Monday, March 21, 2011

Cikgu!

Pernah tak dengar satu ceramah atau apa-apa talk agama, lepas itu hati rasa kagum sangat dengan kehebatan penceramah mengutarakan hujah-hujah dia dengan berapi-api? Saya pernah. Rasa macam WOW.Sukaanya!

Walaubagaimana pun, sehebat mana orang itu bijak berkata-kata, kita selaku pendengar, menjadi tanggungjawab kita untuk menyelidik latar belakang penceramah itu. Kalau payah nak menyelidik, tanya ustaz ustaz lain pasal penceramah ini. Betul ke penceramah ini pelajar terbaik dekat universiti azhar dulu? Betul ke dia belajar leklok dulu waktu uni ke dia dok sibuk berniaga?*eceh teringat ketika cinta bertasbih*.hihi.

Anyways, ini penting, sebab ilmu itu agama. Sooo, sangat penting from siapa kita mengambil ilmu itu.

Bayangkan, kita orang biasa tak ambil course medic pergi jumpa orang yang pakai lab coat duk explain segala pasal kesihatan penyakit, fasih pula tu, nganga mulut kita dengar. Walhal hakikatnya dia sebenarnya pembantu makmal, bukan doctor.

Samalah macam dengar ceramah agama semua, sebab kita bukan ambil bidang itu sebagai bidang utama dalam pembelajaran kita kat uni, so kita senang je nak percaya orang yang from bidang tuh cakap apa-apa. Sebaiknya, kita selidik dulu yeah. :)

Benda camni mungkin kita terlepas pandang, saja nak ingatkan diri and orang lain. Selamat malam!

No comments: