Friday, May 20, 2011

Leher saya sakit

Salam............

Haha.Lama tak type macam itu.Type banyak noktah kalau texting.
Contoh: Okay......
Hahaha.Rasa kelakarkan type macam itu sebab gaya macam cakap meleret leret. Aku ada kawan dengan seorang ni after spm.So agak selalulah texting dengan dia. Lepas itu, cara dia type lagilah. Takda noktah. Lagi setyle. Gaya macam tegas kan. Aku memang terpengaruh betullah dengan setyle dia. Tapi at least aku ada satu noktah between ayat. Kalau tak nanti orang tak faham kan baca.

Aku tengah sakit leher. Nak tidur tak boleh sebab lepas asar and nak masuk magrib dah. Perut asyik lapar and kepala pening tapi takleh nak complain sebab kalau time sihat tak adalah nak cakap "Asyik sehat dan kenyang je".

Aku tadi secara random aku pun tak faham pun kenapa. Aku teringat dekat seorang kawan lelaki aku ini. Aku tak pernah terfikir apa-apa masa berkawan dengan dia.  Fikir dia macam member biasa. Member lepak lepak gitu. Sekali suatu hari, kawan aku kepada kawan lelaki aku ini tunjuk wallet laki ni  tanpa pengetahuan dia  dekat aku; aku macam tengoklah ada apa. Sekali ada gambar aku. HAHAHA. Aku takkan lupa sampai bila-bila lah weyh. Wah, time tuh my heart fluttered a bit. A bit je. Tak sangka nyeee aku cakap dalam hati aku.

Surat mamat itu still dalam simpanan aku.Lawak lawak lawak.Tapi time itu bestlah kan rasa. Aku sengih je teringat. Old times. Rindu nak usha usha segala. Hey, dah makin tua dah aku. Cepatnya masa berlalu. Dah pergi rest jap and get ready nak solat magrib. Take care people and selamat bersolat!

Thursday, May 19, 2011

Balek Malaysia Soon!

Saya insyaAllah balik Malaysia kurang dari sebulan.Saya semangat nak balik. Saya rindu Malaysia. Nanti dekat rumah insyaAllah nak belajar masak dan masak di rumah. Lepas itu, nak drive sebanyak yang boleh. Practise makes perfect. Alamak, lecture notes dah jerit. Katil pun panggil jugak. Laptop cakap bye bye.Arasso. Paham. Nak babai lah ni. Later lah update elok elok. Take care semua orang. Siapa siapa balik Malaysia, manfaatkan masa bersama keluarga. Masa dah makin suntuk.Ingat Allah dan Nabi dan istiqamah jangan lupa! Anyeong!Wassalam!

Saturday, May 14, 2011

Ssssayaa Nak Exam dah!

Salam!.Ottuhke?Tinggal 3 minggu lagi nak final exam.

Alhamdulillah habis dah exam module semalam. Dengan izinNya, dah buat yang terbaik dah. Apa-apa result nanti kena redha eh Wan Najah Maryam.

Dengan rasminya nak cakap honeymoon day awak dah habis.Semalam habis exam module tak buat apa apa pun. Hari ini alhamdulillah ada belaja OSCE dengan Islamic society. Lepas itu, baju dah basuh dah lipat, nota Locomotor and Public Health (Module2 yang exam semalam) dah kemas, nota osce dah kemas, bilik dah kemas,benda yang nak tengok dah tengok dan tidur pun dah terlebih cukup.

Lepas ini, jangan nak ada alasan nak rehat lah apalah. 3 minggu tak cukup. Kena manfaatkan elok elok. Buat yang terbaik. Cari makna dalam setiap benda yang awak buat bukan sekadar mengejar cita cita. Luruskan niat buat semata-mata kerana Dia.

Okay ingat benda ni.Loving Allah and Muhammd is like breathing. How can we stop?
Dah jangan nak mengada, sila mengadap lecture notess. Pronto!

Wednesday, May 4, 2011

Assalamualaikum!

Hihi. Baru lepas baca entry tahun lepas, wishing list untuk diri sendiri.Ada yang tercapai ada yang tak.Ada yang even dah terlupa dah nak buat. Okay tahun ini, saya adalah Wan Najah Maryam Mohd Daud yang dah berumur 22 tahun. Ottuhke? Saya dah tua! Saya tahu itu. Tak ape memang semua orang akan tua dan mati pun.

So, what's the plan, Cik Najah?
Plannya nak cakaplah dekat sini, ada module exam 13th May ini. Lepas itu final, saya 6 sampai 10 June. Nak cakap saya tak tahu saya tengah berusaha sebaik mungkin atau tidak. ya Allah tolonglah aku ya Allah. InsyaAllah. Kita tak payah fikir pasal hasil tapi kita fikir pasal effort.doa and tawakkal kita kepada Nya. ^_^. Najah come on Najah you still have the time. Jangan sia-siakan. Jangan pernah rasa jemu jangan pernah rasa dah cukup jangan pernah penat berdoa kepada Allah. insyaAllah.

Nak sangat update blog ni dari sehari ke sehari lepas itu tak terbuat sebab duk sibuk benda lain.Okay nak catat apa yang berlaku masa birthday. Semalam ramai orang dah start wish sebab ikut Malaysia. Lepas itu, malam obviously lagi ramai. Tak kisah lah melalui ke FB apa.The thoughts that count ^_^. Aku mengaku sampai saat ini, aku ada certain orang yang aku tengah tunggu untuk wish. Certain-certain orang itu adalah orang yang rapat dengan aku. Tak ada hadiah tak apa. Yang penting ingat and tolong doakan aku.

Siapa yang dah wish itu terima kasih banyak-banyak. Lepas itu semalam tidur awal jugalah dalam sebelas lebih sebab memang tak ada expectation apa apa pun sebab tahun lepas memang tak ada apa-apa berlaku. But tahun ini makan kek coffee walnut. Thanks to Allah aku dikurniakan flatmates yang sangat baik; Afiqah and Ashwinni. and juniors2 yang baik; Idzni, Farah, Wawa, Raihan, Madihah. Oh tidak lupa juga Emy yang ada semalam. Flatmates aku penat kot sebab spend mase the whole day dekat lab but setil buatkan kek.sweet gilekan?Best!.Junior2 aku lagilah nak exam but sanggup spend masa. Walaupun tak ada lah grand pun, tapi the fact of having you guys next to me is more than enough.HAHA.

Cheesy eh?Tapi itu apa yang aku rasa.Hari ini, balek kelas pukul 11am.mengantok gila adoi.Tidur. Ni tadi bangun solat zohor. Ni conteng blog.Lepas itu kena baca buku balik.Memanglah sambutan tak hebat mana but cukuplah Allah bagiku dan Rasullulah utusanNya. Muhasabah diri Wan Najah apa tujuan awak diwujudkan dalam dunia ini. You'll die soon. Perbanyakkanlah amalan mu.