balik hall. Tapikan, apa aku belajarkan, pergaulan antara lelaki dan perempuan agak bebas. Jadi, kita harus tegas dengan pendirian kita, menjaga batas-batas kita sebagai seorang perempuan muslim.
3) Bertambahnya kesedaran betapa hebatnya doa yang dilakukan dengan penuh rasa mengharap.
Aku menjadi saksi kepada diri sendiri apa yang aku doakan kepada Allah, dimakbulkan. Kauorang pun mesti pernah jugakkan? Apa yang dikongsikan di sini, untuk mengingatkan diri kita khususnya diri orang yang type ini. Yakinlah, Allah punya cara, pelbagai cara untuk memakbulkan doa hambaNya. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Mustahil sekali Allah tak makbulkan kecuali Dia punya perancangan lebih baik. Aku pernah meletakkan status pada facebook, "Pohonlah doa kepada Allah sekalipun tali kasut mu tercabut". Benar. Kita doa. Kita doa setiap kali usai solat. Berdoa itu ini. Berdoa dengan doa yang kita hafaz sejak zaman sekolah. Doa sebelum belajar. Doa bangun tidur.Tapi tanya lah diri kita, adakah doa yang kita lakukan itu sekadar ritual yang kita lakukan sejak kecil atau kita benar benar memaksudkannya?
Katakan kita punya masalah. Setiap masa risau. Sebelum dan selepas solat masih risau. Betapa lemahnya dan hinanya kita lagi apabila semasa solat pun kita masih sempat memikirkan masalah kita walhal kita tengah menghadap Rab kita. Doa yang dibaca pun cepat cepat, cukup syarat doa selepas solat. Alasannya?Sebab sibuk nak fikirkan solusi masalah kita yang besar itu. Tetapi sebenarnya, kita tersilap.Kita ingat hanya diri kita lah mampu menyelesaikan masalah itu dengan usaha kita ataupun dengan bantuan orang lain. Kita terlepas pandang. Kita terlupa Rab kitalah yang memberikan ujian masalah itu kepada kita.
Itu sebabnya kita masih tak rasa tenang sementalahan bersolat. Sebab kita lupa nak mengadu, meluahkan, menceritakan perkara sebenar, perasaan dan harapan kita dalam menghadapi ujian kepada Rab kita. Dah macam itu gayanya, macam manalah kita nak rasa lega. Even kita cerita masalah dekat kawan kita, tak harapkan any solutions from her pun, kita dah rasa lega, inikan pula pengaduan dengan penuh rasa pengharapan kepada Pemberi dan Penyelesai segala masalah kita. He knows us very well. Kemampuan and tahap pemikiran kita sebab Dia menciptakan kita. So mustahillah Allah tak nak bantu kitakan dengan caraNya tersendiri kita. Allah itu penuh kasih sayang. Penuh, penuh dan penuh. Kalau tak penuh, macam mana setiap permulaan surah dimulakan dengan bismillahirahmanirahim kecuali Surah At Taubah. Nak tahu kenapa Allah tak letakkan bismillah? Kalau nak tahu pi google hehe.
Okay, alhamdulillah. Terdapat sikit pengisian dalam post ini. Post ini bukan lah sekadar nak mengingatkan pembaca tapi paling utama mengingatkan tuan punya blog yang bernama Wan Najah Maryam Mohd Daud. Semoga sama sama mengambil pengajaran dan menambahkan amalan dengan berdoa dengan penuh perasaan dan pengharapan bukan sekadar menadah tangan, menaburkan perkataan perkataan yang kite sendiri tidak menghayatinya.InsyaAllah. :)
No comments:
Post a Comment