Friday, October 28, 2011

Roommate saya.

Oh ha assalam.hye! Kali ini nak buat post pasal my very first and last roommate. Bukan tak pernah sebilik dengan kawan kawan before this. Pernah. Cuma time itu dekat asrama kan. Bukan roommate tapi dormmates. 19 orang. Haha. Ramai habis kan. Jadi, yang ini special sikit. Bukan semua orang yang kita kawan dapat hidup serumah atau sebilik dengan kita. This one Allah yang takdirkan saya satu bilik dengan dia. 

Ingat lagi masa first day registration dekat kmb. Masa itu dah plan kalau boleh nak sama bilik dengan Basirah Anati, ex-classmate dekat kusess since form 1. Lepas itu. tak ada rezeki sebab lambat sampai. Hipotesis nya adalah, semakin dekat rumah dengan kolej, semakin lambat sampai untuk registration dekat kolej. Maka, sampai lambat lah masa registration itu. Basirah dah habis register dah, dah siap masuk bilik dah. Aku baru hegeh hegeh nak register. 

Lepas itu, masa nak ambil kunci bilik, tengok depan, tengok siapa yang beratur depan aku. Nampak noyan dengan mahi. Dua dua berkepit pergi sana-sini, so memang sahlah kan dia orang kenal each other and sure masuk bilik sama sam. Lepas itu, macam agak-agaklah, oh budak depan ini mesti jadi roommate aku. Lepas itu, dalam hati, siapa pun bakal jadi roommate aku, insyaAllah,aku terima saje. Lepas itu, trylah usha orang depan aku. Oh, putihnya. Cantik. Hehe.

Maka, bermulalahhh perjalanan kami di kmb bersama-sama.Banyak ups and downs. Hari ini, dia senyap tak cakap apa-apa. Aku buat salah ke? Kadang kadang aku cerita, tapi dia tak respond sangat? Aku ada salah cakap ke. Hari esok, dia tak study dekat bilik ke? Dia tak suka aku ke. Lepas itu, aku bisik dekat diri sendiri, hey hey najah tak elok sangka buruk, dia mesti ada alasan die tersendiri. Maybe moody pasal benda lain ke. Dah. Tak payah fikir.Aku bisik dalam hati lagi, tepis segalaaa sangkaan negatif.

Hari berganti hari. Kita orang gelak, cerita macam-macam, share pasal cintan cintun.Suka dia ini suka dia itu. Lepas itu, kadang adalah datang hari yang macam awkward. Tapi itu biasalahkan takkan nak okay je sepanjang masa. Pantai mana yang tak dilambung ombakkan. Eceh.Berpantun pulak. Selalu pagi bangun subuh, kami saling mengejut. Takpun tengah study-study, kalau ngantuk nak tidur jap, mintak Zulaikha kejutkan. 

Haaa.yang ini situasi penting. Masa itu, pagi pagi sangat. Tiba-tiba aku sakit perut yang sampai menangis. Aku memang takkan lupalah ini. Zulaikha yang tengah lena tidur aku kejut. Sakit yang amat sangat. Dia dengan muka yang lalok lalok pergi watercooler ambikkan air panas masuk botol, balut dengan kain batik, suruh aku buh dekat perut. Then, pergi bilik Noyan, tanya kalau adaa pain killer nak bagi aku. Aaa, inilah kemanisannn ada roommate. Haha. Aku rasa terharu yang amat time ini. Serius.

Lepas itu, saat saat dah nak habis IB, masing masing mula open up cerita, 1st impression pasal each other masa mula mula kenal dulu. Dia ada beritahu aku her first impression towards me and cerita balik asal dia macam itu macam ini. Since tahu itu, bila ingat dulu-dulu, everything that happened dulu, terjawap. HAHA. Kan ada cakap tadi dia cam tak reply kalau aku ceritakan. Dia kata dia malas nak layan sebab aku cakap banyak sangatt.Sogan den. 

Anywayyy, tujuan wujudkan post ini adalah itu mengingati kenangan aku dan roommate aku yang tercinta, Siti Zulaikha Pishol. Tak kisah lah kenangan itu manis ke pahit ke sebab perkara-perkara yang berlaku dululah yang telah menjadikan diri kita yang hari ini. You got a special place in my heart. Eceh. Aku malu nak cakap. Aku kan mana expressive tak reti cakap cakap macam ini. Malu. Tapi Nabi ada pesan, kalau kita sayang kat someone, beritahu dia. So ini aku beritahulah ini. Hehe. Take care Zulaikha, I love you because of Allah. InsyaAllah. Semoga Allah memberkati persahabatan kita sehingga akhir hayat. Walaupun dah tak jumpa tiap-tiap hari macam dulu, semoge kita saling mendoakan kesejahteraan dan kejayaan masing masing di dunia dan akhirat. Jom jadi doctor yang berjaya. InsyaAllah. ;)



Wednesday, October 19, 2011

Yo.Assalam.

Oh haa.Ingat tak ada cakap nak sambung pasal episode alhamdulillah. Btw,sekarang ini macam terasa macam letih. Mata pedih tak tahulah tak cukup tidur ke apa. Maybe sebab agak memikirkan presentation tadi. So macam tidur tidur tapi asyik tersedar sebab tak lena. Sampai macam tu sekali? Mak aihkan. Haha. Entahlah lately 2 malam tidur tak proper. Lampu tak tutup elok-elok.Badan tak masuk duvet. Tengah malam tersedar. Tidur tapi tak nyenyak. Dah dah cukup najah tak payah membebel.

        Oh ha ini. Yang hari itu kan. Dah present itu yang boleh terus terang saje dekat sini. Alhamdulillah sebenarnye I got a prize my oral presentation masa second year. Sekarang kan baru masuk third year. So, my SSC coordinator gave an email, inviting me to give presentation again on William Harvey Day. Hari apa itu? Ini description dia;


Seriouslylahkan, memang macam apa yang stated dekat dalam ayat seribu dinar itu. Rezeki kalau Allah nak bagi dari arah yang tak disangka sangka. Memang kalau Allah cakap kun fayakun memang nak jadi benda itu jadilah. Masa buat preparation ini fikir; just nak buat terbaik sajelah tak pernah terfikir apa-apa. Apa-apa langsung. Nak dapat prize ke nak bagi talk masa William Harvey Day ke. Even taktahu pun kewujudan William Harvery Day ini. Kalau kawan-kawan rasa macam kagum, tak perlulah eh. Kagum kepada Dia. Allah yang bagi. Saya serious tak buat apa-apa yang extra. Saya serius buat benda ini macam biasa macam kerja-kerja saya selalu buat.
             
              Saya bagi talk pasal apa? Pasal treatments of childhood obesity. Thanks to Farah Asyikin. She recorded my presentation. Nanti dia upload kat fb die kata but die nak edit -edit dulu apa yang patut. Nanti kalau dah upload kalau nak tengok pergilah click. Sekarang die tak upload lagi. Oh ha ni ada dalam buku iterinary.

*Cari-cari nama saya.hehe

Saja buat posting ini. Nanti suatu masa boleh tengok balik. Ingat nikmat-nikmat Allah yang sememangnya banyak setiap hari dan yang ini salah satu nikmat yang extra sikit. Ingat, Najah. Ingat Ingat. Dapat sesuatu yang baik janganlah ingat ini adalah hasil usaha kita sendiri. Usaha awak itu berapa lah sangat. Allah yang bagi bukan sebab awak usaha. Dapat benda macam ini means kena sentiasa bersyukur sentiase bersyukur kepada Allah. Tapi kalau dapat kesusahan kena bersabar. Bukan setakat type and cakap cakap dekat sini. Amalan itu yang penting.


“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”- (2,3-Surah At-Talaq) *Ayat seribu dinar.

Nanti lain kali saya cuba sedaya upaya buat reflection yang lagi baik and lebih organised yeah? Cerita masa nak present semua. Adalah episode serabut.Sekarang dah malam, esok ada PBL, tak revise lagi.

Tuesday, October 11, 2011

post cinta

Lamaaaa gila gila tak buat sebarang comments mengenai cinta. Hal ini disebabkan aku pernah buat post pasal cinta, lepas dikritik hebat oleh kawan sendiri. Dia kata aku macam desperate mengenai soal cinta. Betapa terpukulnya dengan kata kata kawan aku itu. But it's okay dah maafkan. Setahun yang lepas dah pun. Dalam pada itu, aku fikir fikir balik aku cuma  melahirkan apa yang aku rasa, even semua orang berdoa dan berharap agar dipertemukan dengan cinta masing-masing kan? Beritahu dekat aku, siapa tak harap macam itu? So, aku tak adalah rasa macam desperate pun since semua orang pun ada harapan macam itu. Kan. Kan.

Dalam hati kita ini, tak boleh ada dua cinta. Hanya boleh ada satu cinta. Cinta kepada Dia. Bila terbit cinta kedua dalam hati selain Dia, cinta kepada Dia tak ada. Itu memang hukum dia kecuali cinta yang lahir kerana Dia. Itu Ustaz Pahrol cakap semalam, dalam Mukmin Professional dekat ikim semalam. Oleh itu, moleklah sekiranya, setiap orang termasuk diri saya sentiasa mengingatkan diri sendiri, apabila kita mula mencintai sesuatu atau seseorang, kembalilah kepadaNya. Jadikan cinta kita kepada seseorang itu, cinta kerana Allah dan berlandaskan syariat Islam. Saya selalu teringat ada talk kata, kalau dari mula sesuatu hubungan itu tak berkat, bagaimana perkahwinan nak berkat. Hal ini menyebabkan sayaa mengambil langkah lebih berhati hati dalam urusan mencintai seseorang, sebab bila dah cinta, semua benda yang dipandang haram berdosa semua dulu masa single, jadi tak apa sebab soal sayang. Urgh, takutnya. Tak mau! Nauzubillahiminzalik.

Setiap orang ada pandangan masing masing mengenai couple. Saya taknak bagi ulasann lebih lebih, itu hak individu and saya mengambil sikap bersederhana saje. Sebab sayaa ini bukan orang yang berpengalaman dari segi soal couple. Tak pandai.  Seriously. Takut nak cakap apa-apa. Sebab sendiri dah tak ingat apa perasaan bercinta and suke orang. Punya lamalahhh kan tak terlibat dengan kes suke dekat orang. Haha. Kalau suke sama suke, as long as pandai menjaga batasan syariat Islam, hati , perasaan and pandai bahagi masa nak belajar and bercinta, masa dengan keluarga, kawan kawan and paling utama, masa dengan Dia. Saya memang tabik springlah siapa yang mampu sebab saya tak pandai bahagi masaaa. And saya rasa saya macam tak cukup kuat untuk menjaga diri saya dari segi syariat Islam dan paling soal hati saya. Nanti masa and ruang hati untuk Dia macam mana? Masa untuk mak ayah macam mana? Study?

Itulah kadang kadang sendiri wonder, aik macam mana ni, sampai bila nak pandai bahagi masa? Jauh di hati saya memohon and berdoa kepada Allah agar mempermudahkan dan meringankan soal jodoh. Berdoa agar dikurniakan the RIGHT guy at the RIGHT time. Tak couple sekarang does not mean tak akan dipertemukan jodoh kan nanti? Couple sekarang pun tak semestinya menjanjikan perkahwinan kan? Even orang yang dah berkahwin pun boleh cerai, inikan couple. So, insyaAllah, ya Allah, dengan ruang masa yang terhad ini, saya berdoa agar kami semua mampu berusaha memanfaatkan masa single untuk mencari cinta Dia dan menggunakan masa sebaik mungkin untuk keluarga, strive our best in studies, dan menghargai kawan-kawan, dan menjadi orang yang lebih baik kerana Allah. Masa tak akan berulang. Dengan umur yang meningkat, bila sampai masanya, kami memohon dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buat diri kami pada masa yang terbaik. Amin ya Rabbal alameen. :)