Lamaaaa gila gila tak buat sebarang comments mengenai cinta. Hal ini disebabkan aku pernah buat post pasal cinta, lepas dikritik hebat oleh kawan sendiri. Dia kata aku macam desperate mengenai soal cinta. Betapa terpukulnya dengan kata kata kawan aku itu. But it's okay dah maafkan. Setahun yang lepas dah pun. Dalam pada itu, aku fikir fikir balik aku cuma melahirkan apa yang aku rasa, even semua orang berdoa dan berharap agar dipertemukan dengan cinta masing-masing kan? Beritahu dekat aku, siapa tak harap macam itu? So, aku tak adalah rasa macam desperate pun since semua orang pun ada harapan macam itu. Kan. Kan.
Dalam hati kita ini, tak boleh ada dua cinta. Hanya boleh ada satu cinta. Cinta kepada Dia. Bila terbit cinta kedua dalam hati selain Dia, cinta kepada Dia tak ada. Itu memang hukum dia kecuali cinta yang lahir kerana Dia. Itu Ustaz Pahrol cakap semalam, dalam Mukmin Professional dekat ikim semalam. Oleh itu, moleklah sekiranya, setiap orang termasuk diri saya sentiasa mengingatkan diri sendiri, apabila kita mula mencintai sesuatu atau seseorang, kembalilah kepadaNya. Jadikan cinta kita kepada seseorang itu, cinta kerana Allah dan berlandaskan syariat Islam. Saya selalu teringat ada talk kata, kalau dari mula sesuatu hubungan itu tak berkat, bagaimana perkahwinan nak berkat. Hal ini menyebabkan sayaa mengambil langkah lebih berhati hati dalam urusan mencintai seseorang, sebab bila dah cinta, semua benda yang dipandang haram berdosa semua dulu masa single, jadi tak apa sebab soal sayang. Urgh, takutnya. Tak mau! Nauzubillahiminzalik.
Setiap orang ada pandangan masing masing mengenai couple. Saya taknak bagi ulasann lebih lebih, itu hak individu and saya mengambil sikap bersederhana saje. Sebab sayaa ini bukan orang yang berpengalaman dari segi soal couple. Tak pandai. Seriously. Takut nak cakap apa-apa. Sebab sendiri dah tak ingat apa perasaan bercinta and suke orang. Punya lamalahhh kan tak terlibat dengan kes suke dekat orang. Haha. Kalau suke sama suke, as long as pandai menjaga batasan syariat Islam, hati , perasaan and pandai bahagi masa nak belajar and bercinta, masa dengan keluarga, kawan kawan and paling utama, masa dengan Dia. Saya memang tabik springlah siapa yang mampu sebab saya tak pandai bahagi masaaa. And saya rasa saya macam tak cukup kuat untuk menjaga diri saya dari segi syariat Islam dan paling soal hati saya. Nanti masa and ruang hati untuk Dia macam mana? Masa untuk mak ayah macam mana? Study?
Itulah kadang kadang sendiri wonder, aik macam mana ni, sampai bila nak pandai bahagi masa? Jauh di hati saya memohon and berdoa kepada Allah agar mempermudahkan dan meringankan soal jodoh. Berdoa agar dikurniakan the RIGHT guy at the RIGHT time. Tak couple sekarang does not mean tak akan dipertemukan jodoh kan nanti? Couple sekarang pun tak semestinya menjanjikan perkahwinan kan? Even orang yang dah berkahwin pun boleh cerai, inikan couple. So, insyaAllah, ya Allah, dengan ruang masa yang terhad ini, saya berdoa agar kami semua mampu berusaha memanfaatkan masa single untuk mencari cinta Dia dan menggunakan masa sebaik mungkin untuk keluarga, strive our best in studies, dan menghargai kawan-kawan, dan menjadi orang yang lebih baik kerana Allah. Masa tak akan berulang. Dengan umur yang meningkat, bila sampai masanya, kami memohon dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buat diri kami pada masa yang terbaik. Amin ya Rabbal alameen. :)
No comments:
Post a Comment