Salam blog. Hari ini, semalam, kelmarin, saya busy sikit.Eh, bukan sikit tapi banyak sebab saya sampai skip kelas tadi even PBL pun tak pergi. Cousin saya yang study dekat Dublin Business School buat ACCA datang sebab ada interviews untuk UKEC career fair itu. Saya punya nota mengakulah tunggang terbalik tapi tak apalah kan.Kelas hari-hari, cousin mana ada datang hari-hari.Kan kan kan?
Bestlah jumpa ramai orang. Saya jumpa kawan sekolah rendah, kawan sekolah menengah, kawan kolej. Macam reunion dah pula dah. Teman orang pergi interview, teringat zaman zaman nak masuk medical school dulu. Masa nak interview ya Allah cuak segala rasa ada time nak interview. Alhamdulillah syukur sampai juga sini.
Saya bahasakan diri dengan cousin guna nama, tak pakai aku kau. Kelakarlah pula rasa, memang tak pernahlah kan nak pakai nama cakap dengan orang pakai nama , selalu aku kau je except dengan parents and relatives.Okay sila abaikan entry ini sebab tak ada pengisian pun ni sekadar mengisi masa lapang.
Mengantuk dah. Esok ada medsoc. Takut. Consultant garang. Doakan semua okay. ya Allah, berilah kami pape yang Kau redhai ^_^
Monday, March 28, 2011
Monday, March 21, 2011
Cikgu!
Pernah tak dengar satu ceramah atau apa-apa talk agama, lepas itu hati rasa kagum sangat dengan kehebatan penceramah mengutarakan hujah-hujah dia dengan berapi-api? Saya pernah. Rasa macam WOW.Sukaanya!
Walaubagaimana pun, sehebat mana orang itu bijak berkata-kata, kita selaku pendengar, menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidik latar belakang penceramah itu. Kalau payah nak menyelidik, tanya ustaz ustaz lain pasal penceramah ini. Betul ke penceramah ini pelajar terbaik dekat universiti azhar dulu? Betul ke dia belajar leklok dulu waktu uni ke dia dok sibuk berniaga?*eceh teringat ketika cinta bertasbih*.hihi.
Anyways, ini penting, sebab ilmu itu agama. Sooo, sangat penting from siapa kita mengambil ilmu itu.
Bayangkan, kita orang biasa tak ambil course medic pergi jumpa orang yang pakai lab coat duk explain segala pasal kesihatan penyakit, fasih pula tu, nganga mulut kita dengar. Walhal hakikatnya dia sebenarnya pembantu makmal, bukan doctor.
Samalah macam dengar ceramah agama semua, sebab kita bukan ambil bidang itu sebagai bidang utama dalam pembelajaran kita kat uni, so kita senang je nak percaya orang yang from bidang tuh cakap apa-apa. Sebaiknya, kita selidik dulu yeah. :)
Benda camni mungkin kita terlepas pandang, saja nak ingatkan diri and orang lain. Selamat malam!
Sunday, March 20, 2011
Sabar dan syukur
Suatu hari Malaikat Jibril As. datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. setelah menyampaikan salam dari Allah Swt, dia bertanya: “Ya Muhammad, manakah yang engkau sukai menjadi Nabi yang kaya raya seperti Sulaiman As atau menjadi Nabi yang papa seperti Ayub As?” Beliau menjawab: ”Aku lebih suka kenyang sehari dan lapar sehari. Disaat kenyang, aku bisa bersyukur kepada Allah Swt dan disana lapar aku bisa bersabar dengan ujian Allah Swt.
Saturday, March 19, 2011
Ha Ha Ha.Publickan balik.
Salammm! Hye blog.Awak apa kabar?
Lamaaaaa sangat saya tak ziarah awak.Harap awak okay jer sebab saya pun alhamdulillah okay.Saya nak get ready solat Isyak ni.Nanti bila-bila ada masa kita borak lama lagi okay? Rindunya taktahu nak cakap camana. Lepas ini, serius saya update. Harap-harap saya update nanti benda-benda yang lagi matang sebab manusia makin lama makin matangkan.Kalau sebaliknya jadi tak tahulaah.Okay saya dah lambat.Bye!
Lamaaaaa sangat saya tak ziarah awak.Harap awak okay jer sebab saya pun alhamdulillah okay.Saya nak get ready solat Isyak ni.Nanti bila-bila ada masa kita borak lama lagi okay? Rindunya taktahu nak cakap camana. Lepas ini, serius saya update. Harap-harap saya update nanti benda-benda yang lagi matang sebab manusia makin lama makin matangkan.Kalau sebaliknya jadi tak tahulaah.Okay saya dah lambat.Bye!
Subscribe to:
Posts (Atom)